Jarang kita mendengar sebuah tempat di luar negara bernama Quebec. Ya, Quebec adalah sebuah bandar di Kanada, lebih umum lagi, ia adalah ibu kota bagi negara Kanada.  Quebec terletak di antara Wilayah Ontario dan juga Lautan Atlantik yang meliputi tanah seluas 1, 542, 000 km 2 . Untuk pengetahuan anda, ia adalah sebuah bandar Kanada yang kedua terbesar dengan 700, 000 penduduk di bandar tersebut iaitu Montreal, Quebec.

Bandar ini dijadikan pusat pentadbiran dan pusat ekonomi malah tanah-tanah Quebec ini juga amat terkenal dengan monumen seni bina yang bersejarah. Penduduknya mengamalkan bercakap dalam bahasa inggeris dan bahasa perancis. Perubahan berbahasa Perancis ini terjadi sebaik sahaja tanah Quebec di gelar New France. Ia kerana, kebudayaan serta identiti Quebec pernah dijajah oleh Perancis, justeru ia dikekalkan.

Pelbagai struktur kawasan Quebec seperti hutan, pulau-pulau, gunung serta terdapat 130, 000 takungan. Alam semulajadi yang terbina di bandar ini mengekalkan tempat-tempat yang terdapat di Quebec sekaligus menjadikannya tidak terkecuali dari tarikan pengunjung. Terdapat tempat menarik di Quebec yang boleh anda lawati sebagai destinasi percutian. Jom lihat tempat menarik di Quebec.

1.  Le Château Frontenac

tempat menarik di quebec

Imej via [flickr]

Tempat menarik di Quebec yang boleh anda lawati adalah Chateau Frontenac yang merupakan bangunan besar paling ikonik sekali. Ia merupakan sebuah hotel ala-ala istana yang serbaguna dengan pelbagai fungsi yang diadakan di sini.  Grand Fairmont Le Château Frontenac juga dikatakan sebagai mercu tanda di Quebec.  Yang pasti, pelancong dari seluruh dunia gemar berkunjung ke sini.

Untuk pengetahuan anda, dahulunya bukit bukau ini adalah lokasi bagi Fort St.-Louis yang merupakan kediaman untuk gabenor pada zaman penjajah, namun pada hari ini, anda boleh melihat pemandangan di selatan ke Levis dan Sungai St. Lawrence. Terdapat juga bekas runtuhan kubu yang terletak di bawah Promenade des Gouverneurs.

Berhadapan hotel ini, anda boleh melihat pemandangan utara ke Laurentians dan selatan, Promenade des Gouverneurs menuju ke Citadel dan Dataran Abraham.  Suatu masa dahulu, Château Frontenac juga digunakan untuk persidangan Québec ketika Allied Powers membuat persiapan pendaratan D-Day di Normandy (6 Jun 1944).

2. Lama Montréal (Vieux-Montreal)

tempat menarik di quebec

Imej via [istockphoto]

Vieux-Montreal adalah sebuah bangunan lama yang merupakan Dewan Bandar Raya Montréal di Old Montreal. Tempat menarik di Quebec ini adalah inspirasi  abad ke 17 lagi. Ia merupakan sebuah bangunan bersejarah yang mempunyai tarikan tersendiri.  Antara tarikan di sini adalah pelancong boleh berjalan kaki di dataran Place Jacques-Cartier dan berkunjung ke Basilika neo-Gothic Notre-Dame.

Vieux-Montreal membolehkan anda berkunjung ke Natrel Skating Rink dan Pusat Sains Montréal  yang terdapat di sini.  Jelas, nampaknya banyak perkara bermanfaat boleh anda lakukan di sini. Sekitar sini juga, anda boleh melihat La Grande Roue de Montréal (Roda Pengamatan).  Apapun, bangunan ini pastinya akan memberi anda kenangan yang sukar anda dapatkan di mana-mana.

3.  Royale Place

tempat menarik di quebec

Imej via [apisbd]

Tahukah anda, Samuel de Champlain telah menubuhkan kediaman pertama yang bernama Royal Place ini pada tahun 1608. Ia merupakan tempat dimana lahirnya bandar Quebec kerana terdapat pelbagai jenis koleksi bangunan lama di sini.  Antara bangunan yang boleh anda amati adalah bangunan abad ke-17 dan abad ke-18 iaitu Québec Lama.

