Poco adalah jenama telefon bimbit dari negara China yang dulunya dikenali sebagai Poco by Xiaomi. Kini ia berdiri sebagai jenama sendiri dan fokus kepada penghasilan telefon bimbit bagi kategori mid-range. Oleh itu, jika anda mencari telefon bimbit untuk kategori pertengahan, ini adalah jenama yang tepat untuk anda. Jom kami kongsikan 5 telefon Poco terbaik 2032 beserta harga dan spesifikasi.

Poco M5

Poco M5 dilancarkan di Malaysia pada 6 September 2022 dengan harga pengenalan RM649. Ianya adalah telefon bimbit mampu milik dengan spesifikasi yang baik. Menjadikannya telefon bimbit yang berbaloi untuk dimiliki. Ia sesuai untuk anda yang bekerja, surirumah, malah para pelajar. Ia datang dalam 3 warna menarik iaitu Black, Green, Yellow. Warna kuning adalah yang menjadi pilihan ramai.

Poco M5 dikuasakan oleh pemproses CPU MediaTek Helio G99 (6nm) dan menggunakan Android 12, MIUI 13. menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE-A. Kadar storan telefon pintar ini ialah 64GB, 4GB RAM. Panel skrinnya bersaiz 6.58-inci IPS LCD. Sementara kamera belakangnya ialah Triple: 50 MP, f/1.8, (wide), PDAF + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth)MP.

Sumber: Youtube

Poco M5s

Telefon Poco kedua yang ingin kami kongsikan ialah Poco M5s. Ia dilancarkan di Malaysia pada 30 Ogos 2022 dengan harga permulaan RM699. Berbanding Poco M5, Poco M5s datang dalam 3 warna yang berbeza iaitu Gray, Blue, White. Harganya sedikit mahal daripada Poco M5 dan spesifikasinya juga adalah sedikit berbeza.

Ia dikuasakan oleh pemproses CPU Mediatek Helio G95 (12 nm) dan menggunakan Android 12, MIUI 13. Poco M5s menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE-A. Kadar storan yang ditawarkan ialah 64GB, 4GB RAM. Panel skrin telefon bimbit ini adalah bersaiz 6.43-inci AMOLED. Sementara kamera belakangnya ialah Quad: 64 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.97″, 0.7µm, PDAF + 8 MP, f/2.2, 118˚ (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth)MP.

Sumber: Youtube

Poco C40

Dengan harga permulaan RM499, Poco C40 dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos 2022. Sasaran jualan telefon pintar ini adalah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah. Oleh itu, jika anda sedang mencari telefon bimbit untuk kegunaan anak-anak, Poco C40 adalah pilihan yang sesuai. Ia datang dalam 3 warna menarik iaitu Power Black, Coral Green, Poco Yellow.

Poco C40 dikuasakan oleh pemproses CPU JLQ JR510 (11 nm) dan menggunakan Android 11, MIUI 13 for POCO. Ia menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE-A. Kadar storan telefon pintar ini adalah 3GB RAM, 32GB ROM. Panel skrinnya bersaiz 6.71-inci IPS LCD. Sementara kamera belakangnya ialah Dual: 13 MP, f/2.2, (wide), PDAF + 2 MP, f/2.4, (depth)MP.

Sumber: Mi.com

Poco M4 5G

Poco M4 5G dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos 2022 dengan harga permulaan RM699. Ia adalah salah satu telefon 5G yang menawarkan harga yang sesuai untuk penduduk dalam golongan pertengahan. Ia sesuai untuk semya golongan tak kira sama ada anda seorang yang bekerjaya, suri rumah, dan pelajar. Ia datang dalam 3 warna menarik iaitu Power Black, Cool Blue, POCO Yellow.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses CPU MediaTek MT6833 Dimensity 700 (7 nm) dan menggunakan Android 12, MIUI 13. Ia menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G. Poco M4 5G datang dengan kadar storan 4GB RAM, 64GB ROM. Panel skrinnya bersaiz 6.58-inci IPS LCD. Sementara kamera belakangnya ialah Dual: 50 MP, f/1.8, (wide), 0.7µm, PDAF + 2 MP, f/2.4, (depth)MP.

Sumber: Tudocelular

Poco X4 GT

Poco X4 GT dilancarkan di Malaysia pada 24 Jun 2022 dengan harga permulaan RM1499. Ia sesuai untuk mereka yang baru memulakan kerjaya atau para peniaga online. Jika anda adalah seorang pelajar dan mempunyai duit poket yang mencukupi, ia juga sesuai untuk anda. Ia datang dalam 3 warna menarik iaitu Black, Blue, Silver.

Ia dikuasakan oleh pemproses CPU MediaTek Dimensity 8100 (5 nm) dan menggunakan Android 12, MIUI 13 for POCO. Telefon bimbit ini menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G. Kadar storannya ialah 8GB RAM + 128GB ROM. Panel skrin telefon ini ialah 6.6-inci IPS LCD. Sementara kamera belakangnya ialah Triple: 64 MP, f/1.9 (wide), 1/1.72″, 0.8µm, PDAF + 8 MP, f/2.2, 120˚, (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (macro)MP.

Itulah dia 5 telefon Poco terbaik 2022 dengan harga dan spesifikasi. Semoga membantu anda dalam mencari telefon bimbit terbaik yang sesuai dengan personaliti anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang telefon Honor terbaik 2022, smartwatch terbaik, dan telefon Samsung terbaik.

Rujukan:
Technave

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.