Bila sebut tentang telefon pintar, pastinya kita akan rambang mata untuk memilih jenama dan model yang ada di pasaran. Apa tidak, terlalu banyak pilihan yang ada didepan mata. Kalau dulu Samsung dan Iphone menguasai pasaran telefon pintar di Malaysia, hari ini ada banyak jenama lain yang ada dan salah satu daripadanya ialah Asus. Jom kami kongsikan 5 telefon Asus terbaik 2032 beserta harga dan spesifikasi.

Sumber: Lowyat

1. Asus ROG Phone 6D

Asus Rog Phone 6D adalah telefon pintar Asus yang terbaik setakat artikel ini ditulis. Ia dilancarkan pada bulan September 2022 di Malaysia dengan harga permulaan RM3444.00. Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses CPU MediaTek Dimensity 9000+ (4 nm) yang boleh dikategorikan sebagai sangat umpph dengan kapasiti storan 256GB 12GB RAM, 256GB 16GB RAM, UFS 3.1 NTFS yang menyokong storan luaran. Namun tiada slot kad untuk Asus Rog Phone 6D. Telefon ini menggunakan Android 12 dan dan menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A (6CA) Cat20 2024/210 Mbps dan 5G.

Telefon pintar ini datang dengan skrin panel AMOLED bersaiz 6.78-inci yang cukup besar untuk kegunaan kerja dan harian. Malah ia juga cukup luas untuk kegunaan para gamers. Jika anda tertanya-tanya tentang kualiti kameranya, Asus Rog Phone 6D mempunyai 3 kamera belakang dengan kualiti 50 MP, f/1.9, 24mm (wide), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF + 13 MP, f/2.2, 13mm (ultrawide) + 5 MP, (macro)MP sementara kamera selfie adalah dengan kualiti 12 MP yang sangat berkualiti tinggi untuk menghasilkan selfie yang menarik.

Sumber: Xda-developers

2. Asus Zenfone 9

Dengan harga bermula dari RM2969. Asus Zenfone juga tak kurang hebatnya dan termasuk dalam kategori telefon pintar mampu milik. Ia telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos 2022 dan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari dari pengguna, khusunya peminat setia jenama Asus. Telefon bimbit mampu milik ini dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1 (4 nm) dan menggunakan Android 12 serta ZenUI. Ia menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A (5CA) Cat20 2000/211 Mbps dan 5G 4.5/0.9 Gbps.

Kadar storan yang ditawarkan oleh Asus Zenfone 9 ialah 128GB 8GB RAM, 256GB 8GB RAM, 256GB 16GB RAM, UFS 3.1 tanpa slot kad. Telefon pintar ini datang dengan skrin panel Super AMOLED yang bersaiz 5.9-inci. Ia mempunyai kamera belakang Dual: 50 MP, f/1.9, 26mm (wide), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF, gimbal OIS + 12 MP, f/2.2, 113° (ultrawide), 1/2.93″, 1.4µm, AFMP. Sementara kamera selfie adalah 12 MP yang cukup berprestasi tinggi untuk anda yang kaki selfie.

Sumber: Gamerbraver

3. Asus ROG Phone 6 Pro

Dengan harga permulaan RM4999, ini adakah telefon pintar yang menjadi kegilaan para gamers di Malaysia. Sebaik sahaja dilancarkan pada 5 Julai 2022, ia menjadi bualan hangat di kalangan para gamers. Jika anda seorang gamers, tak perlu mencari yang lain lagi. Inilah telefon pintar yang paling sesuai untuk anda. Asus ROG Phone 6 Pro dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM8450 Snapdragon 8+ Gen 1 (4 nm), maka tiada masalah lagi untuk anda bermain tanpa gangguan.

Telefon pintar ini menggunakan Android 12 dan menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A (6CA) Cat20 2024/210 Mbps dan 5G. Kadar storan yang ditawarkan oleh Asus ROG Phone 6 Pro adalah 18GB RAM, 512GB ROM. Ia mempunyai skrin panel AMOLED dengan kebesaran 6.78-inci. Ppesifikasi yang terbaik untuk para gamers. Ia datang dengan kamera belakang Triple: 50 MP, f/1.9, (wide), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF + 13 MP, f/2.2, (ultrawide) + 5 MP, (macro)MP. Sementara kamera selfie adalah 12 MP yang cukup baik.

Sumber: Nasi Lemak Tech

4. Asus Zenfone 8 Flip

Orang kata, telefon pintar jenis flip adalah menjadi kegilaan para wanita. Memang betul, kebanyakan pengguna telefon pintar jenis flip adalah golongan wanita namun ada juga lelaki yang memilih telefon jenis ini. Telefon pintar jenis flip akan membuatkan penggunanya kelihatan lebih bergaya. Nak guna, flip dulu. Asus Zenfone 8 Flip dilancarkan di Malaysia pada 28 May 2021 dengan harga permulaan RM2299.

Bukan sahaja ianya cantik dipandang dan selesa ditangan, Asus Zenfone 8 Flip juga mempunyai spesifikasi yang sangat baik untuk harga yang dibayar.Ia dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G (5 nm) yang cukup berprestasi tinggi dengan kadar storan 8GB RAM, 256GB ROM. Telefon pintar ini menggunakan Android 11, ZenUI 8 dan menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A (6CA) Cat20 2000/150 Mbps dan 5G.

Untuk skrin, Asus Zenfone 8 Flip datang dengan skrin panelSuper AMOLED bersaiz 6.67-inci. Untuk kamera pula, ia mempunyai kamera belakang Triple: 64 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.73″, 0.8µm, PDAF + 8 MP, f/2.4, 80mm (telephoto), PDAF, 3x optical zoom + 12 MP, f/2.2, 112˚, 14mm (ultrawide), 1/2.55″, 1.4µm, dual pixel PDAFMP. Sementara kamera selfie adalah Triple: Motorized flip-up main camera module.

Sumber: Direct D

5. Asus Zenfone 8

Dengan harga permulaan RM2699, Asus Zenfone 8 tak kurang hebatnya. Dilancarkan di Malaysia pada 28 Mei 2021, ia dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G (5 nm) menggunakan Android 11, ZenUI 8.yang laju dan sangat sesuai untuk kegunaan mereka yang menjalankan perniagaan online. Seperti yang diketahui, peniaga online memerlukan telefon pintar yang mampu menampung kemasukan mesej yang bertubi-tubi. Dengan Asus Zenfone 8, telefon anda tidak akan hang atau jammed apabila banyak mesej yang masuk.

Asus Zenfone 8 datang dengan kapasiti storan 8GB RAM, 128GB ROM. Sementara panel skrinnya pula adalah Super AMOLED dengan saiz 5.9-inci yang cukup selesa untuk kegunaan harian. Ia mempunyai kamera belakang Dual: 64 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.73″, 0.8µm, PDAF, OIS + 12 MP, f/2.2, 112˚, 14mm (ultrawide), 1/2.55″, 1.4µm, dual pixel PDAFMP. Sementara kamera selfie adalah 12 MP. Telefon pintar ini menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A (5CA) Cat20 2000/150 Mbps dan 5G.

Itulah dia 5 telefon ASUS terbaik 2022 dengan spesifikasi dan harga. Semoga dapat menjadi panduan anda dalam memilih telefon pintar yang terbaik untuk anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang telefon pintar sebagai kawan baik, keburukan gadjet, dan wallpaper menarik untuk IPAD.

Rujukan:

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.