15 Tempat Bersejarah Di Terengganu Menarik Informasi Untuk Percutian
Jom ketahui tempat bersejarah di Terengganu.
Negeri yang cantik, budaya menarik, itulah kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan sebuah negeri yang terletak di pantai timur, Terengganu Darul Iman. Negeri ini bukan sahaja kaya dengan hasil laut, tetapi ia adalah sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap sekali pakejnya.
1. Istana Maziah
Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu. Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri, kira-kira 220 meter dengan gigi air sungai Kuala Terengganu.
Dibina dengan senibina Perancis, Istana Di Raja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi atau majlis keraian rasmi negeri.
2. Masjid Abidin (Masjid Putih)
Semasa pemerintahan Sultan Umar, masjid ini diganti dengan bangunan batu-bata. Tengku Panglima Besar kemudian meluaskannya dengan tiga tiang bulat dan tiga kubah.
Masjid ini diubah suai lagi bagi memuatkan 2,500 jemaah dalam satu sesi solat. Pada pintu masuk dan gril, terdapat beberapa ukiran kaligrafi ayat suci Al-Quran, doa dan arabesques.
3. Muzium Terengganu
Muzium ini memiliki 5 bahagian berbeza iaitu Muzium Utama, Muzium Perikanan, Muzium Maritim, taman botani serta herba dan akhir sekali adalah 4 buah rumah rekaan tradisional. Anda boleh bergambar di tempat bersejarah di Terengganu yang cantik ini.
- Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9.00am – 5.00pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm, 3.00pm – 5.00pm)
4. Bukit Puteri
- Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis (9.00am – 8.00pm)
- Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20200 Kuala Terengganu
5. Bukit Keledang
Tempat bersejarah di Terengganu yang pernah menjadi pengkalan bagi pedagang memunggah hasil dari Hulu Sungai Terengganu pada abad ke-18, kini di bawah penyeliaan dan jagaan Jabatan Warisan Negara dan juga Muzium Negeri Terengganu.
Di atas Bukit Keledang, terdapat beberapa pusara lama yang dipercayai adalah Makam DiRaja pemerintah awal Terengganu. Jom ke tempat bersejarah di Terengganu ini!
6. Kota Lama Duyung
Rumah tersebut telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri sebagai muzium interaktif dengan mempamerkan artifak-artifak sejarah disamping menonjolkan Sejarahan kedatangan Islam ke Negeri Terengganu.
7. Pura Tanjung Sabtu
Rumah-rumah lama ini diambil dari Kampung Atas Tol, Kampung Seberang Baruh, Kampung Sungai Rengas dan Kampung Nesan Empat. Manakala istana pula diambil dari Kampung Dalam Kota (belakang Istana Maziah).
Rumah ini akan disambung antara rumah ke rumah menggunakan selasar sebagai laluan dan membentuk sebuah istana yang unik. Rumah ini juga mempunyai tiang-tiang yang tinggi berukuran 10 kaki.
8. Muzium Dungun
Lembaga Muzium Negeri Terengganu mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar Daerah Dungun diadakan sebuah Muzium kerana sejak tahun 1930-an, ia terkenal di seluruh dunia berkaitan dengan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun.
Tempat bersejarah di Terengganu ini bertempat di sebuah bangunan bersejarah yang sebelumnya merupakan kediaman rasmi pegawai Daerah. Bangunan Muzium Daerah Dungun ini telah dibina pada tahun 1941 di bangunan yang pernah menjadi kediaman Penasihat British di Dungun suatu ketika dahulu.
9. Terowong Bukit Tebuk
Sebab itulah ia dikenali sebagai Terowong Bukit Tebuk. Lokasinya terletak di Kampung Nibong Kubur. Terowong Bukit Tebuk ini dibina pada tahun 1935 dan siap pada tahun 1936. Ia digunakan sebagai laluan kereta api untuk mengangkut bijih besi. Laluan kereta api ini telah dihentikan operasinya sekitar tahun 1970-an selepas lombing bijih besi di Bukit Besi ditutup.
10. Perkampungan Cina
Rumah kepada kuil Toepokongs yang hebat, Ho Ann Kiong dan Tien Hou Kong serta Kuil Tao Kuan Ti boleh anda lihat di tempat bersejarah di Terengganu ini. Dua daripada rumah lama di sini telah dikenalpasti sebagai tapak warisan oleh Dana Warisan Dunia yang berpusat di New York, Amerika Syarikat.
Terkenal dengan Dragon Arch, tarikan lain adalah Turtle Alley, Bukit Keledang, Kampung Tiong Market, Green Lane, The Old Bridge, Teck Soon Heritage House, Tokay Wee Sin Hee Lane, World Heritage Lane, Payang Memory Lane dan Taman menegak.
11. Batu Bersurat
Batu Bersurat ini digunakan sebagai alas membasuh kaki sebelum naik ke tangga surau dan keadaannya pula telah patah sebahagian di sebelah atas. Pada Batu Bersurat ini terdapat tulisan jawi bertarikh 702 hijrah yang ditulis di atasnya.
Penerangan mengenai Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hakam Islam berkaitan perbuatan maksiat dan hukuman yang akan dikenakan mengikut taraf seseorang beserta dengan kenyataan-kenyataan palsu ada ditulis pada batu itu. Ia menjadi salah satu tempat bersejarah di Terengganu boleh anda lihat.
12. Muzium Kemaman
Insan yang mana dirinya ditonjol dalam tempat bersejarah di Terengganu ini merupakan antara jutaan rakyat negeri Terengganu yang amat berjaya dalam bidang masing-masing sama ada dalam bidang pentadbiran, bidang sukan, bidang budaya, bidang agama, bidang sastera serta bidang pendidikan.
13. Taman Tamadun Islam
Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon iaitu Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam. Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.
Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India). Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China di sini.
14. Istana Tengku Long
Tahukah anda, mahligai itu merupakan lambang cinta Tengku Long kepada isterinya, Tengku Wook salah seorang kerabat Diraja Terengganu. Ia dibangunkan semula di tapak Muzium Negeri dipinggir Sungai Terengganu.
Menurut catatan Tan Sri Mubin Sheppard, istana ini mula dibina pada tahun 1850 M, tetapi kalau diteliti kepada tarikh yang terdapat pada salah satu ukiran di istana ia bertarikh pada tahun 1904 M. Keluasannya sebesar 27.43 meter x 21.34 meter terdiri daripada kayu cengal yang keras dan dinding dihiasi oleh ukiran yang halus buatannya.
15. Memorial Batu Bersurat
Pengistiharannya dibuat menggunakan tulisan jawi lama. Anda boleh ke tempat bersejarah di Terengganu ini bagi mengamati kisah sejarah yang pernah terjadi di sini suatu masa dahulu.