Teringin nak ke negara Arab? Qatar adalah salah sebuah negara yang berada dalam Jazilah Arab. Biarpun saiznya tidak terlalu besar, namun pengaruhnya amat kuat juga sehingga ia dikatakan sebuah negara yang sering membangun dan berkembang seiring dengan kemajuan dunia.  Qatar menjadi tarikan pelancong disebabkan kekayaan negaranya dalam industri gas dan minyak sekaligus menarik minat ramai pengunjung untuk bekerja, bermastautin dan bercuti di sini.

Jangan risau, Qatar mempunyai tarikannya yang tersendiri dengan destinasi pelancongan yang sesuai untuk semua pelancong tidak kira umur. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini di samping dapat melawat sebahagian daripada kawasan-kawasan tanah arab ini.  Jom lihat tempat menarik di Qatar Top dan terkini.

1.  Muzium Nasional Qatar (Qatar National Museum)

tempat menarik di qatar

Imej via [wud]

Muzium Nasional Qatar adalah sebuah tempat menarik di Qatar yang dahulunya merupakan istana kepada Sheikh Abdullah Al-Thani. Lihat sahaja reka bentuknya yang unik dan cantik ini, pasti anda terpegun dengan keindahan dan kecantikannya. Apatah lagi jika masuk ke sini, anda akan melihat pelbagai kawasan menarik untuk anda lawati.

Antaranya adalah 2 buah restoran megah yang boleh anda kunjungi bagi menjamu selera, kafe, ruangan besar untuk diadakan aktiviti pameran, auditorium yang lengkap dengan 220 baris kerusi, taman yang mempunyai pelbagai jenis tanaman dan lain-lain lagi. Semuanya ada di sini.

Dengan reka bentuk futuristiknya, anda dapat menghayati seni bentuk dan peninggalan sejarah masyarakat Qatar suatu masa dahulu. Ia adalah sebuah tempat percutian yang memberikan tarikan dan pelbagai maklumat kepada anda.

2.  Burj Khalifa

tempat menarik di qatar

Imej via [new.abb]

Tahukah anda, menara tertinggi di dunia ini terdapat di Qatar dengan namanya adalah Burj Khalifa. Pasti anda selalu terdengar akan nama ini bukan? Ia adalah gedung pencakar langit yang paling tinggi sehingga mencapai ketinggian 829,84 meter! Nama penuhnya adalah Khalifa bin Zayed Al-Nahyan.

Untuk pengetahuan anda, bangunan tertinggi di dunia ini dibina bermula dari 21 September 2004 dan tamat pembinaannya pada 4 Januari 2010. Sungguh lama tetapi amat berbaloi. Anda boleh menaiki Burj Khalifa sehingga tingkat 124 untuk melihat keindahan seluruh Qatar dari atas.  Jangan takut dan gayat pula ya!

3.  Gurun Safari (Desert Safari)

tempat menarik di qatar

Imej via [sdqholidays]

Desert Safari atau gurun safari ini umpama padang pasir yang luas namun terdapat sebuah pantai di sekelilingnya. Sebelum tiba ke pantai, anda mungkin akan melalui suasana padang pasir luas seperti dalam filem-filem mumia dan cerita arab yang lain. Menariknya, kawasan ini amat luas sehinggakan anda boleh berlumba kereta dan pusing sepuas-puasnya dengan kereta.Jangan risau, anda tak akan sesat di sini.  Untuk aktiviti yang menarik, berkhemah, berkelah, menaiki unta juga boleh dilakukan di sini. Jika bercuti atas pakej, ia termasuklah makan, cruiser, pemandu dan penginapan di tengah gurun ini.

4. Khor Al-Adaid

tempat menarik di qatar

Imej via [traveldailymedia]

Sama seperti gurun Safari tadi, Khor Al-Adaid juga merupakan tempat menarik di Qatar yang seakan-akan gunung pasir. Bezanya, ia memiliki pasir halus berwarna putih dan air laut yang biru tua tenang. Suasana di sini lebih cerah dan tenang.

Pada malam hari, keindahan kerlipan bintang amat cantik untuk anda saksikan manakala pada siang hari, cahaya dan angin yang mendatang memberi ketenangan dan kegembiraan selama berada di sini. Aktivit yang boleh anda lakukan di sini adalah menaiki kereta 4WD, bermain pasir, ski, berkhemah, berkelah dan lain-lain lagi acara. Ia bersesuaian dengan konsep padang pasir yang indah ini.

