Jom kami kongsikan tempat mandi-manda di Selangor yang menarik.

Percutian anda pasti akan lebih seronok jika terdapat tempat yang boleh bermandi manda kan? Tambahan pula membawa anak-anak yang pasti mengembirakan mereka apabila bercuti di tempat yang boleh bermain air dan berseronok. 

tempat mandi manda di selangor

Imej via [twitter]

Jika anda tiada idea untuk ke mana-mana pada musim cuti ini, jom saya kongsikan 14 Tempat Mandi Manda di Selangor yang pastinya amat menarik untuk anda luangkan masa bersama insan yang tersayang.

1.  Air Terjun Komanwel

tempat mandi manda di selangor

Imej via [caridestinasi]

Air Terjun Komanwel yang sememangnya amat menarik untuk anda seisi keluarga menenangkan fikiran selepas seharian bekerja boleh anda kunjungi. Ia terletak di dalam Hutan Rimba Komanwel dan lokasinya agak terpencil untuk dijumpai. Anda boleh bermandi manda, berkelah dan melakukan pelbagai lagi aktiviti di sini.

Tapak perkhemahan untuk para pengunjung yang ingin berkhemah di sini turut disediakan.  Terdapat juga aktiviti-aktiviti lasak seperti abseiling, berakit dan lain-lain lagi.  Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati kesegaran alam semulajadi yang indah di sini.

2.  Air Terjun Kanching

tempat mandi manda di selangor

Imej via [typicalsoul]

Tadi kita bercakap mengenai Air Terjun Komanwel kan? Berdekatan dengan Air Terjun Komanwel, terdapat satu lagi Air Terjun yang pastinya membuatkan anda terpesona dengan keindahan flora dan faunanya serta kesegaran airnya.

Tempat yang terkenal sebagai tempat mandi manda di Selangor ini adalah Air Terjun Kanching. Jaraknya dengan Air Terjun Komanwel tidaklah begitu jauh sangat.  Air Terjun Kanching merupakan salah satu tempat mandi manda di Selangor semasa musim cuti minggu ataupun cuti sekolah.

Selain itu, ia juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat perkelahan bersama keluarga kerana amat mudah untuk dilalui dengan kenderaan. Menariknya, terdapat 7 tingkat air terjun berserta kolam-kolam kecil di Air Terjun Kanching ini.

3.  Air Terjun Ulu Perdik

tempat mandi manda di selangor

Imej via [travelopy]

Air Terjun Ulu Perdik merupakan salah satu tempat mandi manda di Selangor yang sememangnya amat best untuk anda yang suka cabaran hiking.  Untuk sampai ke sini, anda terpaksa mendaki sejauh 2.5 kilometer ataupun mengambil masa kira-kira 1 jam.

Kawasan air terjun ini amat sesuai untuk berkelah tapi sayang sekali untuk mereka yang mempunyai anak kecil tidak sesuai untuk ke sini kerana perjalanan untuk ke sini amat lama dan hanya boleh dlalui dengan berjalan kaki sahaja.  Terdapat kolam air terjun yang sememangnya amat sejuk dan best untuk mandi manda tidak harus anda lepaskan peluang!

4.  Air Terjun Sungai Sendat

tempat mandi manda di selangor

Imej via [fiezabard]

Air Terjun yang diberi nama Air Terjun Sungai Sendat ini sering menjadi tumpuan para pengunjung dari serata tempat. Biasanya pada hari minggu dan pada hari cuti sekolah, tempat ini pasti akan dipenuhi dengan ramai pengunjung. Maklumlah ini adalah tempat mandi manda yang sejuk dan menyeronokkan di Selangor.

Tempat ini juga dilengkapi dengan tempat salin pakaian, tempat berkelah dan sebagainya. Selain itu, surau turut disediakan di sini. Namun pada tahun 2016, ia ditutup seketika ekoran insiden tragedi lemas di Air Terjun Sungai Sendat ini.  Pusat rekreasi ini akan dibuka lagi nanti apabila diberi tahu oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

5.  Air Terjun Sungai Tua

tempat mandi manda di selangor

Imej via [lurvealoevera]

Jika anda ke Ulu Yam berhampiran dengan Selayang, anda boleh singgah di satu tempat mandi manda di Selangor yang amat sesuai dengan suasananya yang tenang dan lokasinya amat baik. Pasti anda nak mengetahui tentang air terjun ini, betul tak?

