Sungai Lembing adalah kawasan perlombongan terbesar bagi negeri Pahang sekitar tahun 1990-an.  Tahukah anda, Sungai Lembing merupakan kawasan galian bijih timah terbesar kedua di dunia setelah Bolivia?  Kewujudan Sungai Lembing berkait rapat dengan sejarah moden Negeri Pahang yang bermula dengan penjajahan British.

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [Flickr]

Aktiviti perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing dalam ekonomi amnya.  Sungai Lembing bukan sahaja terkenal dengan aktiviti perlombongannya, malah ia juga kaya dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik.  Jom lihat senarai tempat menarik di Sungai Lembing yang boleh anda bersiar-siar.

 

1.  Muzium Bersejarah Sungai Lembing

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [GirlandBoyThing]

Tempat menarik di Sungai Lembing yang terkenal dan bertemakan sejarah ini semestinya Muzium Sungai Lembing.  Memandangkan Sungai Lembing terkenal dengan aktiviti pelombongan,  muzium ini mempamerkan peralatan dan sejarah berkenaan industri perlombongan bijih timah untuk tatapan pengunjung.

Muzium yang terletak di atas bukit ini seharusnya menjadi pilihan tempat pertama untuk anda lawati dan mendapatkan gambaran mengenai Sungai Lembing.  Sebelum pulang, singgahlah ke D’Mine Shoppe yang menjual pelbagai cenderamata seperti t-shirt, jam tangan, cawan dan buku sejarah berkaitan Sungai Lembing.

Muzium ini beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk pula hanya RM2 bagi dewasa manakala bagi kanak-kanak pula percuma.

 

2.  Lombong Bijih Timah, Bawah Tanah Sungai Lembing

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [zulhealme]

Jika anda sudah melihat peralatan untuk melombong di Muzium Sungai Lembing, tibalah masanya untuk anda melawat kawasan perlombongan Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing. Tempat menarik di Sungai Lembing ini berada tidak jauh dari muzium dan anda harus naik lebih tinggi lagi dari bukit itu.

Bagi menjamin keselesaan pengunjung, mereka telah membaik pulih laluan terowong dan menebuk lubang angin agar anda tidak berasa panas didalamnya. Saya sarankan kepada anda agar masuk lebih dalam lagi kerana terdapat patung-patung dan info menarik yang terpapar di dinding.

Tempat menarik di Sungai Lembing kali ini bukan sahaja mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri malah ia juga mampu memberikan pengalaman baru buat anda. Terowong ini beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk buat orang dewasa sekitar RM 31 manakala buat kanak kanak pula RM 15.

 

3.  Jambatan Gantung Kolong Pahat

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [kaki.sini]

Jambatan gantung yang terkenal di Sungai Lembing ini dikatakan sudahpun berusia hampir 100 tahun lamanya serta merupakan jambatan tertua di Malaysia.  Pelancong yang singgah ke sini tidak akan melepaskan peluang bergambar memandangkan pemandangan dari atas jambatan tinggi ini sangat indah.

Walaupun ia dibina menggunakan kayu dan kabel besi, namun struktur jambatan ini masih utuh dan menjadi laluan buat pengunjung. Bahkan siap ada yang berbasikal lagi di atas jambatan ini.

 

4.  Noodle Shop Sungai Lembing

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [johorkaki]

Setelah anda meniti jambatan gantung sepangjang 80 meter tersebut, anda akan menemukan dengan sebuah perkampungan cina pembuatan mee yang sangat terkenal. Yang istimewanya di sini, anda dapat melihat secara langsung proses pembuatan mee secara percuma.

Mee yang diproses di sini biasanya menjadi kegunaan penduduk setempat mahupun dihantar keluar kawasan Sungai Lembing. Disamping itu, terdapat juga snek buatan mereka, taufufa, kuih tradisional dan biskut  yang boleh anda cuba.

 

5.  D’Paradies Deer Farm

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [onenezz]

D Paradies Deer Farm merupakan tempat menarik di Sungai Lembing dimana ladang rusa milik persendirian ini menempatkan beberapa ekor rusa.  Ladang Rusa terbesar di Malaysia ini menempatkan rusa yang kebanyakannya dibawa dari Mauritius dan Australia.

