Ampang, Kuala Lumpur boleh dikatakan sebagai salah satu bandar yang hidup tidak mengira waktu malam ataupun siang. Sekeliling kota ini pasti ada sahaja aktiviti menarik yang dapat kita lakukan, tidak kira percuma ataupun berbayar.  Bergantung kepada kita sahaja sama ada rajin atau tidak untuk mengeksplorasi daerah Ampang ini. 

tempat menarik di ampang

Imej via [VKeong]

Terdapat banyak aktiviti dan tempat menarik di Ampang untuk anda lawati sama ada untuk melepak, berdating dan juga bercuti.  Mari sama-sama kita teroka tempat menarik di Ampang yang sesuai untuk anda semua beraktiviti dan meluangkan masa bersama kawan, keluarga dan juga pasangan.

 

1.  Zoo Negara Malaysia

tempat menarik di ampang

Imej via [brad.erva]

Zoo Negara Malaysia merupakan sebuah zoo yang pertama di bina di Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia.  Zoo ini terletak di Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights. Tempat menarik di Ampang ini berkeluasan 45 hektar.

Zoo Negara di Ampang ini kini mempunyai lebih dari 5000 haiwan bermula dari mamalia, burung, reptilia sehinggalah ke amfibia dan tidak terlepas juga pelbagai jenis ikan.  Sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak bersiar-siar ke sini kerana  tentunya mereka teruja dapat melihat pelbagai hidupan liar dengan jarak yang lebih dekat.

 

2.  Kemensah Valley

tempat menarik di ampang

Imej via [TallyPress]

Kemensah Valley merupakan salah satu tempat menarik di Ampang sesuai untuk makan dan beriadah.   Ia sangat terkenal di Ampang dan merupakan satu-satunya tempat makan bertemakan restoren dalam air.  BBQ Lamb KL Kemensah, itulah nama yang diberi untuk tempat makan ini.

Selain makan, anda juga dapat mandi-manda di samping menikmati kehijauan dan keindahan alam.   Tempat menarik di Ampang ini terletak di Jalan Kampung Orang Asli, Kampong Kemensah iaitu dibelakang Zoo Negara.  Caj masuk ke Kemensah Valley ini juga tidak terlalu mahal, hanya RM5 seorang sahaja.

Terdapat juga chalet yang mereka sediakan dengan harga yang berpatutan sekiranya pengunjung ingin menginap dan bermalam di sini memandangkan Kemensah Valley ini dibuka 24jam .

 

3.  Taman Tasik Ampang Hilir

tempat menarik di ampang

Imej via [wikimapia]

Taman Tasik Ampang Hilir ini juga terletak tidak jauh dari Zoo Negara. Inilah tempat yang paling sesuai untuk berkelah dan berjoging bersama keluarga. Di sini, terdapat juga air pancuran dan ruangan tempat duduk untuk melihat skyline KLCC jika kena pada tempatnya.

Segala pokok-pokok tempat menarik di Ampang ini juga dijaga dengan sangat rapi dan bersih.  Anda juga boleh melihat disekitar tasik ini yang dikelilingi rumah-rumah mewah tersergam indah. Barangkali ia dihuni oleh keluarga duta kerana sebenarnya di Jalan Ampang ini merupakan deretan pejabat kedutaan seperti Kazakstan, Afganistan,  dan Kongostan.

 

4.  Bukit Ampang

tempat menarik di ampang

Imej via [Flickr]

Bukit Ampang merupakan salah satu tempat menarik untuk anda menikmati panorama satu Kuala Lumpur.  Jika anda merancang untuk melihat ‘view’ yang lebih jelas dan cantik, datanglah pada waktu malam.  Bukit Ampang ini merupakan lokasi yang paling sesuai untuk melihat bunga api saat tibanya Tahun Baru, musim perayaan  atau menjelang Hari Kemerdekaan.

Lokasi tempat menarik di Ampang ini terletak 25km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.  Terdapat banyak gerai-gerai yang dibuka bermula jam 5.00 petang di persisir jalan dan tebing jalan, jadi anda tidak perlu risau jika hendak mencari kudap-kudapan atau kelaparan di waktu malam.

Anda dinasihatkan untuk datang menggunakan motor kerana ruang parkirnya yang sangat terhad dan sukar. Tidak hairanlah, tempat menarik di Ampang ini menjadi port lepak kawan-kawan, kekasih dan juga keluarga kecil.

