Osaka merupakan bandar kedua yang terbesar di Jepun dan terdapat banyak tarikan menarik di sini. Bandar Osaka bukan bandar yang biasa-biasa kerana anda boleh melihat keindahan tempat menarik di sini terutamanya pada musim cuti. Jom kita ketahui antara 30 tempat menarik yang terdapat di Osaka.

 

tempat menarik di osaka

Imej via [japan-guide] 

1.  Osaka Castle

tempat menarik di osaka

Imej via [tripadvisor]

Osaka Castle ataupun Istana Osaka merupakan tempat menarik di Osaka yang utama dan sering mendapat kunjungan para pelancong dari seluruh dunia pada musim percutian. Osaka Castle merupakan replika asal daripada istana asal yang telah dibina pada tahun 1583 oleh Toyomi Hideyoshi.

Panoramanya yang indah dan mempersonakan ini dihiasi dengan permandangan pokok-pokok sakura pada musim salji. Pastinya ia menambat hati para pelawat yang hadir ke Osaka Castle ini.

 

2.  Nishinomaru Garden

tempat menarik di osaka

Imej via [desertmoroccoadventure]

Nishinomaru Garden terletak berhampiran Osaka Castle ini turut merupakan tempat menarik di Osaka yang menjadi tarikan utama para pelancong yang hadir. Di sini terdapat 600 batang pokok sakura yang cantik-cantik memukau para pelancong yang melihatnya.

Terdapat beberapa kemudahan seperti Guest House dan tempat rekreasi yang pasti menenangkan anda semua. Pastikan datang ke sini pada bulan April kerana pada musim ini bunga sakura akan berkembang menghiasi taman ini.

 

3.  Osaka Aquarium Kaiyukan

tempat menarik di osaka

Imej via [tripadvisor]

Terdapat satu tempat menarik di Osakan yang wajib anda lawati semasa bercuti di sini iaitu Osaka Aquarium Kaiyukan. Ia mempunyai reka bentuk yang unik dan dibuka pada jam 10 pagi sehingga jam 8 malam.

Terdapat sebanyak 27 buah tangki serta dibahagikan kepada beberapa bahagian.   Tangki yang paling besar adalah berkedalaman 30 kaki dan terdapat ikan jerung di dalamnya.

Anda boleh ke kawasan Deep Sea Zone, Tunnel Tank, Panama Bay, The Pacific Ocean, Great Barrier Reef, Tasmanian Sea, Antartica, Ecuadorian Jungle, Japanese Forests dan banyak lagi serta bayaran masuk ke sini adalah 2300 Yen sahaja.

 

4.  Universal Studios Japan

tempat menarik di osaka

Imej via [stevejobko]

Jika anda para penggemar filem Universal Studios, apa kata anda datang ke Universal Studios yang terletak di Osaka yang merupakan tempat menarik di Osaka ini.  Anda akan terpesona dengan keindahan tempat ini serta watak-watak filem yang pasti disukai oleh setiap lapisan umur.

Beberapa tarikan utama disini tentulah Wizarding World of Harry Potter yang menyeronokkan, Minion Park yang menarik iaitu patung-patung minion yang comel-comel, Replika Bandar New York, Jurassic Park dan banyak lagi. Waktu Beroperasi adalah dari jam 8.30 pagi sehingga waktu petang dan bayaran masuk sentiasa berubah-ubah mengikut bulan yang sering didatangi pelancong.

 

5.  Sakuya Lumina

tempat menarik di osaka

Imej via [osaka-info]

Seperti tempat lain yang penuh magical, apa kata anda melawat ke Sakuya Lumina yang terletak di Osaka ini?  Tempat menarik di Osaka ini merupakan tempat menarik yang boleh dilawati bersama keluarga.

Di sini, pasti anda dapat mengamit memori bersama keluarga sambil menikmati keindahan efek cahaya, bunyi dan anda juga akan dikelilingi oleh dunia fantasi yang tidak dapat anda bayangkan. Waktu operasi adalah pada pukul 6 petang sehingga pukul 10 malam setiap hari.

