Anda sedang mencari telefon bimbit baru? Belum pernah mencuba jenama Realme? Apa kata anda cuba jenama ini pula. Hari ini, Realme semakin mendapat hati di kalangan pengguna telefon bimbit di Malaysia. Ia menjadi pilihan ramai kerana harganya yang mampu milik serta spesifikasi yang unggul. Jom kami kongsikan 5 telefon Realme terbaik 2023 beserta harga dan spesifikasi.

Realme C33

Jika anda adalah seorang gamer, Realme C33 adalah telefon bimbit yang sesuai untuk anda. Dilancarkan di Malaysia pada 3 Oktober 2022, REalme C33 menjadi perbualan hangat di kalangan para gamers di Malaysia. Dengan spesifikasi yang hebat, anda akan dapat bermain dengan lancar tanpa sebarang masalah. Malah harganya juga adalah mampu milik.

Untuk maklumat anda, telefon bimbit ini dikuasakan oleh pemproses CPU Unisoc Tiger T612 (12 nm) yang cukup hebat untuk menyokong permainan anda. Ia menggunakan Android 12, Realme UI S dan menyokong Wifi, Bluetoth, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE-A. Kadar storan yang ditawarkan ialah 4GB RAM, 64GB ROM. Ia datang dengan panel skrin bersaiz 6.5-inci IPS LCD. Sementara kamera belakangnya ialah Dual: 50 MP, (wide), PDAF + 0.3 MP, f/2.8, (depth)MP.

Sumber: Soyacincau

Realme GT Neo 3T

Dengan harga pengenalan RM1799, Realme GT Neo 3T dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos 2022. Telefon bimbit ini adalah sangat macho dengan 2 pilihan warna iaitu Shade Black, Dash Yellow. Ia sangat sesuai untuk para jejaka yang mementingkan gaya. Malah spesifikasinya juga adalah sangat baik, menjadikan ianya sesuai untuk digunakan di pejabat dan untuk tujuan peribadi.

Realme GT Neo 3T dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM8250-AC Snapdragon 870 5G (7 nm) dan menggunakan Android 12, Realme UI 3.0. Ia menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G. Kadar storannya ialah 8GB RAM, 128GB ROM, Up to 5GB Virtual RAM, UFS 3.1. Panel skrinnya bersaiz 6.62-inci AMOLED sementara kamera belakangnya ialah Triple: 64 MP, f/1.8, 25mm (wide), 1/2.0″, 0.7µm, PDAF + 8 MP, f/2.3, 16mm, 119˚ (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (macro)MP.

Sumber: Lowyat

Realme Narzo 50i Prime

Realme Narzo 50i Prime dilancarkan di Malaysia pada 2 Ogos 2022 dengan harga permulaan RM429. Jika dilihat dari namanya dan warna yang ditawarkan iaitu Dark Blue, Mint Green, telefon bimbit ini nampaknya menyasarkan golongan lelaki sebagai pelanggan utama. Jika anda mecari telefon bimbit yang berspesifikasi tinggi dengan harga yang rendah, Realme Narzo 50i Prime adalah pilihan yang bijak.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses CPU Unisoc Tiger T612 (12 nm) dan menggunakan Android 11, Realme UI Go. Ia menyokong Wifi, Bluetoth, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE. Kadar storannya ialah 3GB RAM, 32GB ROM. Panel skrin Realme Narzo 50i Prime ialah 6.5-inci IPS LCD. Kamera belakangnya ialah 8 MP, f/2.0, 27mm (wide), 1/4.0″, 1.12µm, AFMP.

Sumber: Notebookcheck

Realme C30

Dilancarkan pada 13 Julai 2022 di Malaysia, Realme C30 ditawarkan dengan harga permulaan RM429. Harga yang sangat menarik dengan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya. Dengan 3 warna yang bergaya iaitu Lake Blue, Bamboo Green, Denim Black, tak hairanlah kenapa telefon bimbit ini mendapat tem[at dihati pengguna di Malaysia dan seluruh dunia.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses CPU Unisoc Tiger T612 (12 nm) dan menggunakan Android 11, Realme UI Go. Ia menyokong Wifi, Bluetoth, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE. Kadar storannya ialah 3GB RAM, 32GB ROM UFS 2.2. Panel skrinnya bersaiz 6.5-inci IPS LCD. Akhir sekali, kamera belakangnya ialah 8 MP, f/2.0, 27mm (wide), 1/4.0″, 1.12µm, AFMP.

Sumber: Notebookcheck

Realme 9 5G

Jika anda mencari telefon bimbit dengan 5G, Realme 9 5G adalah pilihan anda. Dilancarkan di Malaysia pada 19 Mei 2022 dengan harga permulaan RM1099, ia menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam persaingan dengan telefon 5G lain dalam pasaran Malaysia. Ia datang dalam 2 warna premium iaitu Stargaze White, Meteor Black.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses CPU MediaTek MT6833P Dimensity 810 (6 nm) dan menggunakan Android 11, Realme UI 2.0. Realme 9 5G menyokong Wifi, Bluetoth, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G. Kadar storannya ialah 6GB RAM, 128GB ROM. Panel skrin telefon ini adalah bersaiz 6.5-inci IPS LCD. Kamera belakangnya ialah Triple: 48 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/2″, 0.8µm, PDAF + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth)MP.

Itulah dia 5 telefon Realme terbaik 2022 sebagai panduan anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang wallpaper untuk Ipad, Samsung terbaik 2022, dan Asus terbaik 2022.

Rujukan:

Technave

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.