Melancong adalah salah satu pengalaman yang terindah di dalam kotak memori sesiapa sahaja. Jika anda seorang yang suka melancong, artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk merancang jadual perjalanan atau mungkin juga boleh memberi anda sedikit idea ke mana harus dituju selepas ini.
Imej via [nasionalisme]
Jadi, anda tidak perlu risau masalah komunikasi jika anda bercadang untuk bercuti ke Filipina. Mari kita ikuti beberapa tempat menarik di Filipina yang menjadi tarikan ramai pelancong.
Imej via [siputhijau]
Apabila bercerita atau menyebut tentang Pulau Barocay, sudah pastilah keindahan pantai, pasir putih serta kejernihan air lautnya terlakar di bayangan bukan? Ya! Tepat sekali apa yang anda bayangkan. Bagi peminat hindustan, ala-ala dalam cerita Kaho Na Pyar Hai itu. Selain bergambar sebagai kenangan, tempat menarik di Filipina ini sangat sesuai sebagai destinasi bulan madu atau video shooting.
Antara aktiviti gempak dan menarik yang anda boleh cuba di Pulau Boracay ini adalah perkhemahan, parasailing, banana boat, skuba, snorkeling, bola tampar pantai dan menjelajah pulau-pulau kecil. Bagi pencinta alam dan laut, anda boleh beraktiviti laut dan bersukan di sini menikmati sendiri keindahan pulau Barocay ini.
Imej via [Tripadvisor]
Pulau Mactan sangat terkenal sebagai tarikan pelancongan bertaraf dunia. Anda digalakkan datang sendiri untuk menikmati dan mengamati kecantikan Pulau Mactan ini. Untuk pengetahuan anda, Pulau Mactan ini adalah seluas 65km, dengan melalui Jambatan Fernan atau Jambatan Mandaue, anda dapat merakam detik-detik percutian terindah ketika di sana.
Imej via [tempatwisataunik]
Ia dibina hasil air tangan di antara arkitek Sepanyol dan juga arkitek Filipina. Jumlah keseluruhan bangunan yang terdapat di kota ini adalah sebanyak 187 bangunan dan rata-rata kesemuanya digunakan sebagai penginapan dan restoren. Anda disarankan menaiki pesawat untuk menjimatkan masa di mana anda boleh mendarat di Bandar Laoag.
Anda boleh menyewa kereta atau menaiki bas untuk ke Kota ini dari Manila. Ia akan mengambil kira-kira 7 ke 10 jam jika anda menaiki kenderaan darat. Arkitekstur yang sarat dengan nilai-nilai sejarah di Kota ini akan membolehkan anda merasai kehidupan seperti berada padaabad ke-16. Jom jalan-jalan di sini.
Imej via [vigattintourism]
Pengalaman untuk melihat sendiri keindahan taman bawah laut Tubbataha Reef ini pasti menggamit memori anda. Bagi pencinta snorkeling, ini adalah destinasi yang paling sesuai untuk anda menikmati hidupan dasar laut yang indah. Tubbatah Reef ini terletak di tengah Laut Sulu Filipina iaitu sebuah lokasi yang dilindungi.
Penggemar fotografi atau videografi pasti takkan lepaskan peluang merakam saat mereka berenang-renang ditemani oleh sekumpulan ikan dan berlatar-belakangkan terumbu karang. Untuk pengetahuan anda, tempat ini juga merupakan lokasi pembiakan hidupan laut yang ajaib dan unik seperti terumbu karang, manta rays, penyu laut, clownfish, lionfish, jerung dan banyak lagi.
Imej via [katalogwisata]
Pelbagai barangan bersejarah yang dipamerkan di muzuim ini sedikit sebanyak dapat menyuntik nila-nilai sejarah dalam diri kita. Oleh itu, anda boleh menjadikan tempat ini sebagai salah satu destinasi pelancongan apabila ke Filipina kelak. Lukisan gergasi juga dapat dilihat di muzium ini seperti Spoliarium hasil lukisan Juan Luna dan juga artifak-artifak sejarah yang lain.
Kebanyakan artifak yang dianggarkan berusia sekitar 890 ke 710 sebelum masihi ini adalah harta peninggalan Spanish Galleon San Diego, kapal Balangay atau Butuan dan juga lukisan-lukisan lain milik Filipina.
