Mencari tempat menarik di Miri?

Miri merupakan bandar kedua terbesar yang terdapat di Sarawak dengan populasi penduduk seramai satu perempat daripada satu juta. Bandar ini berkembang pesat berikutan penemuan minyak dan ia menjadi pusat pentadbiran untuk Sarawak utara pada tahun 1929.

tempat menarik di miri

Imej via [maisinggah]

Selain kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya, bandar yang terletak di Bumi Kenyalang ini juga kaya dengan tempat-tempat menarik. Mungkin ramai yang tidak tahu, dek kerana alam semulajadinya yang indah, Miri sememangnya mempunyai tempat menarik yang memikat hati ramai pengunjung. Jom lihat 20 tempat menarik di Miri, destinasi pelancongan anda.

1.  Miri Crocodile Farm Mini Zoo

tempat menarik di miri

Imej via [tripadvisor]

Tak hairanlah jika di Miri ini terdapat taman buaya kerana Sarawak yang sememangnya terkenal dengan kisah buaya lagenda Bujang Senang. Pelbagai jenis buaya dipamerkan disini dan pastinya anda dapat melihat secara dekat. Selain buaya, haiwan-haiwan eksotik lain seperti burung Kasuari, landak , burung merak dan sebagainya  turut dipamerkan disini.

  • Harga Tiket: RM 20 Dewasa / RM 10 Kanak-kanak
  • Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang setiap hari
  • Alamat: Lot 164, 24Km Miri-Kuala Baram Road, 98000 Miri

2.  Boulevard Hypermarket

tempat menarik di miri

Imej via [miriresortcity]

Anda cari tempat untuk membeli belah? Datang singgahlah ke Boulevard Hypermarket. Pelbagai jenis barangan boleh anda daptkan disini. Barangan elektronik, pakaian , restoran, panggung wayang dan macam-macam lagi disediakan disini. Pasaraya ini juga bersambung dengan Permaisuri Imperial City Mall melalui sebuah jambatan.

  • Alamat: Jalan Merpati, 98000 Miri

3.  Pusat Kraf Tangan Miri

Imej via [pkkmsarawak]

Tak sahlah jika datang ke Sarawak jika tidak membeli ole-ole buat orang tersayang. Pusat Kraf Tangan ini menyediakan kepada anda hampir 25 buah kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata.

Selain membeli kraf tangan  yang berupa bakul, ukiran kayu, tikar dan lain-lain, anda juga boleh melihat demo pembuatan kraftangan tradisional disini. Harga cenderamata disini juga amat berpatutan dan yang lebih penting boleh tawar menawar.

  • Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang setiap hari
  • Alamat: Miri Handicraft Centre, Jalan Brooke, Miri

4.  Miri Petroleum Museum

tempat menarik di miri

Imej via [miricitysharing]

Pelbagai info dan ilmu pengetahuan mengenai dunia petroleum boleh anda timba disini. Muzium dibina  dengan reka bentuk moden, siap pada tahun 2005. Sebahagiannya dibiayai oleh Petronas, syarikat minyak gergasi Malaysia.

Tarikan utama muzium ini adalah telaga minyak pertama di Miri yang dikenali sebagai The Old Lady. Salah satu pameran yang popular ialah simulator gempa di mana anda duduk di dalam kereta Perodua semasa ia digoncang seperti yang terjadi ketika gempa bumi sebenar.  Masuk adalah percuma.

  • Waktu Operasi: 9 pagi – 4.45 petang selasa hingga jumaat / 10 pagi – 4 petang sabtu dan ahad
  • Alamat: Canada Hill, Jalan Oil Well No. 1, 98000 Miri

5.  Taman Negara Niah

tempat menarik di miri

Imej via [Malaysia.Travel]

Taman Negara Niah merupakan hutan yang diteroka, hutan paya gambut dan hutan batu kapur sekaligus  menempatkan Gua Niah. Taman Negara Niah menjanjikan kepada anda pemandangan alam semulajadi yang menarik dan mengagumkan. Ia kaya dengan pelbagai flora dan fauna.

