Mencari tempat menarik di Hatyai dan senarai tempat shopping murah di Hatyai?

Hat Yai merupakan sebuah bandar yang terletak di Wilayah Songkhla, Thailand. Oleh kerana kedudukannya bersempadan dengan Malaysia, maka memang ramai rakyat Malaysia yang mengambil peluang untuk bercuti ke Hat Yai.

Malah anda boleh sampai ke Hat Yai menggunakan jalan darat iaitu dengan menaiki kereta, kereta api mahupun bas. Jom kita lihat tempat-tempat menarik di Hat Yai yang boleh dilawati oleh anda sekeluarga.

1) Tang Kuan Hill Lift Station

Tang Kuan Hill Lift Station

Imej via annisaanitadewi

Keunikan Bukit Tang Kuan ini adalah kerana lifnya. Untuk naik ke atas bukit, anda tidak perlu memanjat bukit, tidak perlu naik cable car, tetapi anda hanya perlu naik lif yang disediakan. Untuk sampai ke atas bukit, anda harus menggunakan sebuah lif yang curam lebih kurang 100 m.

Sesampainya di atas bukit, anda akan disajikan pemandangan sekitar Wilayah Songkhla beserta pemandangan pantai yang indah.  Selain pemandangan di sini, anda juga akan menemui beberapa patung Budha dan loceng kira-kira berukuran 1 m. Selain itu, yang menarik pengunjung adalah ‘Love Locks Tang Kuan Hill Top’ yang mana anda bolehlah memangga nama anda dan pasangan di sini.

Antara perkara yang best dilakukan di sini adalah aiskrim tempurung yang dijual di kawasan Tan Kuan Hill Lift Station ini. Selain itu terdapat juga barangan cenderahati yang dijual di sini.

Lokasi: Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Waktu Operasi: 10.00pagi – 8.00malam

Harga Tiket:  30 Bath

2) Hat Yai Park Municipal Park

Hat Yai Park Municipal Park

Imej via ciklilyputih

Taman ini terletak kira-kira 6km dari pusat bandar Hat Yai. Boleh dikatakan ia sebuah taman keagamaan kerana terdapat banyak statu atau patung Buddha yang besar-besar. Antara tarikan pelancong di sini adalah patung besar Guan Yin, patung Buddha Ketawa dan patung Buddha Berdiri.

Dari puncak bukit pula, anda berpeluang menikmati keindahan sekitar Bandar Hat Yai. Untuk ke puncak bukit, anda boleh berjalan kaki ataupun menaiki kereta kabel yang disediakan untuk kemudahan para pengunjung.

Lokasi: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

3) Hat Yai Cable Car

Hat Yai Cable Car

Imej via jessnco

Ia terletak di Hat Yai Municipal Park. Terdapat dua stesen Hat Yai Cable Car iaitu di Thao Maha Phrom dan di Phra Buddha Mongkol Maharaj. Dengan Harga Tiket semurah 200 Baht ataupun sekitar RM25 anda dapat menikmati pemandangan indah sekitar bandaraya Hat Yai. Jangan lupa bawa kamera atau pastikan kamera telefon pintar anda penuh agar anda dapat tangkap gambar pemandangan Bandar Hat Yai sepuas hati.

Lokasi: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 pagi – 8.00malam)

Harga Tiket: 200 Baht

4) Greenway Night Market

Greenway Night Market

Imej via qpeiyin

Bila ke tempat orang, pastilah kita ingin merasai makanan penduduk tempatan. Tetapi bukan mudah nak dapatkan makanan halahl di sebuah negara bukan Islam. Namun, walaupun Thailand sebuah negara bukan Islam, tetapi tidak sukar untuk mencari makanan halal di sini.  Antara lokasi gerai-gerai makanan halal yang mudah didapi terletak di Greenway Night Market.

Bukan sahaja makanan, barangan lain juga banyak terdapat di sini seperti pakaian baru dan bundle, aksesori, beg, kasut dan bermacam lagi. Yang menjadi bonusnya adalah ramai antara peniaga di sini yang boleh bercakap di dalam bahasa Melayu. Tak adalah timbul komunikasi macam ayam dan itik. Nak tawar-menawar pun mudah.

