Realme 11 Pro Plus telah dilancarkan di Malaysia pada Julai 2023. Pada siri kali ini, realme mengetengahkan keistimewaan kameranya yang luar biasa.

Sekiranya anda seorang pecinta fotografi, anda memang perlu memiliki peranti pintar kelas pertengahan ini kerana pelbagai ciri menarik ditawarkan. Sebelum membeli, jom tengok spesifikasi dan harga semasa peranti ini!

Spesifikasi realme 11 Pro Plus

Realme 11 Pro Plus dikuasakan oleh Mediatek MT6877V Dimensity 7050 dengan cip 6nm. Peranti ini menggunakan Android 13 berasaskan Realme UI 4.0 sebagai sistem operasinya. GPU yang digunakan adalah Mali-G68.

Ruang penyimpanan juga besar dengan 12GB RAM dan 512GB ROM, sesuai untuk mereka yang mencari smartphone untuk tujuan multitasking seperti penggunaan harian mahupun kerja.

Kapasiti bateri pula adalah 5000mAh dengan 100W. Paling penting, peranti ini menyokong pengecasan pantas, jadi pengguna tidak perlu risau jika melakukan kerja berat seperti bermain game atau menonton drama dalam tempoh yang lama.

Skrin peranti bersaiz 6.7 inci ini berbentuk Curved Vision Display dengan paparan AMOLED dan HDR10+ serta kadar penyegaran 120Hz. Audio yang digunakan adalah stereo speaker Dolby Atmos.

Satu lagi keistimewaan pada smartphone seberat 189 gram ini adalah dari segi reka bentuknya yang eksklusif. Mana tidaknya, designnya telah mendapat sentuhan daripada bekas pereka GUCCI iaitu Matteo Menotto. Reka bentuknya ditampilkan dengan kemasan kulit vegan dan hadir dengan tiga pilihan warna menarik iaitu hitam, hijau dan beige.

Realme 11 Pro Plus turut menyokong penggunaan dual sim, wifi, rangkaian 5G, Bluetooth 5.2 dan sebagainya.

200MP OIS Superzoom Camera

Anda pasti tertanya-tanya dengan ciri 200MP OIS Superzoom pada kamera peranti ini. Kalau anda nak tahu, realme telah menaik taraf siri smartphone keluarannya yang luar biasa dari siri sebelumnya.

Antara ciri khas tersebut adalah pengguna dapat merakam gambar dengan lebih jelas dan cantik walaupun 4 kali zoom!

Bukan itu sahaja, ciri lain seperti Super Group Portrait Mode dan kamera Macro juga memuaskan. Gambar yang dihasilkan jelas, tajam dan semestinya cantik.

Bukan gambar sahaja cantik, malah video yang dihasilkan juga pasti tidak menghampakan pengguna kerana realme telah menyelitkan ciri OIS, yang mampu meningkatkan kualiti video dengan lebih jelas. Dengan ini, video tidak akan menjadi kabur walaupun anda bergerak dengan banyak.

Kamera utama dengan 200MP dengan 8MP sudut ultralebar, 2MP kamera macro dan 32MP kamera selfie. Amacam? Power tak?

Harga

Harga permulaan yang ditawarkan untuk realme 11 Pro Plus adalah serendah RM 1 999. Semak harga semasa dan belinya di pautan di bawah:

Jika anda ingin mencari smartphone terbaik untuk tahun ini, ini antara jenama pilihan yang sangat baik:

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.