Star Cruise Penang menjadi percutian idaman ramai. Percutian mewah di atas kapal mewah memberikan satu percutian yang unik, eksklusif dan pengalaman yang menarik.

Pada masa kini, lebih ramai yang terdedah dengan konsep percutian ini. Tambahan pula, harga untuk percutian di atas kapal mewah ini lebih berbaloi dan mampu dimiliki oleh ramai orang.

Sebelum ini, Star Cruise Penang boleh dinaiki di Pulau Pinang dengan perjalanan bermula di Penang menuju ke Langkawi dan kembali ke Penang. Kapal yang biasa berlabuh di sini semestinya kapal terkenal iaitu Star Cruise Pisces yang berasal dari Hong Kong. Namun perkhidmatan kapal ini telah dihentikan dan telah dilupuskan.

Namun jangan risau, masih ada cruise yang akan singgah di Penang iaitu Genting Dream Cruise. Kapal ini akan bermula pelayarannya di Port Klang dan menuju ke Singapore selama empat hari tiga malam. Jom teroka percutian mewah di atas cruise eksklusif yang dikongsikan oleh Shahirah Sheikh Alwi di Facebook.

Pakej Percutian

Assalamualaikum. Disebabkan ramai yang bertanya tentang cruise di sini saya nak berkongsi harga tiket dan itinerary. Sesiapa ada plan untuk naik cruise bolehlah ambil ni sebagai rujukan.

Trip yang kami ambil 4 hari 3malam (Port Klang – Penang – Singapore – Port Klang) menggunakan Genting Dream Cruise Malaysia. Percutian ini naik dari Port Klang dan cruise yang halal.

Pakej yang kami ambil ini berdasarkan jenis bilik yang kita pilih.  Tak silap saya ada 8 jenis bilik. Bilik dan pakej yang saya ambil harganya adalah RM1818 + RM 280 (port charge) untuk dewasa. RM 909 + RM 280 (port charge) untuk kanak-kanak. Tapi ini bukan full payment lagi sebab ada gratuity fee SGD 63 seorang sepanjang pelayaran. Ini kira macam tips la untuk diorang sepanjang kita kat atas kapal tu.

Ada banyak jenis cabin dan setiap cabin berlainan harganya. Cabin yang kami pilih adalah cabin Balcony Deluxe Stateroom dan harganya mahal sedikit sebab ada balkoni tetapi sangat berbaloi. Boleh duduk di balkoni tengok cruise bergerak meredah lautan ditemani lagu Titanic.

Satu pengalaman yang berharga sangat-sangat. Yang penting anak-anak seronok. Setiap masa intai nak tengok cruise bergerak ke tak. Oh lagi satu, harga berubah-berubah dari low season, mid season dan peak season. Yang kami rasanya mid season sebab tu agak mahal.

Bilik yang kami ambil tu memuatkan 3 hingga 4 orang. Harga untuk kanak-kanak tu ada less kalau tak silap. Saya survey harga ni berbulan-bulan lamanya dan buat research satu-satu. Boleh survey harga dekat web Genting Dream Cruise atau ejen cruise di Facebook atau Telegram.

Untuk trip 4 hari 3 malam kami ni, kapal kami mula belayar hari Isnin jam 4 pm. Check in di Port Klang Cruise Terminal. Check in start pukul 11.30 pagi dan last boarding pukul 2.30 ptg. Sebab nak beratur situ beratur sini, rushing sikitlah kalau ada anak kecik.

Oh lagi satu kalau pakej yang kita ambil ni ada ke luar negara wajib ye bawa passport. Dah masuk kapal,semua diberi kad akses. Dengan kad akses ni segala macam kita nak masuk atau nak beli kat atas kapal tu akan di caj atas kad ni. Kiranya sebelum check out nanti kena settle la segala bil.

Makanan

Atas cruise ni ada restoran halal dan dah termasuk dalam pakej yang kita ambil. Sebenarnya ada banyak je restoran tapi yang lain tu kena bayarlah. Yang termasuk dalam pakej ada satu iaitu The Lido Restaurant. Restoran yang berasaskan buffet all you can eat.

Di restoran ini makan 3 kali sehari iaitu breakfast, lunch dan dinner. Restoran ni tak payah bayar just tap cabin card je. Apabila dah habis masa makan yang diberi akan ada waktu snacking sampai 2 pagi. Makanan yang disediakan best-best uiii. Macam-macam ada. Tak sempat lapar la cite dia. Yang paling penting Halal. Pastikan korang timbang berat badan dulu sebelum belayar, balik timbang semula. Hahahahahhahhaa.

Aktiviti

Imej via [ Resort World Genting ]

Macam-macam boleh buat atas kapal ni. Ada show, pool, rock climbing, water slide, bowling, karaoke, aktiviti untuk kanak-kanak, gym dan sebagainya.

Setiap hari dia akan selit paper untuk aktiviti harian. Kat situ akan diberitahu apa aktiviti yang berlangsung semasa hari pelayaran kita. Setiap hari kita akan teruja untuk tahu apa yang menarik.

