Redmi 13C: Smartphone Mampu Milik 2024

Redmi 13C adalah salah satu peranti mampu milik untuk tahun 2024. Kenapa kami katakan mampu milik? Hal ini kerana harga yang ditawarkan adalah serendah RM 499 sahaja!

Jika ada yang ingin membeli peranti pintar dengan bajet yang rendah tetapi spesifikasi yang mengagumkan, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli Redmi 13C! Jangan pandang rendah dengan kemampuannya, kerana prestasi yang dihasilkan cukup padu untuk kelasnya yang tersendiri.

Nak tahu apa lagi yang lebih menarik dengan Redmi 13C? Ini info yang perlu anda tahu!

Spesifikasi Redmi 13C

Redmi 13C dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G85 (12nm) dengan GPU Arm Mali-G52 MC2. Dengan cipset ini, pengguna masih boleh memuat turun dan bermain game yang asas sahaja. Tak lupa sistem operasi yang digunakan adalah Android 13 berasaskan MIUI 14.

Kapasiti storan yang dibekalkan juga sesuai dengan harga yang ditawarkan. 128GB ROM dipadankan dengan 6GB RAM boleh memuatkan aplikasi atau fail untuk kegunaan harian.

Peranti ini boleh memuatkan dua sim dan satu ruang untuk kad mikroSD. Peranti bersaiz 6.47 inci ini menggunakan paparan IPS LCD dengan kadar keceraharan 600 nits. Kadar segar semula juga baik dengan hanya 90Hz.

Seberat 192 gram, Redmi 13C didatangkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Midnight Black, Navy Blue, Glacier White dan Clover Green. Yang manakah menjadi warna pilihan anda?

Walaupun harganya murah, namun kualiti kamera sangat baik untuk kelasnya tersendiri terutama pada kamera utama. Kamera utama diciptakan dengan 50 MP manakala kamera makro 2 MP, menghasilkan gambar yang tajam, jelas dan warna yang baik. Namun kamera selfie hanya 8 MP sahaja.

Satu lagi kebanggaan bagi peranti mampu milik ini semestinya pada kapasiti bateri. Xiaomi telah menampilkan kapasiti bateri dengan 5000mAh yang mampu bertahan untuk penggunaan sehari suntuk, bergantung kekerapan anda menggunakannya. Jenis pengecas adalah USB-C dengan pengecasan pantas 18W.

Secara ringkasnya, Redmi C13 merupakan peranti yang mampu dimiliki lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai bajet rendah untuk membeli peranti pintar.

Walaupun harga yang ditawarkan rendah, namun prestasinya sesuai untuk membuat kerja harian, bermain permainan asas, menonton movie dan sebagainya. Tambahan pula, kapasiti bateri yang besar mampu bertahan dengan lama. 

Layari Xiaomi untuk membuat tempahan atau ingin mengetahui sebarang maklumat lanjut. 

Similar Posts