Anda perlu miliki RedMagic 8 Pro keluaran ZTE jika anda seorang kaki gaming yang tegar! Bukan semua smartphone sesuai untuk gaming, lebih-lebih lagi game yang berat seperti PUBG, Genshin Impact, Fortnight dan sebagainya.

Untuk bermain game ini di smartphone, RAM, storan dan kapasiti bateri yang sangat besar diperlukan bagi memastikan kelancaran sewaktu bermain. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa spesifikasi khas yang perlu ada bagi memastikan smartphone gaming berjalan dengan lancar dan tahan lama.

Sekiranya anda mencari smartphone gaming terbaik pada 2023, kami cadangkan anda untuk membeli RedMagic 8 Pro. Nak tahu kenapa? Ini sebabnya:

Spesifikasi RedMagic 8 Pro

RedMagic 8 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2 dengan 4 nm teknologi CPU, yang merupakan cip pemprosesan terbagus untuk bermain game dengan lancar dan tak lagging! GPU yang digunakan adalah Adreno 740. Sistem operasi yang digunakan adalah Android 13 dan Redmagic OS 6.

Ruang penyimpanan cukup besar dengan 16GB RAM dan 512GB ROM. Kapasiti storan yang besar membolehkan anda untuk bermain pelbagai jenis game yang berat dengan baik dan lancar.

Sewaktu bermain game, sudah pasti bateri akan habis dengan cepat. Oleh itu, anda memerlukan peranti yang mempunyai kapasiti yang besar dan peranti ini sangat sesuai kerana mempunyai 6000mAh kapasiti bateri.

Pengecasan pantas dengan 65W mampu memenuhkan bateri 100% dalam masa 43 minit sahaja seperti diiklankan. Anda boleh bermain game dalam tempoh yang lama tanpa merisaukan jangka hayat bateri.

Skrin bersaiz 6.8 inci ini menggunakan Corning Gorilla Glass 5 yang tahan gores dan tidak mudah retak. Dengan paparan AMOLED 120 Hz, paparan akan menjadi lebih jelas dan cerah serta jimat penggunaan bateri.

Walaupun smartphone khas untuk gaming, namun kualiti kamera tidak menghampakan. Kamera utama dengan 50MP, kamera hadapan dengan 16MP manakala kamera makro 2 MP.

Mod Gaming RedMagic 8 Pro

Apa keunikan RedMagic 8 Pro? Kalau anda nak tahu smartphone ini hadir dengan sistem penyejukan serta lampu RGB.

Terdapat kipas kecil yang mampu menyejukkan telefon dengan kelajuan 20 000 RPM turbofan. Jika anda lihat secara dekat, terdapat lubang pada tepi smartphone yang membolehkan pengaliran angin keluar masuk dan mengelakkan peranti ini menjadi panas jika bermain pada tempoh lama.

Tak cukup dengan itu, pada bahagian tepi smartphone juga ada butang bahu sentuh dengan kadar sentuhan 520Hz. Butang Game Space Switch yang turut berada di tepi smartphone membantu anda untuk hidupkan mod game.

Peranti ini turut mengekalkan audio jack 3.5 mm yang membolehkan sambungan headphone atau earphone. Ia turut menyokong sistem bunyi stereo dengan dua speaker di bahagian atas dan bawah smartphone.

Tarikh Keluaran dan Harga

Redmagic 8 Pro telah dilancarkan di Malaysia pada Februari 2023. Harga terkini anda boleh dapatkan adalah RM 4 299 untuk 16GB RAM dan 512 GB storan. Semak harga semasa dan beli di pautan di bawah yang dipercayai:

Jom baca senarai smartphone terbaik yang mungkin menjadi pilihan anda seperti telefon Xiomi terbaik, telefon Huawei terbaik dan telefon Samsung terbaik.

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.