Lokasi: Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5.00petang – 10.00malam)

5) Magic Eye 3D Museum

Magic Eye 3D Museum

Imej via jetunnel

Magic Eye 3D Museum adalah sebuah bangunan dua tingkat yang di dalamnya terdapat karya seni 3D yang cukup realistik. Boleh dikatakan tempat-tempat sebegini memang menjadi Instagrammable spot.

Dengan Harga Tiket 400 Baht anda turut mendapat sepasang stokin untuk dipakai di dalam muzium kerana lukisan-lukisan yang menakjubkan ini bukan hanya terdapat pada dinding, malahan di lantai muzium juga. Apa lagi, bergambarlah sepuas hati. Pelbagai gaya dan aksi boleh dilakukan untuk sesuaikan watak dengan lukisan 3D tersebut untuk buatkan ia nampak real. Dah puas bergambar, bolehlah muat naik di akaun media sosial masing-masing.

Lokasi: 414 Kanjanavanich Road, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi: 9.00pagi – 9.00malam

Harga Tiket: 400 Baht

6) Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum

Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum

Imej via nhm

Anda boleh lakukan lawatan sambil belajar di Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum yang terletak di Prince of Songkla University. Bangunan muzium 2 tingkat ini terbahagi kepada 2 zon iaitu zon pameran dan zon koleksi rujukan.

Antara pameran yang terdapat di sini adalah pameran luaran yang menempatkan 3 buah ukiran dinasour, pameran Earth Study, pameran Amazing Nature, pameran Biodiversity dan pameran Ekosistem. Untuk pengetahuan anda juga, muzium ini menempatkan lebih daripada 25,000 jenis spesimen tumbuhan dan lebih daripada 35,000 spesimen haiwan.

Lokasi: 15, Kanjanawanich Road | Prince of Songkla University, Hat Yai 90110, Thailand

Waktu Operasi: Rabu – Ahad (9.30pagi – 4.30petang)

7) Hat Yai Observatory

Hat Yai Observatory

Imej via phil

Jom teruskan lawatan sambil belajar anda ke Hat Yai Observatory pula. Di bahagian pameran astronomi Hat Yai Observatory, banyak yang anda dapat pelajari berkaitan dengan galaksi kerana terdapat foto-foto dan illustasi bintang-bintang, planet-planet dan lain-lain yang dipamerkan di sini.

Bahagian bumbung Hat Yai Observatory pula boleh dibuka untuk melihat pemandangan di langit yang luas. Bukan kanak-kanak sahaja teruja, orang dewasa juga pasti suka belajar tentang alam semesta yang indah dan luas ini.

Lokasi: Kanchanawanit, Hat Yai, Thailand

8) ASEAN Night Bazaar (Poet tai)

ASEAN Night Bazaar

Imej via x10sapient

Antara tempat untuk anda bershopping adalah di ASEAN Market yang merupakan pasar malam yang terbesar di bandar Hatyai. Bangunanpasar 2 tingkat ini menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian, aksesori, kasut, beg dan lain-lain lagi di aras 1 manakala di aras 2 pula terdapat gerai-gerai makanan barat, Thai dan buah-buahan.

Apa yang lebih seronok adalah anda boleh tawar-menawar semasa proses jual beli di sini. Jadi, sial asah kemahiran menawar anda. Mana tahu boleh dapat diskaun sehingga 70%. Untung sangat.

Lokasi:Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

9) Pasar Terapung Hat Yai Klong Hae

Pasar Terapung Hat Yai Klong Hae

Imej via iammasitahsamsudin

Inilah masanya anda ingin melihat budaya rare orang lain. Di Hat Yai, memang tidak lengkap sekiranya anda tidak singgah ke Pasar Terapung Hat Yai Klong Hae. Pasar yang unik kerana jualan-jualannya dilakukan di atas sampan. Bukan sikit, tapi sekitar 50 buah sampan semuanya. Memang banyak betul pilihan makanan yang terjual di atas sampan-sampan ini.

Antara makanan yang terdapat di sini adalah seperti kari Selatan Thai, roti hotdog, ayam goreng, penkek kelapa, samosa dan macam-macam lagi yang mengenyangkan. Tak cukup dengan gerai-gerai atas sampan, di bahagian darat sekitarnya juga terdapat banyak gerai yang menjual pakaian, makanan dan cenderamata.