Kalau nak details, tanya je information counter tu. Krew akan bantu sampai la kita faham. Jangan lepaskan peluang untuk tengok show pada malam setiap hari. Ada dance show dan magic show, so datang awal sikit boleh duduk di depan. Yang ini anak-anak kami terlebih excited, tengok show dekat theater depan mata. Saya sampai terharu sebab mereka happy sangat.

Kemudahan Lain

  • Internet on board

Ada wifi tetapi kena beli dan boleh call reception untuk tanya macam mana nak connect wifi. Yang ni guna kad akses juga. Enter nombor bilik kita nanti akan dicaj sebelum check out.

  • Solat

Untuk solat dia ada sediakan bilik untuk solat tetapi kami pilih untuk solat di dalam bilik. Cari kiblat kemudian solat macam biasa.

  • Iron baju

Seterika tak dibenarkan bawa. Kena bawa baju yang macam tak payah iron. Tapi kalau nak iron baju dia ada sediakan dan perlu bayar juga. Call je housekeeping lepastu dia akan datang bilik kita tanya berapa helai baju nak pressing then dia akan bagitahu harga kemudian akan dicaj dalam bil kita.

Lagi satu dia akan tanya kita nak pakai express ke tak. Kalau nak express kena caj 50% dari harga baju tu. Kalau tak nak boleh tapi esoknya akan siap baru dia hantar ke bilik. Jadi tipsnya bawa baju yang sudah iron atau sampai je di kabin terus call housekeeping untuk iron baju yang nak pakai sepanjang kat atas tu.

Itinerary

Untuk aktiviti setiap hari tu, kita refer je dekat paper yang dia bagi tu. Kebiasaannya sebelum pukul 8 malam dia dah selit di bilik kita. So kita boleh plan apa yang kita nak buat untuk esok hari. Rindu pulak rasa.

Untuk tour di darat pula iaitu Penang dan Singapore, kalau kita ikut tour yang cruise arrange, just alert dengar announcement dan ikut arahan. Di luar kapal mereka dah sediakan shuttle transport. Yang ni pun ada pakej dia. Just sediakan duit dan daftar dekat reception deck.

Kalau kita free and easy just tunggu cruise sampai di port, kutip passport then turunlah sendiri. Layanan diorang memang first class. Jangan takut untuk bertanya, even kita naik berselipar jepun pun, memang mereka layan baik dan sentiasa greet kita.

Jumlah Perbelanjaan

Duit belanja adalah bergantung kepada individu. Contoh jika nak beli jeruk di Penang, tour di Singapore, bawalah banyak duit. Mengikut bajet masing-masing okay?

  • Jadi total belanja hangus sepanjang pelayaran kami iaitu bilik + makan + aktiviti:

RM 1818 + RM 280 (port charge) = RM 2098

RM 1818 + RM 280 (port charge) = RM 2098

RM 909 + RM 280 (port charge) = RM 1189

RM 909 + RM 280 (port charge) = RM 1189

  • Gratuity fee

SGD 63/person = 63×4 = RM 892.08

  • Wifi

SGD 48 utk 2 device = RM 169.92

  • Iron baju

SGD 12  = RM 42.48

  • Main bowling

SGD 20 x 2 = RM 70.80

  • Pop corn untuk anak-anak

SGD 3.54 = RM 12.53

Total = RM 7761.80

Tapi pengalaman di atas cruise sangat-sangat la manis untuk kami kenangkan. Jadilah naik sekali seumur hidup mungkin. Best dapat rasa tidur macam terapung-apung. Lepastu terbayang macam dalam cerita Titanic. Setiap masa berdoa jangan la jadi apa-apa. 2 malam je laut macam gelora dengan hujan lebat. Hari lain Alhamdulillah cerah elok.

Demikianlah itinerary star cruise Penang yang dikongsikan oleh Puan Syahirah Syeikh Alwi selama empat hari tiga malam di atas cruise mewah iaitu Genting Dream Cruise. Satu-satunya kapal halal di Malaysia yang menyediakan restoran halal kegemaran rakyat Malaysia. Selain star cruise Penang, banyak lagi route yang ditawarkan oleh Genting Dream Cruise.

Sesekali bercuti di atas cruise mewah pasti memberikan pengalaman menarik yang sukar untuk dilupakan. Jika ada yang tak tahu, banyak kemudahan lengkap dan selesa disediakan buat pengunjung. Sambil bercuti, bolehlah anda merehatkan minda setelah penat dengan kerja dan kesibukan kota.

Bercuti di atas kapal mewah lebih menyeronokkan apabila bersama keluarga atau rakan-rakan. Jom ajak mereka untuk bercuti di sini. Pakej yang ditawarkan memang mampu milik dan berbaloi.

Anda seorang pengembara atau suka mengembara ke seluruh dunia? Kami kongsikan itinerary tempat menarik di beberapa negara:

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.