Tempat menarik di Miri ini merupakan pusat penghunian manusia seawal 40,000 tahun yang lalu. Pelbagai kemudahan disediakan disini serta trek untuk anda meredah hutan dan meneroka gua turut disediakan.

  • Alamat: Taman Negara Niah, 98200 Miri

6.  Miri City Fan Recreation Park

tempat menarik di miri

Imej via [visitmiri2018]

Pusat rekreasi ini dikatakan sangat unik kerana reka bentuk taman ini menyerupai kipas angin. Pada tahun 2001 taman ini mendapat anugerah landskap bandar terbaik di Malaysia. Tak hairanlah jika dikatakan taman ini sering menjadi pilihan pengunjung untuk bersantai.

Macam-macam tarikan terdapat di sini seperti Musical Fountain, Islamic Garden, Health Garden dan sebagainya. Jangan lupa untuk mengambil angin di lokasi ini. Kolam renang awan pun ada.

  • Alamat: Jalan Kipas, 98000 Miri

7.  Bukit Kanada

tempat menarik di miri

Imej via [malaysia.panduanwisata]

Jika anda ingin melihat keindahan bandar Miri dari atas, anda harus ke bukit ini. Jangan risau, walaupun namanya Kanada anda masih lagi berada di Malaysia. Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan disini ialah melihat pemandangan dari puncak, berjogging, mendaki dan pelbagai lagi aktiviti menyihatkan badan. Untuk pengetahuan anda, Muzium Petroleum Miri dan The Old lady terletak di bukit, tempat menarik di Miri ini.

  • Alamat: Bukit Kanada, 98000, Miri

8.  Piasau Nature Reserve

tempat menarik di miri

Imej via [Tripadvisor]

Piasau Nature Reserve merupakan hutan simpan yang kaya dengan flora dan fauna. Ia berkeluasan sekitar 88.67 hektar yakni 220 ekar. Hampir 107 jenis tumbuhan dan 75 jenis haiwan telah dikesan menjadikan hutan ini sebagai tempat tinggal.

Jika bernasib baik, anda boleh melihat burung kenyalang yang menjadi julukan negeri ini. Memang best tengok burung di tempat menarik di Miri ini.

  • Waktu Operasi: 8.30 pagi – 6 petang setiap hari
  • Alamat: Piasau Nature Reserve, 98000 Miri

9.  Tamu Muhibbah

tempat menarik di miri

Imej via [tripadvisor]

Tamu Muhibbah boleh dikatakan mirip seperti Pasar Siti Khadijah yang terdapat di Kelantan. Pelbagai barangan dijual di sini bermula barangan kering, barangan basah, kraftangan sehinggalah makanan tradisional. Antara tarikan utama di pasar ini adalah Beras Bario.

Beras Bario jika ditempat lain memang mahal namun di Miri boleh dikatakan sedikit murah berbanding di tempat lain. Bagi yang gemar mencuba makanan eksotik anda boleh mencuba ulat sagu di tempat menarik di Miri ini.

  • Alamat: Tamu Muhibbah 98000, Miri

10.  Rumah Api Tanjung Lobang

tempat menarik di miri

Imej via [maisinggah]

Stesen rumah api ini dibuka sejak tahun 1930 lagi bahkan ia masih lagi aktif hingga ke hari ini. Walaupun begitu, menara ini telah pun ditutup buat orang ramai tetapi sekitar kawasan tapaknya masih boleh dilawati.

Buat pengetahuan anda, di sebelah rumah api ini terdapat Memorial Perang Dunia Kedua untuk memperingati orang Sarawak, India dan Indonesia yang terkorban semasa peperangan ini berlaku. Walau demikian, ia merupakan tempat menarik di Miri yang harus diketahui ramai.