5. Pulau Buatan Palm Tree

tempat menarik di qatar

Imej via [citrawidiastuti]

Seterusnya, tempat menarik di Qatar terbaik dan terkini boleh anda kunjungi adalah Pulau Palm Tree. Tempat unik ini memiliki banyak pokok palm di sekitar pulau yang menjadikan namanya disebut pulau palm tree.  Ia merupakan tanaman khas bagi kawasan timur tengah.

Bentuk pulau ini juga amat unik dan sesuai dengan kemudahan yang terdapat di sini.  Maklumlah, perusahaan yang menguruskan pulau ini juga amat besar dan merupakan syarikat kelas dunia iaitu Nakheel Properties. Anda boleh lihat sendiri pantai pulau ini yang asalnya adalah dasar Teluk Persia.

Kini, pulau ini lengkap dengan kemudahan seperti penginapan chalet, hotel, rumah, kawasan pejabat, gudang, vila, apartment, restoran, kedai-kedai dan banyak lagi. Apa sahaja yang anda cari dan perlukan, pasti ada di Qatar.

6. Muzium Seni Islam (Islamic Art Museum)

tempat menarik di qatar

Imej via [dailysabah]

Muzium Seni Islam Qatar ini amat cantik jika dilihat pada waktu malam dengan cahayanya yang indah dan menakjubkan. Pada siang hari, ia seakan berwarna putih. Pemandangan sekitar sini amat indah sekali dengan adanya air terjun kecil di hadapan bangunan ini serta reka bentuk uniknya yang diambil dari pengaruh arkitektur Islam kuno.

Tempat menarik di Qatar ini memiliki nilai sejarah yang amat tinggi. Bukan sahaja kerana terdapat pelbagai pameran dan barang sejarah yang dipamerkan, tetapi kerana nilai bangunannya juga sangat membanggakan Qatar. Anda boleh menikmati makanan menyelerakan kerana terdapat juga restoran yang disediakan di sini.

7.  Souq Waqif

tempat menarik di qatar

Imej via [bigseventravel]

Suoq Waqif dikatakan tempat membeli belah di Qatar memandangnya terdapat pelbagai barang dijual di sini. Sama ada barang rumah, karpet, pakaian, makanan, barang kraftangan, kain dan banyak lagi boleh anda dapatkan. Namun yang menjadi perhatian pelancong adalah aneka kraf tangan, pakaian tradisional Qatar, cenderamata dan juga rempah ratus.

Ia bukan sahaja dibuka pada siang hari, tetapi pada malam hari juga terdapat jualan di sekitar sini. Anda juga boleh menyaksikan konsert muzik atau melihat galeri seni di Suoq Waqif. Menarik kan? Jom bawa pasangan atau keluarga anda berkunjung ke sini.

8.  Masjid Katara

tempat menarik di qatar

Imej via [outlookindia]

Masjid Katara yang merupakan tempat menarik di Qatar ini selalu menjadi persinggahan para pelancong luar kerana keunikan dindingnya serta reka bentuk seni bina bangunannya yang unik.  Walaupun masjid ini tidak kurang besarnya, tetapi ia adalah pengaruh seni bina Islam dengan konsep campuran moden dan klasik.

Anda juga akan menemui galeri lukisan jalanan berhampiran masjid ini. Keunikan dan ketenangan di sini tidak dinafikan lagi sehingga ramai pelancong luar dan bukan Islam yang berkunjung ke sini amat terpukau dan mengakui ketenangan dan keseronokan berada di sini.

9.  State Grand Mosque

tempat menarik di qatar

Imej via [alwaabfarm]

Salah satu masjid di Qatar yang boleh dikunjungi ramai juga adalah State Grand Mosque. Biarpun ia adalah sebuah masjid, namun ia dikatakan sebagai tempat menarik di Qatar terbaik dan terkini boleh anda kunjungi. Bagi orang bukan Islam, anda pasti teruja untuk melihat kecantikan masjid ini, bagi orang Islam pula, lakukanlah ibadah di sini bersama-sama para penduduk tempatan secara berjemaah. Jangan lepaskan peluang untuk beramal dan merasai suasana berada masjid ini.