Imej via [KKday]
Terdapat lebih daripada seribu bukit yang menyamai Chocolate Hills tersebar di kawasan seluas 50 kilometer persegi di Bandar-bandar Carmen, Batuan dan Sagbayan di Bohol. Dari sini, terhasilnya landskap megah yang mungkin membuat anda berfikir ia adalah ciptaan buatan manusia tetapi sebenarnya tidak kerana ianya 100% adalah semulajadi.
Nama Chocolate Hills ini teradaptasi dan diinspirasikan melalui rumputnya yang hijau yang boleh menjadi coklat ketika musim kering atau musim panas dan ianya akan kelihatan seperti coklat.
Imej via [ theculturetrip]
Jika bernasib baik, anda akan berpeluang menemui Mumbaki iaitu doktor tradisional kaum mereka atau juga lebih dikenali sebagai dukun atau bomoh. Anda dapat menyaksikan sendiri upacara roh untuk mengubat pesakit. Kawasan tanaman padi bertingkat ini telah diusahakan sejak 2,000 tahun yang lalu untuk penduduk tempatan bercucuk tanam dan menuai hasil di sekitar bukit dan gunung itu.
Tempat menarik di Filipina ini sesuai dilawati sama ada oleh ahli fotografi, pelukis ataupon orang biasa. Untuk ke kawasan ini, anda boleh menggunakan khidmat pemandu pelancong di Terminal Ohayami dengan anggaran 500peso atau bersamaan dengan lebih kurang RM40.
Imej via [ZeoTrip]
Wah! Tidak hairanlah jika ia dipanggil sebagai akuarium gergasi. Di sini, anda juga berpelunag untuk menyaksikan pertunjukan obor-obor yang tidak kurang juga menariknya. Manila Ocean Park ini dibuka pada setiap hari bermula seawal jam 10 pagi dan tutup pada jam 9 malam.
Bagi ibu bapa yang merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti, mungkin tempat ini boleh menjadi salah satu destinasi pelancongan supaya anak anda dapat merasai keseronokan menyaksikan hidupan laut dan haiwan.
Imej via [kidapawanblog]
Gunung ini sebenarnya gunung berapi tetapi ia tidak aktif malah ia memiliki kawah berapi yang sangat lebar berisikan air danau Venado. Terdapat banyak laluan untuk mendaki gunung ini namun harus diingatkan, gunung ini tidak mudah untuk didaki kerana mempunyai hutan yang berlumut, jalan yang curam dan batu-batu besar.
Kolam-kolam sulfur juga boleh anda temui di kawasan gunung Apo ini, ia merupakan rumah sang Helang iaitu pemakan monyet khas Filipina. Helang yang mendiami gunung ini adalah helang yang terbesar di dunia dan merupakan burung kebangsaan rakyat Filipina.
imej via [triptheislands]
Cara untuk anda datang ke sini amat mudah. Anda boleh datang dari Terminal Manila ke Bandar Iloilo dan seterusnya ke Estancia. Kemudiannya, anda boleh menggunakan perkhidmatan menjelajah pulau dengan kos lebih kurang RM400 sahaja. Murah kan?
Imej via [cellcode]
Patung San Diego Galleon juga boleh didapati di pulau ini dan ia sering menjadi tumpuan pelancong untuk sesi bergambar. Jika anda mempunya kesempatan untuk meluangkan lebih sedikit masa di pulau ini dan menunggu sehingga hari malam, anda akan berpeluang menikmati suasana malam yang indah dan tak dapat anda lupakan.
Imej via [thepoortraveler]
Terdapat banyak tarikan di dalam Enchanted Kingdom ini seperti 2 roller coaster dan 2 water rides. Tak cukup itu, ia turut mempunyai lebih dari 30 tarikan permainan. Berdekatan dengan Enchanted Kingdom ini juga terdapat pelbagai tempat penginapan yang disediakan, jadi mudahlah untuk anda bergerak ke taman tema hiburan ini.
Tiket untuk pas seharian adalah lebih kurang sebanyak RM62-74 sahaja. Memang berbaloi kerana anda boleh menikmati kesemua taman hiburan tanpa had. Terdapat juga movie 5D untuk anda layan hiburan di sini. Pastikan anda membeli tiket awal atau beli secara online untuk mendapatkan diskaun hebat.
Imej via [trover]
Perairan Tasik Kayangan yang jernih ini terletak di dalam dinding gunung. Di bawah airnya adalah seperti sebuah kawasan muara. Terdapat sedikit laluan kayu dan platform untuk anda meletakkan barangan anda jika anda mahu berenang ke dalam tasik ini.
Imej via [ lifestyle]
1. Tripfez
2. Says
3. exploregunung