Selalu pergi Melaka sama ada balik hari ataupon tidur satu malam sahaja , tak sempat nak jelajah habis Melaka ini. Melaka memang kecil, tapi untuk jelajah tempat-tempat menarik di sini memang mengambil masa juga. Artikel menarik ini dikongsi oleh Puan Raja Nor Fauzura.

Hotel yang kami menginap ialah Moty Hotel yang juga merupakan hotel yang pernah viral di Melaka . Dekorasi hotel yang menarik , ada swimming pool di area lobi yang boleh digunakan dari 7 pagi sehingga 9 malam . Saya book hotel ini awal tahun hari itu di Agoda & dapat harga murah RM 150 sahaja untuk satu malam . Kalau ikutkan waktu cuti sekolah harga satu bilik di sini RM 400++.

Moty Hotel

Bilik yang berharga RM150 ini memang selesa dan mewah.

Swimming pool di Moty Hotel yang buka dari 7 pagi hingga 9 malam.

Lagi satu malam saya book di Hallmark Hotel Leisure melalui Agoda, harga satu malam cuma RM 80 free breakfast , tapi disebabkan saya dapat voucher RM 60 dari Agoda, saya cuma bayar RM 20 sahaja untuk hotel ini.

Bawah ini saya detailkan sikit perbelanjaan di Melaka, selainnya anda perlu baca caption di setiap gambar dibawah ya.

Tempat tinggal :
Moty Hotel – RM 150
Hallmark Hotel Leisure – RM 20

Minyak kereta : RM 100
Tol : RM 30

Itinerary :

DAY 1

7 am – Ke Melaka dari Bangi

8 am – Roti Canai Kayu Arang
– Roti canai 4 keping
– Nescafe + Tea o ais
– Kuih 5 biji
– TOTAL RM 10

9 am – Perhentian Kuih Kampung
– 10 biji kuih
– TOTAL RM 5

10 am – Pantai Klebang

11 am – Coconut Shake Original Klebang
– 2 cup special
– TOTAL RM 6.40

12 pm – Keria Hjh Rahmah
– 10 biji
– TOTAL RM 6

12 pm – Keria Hj Jalil
– 20 biji
– TOTAL RM 12

1 pm – Bergambar sekitar Bandar Melaka

2 pm – Cendol Jam Besar
– Cendol Durian Aiskrim
– Cendol Pulut
– Mee Goreng 3
– TOTAL RM 16

3 pm – Check In Moty Hotel

7 pm – Pasar Malam Jonker Walk
– Kelapa muda 1 biji
– TOTAL RM 5

9 pm – Asam Pedas Abg Piee
– Asam pedas Ikan Jenahak
– Asam pedas tetel
– Tea O Ais & Nescafe
– TOTAL RM 37

DAY 2

7 am – Mee Bodo Tengkera
– Mee goreng 3
– Nasi Lemak 1
– Tea O Ais & Nescafe
– TOTAL RM 15

1 pm – Muzium Samudera
– Tiket Masuk 3 orang
– TOTAL RM 10

2 pm – Ee Ji Ban Rice Ball
– Rice ball kids set 1
– Chicken Rice set 2
– Chrysantemum tea & Longan
– TOTAL RM 28

3 pm – Check In Hallmark Leisure Hotel

7 pm – Roti Nan Pak Putra
– Cheese Nan 2
– Kheema Nan 1
– Tandoori 1
– Tea O Ais & Nescafe
– TOTAL RM 33

DAY 3

8 am – Sarapan di Hotel

12 pm – Check Out

1 pm – Putu Piring 3 Generasi
– Putu piring original
– Putu piring Chocolate Chip
– Putu piring Durian
– TOTAL RM 11

2 pm – Mamee Jonker House
– Set D
– TOTAL RM 13

3 pm – Donut The Manez
– chocolate 2
– durian 2
– vanila 1
– butterscotch 2
– cookies 1
– cheese 2
– TOTAL RM 6

4 pm – Mee Sup Tengkera
– Ketiaw sup 1
– Mee sup 1
– Popia 1
– Tea O Ais & Nescafe
– TOTAL RM 12

5 pm – The Shore

6 pm – Mee Besen Original
– Mee besen S 1
– Talam Western Mini 1
– Bandung Float
– Chocolate Float
– TOTAL RM 35

7 pm – Keria Batu Berendam
– 20 biji
– TOTAL RM 12

8 pm – Balik bangi

TOTAL 3H2M : +- RM 600

Moga-moga post ini bermanfaat untuk anda. Melaka bandaraya bersejarah dan sangat sesuai untuk anda bawa anak-anak bercuti dengan bajet yang tak berapa banyak.

Yang penting tempat makan dia best-best. Semua tempat makan yang saya pergi itu anda wajib cuba. Memang terbaik!

Cendol Jam Besar

Keria Hjh.Rahmah

Keria Hj Jalil

Roti Canai Kayu Arang

Coconut Shake Klebang

*Bestnya makanan dekat Melaka! Boleh ajak kawan-kawan datang sini untuk penuhi list makanan viral anda. Banyak juga makanan di Melaka yang jadi viral. Yang dalam Semenanjung Malaysia, terutama orang Johor dan Negeri Sembilan yang paling dekat boleh datang ke Melaka balik hari sahaja pun dah ok. Enjoy your food-hunting!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.