Gua Musang merupakan salah satu daerah di kawasan pedalaman yang terletak di selatan negeri Kelantan. Menjelang tahun 2017, kerajaan negeri kelantan telah mengiktiraf Gua Musang daripada Majlis Daerah kepada Majlis Pembandaran untuk menjadikannya sebagai salah satu bandar maju di negeri Kelantan.
Gua Musang merupakan jajahan terbesar di Kelantan dan merangkumi 3 DUN iaitu DUN Galas yang merupakan bandar Gua Musang, DUN Paloh dan DUN Nenggiri (Bertam).
Imej via [suterazen]
Imej via [nst]
Antara tarikan yang terdapat di sini adalah keindahan flora dan fauna yang mempersonakan serta air terjun. Terdapat pakej pelancongan yang menanti anda di sini iaitu Pakej Rafflesia @ Lojing. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pakej yang berbeza dan boleh melakukan aktiviti yang pelbagai di sini.
Imej via [mdgm]
Tempat menarik di Gua Musang ini berpotensi menjadi tarikan geo-pelancongan di Kelantan. Selain mempunyai keindahan alam semulajadi yang segar, air panas di sini dikatakan mampu merawat penyakit kulit dan melancarkan peredaran darah.
Kemudahan yang disediakan adalah 3 buah kolam air panas dan tempat letak kereta yang memuatkan 20 buah kereta. Anda boleh melihat sebatang sungai yang bercantum dengan sungai Kelantan iaitu sungai BER.
Imej via [tripcarta]
Terdapat Pejabat Majlis Pembandaran Gua Musang cawangan Lojing serta beberapa buah unit motel untuk disewa bagi kemudahan para pelawat serta pelancong dari dalam dan luar negeri. Pengguna jalan raya boleh berhenti seketika di sini untuk makan ataupun berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.
Imej via [twitter]
Sebahagian taman ini digunakan untuk program Pusat Latihan Khidmat Negara kerana isu sambutannya agak kurang daripada para pengunjung dan penduduk tempatan malahan pelancong. Namun, anda terdapat tarikan yang pasti anda suka di tempat menarik di Gua Musang ini.
Antara tarikan di sini ialah tanaman herba, pusat penternakan rusa dan burung Kasawari. Ia turut menjadi tempat rekreasi bagi aktiviti rock climbing, berkhemah dan banyak lagi. Kemudahan disediakan juga adalah penginapan untuk para pengunjung.
Imej via [titiwangsa]
imej via [kats]
Aset semulajadi yang dimiliki oleh taman ini adalah kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hijau tropika. Antara aktiviti boleh anda lakukan adalah memerhati burung yang terdapat iaitu kira-kira 300 spesies, memancing, berkhemah, menaiki titian kanopi, berkayak dan banyak lagi aktiviti yang disediakan di sini.
Kemudahan prasarana yang disediakan pula adalah chalet, asrama, restoran, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, surau, tempat letak kenderaan dan lain-lain lagi. Anda boleh mendapatkan pengalamana memancing di bukit.
Imej via [ Come2Kelantan]
Tasik ini menjadi tumpuan masyarakat tempatan untuk bersiar-siar, berehat dan berekreasi di samping menikmati persekitaran segar dan nyaman. Tasik Ketitir merupakan sebuah bekas tapak aktiviti perlombongan suatu ketika dahulu dan kini ianya telah dijadikan satu kawasan rekreasi di dalam bandar Gua Musang.
Nama tasik ini diambil daripada nama burung yang banyak bersarang di pokok-pokok sekitar taman tasik yang masih boleh dilihat pada hari ini iaitu burung Ketitir. Antara kemudahan yang disediakan adalah chalet, asrama, tandas, kedai makan serta tempat letak kereta.
Imej via [utusan]
Gua Madu juga sesuai untuk penduduk kampung dan pelancong melakukan aktiviti rekreasi. Alkisahnya, di dinding-dinding gua ini terdapat sarang-sarang lebah dan madu lebah, maka gua ini dipanggil Gua Madu.
Anda boleh menggunakan surau, kedai makan serta tempat letak kereta yang telah disediakan. Tempat menarik di Gua Musang ini dibuka setiap hari tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Imej via [kesedartravel2013]
Tempat ini juga menjadi tarikan bagi penggemar sukan berkuda dan golf. Padang golf di sini merupakan padang golf 9 lubang yang terbuka untuk semua orang dengan bayaran yang berpatutan.
Anda boleh singgah di rumah kelab dan sebuah restoran di sini. Tak sabar rasanya nak bermain golf ataupun menunggang kuda sambil menikmati keindahan bukit bukau di sini yang menghijau.
Imej via [sAyE_mEyji]
Ia mempunyai lebih daripada 40 buah jeram dan amat sesuai untuk aktiviti berakit, berkayak serta berteraskan eko pelancongan. `Nenggiri River Cruise’ ialah perjalanan sejauh 50 kilometer dengan menaiki bot atau rakit yang bermula di pengkalan jeti Kuala Betis hingga Kampung Setar.
Antara tempat yang dilawati sepanjang perjalanan termasuklah Gua Cha, perkampungan orang asli Kuala Jenera dan Pos Pulat yang menarik hati para pengunjung. Acara tahunan seperti `Nenggiri Challenge’ iaitu berkayak yang melibatkan peserta tempatan dan luar negara seperti Switzerland, Thailand, Singapura dan Indonesia turut diadakan di sini.
imej via [astroawani]
Mereka selalunya membawa gambar Tokong Mek untuk memberi kuasa perlindungan kepada keselamatan mereka ketika berhijrah. Tokong ini pernah dibakar oleh tentera Jepun pada zaman pendudukannya di Tanah Melayu sekitar tahun 1941 dan ia dibangunkan semula pada tahun 1971.
Imej via [hmetro]
Di Kampung Redip ini, terdapat sungai yang boleh anda mandi-mandaatau berendam menyejukkan badan sambil menghirup udara segar kampung. Seronokkan tempat menarik di Gua Musang ini?
Imej via [Flickr]
Anda boleh bergambar di tempat menunggu kereta api, di tengah-tengah jalan kereta api dan di mana sahaja anda inginkan. Di sini, anda bebas berfotografi seolah-olah tempat ini anda yang punya!
Imej via [mejorimagen]
Imej via [teropongmasa]
Imej via [missyblurkit]
Imej via [citytrvl]
Jemput baca pula tempat menarik di Sepang dan tempat menarik di Manjung. Semoga anda boleh memilih destinasi terbaik untuk anda bercuti sambil menikmati keindahan alam semulajadi.