Gunung Kinabalu merupakan gunung yang terdapat di negeri Sabah. Gunung ini juga merupakan gunung tertinggi iaitu setinggi 4095-meter yang terdapat di Malaysia. Tidak dinafikan, ramai pendaki tidak kira sama ada dari luar negara mahupun dalam negara mendaki di gunung ini.

Selain gunungnya yang tinggi, pemandangan di gunung ini juga tidak dinafikan kecantikannya. Apa yang lagi menarik, di gunung ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan, pelbagai jenis haiwan serta berbagai jenis burung yang dapat anda lihat ketika pendakian di gunung Kinabalu.

Anda pasti pernah terdengar mengenai bunga yang unik seperti rafflesia. Jika anda ingin melihat sendiri bunga ini dengan jarak dekat, anda boleh merasai pengalamannya di sini.

Ramai yang tidak dapat meneruskan perjalanan mereka untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Jika anda ingin menawan gunung tertinggi di Asia Tenggara, mungkin anda akan berminat untuk mendaki di sini. Terdapat juga beberapa tempat menarik yang terdapat di gunung ini.

Melihat Matahari Terbenam

Imej via [destination]

Jika sudah sampai ke puncak gunung, anda tentunya mahu melihat pemandangan matahari terbenam. Melihat pemandangan matahari terbenam dari atas puncak pastinya akan memberikan anda kepuasan dengan pendakian yang panjang.

Gunung ini menyajikan pemandangan paling cantik di kawasan yang tinggi. Pemandangan dari punvak yang lapang dan penuh dengan awan putih dan langit berwarna kuning oren. Anda pastinya tidak akan lupakan pengalaman melihat keindahan alam semulajadi secara 360 darjah.

Melihat Banyak Tumbuhan yang Menarik

Imej via [news.destination]

Gunung Kinabalu juga terkenal dengan kepelbagaian tumbuhan yang unik. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang berasal dari Himalaya, Australia dan Indo-Malaya. Anda dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan mengikut ketinggian gunung.

Tumbuhan yang hidup di gunung tinggi ialah tumbuhan seperti leptospermum dan dacrydium. Kawasan ini banyak terdapat bunga yang berbentuk seperti loceng dan berwarna kuning, oren, putih dan banyak lagi. Lain dengan tumbuhan yang hidup di kawasan gunung rendah seperti  chestnut, myrtle, laurels, oak dan banyak lagi.

Gunung ini juga dikatakan mempunyai sebanyak 5000 hingga 6000 jenis tumbuhan. Ini menjadikan Gunung Kinabalu sebagai gunung yang paling banyak tumbuhan dari gabungan seluruh Eropah dan Amerika Utara. Oleh itu, gunung tertinggi di Asia Tenggara ini merupakan salah satu tapak biologi yang terpenting di dunia.

Jika anda seorang yang berminat dengan pelbagai jenis tumbuhan unik, anda mungkin akan tertarik untuk meneroka gunung ini. Gunung tertinggi ini juga terkenal dengan bunga rafflesia yang jarang dijumpai di gunung-gunung lain. Memang sangat berbaloi untuk diterokai!

Pemandangan Puncak Gunung

Imej via [astroawani]

Selain dari kepelbagaian flora, gunung ini juga menjanjikan pemandangan dengan kualiti yang terbaik. Pemandangan gunung yang sentiasa dipenuhi dengan pemandangan putih awan dan warna oren kekuningan pastinya akan membuatkan anda terpegun.

Pemandangan ajaib yang tidak dapat digambarkan dan sukar dipercayai. Puncak granit yang memperlihatkan pemandangan yang berbeza bergantung dengan keadaan cuaca pada hari tersebut.

Sekiranya anda ingin menikmati keindahan alam semulajadi dari gunung tertinggi di Asia Tenggara, apa kata datang ke sini? Pengalaman yang pastinya anda tidak akan lupakan!

Tempat A Rafflesia

Imej via [satusabah]

Bunga Rafflesia yang dikenali sebagai Bunga Pakma. Bunga ini merupakan bunga rasmi yang menggambarkan negeri Sabah.

Seperti yang anda tahu, bunga ini merupakan bunga terbesar di di dunia. Disebabkan saiz yang besar iaitu 91 cm, diameter 1.9cm dan berat mencapai 7 kg menjadikannya bunga yang terkenal di negara Asia Tenggara.

Bunga Rafflesia ini juga sentiasa dijaga dengan baik dan hanya boleh ditemui di beberapa tempat seperti Pusat Informasi Rafflesia dan salah satunya adalah di Gunung Kinabalu. Apa yang membuatkannya lebih menarik adalah bunga ini hanya bertahan selama 6 hari selepas mekar tetapi mengambil masa selama setahun untuk mekar sepenuhnya.

Sekiranya anda ingin datang mendaki ke Gunung Kinabalu jangan lupa untuk melihat bunga ini mekar. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melihat dengan jarak dekat!

Nikmati Trekking Yang Terbaik

Sekiranya anda memang seorang yang gemar untuk trekking, anda pasti akan tertarik dengan laluan trekking yang disediakan di Gunung Kinabalu.

Laluan trekking untuk mendaki ke puncak Gunung Kinabalu sangat mencabar kerana anda perlu melalui jalan yang condong. Disebabkan itu, anda perlu menyediakan peralatan seperti tongkat untuk membantu anda mendaki dengan lebih baik.

Jika anda ingin trekking di sini, anda perlu membuat tempahan 6 bulan awal untuk meminta keizinan. Ini kerana, pendakian ke Gunung Kinabalu dihadkan kepada 135 orang sahaja sehari.

Ramai yang menyangka untuk menakluki Gunung Kinabalu memerlukan persediaan awal. Ketinggian yang mencapai sehingga 4095-meter pastinya akan menguji ketahanan anda. Rasai sendiri pengalaman trekking di gunung ini. Jika anda bersedia untuk menakluki Gunung tertinggi di Asia Tenggara bolehlah datang ke sini!

Kesimpulan

Senarai di atas merupakan antara aktiviti yang dapat dilakukan di Gunung Kinabalu. Jika ada ingin melakukan pendakian di gunung ini, pastikan anda membawa semua kelengkapan yang dapat digunakan untuk pendakian.

Anda boleh melakukan semua aktiviti ini semasa melakukan pendakian! Jangan lepaskan peluang anda! Rasai sendiri pengalaman mendaki di Gunung Kinabalu.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.