10. Kaseem Darwish Fakhroo Islamic

tempat menarik di qatar

Imej via [flickr]

Bangunan berbentuk spiral ini juga dikenali sebagai Qatar Islamic Cultural Center dimana ia bukanlah sebuah masjid semata-mata tetapi juga merupakan pusat pembelajaran ilmu Islam.  Keunikan dan kecantikan bangunan ini dari segi bentuk dan warnanya amat menakjubkan.  Patutlah ramai yang suka berkunjung ke sini.

Tempat menarik di Qatar ini juga amat popular dan tinggi sekali. Jika anda berada di puncaknya, anda dapat melihat suasana “undertown” Qatar dari ketinggian tersebut. Nak singgah bersiar-siar di sini, bolehlah kutip ilmu dan tumpang solat sekali, tiada masalah.

11. Corniche

tempat menarik di qatar

Imej via [depositphotos]

Teringin nak bersantai di Qatar? Anda boleh berkunjung ke Corcniche yang merupakan persisiran pantai menghadap lautan dalam kawasan bandar. Terdapat bangunan pencakar langit yang megah berdiri serta kesibukan kota di sini. Namun, sedikit pun ia tidak mengganggu kecantikan dan keindahan kawasan Corniche kerana tempat ini dijaga dengan rapi, amat bersih, kemas dan selamat.

Berada di sini, anda pasti akan merasa angin yang berhembus sepoi-sepoi bahasa ke arah anda.  Seronok juga sekali sekala melepak di Corniche, tempat terbaik dan terkini boleh anda kunjungi di Qatar.

12.  The Pearl, Qatar

tempat menarik di qatar

Imej via [thepearlqatar]

Berkunjung ke The Pearl, Qatar ini akan membuatkan anda terasa seperti menjadi orang kaya. Biarpun cuma bersiar-siar, terdapat hotel yang mewah, restoran mewah serta pemandangan laut dan bot di pelabuhan The Pearl. Nama tempat ini adalah mutiara, patutlah segala yang diadakan di sini nampak high class. Ambillah pengalaman bersiar-siar di sini, ia amat menyeronokkan dan pemandangannya juga menakjubkan.

13.  KidzMondo, Doha

tempat menarik di Qatar

Imej via [inspirock]

Seperti di Malaysia juga terdapat Kidzania, tetapi di Qatar, anda boleh kunjungi Kidzmondo. Anak-anak boleh bermain sambil belajar dengan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahukan seperti orang dewasa. Sebagai contoh, anak anda boleh bermain-main dengan menjadi seorang doktor, askar, ahli bomba dan lain-lain lagi.

Terdapat beberapa restoran yang menyajikan makanan di sini. Jika anda datang dengan anak-anak yang ramai, sediakan wang yang banyak kerana harga di sini agak boleh tahan mahalnya. Tetapi jika hanya bersama seorang anak, ia tidaklah mahal seperti anda sangkakan.

Pengunjung boleh menunggu di ruang tunggu sementara anak-anak bermain tetapi anda perlu pantau anak anda juga selama berada di sini. Jom bawa anak-anak berkunjung ke sini pada musim cuti sekolah!

14.  Zekreet Beach

tempat menarik di qatar

Imej via [flickr]

Zekreet Beach sesuai dilawati anda yang ingin bergambar dan menghasilkan video. Pemandangannya amat indah tetapi ia terletak agak jauh dan jalannya berbatu-batu. Mungkin anda perlu menaiki kereta 4×4 untuk sampai ke sini. Keadaan di sini juga agak panas, sediakan makanan dan minuman sekali jika anda datang ke sini. Sukar untuk anda menemui kedai di kawasan Zekreet Beach ini.

15.  Mall of Qatar

tempat menarik di qatar

Imej via [dohanews]

Mall of Qatar ini juga dikategorikan sebagai tempat menarik di Qatar yang membolehkan anda membeli belah. Pusat beli belah yang besar ini menawarkan pelbagai barangan kepada anda daripada barang berjenama sehinggalah yang tidak anda kenali. Apa sahaja yang anda cari, mungkin akan ditemui di sini terutamanya barang yang ingin dibawa pulang sebagai cenderamata.

Itulah dia 15 tempat menarik di Qatar terbaik dan terkini boleh anda kunjungi untuk percutian musim cuti sekolah. Bolehlah luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di sini. Jom baca juga tempat menarik di Norway, tempat menarik di Okinawa, tempat menarik di Okayama dan tempat menarik di Odaiba.

Rujukan:

  1. 99
  2. tripadvisor
  3. tokopedia

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.