Air terjun yang diberi nama Air Terjun Sungai Tua ini sememangnya amat sesuai untuk seluruh keluarga.  Terdapat kawasan air yang cetek dan sesuai untuk kanak-kanak bermain di sini.

Selain itu, terdapat juga Taman  Rekreasi di seberang jalan Air Terjun Sungai Tua ini. Jadi apa tunggu lagi, jom pakat-pakat bawa keluarga datang ke sini untuk bersantai dan bermandi-manda.

6.  Air Terjun Tekala

tempat mandi manda di selangor

Imej via [hamydy]

Berhampiran Empangan Semenyih, terdapat satu lagi tempat mandi manda di Selangor yang amat sesuai untuk seisi keluarga iaitu Air Terjun Tekala.

Air Terjun ini amat terkenal dengan kecantikan air terjunnya yang bertingkat dan airnya tidak deras yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Tangga juga telah dibina bagi memudahkan pengunjung untuk mendaki ke puncak air terjun ini.

7.  Air Terjun Serendah

tempat mandi manda di selangor

Imej via [mdfaiez84]

Air Terjun Serendah ini tidaklah sehebat tempat mandi manda di Selangor yang lain, namun ianya tetap dikunjungi ramai pengunjung kerana air terjun disini bersifat lebih santai dan selesa. Kawasan pusat rekreasi ini tidaklah besar tetapi kemudahan asasnya amat terbaik.

Pada hari cuti minggu, air terjun ini akan dihadiri ramai pengunjung.  Jika anda mahu bersantai dan melihat permandangan disekitarnya, anda bolehlah duduk di tepi-tepi sungai ini.

Udaranya amat segar serta dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau. Jika anda seorang yang ‘takut air’, anda bolehlah bermain di taman permainan yang disediakan di sini.

8.  Air Terjun Templer

tempat mandi manda di selangor

Imej via [tripadvisor]

Terletak di dalam Hutan Rimba Templer ataupun dikenali juga dengan nama hutan simpan, terdapat satu tempat mandi manda di Selangor yang pasti menarik untuk anda bermandi-manda. Air Terjun Templer ini mempunyai tingkat-tingkatnya yang boleh dikatakan agak tinggi namun pendakiannya tidaklah mencabar mana.

Bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil, terdapat juga kawasan kolam cetek yang pasti selamat untuk mereka bermain dan bermandi-manda.  Bagi anda yang ingin memancing ikan, kawasan ini juga mempunyai ikan.  Pusat rekreasi di sini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antaranya adalah tempat perkhemahan, tandas, tempat letak kereta dan sebagainya lagi.

9.  Air Terjun Gabai

tempat mandi manda di selangor

Imej via [caridestinasi]

Air terjun Sungai Gabai ini antara yang popular di Hulu Langat dan merupakan tempat mandi manda di Selangor yang menarik kerana kemudahan bergerak dengan kenderaan untuk masuk ke lokasi ini.

Air Terjun ini dilengkapi kemudahan surau dan tandas yang sememangnya amat memudahkan para pengunjung. Air Terjun Sungai Gabai ini lebih dikenali dengan air terjun yang bertingkat-tingkat. Ia amat cantik dan indah untuk anda mencuci mata melihat alam semulajadi.

10.  Air Terjun Chiling

tempat mandi manda di selangor

Imej via [petai]

Jika anda inginkan tempat mandi manda di Selangor yang penuh cabaran, anda bolehlah ke Air Terjun Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Untuk sampai ke sini, anda harus merentasi beberapa batang sungai terlebih dahulu dan apabila musim hujan, airnya akan lebih deras.

Walaupun mencabar, hasilnya anda akan dapat melihat keindahan air terjun yang indah ini.  Jika anda ingin berkhemah di sini juga tiada masalah kerana tapak perkhemahan turut disediakan. Anda harus meminta izin dari renjer yang bertugas di sini terlebih dahulu.

Jom datang ke sini, pasti anda akan terpesona dengan keindahan flora dan faunanya juga.  Tidak cukup dengan tempat mandi manda di air terjun? Mahukan tempat yang lebih moden dan sistem keselamatan yang lebih terjamin? 