Lokasi: Khlong Hae Khutao Road, Khlong Hae, Hat Yai, Thailand

Waktu Operasi: Jumaat – Ahad (3.00petang – 9.00petang)

10) Kim Yong Market

KIm Yong Market

Imej via pinterest

Nak cari kudapan yang murah-murah? Pastilah anda dapatnya di Kim Yong Market. Di sini sharganya bukan setakat murah, malah kalau harga tidak dipaparkan pada makanan itu, anda boleh tawar-menawar lagi.

Bukan sahaja makanan yang terdapat di sini, barangan lain juga boleh ditemui bagi anda yang kaki shopping seperti kasut, beg, pakaian dan banyak lagi.

Lokasi: Sang Aretit Road, Hat Yai 90110

Waktu Operasi: Sabtu – Ahad (7.00pagi – 7.00malam)

11) Pagoda Besi

Pagoda Besi

Imej via flickr

Antara bangunan unik yang terdapat di Hat Yai untuk anda lawati adalah Steel Pagoda. Tokong ini dikelilingi oleh loceng dan gong. Reka bentuk Pagoda yang dibuat daripada besi ini dikatakan yang paling unik di dunia. Seni bina pagoda ini bukan sahaja cantik di bahagian luarnya sahaja tetapi termasuklah dekorasi dalamannya.

Anda juga berpeluang menikmati pemandangan indah di kawasan sekitar melalui tokong ini. Jika anda datang ke sini pada lewat petang, anda berpeluang untuk melihat lampu-lampu do pagoda ini dibuka apabila menjelang malam. Sudah pasti suasana pada malam hari ini sangat indah dilimpahi cahaya lampu serta sinaran bulan.

Lokasi: Punnakan Road | Ko Hong subdistrict, Hat Yai, Thailand

12) Central Festival Mall

Central Festival Mall

Imej via phil

Central Festival Mall merupakan sebuah pusat membeli-belah yang terbesar di Hat Yai iaitu seluas 250,000 meter persegi. Bukan setakat outlet-outlet antarabangsa dan tempatan serta kedai makan sahaja ada di sini, tarikan lain seperti ice skating rink, pusat boling, wayang 3D Imax, permainan arked dan banyak lagi turut tersedia di sini.

Bagi anda yang datang bersama anak kecil, anda boleh menggunakan stroller kanak-kanak dalam bentuk kereta sport secara percuma di kaunter informasi Central Festival Mall. Bolehlah anda window shopping dengan tenang sambil menolak stroller yang cool.

Lokasi: Kanchanavanich Road, Hat Yai District, Songkhla, Thailand

13) Thai Odyssey

Thai Odyssey

Imej via thaiodysseyblog

Thailand sinonim dengan servis urutan dan spa yang mengasyikkan. Dah alang-alang sampai ke sini, apa salahnya luangkan sedikit masa untuk memanjakan diri setelah penat ke sana ke mari menjelajah seluruh Bandar Hat Yai ini.

Thai Odyssey merupakan spa yang agak eksklusif di sini. Jika dilihat pada harga yang ditawarkan untuk setiap pakej urutan di sini, mungkin nampak agak mahal, tapi khidmat urutan serta layanan yang akan anda terima pasti berbaloi.

Suasana di sekitar pusat urutan ini juga sungguh menenangkan, dengan rekaan dalaman berkonsepkan Thailand sendiri, bauan aromaterapi yang menyegarkan, memberikan anda satu pengalaman yang cukup sempurna.

Waktu Operasi: Ahad – Khamis (10.00am – 10.00pm) | Jumaat – Sabtu (11.00am – 11.00pm)

Harga Tiket: Bermula Dari 380 Baht

Lokasi: No. 152 – 156 Niphat Uthit 2 Road | Red Planet Hotel Hat Yai, Hat Yai 90110

14) Cense by Spa Cenvaree

Cense by Spa Cenvaree

Imej via spacenvaree

Selain di Thai Odyssey, satu lagi lokasi di mana anda boleh mendapatkan urutan badan yang hebat adalah di Cense by Spa Cenvaree. Atmosfera di dalam spa ini juga sangat terapeutik, memberi kedamaian buat sesiapa sahaja yang datang ke sini. Bukan itu sahaja, anda juga akan disajikan dengan air teh sebelum diberikan rawatan spa.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 8.00pm)