 

6.  Umeda Sky Building

tempat menarik di osaka

Imej via [japan-guide]

Tempat menarik di Osaka kali ini amat berbeza dengan sebelumnya.  Umeda Sky Building merupakan salah satu tarikan utama untuk memuaskan jiwa travel anda. Di sini anda berpeluang menikmati taman terapung yang dikenali dengan Floating Garden Observatory atau Kuchu Teien yang berketinggian 170 meter.  Anda boleh melihat seluruh panorama Osaka melalui kawasan ini. Waktu beroperasi adalah pada jam 9.30 pagi sehingga jam 10.30 malam.

 

7.  Zoo Tennoji

tempat menarik di osaka

Imej via [japan-guide]

Nak lihat binatang di Osaka? Apa kata anda ke Zoo Tennoji ataupun Tennoji Zoo yang telah dibuka pada tahun 1915 ini.  Terdapat bermacam-macam spesies haiwan di sini termasuklah dari jenis reptilia, mamalia serta banyak lagi spesies-spesies haiwan yang pasti membuatkan anda dan keluarga anda teruja untuk datang ke zoo Tennoji ini.

Waktu beroperasi adalah dari waktu pagi sehingga waktu petang dan bagi orang dewasa bayaran masuk dikenakan sebanyak 500 Yen.

 

8.  Open-Air Museum of Old Japanese Farm Houses

tempat menarik di osaka

Imej via [tripadvisor]

Anda boleh mempelajari tentang cara-cara pertanian masa lalu di Jepun yang pasti menambahkan ilmu pengetahuan anda. Disamping itu, terdapat keindahan alam semula jadi yang amat segar dan udaranya yang amat nyaman.  Anda boleh melihat 11 buah rumah ladang sejak dari abad ke 17 sehinggalah abad ke 19 masih terdapat disini yang pasti boleh dilihat dari semua generasi.

 

9.  Teater Nasional Bunraku

tempat menarik di osaka

Imej via [medanbisnisdaily]

Apa yang menarik di National Bunraku Theatre ataupun dikenali juga dengan Teater Nasional Bunraku ini adalah sebuah teater yang menggunakan teknologi moden yang canggih untuk pertunjukan tradisional dari abad ke 17.  Ia menggabungkan persembahan boneka, muzikal dan penceritaan.

Walaupun dialek yang dituturkan semasa persembahan adalah dari bahasa Jepun, anda boleh menggunakan panduan audio melalui bahasa Inggeris untuk setiap persembahan dengan caj tambahan.  Waktu persembahan yang diadakan di teater ini adalah pada minggu ke 3 pada bulan Januari, April, Jun, Julai, Ogos serta November.

 

10.  Pekan Nipponbashi

tempat menarik di osaka

Imej via [madman]

Pekan Nipponbashi merupakan salah satu tempat menarik di Osaka bagi mereka yang menginginkan barangan makanan, pakaian serta banyak lagi. Pada kebiasaannya, pekan ini sentiasa sibuk dengan orang ramai daripada penjual sehinggalah pembeli.

Di sini, anda boleh membeli makanan yang halal bagi yang muslim, pakaian berjenama Jepun, cenderahati dan banyak lagi malah penduduk di sini juga sememangnya peramah dan baik-baik.

 

11.  Osaka Museum of History

Imej via [commons.wikimedia]

Jom singgah ke Osaka Museum of History yang merupakan salah satu tempat menarik di Osaka! Di sini, anda berpeluang mengetahui tentang sejarah-sejarah lampau kota ini melalui gambar pameran, model-model mini serta video yang pasti memudahkan kita untuk membayangkan kehidupan masyarakat Osaka terdahulu.  Muzium ini ditutup pada hari Selasa dan dibuka pada lain-lain hari pada jam 9.30 pagi sehingga jam 5 petang.