Pelancong akan tertarik untuk singgah di sini bagi mengambil gambar kenangan dan mendapatkan maklumat berkaitan tempat menarik di Quebec ini. Ia adalah sebuah gereja batu Notre-Dame des Victoires yang amat cantik, ditubuhkan pada 1688 dengan keadaan menghadap dataran.

Masuk sahaja dalam kawasan ini, anda boleh melihat pelbagai pandangan yang tak pernah anda lihat iaitu Quartier Petit-Champlain serta sejarah lama.  Terdapat juga ruang pejalan kaki yang sempit.   Kawasan ini juga membolehkan anda menikmati hidangan menyelerakan di restoran berdekatan, berjalan-jalan di butik artis serta melihat mural trompe-l’oeil yang bertemakan sejarah.

4. Mount Royal Park

tempat menarik di quebec

Imej via [lemontroyal]

Mont Royal ataupun Gunung Royal Park adalah sebuah tempat rekreasi yang boleh anda kunjungi untuk bercuti.  Tempat menarik di Quebec ini amat terkenal di Montreal Quebec sebagai gunung yang amat indah.  Anda boleh menikmati keindahan panoraman puncak gunung Royal Park sepanjang 233 meter ini terutamanya dari Belvedere Kondiaronk.

Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti meluncur ski es di Lac-aux-Castors dan ski bersilang di Les Tam-Tam.  Selalunya, ia diadakan pada hari ahad musim panas dan bertempat berhampiran dengan monumen Sir George-Étienne Cartier.

Dari atas puncak, anda boleh melihat kecantikan seluruh bandar Quebec terutamanya Île de Montréal, Sungai St. Lawrence dan juga puncak Adirondacks di AS.  Menarik bukan? Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Gunung Royal Park untuk bersantai!

5. Grande Allée

tempat menarik di quebec

Imej via [flickr]

Inginkan suasana menarik pada malam hari? Grand Allée adalah sebuah bangunan yang meriah dengan pelbagai restoran, kedai, ruangan duduk dan tempat hiburan bagi pelancong mahupun penduduk tempatan. Anda boleh lepak pada malam ataupun siang hari di sini.

Ia terletak berhampiran dengan Parlimen Hill dan merupakan bangunan binaan sejak abad ke-19 lagi.  Amat mengagumkan kerana tempat menarik di Quebec ini juga pernah menjadi rumah bagi kelas atas bandar.  Grand Allée ini termasuklah dengan kawasan Dewan Allée Drill, Battlefields Park dan Musée National des Beaux-Arts du Québec.

6. Québec-Levis Ferry

tempat menarik di quebec

Imej via [flickr]

Bercuti di Quebec juga amat menyeronokkan kerana anda berpeluang menaiki feri di Quebec Levis.  Perkhidmatan feri ini dilakukan menyeberangi Sungai St. Lawrence yang menghubungkan antara Québec City dan Levis. Tidak semestinya anda menaiki berjalan kaki sahaja di sini, anda dialu-alukan untuk merasai suasana menaiki feri.

Sepanjang di dalam feri, lihatlah pemandangan sepuas-puas hati anda kerana pemandangannya amat menakjubkan terutamanya pada waktu senja. Kelihatan lampu-lampu cantik menerangi Château Frontenac, bangunan yang terdapat di sini serta kawasan bersejarah yang lain.  Stesen feri tepi laut bagi menaiki feri Levis terletak di sungai di Lower Town, anda juga boleh berjalan kaki dari Quartier Petit-Champlain dan Tempat Royale.

7.   Basilika Sainte-Anne-de-Beaupré

tempat menarik di quebec

Imej via [pinterest]

Pernah berlaku keajaiban dimana Sainte Anne dikatakan sebagai tempat yang boleh menyembuhkan orang sakit dan kurang upaya. Tempat menarik di Quebec ini terletak di timur laut Québec di Beaupre.  Cathedrale Notre-Dame-de-Quebec yang amat terkenal juga ditubuhkan pada tahun 1844 yang disiapkan oleh arkitek Baillairgé.

Untuk pengetahuan anda, basilika Katolik yang merupakan gereja bersejarah dan menakjubkan ini mempunyai kira-kira setengah juta jemaah setiap tahun yang berkunjung ke sini. Hiasan dalaman dan seni Notre-Dame de Québec amat mengagumkan kerana terdapat mezbah yang cantik, kanopi Episcopal dan tingkap kaca yang berwarna.

Anda juga pasti tidak akan lupakan ukiran-ukiran halus dan lukisan yang disiapkan oleh artis-artis Eropah dan Kanada di sini. mat menakjubkan melihat hasil seni yang cukup menarik.  Jangan lupa untuk bergambar di dalam dan di luar Basilika Katolik ini ya.

