Turki merupakan sebuah negara yang sangat cantik dengan karya seni binanya yang unik dimana ia memiliki perpaduan dua kebudayaan iaitu Eropah dan Asia. Keindahan buatan masjid di Turki juga adalah salah satu tarikan utama pelancong kerana merupakan mascot Negara yang sangat halus dan unik buatannya.
Imej via [KLCBS]
Imej via [pixabay]
Namun kini, Haghia Safia tidak lagi menjadi tempat ibadat namun ianya hanyalah sebuah muzium yang menjadi tatapan umum saban hari. Tiket masuk ke tempat menarik di Turki ini adalah dalam lingkungan RM28-35 bergantung kepada kadar matawang semasa.
Imej via [blog.parkinn]
Ia mempunyai lebih dari 3,000 lot kedai jualan dengan lebih kurang 61 lorong, anda harus ingat nombor pada pintu masuk pasar ini untuk mengelakkan daripada tersesat.
Banyak barangan yang boleh anda dapati di sini namun anda perlu jimat berbelanja kerana kebanyakan barangan di sini agak mahal harganya. Grand Bazar ini dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi sehingga pukul 7 malam sahaja.
Imej via [travelnewsdigest]
Jangan lepaskan peluang untuk menaiki belon udara panas dimana belon udara panas ini mampu memuatkan sekitar 10 hingga 30 orang dalam satu masa.
Namun untuk menaiki belon udara panas ini boleh dikatakan agak mahal kerana harganya sekitar RM1,000. Oleh itu, jika anda teringin sangat menaikinya, pastikan anda mula menabung untuk merasai keseronokan bercuti di Turki.
Imej via [umrohmarcobogor]
Masjid ini merupakan masjid yang pertama pada zaman Sultan Ahmet dan dibina sendiri oleh Sultan Ahmet dimana ia pernah menjadi lambang kehebatan empayar Turki sehingga kini.
Kehebatan seni bina dan reka bentuknya pasti membuat anda terpegun kerana ianya sangat cantik sekali dengan ukiran kubahnya yang halus buatannya dan sangat tersergam indah. Keindahan tempat menarik di Turki ini sebenarnya adalah dari gabungan seni bina Islam dan juga Ottoman.
Imej via [mpitravel]
Istana ini dibina suatu masa dahulu semasa pemerintahan Sultan Muhamad Al Fatih dan mempunyai keluasan kira-kira 700,000 ekar. Hari ini, istana besar yang tersergam indah ini telah menjadi perpustakaan dan pusat pentadbiran undang-undang Negara Turki.
Untuk pengetahuan anda, istana ini juga menyimpan khazanah Nabi Muhammad S.A.W seperti jubah dan pedang serta barangan peninggalan para nabi-nabi yang lain.
Imej via [howtoistanbul]
Kini, Hippodrome hanya tinggal tiang-tiang sahaja apabila telah dimusnahkan oleh Puak Roman suatu ketika dahulu. Hippodrome ini letaknya tidak jauh dari Masjid Biru.
Imej via [Mapsofworld]
Imej via [howtoistanbul]
Tiket masuknya juga agak berpatutan iaitu sekitar RM165. Seperti namanya, tempat ini memaparkan pelbagai khazanah mini di Turki.
Taman ini mengandungi lebih kurang 105 model miniature berbentuk bangunan yang mewakili senibina-senibina yang ada di Turki dari zaman Byzantine sehinggalah ke zaman empayar Othmaniah.
Imej via [trt]
Tempat menarik di Turki ini dipercayai merupakan tempat bersemadinya para dewa-dewa dan hal ini turut dibuktikan dengan penemuan patung dewa-dewa roman yang terdapat di sini seperti patung dewa Hercules, Zeus, Tyche dan Apollo.
Imej via [Bidadari]
Jalan itu kemudiannya akan berakhir dan tamat di Taksim Square di mana ia merupakan Bandar utama yang menjadi peneraju Kota Istanbul. Tempat menarik di Turki ini menawarkan pelbagai barangan aneka pilihan termasuklah coklat dan roti. Terdapat juga restoren, kafe, kelab malam dan kedai-kedai bioskop di sini.
Imej via [flickr]
Imej via [Bidadari]
Pelbagai pilihan restoran dengan pelbagai menu yang anda boleh pilih untuk bersantap sambil menikmati panorama indah di Teluk Golden Horn ini.
Imej via [rarefindstravel]
Bodrum Castle merupakan sebuah muzuim Arkeologi Laut di mana pengunjungnya dapat mempelajari sejarah tentang peradaban lampau. Terdapat banyak koleksi kapal karam yang bernilai jutaan dolar yang boleh anda lihat di sini.
Imej via [flickr]
Library of Celcus ini merupakan antara tarikan utama pelancong kerana hasil tinggalan bangunan ini dan seni rekanya yang unik dan penuh seni.
Imej via [mylittleadventure]
Lapisan putih di sini adalah mineral kalsium yang terbentuk melalui fenomena alam manakala kolam air panas di sini dipercayai boleh merawat pelbagai penyakit dan umpama spa di dalam istana. Keindahan kolam air panas ini memang tidak dapat digambarkan, jadi anda harus ke sini sendiri untuk melihat keindahannya.
Pamukkale merupakan salah satu tempat menarik di Turki bagi pelancong dari seluruh dunia. Pengunjung yang datang ke sini juga bebas berendam sepuas-puasnya. Kolam air panas Pamukkale ini akan kelihatan seperti salji yang melitupi sungai jika dilihatnya dari jauh.
Imej via [Depositphotos]
Kota Hierapolis ini dikatakan musnah akibat gempa bumi suatu masa dahulu dan kini hanya tinggal beberapa bangunan sahaja yang masih utuh sehingga ke hari ini iaitu dewan teater dan beberapa bangunan yang lain.
Imej via [moslemtour]
Selain panorama seni reka bangunan, anda juga akan berpeluang melihat keunikan burung camar yang berterbangan di Selat Bosphorus ini yang mana merupakan sempadan Eropah dan Asia.
Imej via [PlanetWare]
Muzuim ini merupakan makam penyair sufi yang terulung suatu ketika dahulu yang bernama Jalal ad-DinRumi. Beliau dikisahkan oleh penduduk tempatan adalah seorang penyair yang telah melahirkan tarian khas berpusing badan yang terkenal di Turki dan seluruh dunia.
Imej via [artstation]
Namun pepatah ada mengatakan, jauh perjalanan luas pemandangan kerana pelbagai budaya menarik dapat anda pelajari di tempat orang. Selamat bercuti! Jom baca tempat makan di Cameron Highland dan tempat menarik di Phuket pula.