 

5.  Taman Rimba Ampang

tempat menarik di ampang

Imej via [flickr]

Taman Rimba Ampang juga dikenali sebagai Hutan Lipur Ampang. Kini, anda tidak perlu pergi terlalu jauh untuk lari dari hiruk-pikuk kesibukan kota. Ianya cuma terletak kira-kira 8km dari bandaraya melalui Jalan Ampang atau Jalan Bukit Belacan.

Hutan ini juga merupakan tempat bagi pembiakan pelbagai spesis burung seperti Burung Raja Udang yang kini semakin terancam. Terdapat juga air terjun yang membolehkan anda bermandi-manda dan beriadah di dalam kawasan ini.

Jika anda seorang yang sukakan pengembaraan, hutan simpan ini amat sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan ‘jungle treking’. Sudah tersedia trek untuk mereka yang sukakan jungle trekking atau mendaki, jom ke sini!

 

6.  Bukit Saga

tempat menarik di ampang

Imej via [hikersforlife]

Bukit Saga ini sangat sesuai untuk si kaki gunung atau yang gemar mendaki. Terdapat dua trek bagi mereka yang mahu mendaki iaitu laluan pacak atau laluan landai.  Jika anda sukakan cabaran dan mempunyai stamina yang kuat, anda boleh mencuba laluan pajak tetapi perlukan ketahanan stamina yang kuat.

Perjalanan mendaki ke puncak mengambil kira-kira 40 minit hingga satu jam. Apabila sampai ke puncak, terdapat buaian yang diikat pada pokok untuk anda berehat-rehat dan bersantai setelah penat mendaki. Tetapi pengembaraan anda bukan setakat itu sahaja, Bukit Saga juga mempunyai air terjun dimana anda dikehendaki sambung mendaki dalam 50 minit ke sejam lagi sebelum tiba ke air terjun.

Penat anda berbaloi kerana setibanya di sana, anda boleh bermandi-manda dan berendam di air terjun untuk melepaskan lelah.

 

7.  Bukit Kembara

tempat menarik di ampang

Imej via [AllEvents]

Bukit Kembara berada berdekatan dengan Taman Tun Abdul Razak dan juga Kelab Darul Ehsan. Bukit ini tidaklah terlalu tinggi dimana ketinggiannya cuma kira-kira 244 meter dari paras laut.  Bukit Kembara ini adalah tempat menarik di Ampang kerana tarikan utamanya adalah sebuah tasik yang dahulunya berfungsi sebagai kawasan takungan air atau empangan yang telah lama dibina.

Air tasik ini yang berwarna hijau menyebabkan ia dipanggil sebagai Tasik Hijau.  Di sekitar Tasik Hijau ini sangat menarik dan sesuai untuk bergambar kerana terdapat sebuah jambatan yang menuju ke sebuah pondok. 

Trek permulaan untuk mendaki adalah di sebelah sebuah banglo lama lebih kurang 200-300 meter selepas palang pondok keselamatan.  Kenderaan anda boleh diparkir di sepanjang jalan tersebut sebelum sebelum memulakan aktiviti pendakian.

 

8.  Dagang Avenue

tempat menarik di ampang

Imej via [PropertyGuru]

Dagang Avenue merupakan salah satu tempat tumpuan pencinta makanan.  Tempat menarik di Ampang ini merupakan medan selera yang menyajikan pelbagai pilihan juadah yang menarik.  Antaranya adalah Wong Solo, Nasi Lemak Mek, pelbagai pilihan makanan laut, satay, kerang bakar dan char kway teow.

Setiap bulan, anda dapat menikmati judah sambil melayan live band. Dengan kemudahan Wifi yang percuma, medan selera ini juga dibuka selama 24 jam. Kemudahan tandas awam, masjid dan parkir juga mudah didapati di sini.  Sekiranya anda penggemar shisha, anda juga boleh dapatkannya di sini.  

 

9.  Bukit Batu Chondong

tempat menarik di ampang

Imej via [lang]

Mendaki ke puncak Bukit Chondong adalah sesuatu yang boleh anda rakamkan sebagai kenangan.  Untuk sampai ke puncak, ianya mengambil masa kira-kira 30-40minit setelah melalui beberapa jalan yang curam dan melintasi hutan buluh.  Pembentukan batu boleh dilihat sepanjang perjalanan beberapa meter laluan mendaki yang terakhir.