 

12.  Osaka Science Museum

tempat menarik di osaka

Imej via [osakastation]

Jika tidak cukup dengan lawatan ke muzium sejarah di Osaka, anda juga boleh melawat ke Osaka Science Museum untuk mengenali dengan lebih dekat dengan teknologi-teknologi canggih buatan Jepun. Di muzium ini bukan setakat teknologi sahaja anda boleh pelajari, anda juga berpeluang mempelajari tentang kimia, alam semesta dan banyak lagi hal-hal menarik yang berkaitan dengan sains.

Pada hujung minggu pula tedapat pertunjukkan filem Imax yang pasti membuatkan anda semua terpesona dan bayaran dikenakan hanyalah 400 Yen sahaja.

 

13.  Shitennoji Temple

tempat menarik di osaka

Imej via [tripadvisor]

Jom kita ke Shitennoji Temple ataupun Tokong Shitennoji yang merupakan tokong tertua di Jepun.  Tempat menarik di Osaka ini telah dibina pada tahun 593 oleh Putera Shotoku.  Ia berjaya dibina dengan teliti walaupun beberapa kali musnah terbakar.

Sekitar kawasan tokong ini juga terdapat pameran lukisan, kitab dan bermacam-macam lagi barangan yang berharga milik tokong ini sejak dari dulu lagi. Ia beroperasi pada awal pagi dan ditutup pada waktu petang.

 

14.  Fushioukaku Hot Spring Resort

tempat menarik di osaka

Imej via [expedia]

Fushioukaku Hot Spring Resort adalah sebuah hotel peranginan musim panas yang terletak di bukit-bukit hijau Ikeda, Osaka.  Tempat menarik di Osaka ini sesuai untuk pelancong merehatkan badan selepas seharian bersiar-siar di bandar Osaka.

Walaupun lokasi luar bandar hotel ini boleh dilalui dari Umeda hanya dalam 30 minit, ia menjadikannya destinasi percutian yang sempurna untuk anda sekeluarga.  Anda juga boleh mencuba perkhidmatan yang bersahaja dari gaya Jepun klasik iaitu Ryokan.

 

15.  Abeno Harukas

tempat menarik di osaka

Imej via [verticalworldcircuit]

Jika di Malaysia KLCC merupakan bangunan tertinggi di negara kita, namun di Jepun, bangunan yang diberi nama Abeno Horakas ini merupakan bangunan yang tertinggi di sini dengan berketinggian 300 meter.

Terdapat muzium, hotel, tempat makan dan bermacam-macam lagi kedai di dalamnya yang pasti menarik untuk anda kunjungi. Di puncak bangunan ini pula, anda berpeluang melihat keindahan bandar Osaka yang pastinya amat menyeronokkan.

 

16.  Sumiyoshi Taisha

tempat menarik di osaka

Imej via [sumiyoshitaisha]

Selain Tokong Shitennoji, terdapat satu lagi tokong yang telah dibina sejak tahun 211 dan telah dibina beberapa kali di dalam ritual pembaharuan iaitu Sumiyoshi Taisha Temple. Senibina tokong yang merupakan tempat menarik di Osaka yang unik ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan sering menjadi tumpuan pelancong.   

Di hadapan tokong ini terdapat satu jambatan yang cantik diberi nama Sorihashi Bridge. Tokong ini dibuka seawal jam 6 pagi sehingga jam 5 petang.

 

17.  Round 1 Stadium

tempat menarik di osaka

Imej via [Blorg]

Rugi jika anda melancong tetapi tidak berhibur di tempat menarik di Osaka ini. Tempat ini dipenuhi dengan bermacam permainan yang menyeronokkan. Jadi apa kata anda bawa keluarga anda ke Round 1 Stadium untuk memeriahkan lagi percutian anda.

Terdapat pelbagai permainan yang menarik di sini boleh anda sertai aktivitinya. Selain itu, anda boleh berhibur dengan berkaraoke, bermain boling,  tenis, dan banyak lagi. Ia dibuka 24 jam setiap hari dan hiburan pula dari jam 9 pagi sehingga jam 11.50 malam.