Pengunjung bukan sahaja dapat melihat aktiviti menternak rusa malah anda juga dapat membeli dan merasa daging rusa. Sesuatu yang baru dan menarik bukan?  Selain itu, aktiviti menarik di sini adalah memberi makan dan bergambar bersama rusa secara dekat. Jom datang ke D Paradise Deer Farm ini bersama anak-anak dan keluarga!

 

6.  Air Terjun Pelangi

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [cuti]

Tempat menarik di Sungai Lembing kali ini wajib anda datang kerana ia merupakan salah satu tarikan luar biasa di Sungai Lembing.  Air Terjun Pelangi ini mendapat namanya daripada fenomena pelangi yang sering terjadi di tengah-tengah air terjun. Hal ini terjadi kerana spektrum cahaya matahari dialihkan melalui titisan kecil maka terhasillah bebenang pelangi yang indah.

Pada waktu-waktu tertentu, pelangi ini akan terhasil dan sekiranya anda bernasib baik, anda dapat merakam momen indah tersebut. Jangan lepaskan peluang berkelah dan bersantai bersama seisi keluarga di sini. Suasana di sini amat tenang dan nyaman ditambah pula dengan air terjunya yang bersih, jernih lagi sejuk.

Untuk tiba ke destinasi ini, anda harus berjalan atau jungle treking sejauh 1km ataupun boleh juga menyewa perkhidmatan pacuan empat roda 4WD sejauh 4 km. Seronokkan? Bukan selalu begini.

 

7.  3D Gallery Sungai Lembing

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [hasifhamsyari]

Agak terkejut dan tidak sangka jika dikatakan 3D Gallery ini terletak di Sungai Lembing. Tak perlu susah-susah untuk ke Singapore demi melihat lukisan 3d kerana galeri ini menjanjikan kepada anda lukisan-lukisan ilusi 3 dimensi pelbagai konsep bertaraf antarabangsa.

Lukisan unik  yang kelihatan hidup ini membolehkan anda bergambar di pelbagai sudut yang berbeza dan menarik buat anda. Lokasi yang kebanyakan lukisannya dilukis oleh pelukis dari Pulau Pinang ini amat sesuai buat anda bergambar sebagai kenang kenangan.

Waktu operasi bermula jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Bayaran masuk juga sederhana sahaja iaitu RM 16 buat orang dewasa manakala kanak-kanak pula seharga RM 12. Sekiranya anda berjiwa seni, sesuai sekali untuk anda kunjungi ke tempat menarik di Sungai Lembing ini.

 

8.  X Cape Resort

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [Cybevasion]

Jika anda pengunjung dari luar negeri Pahang saya syorkan anda menginap di X Cape Resort. Di Xcape Resort, anda dapat  melarikan diri dari hiruk-pikuk kesibukan bandar untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

X Cape Resort bukan sahaja menyediakan tempat penginapan yang selesa malah aktiviti-aktiviti yang menarik di sekitar Sungai Lembing  juga turut disediakan. Resort ini berlatar belakangkan hutan dan sungai. Pelbagai aktiviti menarik dijanjikan di sini seperti  jungle trekking, water jump, river slack lining, stand up paddle, water slide, rentas halangan dan fish feeding. 

Hampir 13 buah chalet disediakan lengkap dengan kemudahan termasuk peralatan untuk BBQ. Bagi peminat aktiviti lasak, anda juga boleh berkemah dan menyewa 4×4 untuk bersiar-siar di sekitar kawasan hutan. Pelbagai pakej dan harga disediakan untuk anda pilih.

 

9.  Sungai Pasir Kubur

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [hairanazitis]

Selain Air Terjun Pelangi, Sungai Pasir Kubur juga merupakan tempat menarik di Sungai Lembing yang sesuai untuk berkelah. Sungai ini terletak di Kampung Kuala  Kenau Seberang. Struktur geografi Sungai, tanahnya yang landai, air yang bersih dan tenang menjadikannya sesuai untuk bermandi manda.

Yang membezakan sungai ini dengan Air Terjun Pelangi adalah anda tidak perlu meredah hutan sebelum sampai ke sini. Namun, kemudahan seperti tandas dan tempat persalinan tidak disediakan. Tidak mengapa, kereta anda sebagai tempat berteduh pun jadilah!