Anda harus memanjat menggunakan tali sampai ke puncak. Nampaknya sedikit berbahaya tetapi itu sahaja caranya untuk sampai ke puncak. Memang sesuai untuk anda yang sukakan cabaran.  Ruang di puncak adalah terhad, ia tidak boleh menampung lebih daripada 15-20 orang.

 

10.  Air Terjun Sofea Jane

tempat menarik di ampang

Imej via [EncikShino]

Air terjun ini terletak tidak jauh dari Kampung Kemensah.  Untuk anda yang gemarkan pengembaraan, anda boleh trekking di air terjun ini. Perjalanan trekking dianggarkan lebih kurang satu jam sebelum anda tiba di air terjun tersebut.

Jalannya agak licin, berlumpur, berlecak dek kerana ATV namun, terdapat juga perkhidmatan ATV dan basikal untuk lebih mudah sampai ke Air Terjun Sofea Jane ini.  Untuk pengetahuan anda, air terjun ini dinamakan sempena nama artis Sofea Jane yang pernah melakukan penggambaran filem.

Air terjun ini sebenarnya bernama Jeram Kubang Gajah tetapi kini lebih dikenali sebagai Air Terjun Sofea Jane dalam kalangan penduduk kampung di situ. Air terjunnya sangat sejuk dan jernih untuk anda bermandi-manda. Jangan lupa juga untuk membawa bekal makanan dan minuman yang secukupnya kerana di kawasan air terjun ini tidak terdapat penjaja atau penjual makanan dan minuman.

 

11.  Victoria Station, Jalan Ampang

tempat menarik di ampang

Imej via [kuala lumpur]

Victoria Station ini adalah tempat makan menarik di Ampang yang sesuai anda kunjungi bersama keluarga, kawan-kawan ataupun pasangan anda.

Anda boleh menikmati makanan berkonsepkan steak, western, bbq dan lain-lain lagi.  Restoran ini halal, eksklusif dan cantik dalamannya. Pasti anda akan teruja datang makan di sini.

 

12.  Pick And Paint Art Studio

tempat menarik di ampang

Imej via [superdeals]

Berkonsepkan sebuah studio, tempat menarik di Ampang ini boleh dikunjungi oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Jika anda inginkan aktiviti menarik untuk anak kecil anda, Pick and Paint Art Studio akan membantu anak anda meluangkan masa melakukan aktiviti mewarna di sini.

Bosan beraktiviti di rumah? Apa kata kali ini anda membawa anak anda untuk mewarna sambil belajar di studio ini. Bukan sahaja kelas mewarna, kelas memasak juga ada di sini untuk anak-anak kecil anda.

 

13.  MATIC

tempat menarik di ampang

Imej via [flickr]

MATIC adalah pusat pelancongan Malaysia yang membantu anda uruskan dari segi penempatan, tiket, percutian dan sebagainya. Namun, tempat menarik di Ampang ini turut menyediakan tempat dan aktiviti untuk anda lakukan sebagai pengunjung atau pelancong terhormat.

Anda boleh menyaksikan persembahan kebudayaan, menikmati makanan di Buddies Cafe, membeli cenderahati dan lain-lain lagi.  Kebanyakan tempat dalam MATIC ini sesuai untuk semua pelancong dalam dan luar negara.

14.  Safa Restoran

tempat menarik di ampang

Imej via [nikelkhor]

Safa Restoran juga tergolong sebagai sebuah tempat menarik di Ampang yang boleh anda singgah ketika anda lapar.  Ia terletak berhampiran dengan  De Palma Hotel Ampang.  Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan masakan panas, western dan macam-macam lagi. 

Anda juga boleh menempah untuk membuat jamuan secara buffet dan sebagainya.  Makan malam di sini pasti menyeronokkan dan menaikkan mood gembira anda sekeluarga dan juga bersama pasangan anda kerana suasananya juga tenang dan romantik.

tempat menarik di ampang

Imej via [Kualalumpur]

Bawalah keluarga bercuti ke tempat menarik di Ampang, Kuala Lumpur ini dan luangkan lebih masa dengan mereka.  Ampang sememangnya salah satu tempat tumpuan para pelancong bukan sahaja penduduk tempatan malah luar negara sekiranya berkunjung ke Kuala Lumpur.

Semoga percutian anda ke mana-mana destinasi ini menjadi satu kenangan yang terindah buat anda sekeluarga. Jemput baca tempat menarik di Puchong dan tempat menarik di Filipina pula. 

 

Rujukan:

  1. Jomjalan
  2. Nadzirahata
  3. mpaj

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.