 

18.  Suita City Football Stadium

tempat menarik di osaka

Imej via [steemit]

Jika anda ke Osaka, jangan lupa untuk melawat ke Suita City Football Stadium bagi para pencinta bolasepak. Mesti anda tertanya-tanya pasukan mana yang memiliki stadium ini kan? Jawapannya adalah pasukan bolasepak Gamba Osaka yang terkenal di serata dunia dan anda mungkin pernah mendengar nama pasukan ini juga kan!

 

19.  Owl Cafe

tempat menarik di osaka

Imej via [OSAKA-INFO]

Bagi pencinta burung hantu, apa kata jika anda ke Owl Cafe yang terletak di Osaka yang merupakan tempat menarik di Osaka ini! Anda boleh mendekati haiwan nokturnal ini dengan lebih dekat, pasti anda cukup teruja bukan? Jadikanlah pengalaman ini sesuatu memori yang sukar dilupakan. Bayaran masuk ke sini adalah 1500 Yen untuk orang dewasa dan 500 Yen untuk kanak-kanak selama satu jam.

 

20.  Kuromon Ichiba Market

tempat menarik di osaka

Imej via [Osaka Station]

Kuromon Ichiba Market merupakan sebuah pasar tua yang telah wujud sejak awal abad ke 20 dan terletak betul-betul diluar Nippombashi Station. Di pasar Kuromon Ichiba ini anda boleh menemui sekitar 150 buah gerai yang kebanyakannya menjual makanan laut dan ikan-ikan yang segar dan terdapat juga barangan lain yang turut boleh ditemui di sini. 

Antaranya adalah sayur-sayuran, bunga, kekacang, dan banyak lagi barangan menarik.  Suasana pasar ini amat sibuk dengan pelanggan, oleh itu datanglah lebih awal untuk mengelakkan kesesakan dengan para pelanggan lain.

 

21.  Pokemon Center Osaka

tempat menarik di osaka

Imej via [pinterest]

Siapa yang tidak kenal dengan watak anime pokemon yang comel iaitu Pikachu yang pastinya amat membuatkan anda teruja jika datang ke Pokemon Center Osaka ini. Di sini terdapat pelbagai cenderahati yang boleh anda bawa pulang ke rumah anda dan semua barangan yang bertemakan pokemon boleh dikatakan ada di tempat menarik di Osaka ini. Pokemon Center Osaka beroperasi dari jam 8 pagi sehingga jam 7 malam.

 

22.  Dotonbori

tempat menarik di osaka

Imej via [JW Web Magazine]

Salah satu tempat menarik di Osaka yang sungguh meriah adalah Dotonbori!  Pastinya anda tidak boleh lepaskan peluang ke sini. Cahaya neon yang terang menerangi segenap jalan yang dilalui di Dotonbori amat cantik dan mempersonakan.

Sepanjang perjalanan juga penuh dengan kedai-kedai jualan barangan dan makanan yang sarat dengan orang ramai. Menariknya,  terdapat juga kedai-kedai makanan yang halal bagi anda yang beragama Islam.

 

23.  Nakanoshima Rose Garden

tempat menarik di osaka

Imej via [Blue Moon]

Para penggemar bunga ros tidak melawat ke taman bunga rose Nakanoshima? Ruginya. Tempat menarik di Osaka yang terkenal dengan nama Nakanoshima Rose Garden ini sememangnya amat indah.

Jika anda ingin melihat bunga ros indah mekar mengembang, anda bolehlah datang pada bulan Mei. Taman ini merupakan 100 buah lokasi terindah yang terdapat di Osaka.

 

24.  Expocity

tempat menarik di osaka

Imej via [OsakaYanen]

Nak bergembira lagi? Anda boleh ke Expocity Osaka yang terletak berhampiran Bampaku-kinenkoen yang berkeluasan 172,000 meter persegi ini. Antara tarikan tempat menarik di Osaka ini adalah terdapat roda ferris yang tertinggi di jepun untuk anda naiki.  Tarikan yang lain adalah Pokemon Gym, teater Imax dan sebagainya.

