Laporan terkini untuk kedudukan Realme. Laporan Top 50 Kantar BrandZ Chinese Global Brand Builders 2023 oleh Google dan Kantar menyatakan realme telah berada di kedudukan yang ke-21, dimana melonjak 29 tempat berbanding tahun lalu.

Hal ini membuktikan bahawa realme telah berkembang dengan pantas dari segi pasaran, inovasi dan pengaruhnya di pasaran global walaupun ianya syarikat termuda berbanding yang lain.

Sewaktu turun naiknya ekonomi global dan transformasi pengguna, laporan itu mengetengahkan tentang inovasi, peningkatan kualiti dan komunikasi jenama sebagai taktik utama jenama dari China mengembangkan produk mereka di peringkat antarabangsa.

Doreen Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Kantar Greater China dan Pengerusi Global Kantar Brandz berkata, hanya memberi tumpuan kepada kebolehmampuan dapat melemahkan daya saing jenama lain yang mendorong kepada kehilangan peluang untuk memenangi pelanggan baharu. Jenama global China kini berhasrat untuk mengubah imej mereka daripada mampu milik kepada tawaran yang lebih bermakna.

Buat pengetahuan anda, pada 2023, realme Malaysia telah memulakan strategi siri C dengan falsafah produk baharu mereka iaitu “No Leap, No Launch”. realme Malaysia kini lebih komited untuk menyediakan produk yang melebihi ekspektasi pengguna.

Dengan inovasi yang berterusan serta pengalaman yang unggul, realme telah menarik minat ramai golongan muda yang mendorong kepada pertumbuhan jenama yang sihat dan mampan. Ternyata, kejayaan realme C55 dan C53 di Malaysia berhasil dan berbaloi.

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.