Realme C53 telah dilancarkan pada Jun 2023. Sekiranya anda mencari smartphone bawah RM 600 dengan spesifikasi terbaik, peranti pintar ini pasti sesuai buat anda!

Walaupun berada di kelas permulaan, tidak dapat disangkalkan lagi pelbagai ciri menarik di tawarkan buat pengguna sehingga digelar peranti juara untuk kelas ini.

Nak tahu apa yang menarik mengenai Realme C53? Jom tengok spesifikasi dan harga yang ditawarkan pada masa kini.

Spesifikasi Realme C53

Peranti siri C53 ini dikuasakan oleh cipset Unisoc Tiger 1612 dengan cip 12 nm. Sistem operasi yang digunakan adalah yang terkini dan terbaru diselitkan oleh realme iaitu Realme UI T berasaskan Android 13.

Storan yang dibekalkan adalah 6GB RAM dan 128GB ROM. Tak cukup dengan itu, realme telah menambah ciri baru iaitu RAM Expansion yang dapat menambahkan lagi 6GB RAM. Ini menjadikannya 12GB RAM secara keseluruhan sekali gus menjadi peranti pertama kelas permulaan yang menawarkan RAM sebesar ini.

Kapasiti bateri turut memuaskan dengan 5000 mAh yang mampu bertahan dalam 8 hingga 9 jam mengikut tahap penggunaannya. Seperti yang diiklankan, dengan pengecasan berwayar 33W, dianggarkan akan mencapai 50% dari 0% pengecasan dalam masa 31 minit.

Skrin bersaiz 6.7 inci dilengkapi paparan IPS LCD skrin penuh dengan 90Hz kadar segar semula. Kecerahan tertinggi mampu mencapai sehingga 560 nits.

Dari segi kamera, realme c53 memang tidak menghampakan. Walaupun berada di kelas permulaan, kualiti kamera memang terbaik dengan 50MP kamera utama dengan sokongan AI dan 8MP kamera swafoto.

Realme dengan siri C53 ini turut menyokong penggunaan dual sim, Bluetooth 5.0, Wi-Fi, 3.5mm audio jack dan pengimbas cap jari.

Rekaan Menarik dan Tahan Lasak

Walaupun panel belakang diperbuat daripada plastik, namun ketahanannya sangat luar biasa. Peranti ini telah diuji ketahanannya dengan enam peringkat berbeza dan terbukti sangat kukuh dan tahan lasak.

Bukan sahaja lepas ujian ketahanan struktur, malah ujian keselamatan, bateri, kualiti dan hentakan juga sangat mengagumkan.

Smartphone seberat 182 gram serta paling nipis dalam siri C bagi realme dengan 7.49mm ketebalannya. Ia hadir dengan corak Shiny Champion dengan dua warna pilihan iaitu Champion Gold (keemasan) dan Mighty Black (hitam).

Harga

Harga yang dikeluarkan sewaktu pelancaran adalah serendah RM 599 sahaja. Sangat berpatutan dan mampu milik lebih-lebih lagi buat mereka yang mencari smartphone bajet dengan kualiti terbaik untuk penggunaan harian.

Jom semak harga semasa dan belinya di pautan di bawah:

Tak hairanlah Realme C53 digelar juara smartphone kelas permulaan. Tengok sahaja ciri-ciri menarik yang ditawarkan memang berbaloi dengan harganya. Selamat membeli!

Jom baca artikel berkaitan smartphone yang lain seperti telefon realme terbaik, telefon Poco terbaik dan telefon Huawei terbaik.

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.