 

25.  Daimaru Shopping Mall

tempat menarik di osaka

Imej via [sharing-kyoto]

Anda pasti akan tersekat berjam-jam di dalam Daimaru Shopping Mall jika anda merupakan kaki shopping kerana di sini terdapat banyak barangan yang pasti takkan anda lepaskan. 

Sebagai pelancong, anda boleh mendapatkan pengembalian cukai dan caranya adalah dengan mengkut prosedur yang ditetapkan sahaja. Anda akan mendapat pengembalian cukai secara tunai.

Antara kedai-kedai menarik yang boleh anda singgah di sini adalah The Tokyo Hands, Tomica Shop dan banyak lagi. Pasti percutian seminggu anda di sini tidak mencukupi dan tidak puas.

 

26.  Osaka Museum Of Housing And Living

tempat menarik di osaka

Imej via [littledayout]

Tempat menarik di Osaka ini menceritakan tentang keadaan Jepun semasa zaman Edo.  Anda bolehlah datang ke Osaka Museum of Housing and living yang terletak di Tenjinbashi, Osaka untuk mengimbas semuanya.  Nikmatilah pemandangan perkampungan era lama Jepun ini dengan tenang dan seronok.

 

27.  Hirakata Park

tempat menarik di osaka

Imej via [lespigeries]

Tempat menarik di Osaka berkonsepkan taman tema ini amat menyeronokkan.  Salah satu darinya adalah Hirakata Park. Di sini, terdapat 40 permainan best untuk anda cuba bersama keluarga anda jika melancong ke Osaka. Contoh yang paling seronok adalah Roller Coaster Red Falcon yang berkelajuan 70 Kilometer/jam.

 

28.  Hozenji Temple

tempat menarik di osaka

Imej via [Osaka Station]

Hozenji Temple adalah kuil yang kecil tetapi merupakan kuil kuno di jalan yang terletak di antara tanda-tanda neon Dotonbori yang terang dan pusat membeli-belah Namba. Melangkah masuk ke pintu pagar candi adalah seperti melangkah keluar dari dunia moden dan ke masa lalu. Terutama pada waktu petang apabila tanglung menyala serta mempunyai suasana yang sangat istimewa, damai, dan ajaib.

 

29.  Osaka Central Fish Market

tempat menarik di osaka

Imej via [apantimes]

Pasar Ikan Central Osaka ataupun Osaka Central Fish Market hanya merupakan sebahagian daripada kompleks Pasar Borong Perbandaran Osaka yang juga terdiri daripada pasar sayuran dan buah-buahan. Kerana begitu banyak bekalan makanan Osaka melalui pasaran ini, ia dianggap sebagai pusat bandar gourmet terkenal ini. Walaupun pasar ini tidak berapa menarik perhatian para pelancong, namun ianya merupakan tempat menarik di Osaka bagi penduduk tempatan kerana ikannya murah!

 

30.  Malaysia Boleh

tempat menarik di osaka

Imej via [TripAdvisor]

Di Osaka juga terdapat satu kedai makanan yang menawarkan masakan malaysia yang diberi nama Malaysia Boleh.  Ia merupakan tumpuan para pelancong di negara kita untuk mendapatkan makanan yang diyakini sememangnya halal.

Tempat menarik di Osaka ini juga menyediakan pelbagai hidangan dari Malaysia dan masakan Thai. Jika anda melancong ke Osaka, jangan lupa singgah ya?

tempat menarik di osaka

Imej via [Inside Osaka]

Seronok kan merancang ke tempat menarik di Osaka? Jemput baca tempat menarik di Turki dan tempat menarik di Phuket juga.

 

Rujukan

1.  osakastation

2.  wikipedia

3.  tokyocreative

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.