 

10.  Time Capsule Retreat

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [timecapsuleretreat]

Bagi yang menginginkan tempat penginapan yang unik, saya rasa Time Capsule Retreat sangat ideal buat anda. Di sini, mereka menyediakan tiga jenis penginapan iaitu Paralel, Capsule dan Cottage.  Bayangkan tempat yang akan anda huni berbentuk kapsul. Terdapat 2 jenis kolong kapsul yang boleh anda pilih.

Satu kolong jenis bayang-bayang dan satunya lagi jenis permandangan hutan. Menarik bukan? Untuk kapsul, ia hanya muat maksimum untuk dua orang sahaja. Ia amat sesuai buat pasangan pengantin yang ingin berbulan madu dan mendapatkan suasana romantis.

Bagi yang yang menginap untuk lebih dari 2 orang, anda boleh mencuba Paralel dan Cottage. Tempat ini semestinya menawarkan keunikkannya yang tersendiri sekaligus memberi pengalaman kepada anda.

 

11.  T Box Sungai Lembing

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [sini]

Satu lagi tempat penginapan yang termasuk dalam senarai tempat menarik di Sungai Lembing adalah T Box Sungai Lembing. Tempat ini menyediakan pelbagai pakej penginapan yang boleh anda pilih seperti kabin, rumah dan cottage. Anda boleh membuat tempahan awal di laman web  ww1.tboxsungailembing.com kerana tempat penginapan di sini selalunya penuh dengan pengujung terutamanya ketika waktu cuti umum.

 

12.  Crystal House

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [paultan]

Crystal House dibina oleh seorang lelaki bernama Encik Lee Hon. Rumah lama yang cantik ini menempatkan pelbagai jenis koleksi batu kristal yang diletakkan diluar dan dalam almari kaca. Kesemua batu kristal ini dijaga rapi dan tidak boleh disentuh. Namun begitu, anda dibenarkan untuk mengambil foto di Crystal House ini.

Pelbagai jenis bentuk dan warna batu kristal dipamerkan di sini memandangkan pemiliknya dahulu seorang pekerja lombong bijih timah di bawah tanah. Terdapat juga replika terowong bawah tanah dibelakang rumahnya boleh anda lihat.

 

13.  Bukit Panorama

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [Papaglamz]

Bukit Panorama yang merupakan tempat menarik di Sungai Lembing ini dapat membawa anda untuk melihat saat matahari terbit dan tenggelam. Ketinggian bukit ini mencecah 330 meter daripada aras laut dan memerlukan masa selama 40 minit untuk anda mendaki hingga ke puncak.

Selalunya pengunjung akan mendaki bukit ini seawal jam 5 pagi dan harus sampai sebelum jam 7 pagi.  Laluan bukit ini umpana lebih kurang 1000 anak tangga. Anda akan berasa rugi jika tidak sempat bergambar ketika suasana indah ini berlangsung.

 

14.  Casa Hill Resort

Tempat menarik di sungai lembing

Imej via [booking]

Casa Hill Resort adalah tempat menarik di Sungai Lembing yang berkonsepkan penginapan dan sesuai untuk anda yang bermalam.  Resort ini lengkap dengan kemudahan dan hiburan seperti lounge berkongsi, taman dan WiFi percuma. Beberapa unit resort ini mempunyai balkoni dengan pemandangan kolam renang yang menyeronokkan.

 

15.  Kedai Makan Wan Masturah Mee Jawa

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [brad.erva]

Kedai makan ini bersebelah dengan Sungai dan amat menenangkan. Anda boleh singgah di sini untuk mengisi perut yang lapar dan merasai mee jawa buatan Kedai Makan Wan Masturah. Pastinya halal, selamat dan sangat sedap dimakan!

 

tempat menarik di sungai lembing

Imej via [thestar]

Berikut adalah 13 tempat menarik di Sungai Lembing yang boleh anda lawati.  Pelbagai pilihan tempat penginapan, tempat bersejarah, tempat untuk bersantai-santai dan macam-macam lagi boleh anda lihat. Semoga artikel ini bermanfaat dan menjadi panduan buat anda jika ingin ke Sungai Lembing. Jemput baca tempat menarik di Ampang dan tempat menarik di Filipina juga.

 

Rujukan

  1. Tripadvisor
  2. Wikipedia
  3. kakisini

 

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.