Harga Tiket: Bermula Dari 600 Baht

Lokasi:  3 Samehanusorn Road, Hat Yai, SongKhla 90110, Thailand

15) Wat Hat Yai Nai

Wat Hat Yai Nai

Imej via samytrip

Warga Thailand majoritinya adalah penganut Buddha. Maka, tidak hairanlah kenapa di sini terdapat banyak tokong Buddha yang disebut sebagai ‘wat’. Di Wat Hat Yai Nai, tarikan utama yang terdapat di sini adalah patung Buddha yang besar dengan kepanjangan sekitar 35 meter. Bukan setakat besar, malah posisi patung tersebut juga bukan seperti patung biasa.

Wajah patung ini pula seolah-olah tersenyum melihat pelancong yang datang tak putus-putus untuk melihatnya. Satu tarikan unik yang mesti anda saksikan sendiri di Hat Yai.

Lokasi: Wat Hat Yai Nai di Phetchakasem Road, berdekatan Khlong U, Taphao Bridge, Amphoe Hat Yai, Songkhla, Thailand

Waktu Operasi: 8.00pagi – 5.00petang

16) Hat Yai Park Lantern Festival

Hat Yai Park Lantern Festival

Imej via flickr

Setiap tahun, Hat Yai Park Lantern Festival ataupun Festival Tanglung akan diadakan di Hat Yai Park. Seperti namanya, sudah pasti anda sudah dapat agak yang pesta ini akan dipenuhi dengan lampu dan cahaya. Namun, ia bukan sekadar lampu dan cahaya biasa, tetapi lampu-lampu yang dihias dengan sangat kreatif.

Anda pernah pergi ke i-City Shah Alam? Keadaannya seperti di i-City tetapi dekorasinya lebih menarik. Ini kerana, terdapat lampu yang berbentuk Eiffel Tower, tokong, naga dan bermacam lagi. Reka bentuk-reka bentuk tanglung yang dipamerkan di festival ini berbeza dari tahun ke tahun.

Jika percutian anda ke Hat Yai semasa festival ini berlangsung, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya.

Lokasi: Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Harga Tiket: Percuma

17) Masjid Pusat Songkhla

Masjid Pusat Songkhla

Imej via scdhaseinphoto

Walaupun di negara bukan Islam, tetapi masyarakat di sini juga sebahagiannya menganut agama Islam. Oleh sebab itu wujudnya Masjid Pusat Songkhla yang menjadi tempat ibadah umat Islam di sini.  Masjid ini agak terkenal bukan hanya kerana saiznya yang besar malahan kerana fungsinya yang juga menjadi tempat pernikahan ramai orang yang datang ke Thailand.

Seperti mana kita tahu, terdapat juga warga Malaysia yang berkahwin di Thailand. Antara tempat pernikahan tersebut, adalah di masjid ini.

Lokasi: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, 352 Lopburi Ramesuan Rd, Moo 10, Khlong Hae, Thailand

18) Chang Puak Camp

Chang Puak Camp

Imej via wikimapia

Gajah merupakan haiwan yang senonim dengan Thailand. Oleh sebab itu terdapat banyak kem-kem untuk gajah dibina di Thailand. Begitu juga di Hay Yai, kem gajah terdapat di Chang Puak Camp ini. Di sini, anda boleh menaiki gajah dan dibawa bersiar-siar dengan gajah berkenaan. Namun begitu, memandangkan kini banyak gerakan penconta haiwan berkempen agar tidak menaiki gajah kerana ia bukanlah haiwan yang sesuai untuk ditunggang.

Walauoun tidak menaiki gajah, anda sekeluarga juga boleh mencuba aktiviti lain yang ditawarkan di kem ini seperti memanah, ATV, dan menembak. Habis mencuba kesemua tarikan yang ada di sini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan spa dan urutan kaki untuk melegakan badan yang dah lenguh seharian beraktiviti.

Lokasi: 86, Moo 1, Thoong Yai sub-district, Hat Yai district, Songkhla

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00pagi- 5.00petang)

Harga Tiket (Menaiki Gajah): 500 Baht (30 Minit)

Itulah dia 18 tempat menarik di Hat Yai, Thailand yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Hat Yai. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Krabi dan Tempat Menarik Di Songkhla

Penulis: Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.