Pekanbaru adalah ibu kota Riau wilayah Indonesia dan merupakan pusat ekonomi utama di bahagian timur Pulau Sumatera. Ia mempunyai kawasan sekitar 632.26 km² dengan populasi 1,093,416 penduduk.
Pekanbaru terletak di tebing Sungai Siak, yang mengalir ke Selat Melaka. Pada mulanya, daerah ini dibina sebagai pasar oleh pedagang Minangkabau pada abad ke-18. Namanya berasal dari perkataan Melayu untuk pasaran baru di mana ‘pekan’ adalah pasaran dan ‘baru’ adalah baru.
Imej via [jrrny]
Pekanbaru juga dinobatkan sebagai bandar ketiga terbesar di pulau Sumatera. Kali ini, mari kita mengelilingi kota Pekanbaru ini dan kawasan sekitarnya. Terdapat beberapa tempat menarik di Pekanbaru yang unik dan cantik boleh anda kunjungi.
Imej via [lovetravelling18]
Terdapat lima jenis kolam dengan tema dan kedalaman yang berbeza malah papan luncur juga disediakan dengan pelbagai jenis bentuk. Jika anda sudah bosan bermain air di Riau Fantasi ini, anda boleh melakukan aktiviti darat seperti speedy coaster, kora-kora, family swinger dan wave blaster.
Kemudahan awam juga turut disediakan seperti surau, gazebo dan kafeteria. Datang dan rasailah sendiri pengalaman yang semestinya memacu degup jantung anda dengan cepat sekali.
Imej via [daerahpekanbaru]
Pada mulanya, danau ini hanya digunakan sebagai bendungan untuk mengalirkan air ke sawah. Suasana yang tenang dan damai berlatar belakangkan flora yang kehijauan menjadikan tempat ini sesuai untuk berkelah sekaligus melancong.
Anda juga boleh menyewa perahu dayung dan bot untuk bersiar siar di sekitar danau. Lebih menarik, disekitar kawasan danau ini terdapat beberapa warung dan gerai untuk anda mencuba makanan tradisi khas Pekanbaru terutama sekali Sup Tunjang yang menjadi kegilaan ramai.
Imej via [ksmtour]
Ia dikelilingi kawasan bukit serta udara sekelilingnya sejuk sesuai untuk bersantai. Anda dapat melihat Jambatan Leighton yang melintasi Sungai Siak dari taman ini.
Terdapat tiga buah kolam yang selalu menjadi port bagi kaki pancing. Pertandingan memancing juga kerapkali diadakan di sini. Aktiviti lasak dan kegiatan outbound seperti flying fox, banana bot dan bola air gergasi juga boleh anda cuba. Anak kecil anda boleh dibawa ke taman permainan, studio 3d dan arena mandi. Persembahan silap mata dan badut yang menambat hati juga terdapat di sini.
Imej via [Info Budaya Indonesia]
Anda boleh melihat struktur luar istana yang bergaya eropah, arab dan melayu malah di ruang dalam istana juga amat mengagumkan. Beberapa buah patung iaitu Ratu Wilhelmina dari belanda dan patung Sultan Syarif Kasim II dipamerkan di tingkat satu.
Di tingkat dua pula terdapat pelbagai jenis barangan, senjata, alat muzik dan gambar sultan. Untuk memasuki istana ini, anda harus membuka kasut kerana dikhuatiri merosakkan lantai istana dan merupakan adab kepada istana.
Imej via [bimasislam]
Masjid yang mempunyai 3 tingkat ini mampu menampung lebih 4,500 orang dan selalu dijadikan tuan rumah bagi acar tabligh akhbar besar-besaran. Pada malam hari, anda akan melihat masjid ini disinari dengan lampu berwarna warni yang memantulkan cahaya di kolam besar hadapan masjid.
Disamping menjadi tempat beribadat ia juga menjadi tempat yang sering dikunjungi terutama pada bulan ramadan. Terdapat beberapa buah gerai yang menjual makanan dan peralatan ibadat dan sunnah. Aura memukau masjid ini membuatkan ia sering disebut sebagai Taj Mahal Riau.