8.  Musee de la Tamadun

tempat menarik di quebec

Imej via [tripnholidays]

Musee de la Tamadun ini dibina dengan reka bentuk menarik oleh arkitek terkenal iaitu Moshe Safdie.  Tempat menarik di Quebec ini adalah sebuah institusi yang mempunyai tiga bahagian yang menyelidik banyak segi sejarah manusia dan penubuhan Amerika Perancis. Muzium utama ini juga terletak di Basse-Ville berdekatan Pelabuhan Lama boleh anda kunjungi.

Anda boleh menemui pelbagai koleksi pameran bersejarah tamadun dari seluruh dunia di Musee de la Tamadun.  Pengalaman berharga ini hanya boleh didapatkan dengan menerokai di sini sahaja memandangkan muzium ini khas menceritakan mengenai tamadun.   Selain ini, terdapat Musée de l’Amérique Francophone (Muzium Amerika Perancis) bertempat di Séminaire de Québec yang merupakan tempat bersejarah di Upper Town.

Untuk pengetahuan anda, Musée de l’Amérique Francophone ini meliputi semua aspek bersejarah bagi Perancis di Amerika Utara.  Anda juga dapat melihat pameran di Royale Place ketika Peradaban Musée de la.  Carilah masa yang sesuai untuk berkunjung ke sini kerana ia adalah destinasi perlancongan tak harus anda lepaskan.

9.  Carnaval de Québec

tempat menarik di quebec

Imej via [sanyasud]

Rasai suasana yang berbeza sepanjang di Quebec dengan menyertai sambutan perayaan musim panas yang diadakan selama dua minggu di Québec.  Carnaval de Québec yang dikatakan tempat menarik di Quebec perlu anda lawati ini diadakan di tengah-tengah salji dan ais pada akhir bulan Januari dan awal Februari.

Sejak tahun 1955, karnival ini telah menjadi tradisi tahunan dimana terdapat maskot salki gergasi bernama Bonhomme Carnaval memeriahkan suasana di sini. Karnival de Quebec pertama telah diadakan pada tahun 1894. Anda boleh melawat ke istana besar salji yang diperbuat daripada ais, ia telah dihasilkan oleh artis grafiti terbaik Quebec sebagai salah satu karya seni asli.

Terdapat banyak aktiviti yang dilakukan di sini seperti perarakan, sledding, salji berenang, perlumbaan anjing, menari, pertandingan pergaduhan salji dan macam-macam lagi. Aktiviti yang diadakan ini kebanyakannya percuma dan terbuka kepada semua orang. Ada juga aktiviti yang memerlukan anda membeli pas untuk masuk.

10.  Pont de Québec

tempat menarik di quebec

Imej via [flickr]

Pont de Quebec sangat terkenal dengan jambatan kembar yang unik dan cantik ini.  Pengunjung disarankan untuk datang ke sini bagi menyaksikan keindahan pemandangan lautan yang dihiasi jambatan Pieere Laporte berkembar Pont de Quebec  ini.  Sebenarnya, Pont de Quebec yang merupakan tempat menarik di Quebec ini merentasi Sungai Lawrence menjadikan ia suatu tarikan pelancong.

Pernah ada kes semasa pembinaan dilakukan pada tahun 1899 sehingga 1917 dimana terdapat dua kemalangan serius berlaku di sini yang menyebabkan 80 pekerja telah maut. Tahukah anda, Jambatan Pierre Laporte berkembar Pont de Québec ini dinamakan untuk seseorang iaitu bekas Naib Perdana Québec, Pierre Laporte, yang telah terbunuh ketika Krisis Oktober dahulu yang terkenal.

Ketika dibina pada 1970, ia merupakan sebuah jambatan penggantungan terpanjang di Kanada yang memiliki jarak 1,040 meter. Memang berbaloi kalau dapat singgah di sini, anda pasti teruja melihat keadaan jambatan ini yang sebenar.

Itulah dia tempat menarik di Quebec yang boleh anda lawati, kebanyakannya adalah destinasi percutian yang utama tidak harus anda lepaskan. Menarik bukan? Jom baca juga tempat menarik di Queensland Australia, tempat menarik di Odaiba, tempat menarik di Queenstown New Zealand dan tempat menarik di Qatar.

Rujukan

  1. ms.tripnholidays
  2. tripadvisor
  3. ms.trip-library

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.