11.  Sunway Lagoon Water Park

tempat mandi manda di selangor

Imej via [sunwaylagoon]

Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Selangor ini juga dikatakan salah satu tempat mandi manda di Selangor yang sangat popular di seluruh Malaysia. Di sini anda boleh bermandi manda sepuas-puasnya bersama keluarga tanpa risau soal keselamatan lagi. 

Terdapat pengawal keselamatan yang memantau aktiviti anda disini. Selain mandi manda, ianya terdapat pelbagai jenis permainan yang sangat menarik. Antara permainan yang menjadi tarikan di sini ialah Amusement Park, water rides, Extreme Park, dan banyak lagi permainan menarik yang ada.

Paling mendebarkan dan mencabar di sini ialah Bungee Jumping dan G-Force X yang sememangnya perlu dicuba bagi anda yang sukakan aktiviti extreme.  Tiket yang ditawarkan ke sini adalah sangat berpatutan dengan pakej yang ditawarkan iaitu RM150 untuk dewasa dan RM120 untuk kanak-kanak.

12.  Wet World Water Park Shah Alam

tempat mandi manda di selangor

Imej via [wetworld]

Satu lagi tempat mandi manda di Selangor yang berasaskan taman tema air adalah di Wet World Water Park Shah Alam yang merupakan taman tema air yang pertama ataupun yang terawal di sini.  Anda boleh mandi manda dengan sepuas-puas hati anda bersama keluarga anda.

Selain itu terdapat juga tempat permainan yang menarik di sini.  Antara permainan air menarik di sini ialah Thunder River, Super Hurricane, Monsoon Buster Adventure dan juga Caribbean Rider yang pasti amat sesuai untuk kanak-kanak dan golongan dewasa.

Keselamatan kanak-kanak sememangnya selamat dan sering dipantau oleh pengawal keselamatan di sini. Taman tema ini beroperasi setiap hari dan dibuka dari jam 10 pagi sehingga jam 6 petang.

13.  Morib Gold Coast Resort

tempat mandi manda di selangor

Imej via [moribgoldcoast]

Sebut saja tentang Morib Gold Coast pasti rata-rata pengunjung di sini akan mengesyorkan anda ke sini kerana ia merupakan salah satu tempat mandi manda di Selangor yang amat indah.  Taman tema ini terletak di dalam sebuah resort yang memiliki pelbagai keseronokan untuk anda dan anak-anak.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah kolam, gelonsor dan taman permainan yang menarik seisi keluarga.  Selain itu, anda juga boleh menikmati keindahan pantai selepas seharian bermain air di sini.

Permandangan matahari terbenam juga dapat menghiasi panorama serta memukau mata sesiapa sahaja yang berkunjung.  Taman teman ini dibuka dari jam 8 pagi sehingga jam 7 malam.

14.  Desa Water Park

tempat mandi manda di selangor

Imej via [percutianbajet]

Desa Water Park merupakan salah satu tempat mandi manda di Selangor yang menyediakan pelbagai keseronokkan kepada anda sekeluarga. Terdapat pelbagai aktiviti menarik di sini seperti gelongsor tiub, gelongsor air serta bermacam-macam lagi permainan yang menarik.

Keluasan taman tema ini adalah seluas 12.6 ekar dan dikelilingi oleh tasik yang cantik dan indah yang berkeluasan 50 ekar.  Harga yang ditawarkan untuk golongan dewasa adalah RM37 dan kanak-kanak RM26.50. 

Terdapat kafe yang diberi nama Kafe Sila Rasa yang menawarkan pelbagai juadah hidangan bagi anda yang ingin menjamu selera selepas penat seharian mandi manda di sini. Jadi apa tunggu lagi, ajak keluarga datang ke sini, pasti seronok!

tempat mandi manda di selangor

Imej via [percutianbajet]

Dalam memilih tempat mandi manda di Selangor yang menarik, pastikan anda menitik beratkan tentang keselamatan tempat tersebut terlebih dahulu dan semak butiran-butiran ataupun rekod keselamatannya. Selain itu, jangan lupa membawa kit keselamatan sekiranya anda memilih tempat mandi manda yang jauh dari desa kerana takut-takut sesuatu yang tidak diingini berlaku. Jika semuanya sudah beres, apa tunggu lagi jom berseronok!

Jemput baca tempat menarik di Sabah, tempat menarik di Bintulu dan tempat memancing di Selangor juga.

Rujukan:

  1. Astroawani
  2. Percutianbajet
  3. moribgoldcoast

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.