Imej via [wikipedia]
Ruangan khas seperti ruang bahasa melayu dan Children Library membolehkan anda bebas membaca semua jenis buku tanpa mempunyai kad keahlian dengan tenang. Segalan kemudahan seperti sofa dan pendingin hawa serta akses internet secara percuma cukup disediakan di sini.
Pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran dan perpustakaan ini dibuka setiap hari. Pencinta buku pasti rambang mata setelah menjejakkan kaki ke sini.
Imej via [inhilklikfoto]
Pelancong wajib datang ke Pasar Bawah ini kerana terdapat pelbagai barangan dan perhiasan dijual di sini. Kebanyakan barang di sini diimport dari China, Timur Tengah, Singapore dan tempatan.
Barangan secondhand juga boleh anda temukan di sini dan pastinya dijual dengan harga yang murah. Makanan dan camilan khas buatan Pekanbaru seperti dodol kedondong, lempuk durian dan ikan salai harus anda cuba di sini.
Imej via [instagram]
Pertama kali bukit ini diperkenalkan oleh seorang blogger bernama Marischka Prudence. Kini ia menjadi tular dan lokasi bagi mengambil foto-foto berlatar belakangkan bukit berwarna warni nan cantik.
Bukit pelangi ini sebenarnya adalah lembah tanah kecil beraneka warna iaitu coklat tua, orange, kekuningan hingga pink. Kombinasi warna pemandangan ini sangat menarik apatah lagi jika anda melihatnya pada siang hari.
Imej via [datariau]
Untuk sampai ke sini, anda boleh menggunakan jalan darat atau jalan sungai. Aktiviti-aktiviti menarik yang selalu dilakukan di sini adalah menaiki bot menyusuri sungai, melihat kehidupan suku asli di Desa Okura, berbasikal dan menunggang kuda.
Pekanbaru juga telah mempunyai gerbang masuk serta jambatan yang menghubungkan Desa Okura dan Kabupaten Siak. Anda boleh lalu di sini dan mengambil gambar kenangan.
Imej via [bertuahpos]
Ruang dalam Anjungan 3 tingkat ini tak kalah hebatnya dengan senibina bangunan diluarnya. Anda boleh mengambil gambar dan bersantai-santai di kawasan luar.
Di lokasi ini juga pernah diadakan kegiatan seni bertaraf nasional bahkan internasional seperti pada tahun 2008 iaitu Festival Film Indonesia dan Vinculos Indonesia 2018. Seronokkan melihat aktiviti-aktiviti di sini.
Imej via [Antaranews]
Anda boleh membawa anak bermandi-manda di kolam renang kanak-kanak, bermain buaian, memancing dan lain-lain lagi aktiviti. Kebun Binatang Sang Kulim yang terletak di Pekanbaru ini menjadi salah sebuah tempat menarik sesuai anda lawati bersama anak dan keluarga.
Imej via [lelungan]
Masyarakat setempat mengatakan bahawa masjid ini menjadi tempat utuk ramai orang datang dengan tujuan memohon kesembuhan dari penyakit, membayar nadzar ataupun niat mereka yang lain kerana terdapat sumur yang dikeramatkan di sini.
Imej via [lelungan]
Selain taman air, kolam air turut terdapat di sini untuk anda bermandi-manda dengan anak-anak kecil. Lebih selesa bukan? Penginapan seperti chalet, hotel dan homestay boleh anda dapatkan di Kuantan Regency Waterpark dengan harga yang berpatutan.
Imej via [Tripadvisor]
Tasik Artificial Lake Tour ini boleh dijadikan port memancing anda kerana ia amat tenang dan penuh dengan ikan-ikan besar dan pelbagai jenis. Tak percaya? Jom datang lihat orang memancing atau rasai sendiri memancing di sini.
Imej via [riaume]
Moga artikel kali ini menjadi panduan dan bermanfaat buat anda. Jemput baca tempat menarik di Pontianak, Indonesia dan tempat menarik di Sepang pula.