  • Alamat: Jalan Bunga Tanjung 2, 98000 Miri

11.  Gua Rusa

tempat menarik di miri

Imej via [grenlifee]

Gua Rusa merupakan gua yang terletak di Gunung Mulu. Antara keistimewaan gua ini adalah ia dinobatkan sebagai gua yang kedua terbesar di dunia selepas Gua Hang Son Doong di Vietnam. Gua yang sepanjang 2 km dengan ketinggian 90 meter ini mendapat nama Gua Rusa kerana rusa sering datang berteduh dan menjilat garam di permukaan batu kapur gua ini.

Anda harus meredah trek sepanjang 3 km untuk sampai ke tempat menarik di Miri ini.  Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan hutan yang menghijau dan sungai yang jernih dan sejuk.

  • Alamat: Gua Rusa, Gunung Mulu National Park, Sarawak

12.  Borneo Tropical Rainforest Resort

tempat menarik di miri

Imej via [FlyKLIA]

Tempat penginapan ini dikelilingi dengan alam semula jadi menghijau yang pastinya memberikan ketenangan buat anda. Ia terletak di hutan hujan Taman Negara Bukit Lambir. Anda sudah bosan bermandi manda di laut mahupun air terjun, resort ini ada menyediakan kolam renang dan taman tema air yang pastinya menarik.

  • Harga Penginapan: Serendah RM 344 semalam
  • Alamat: KM36 Miri-Bintulu Road, Lot 15, Block 2, Sibuti Land District, 98000 Miri

13.  Taman Negara Bukit Lambir

tempat menarik di miri

Imej via [theborneopost]

Menurut sejarah, pada perang dunia kedua bukit ini dijadikan sebagai kawasan pemerhati bagi tentera Jepun semasa pencerobohan mereka. Sehingga kini terdapat telaga minyak yang digunakan mereka ditengah-tengah hutan.

Banyak aktiviti boleh dilakukan disini seperti berkayak, berjalan di atas jambatan gantung, menunggang kuda dan sebagainya. Taman negara ini menjadi rumah bagi beberapa spesis haiwan termasuk 157 jenis burung.

  • Waktu Operasi: 8 pagi – 5 petang
  • Alamat: Taman Negara Bukit Lambir, Miri

14.  Air Terjun Latak

tempat menarik di miri

Imej via [Siraplimau]

Air Terjun Latak terletak di dalam Taman Negara Bukit Lambir. Untuk sampai ke destinasi indah dan bersih ini, anda haruslah berjalan selama 20 minit dari HQ Taman Negara. Tempat yang dibungkus alam semulajadi ini sangat damai dan bersih. Berkelah dan bermandi-manda di sini pastinya menjadi aktiviti yang sangat menarik tambahan lagi jika anda datang bersama keluarga dan rakan.

  • Alamat: Taman Negara Bukit Lambir, Miri

15.  Hawaii Beach

tempat menarik di miri

Imej via [TripSavvy]

Jika sebelum ini saya ada menyenaraikan Bukit Kanda, kali ini Pantai Hawaii pula. Selayaknya pantai, ia memiliki pasir putih yang bersih serta air laut membiru yang sangat jernih. Jangan lepaskan melakukan aktiviti pantai disini.

Selain bermandi manda, anda juga boleh berbbq bersama rakan-rakan di tempat menarik di Miri ini.  Peralatan bbq disediakan oleh pihak pantai untuk disewa. Tak perlu susah-susah ke Honolulu untuk ke Hawaii kerana di Miri sudah ada Hawaii kedua.

  • Alamat: Kampung Bakam, 98000 Miri

16.  Pantai Brighton

Imej via [flickr]

Pantai Brighton merupakan pantai tertua di Miri dan sememangnya  mempunyai tarikannya yang tersendiri.  Pantai yang sesuai untuk anda menonton matahari terbenam ini juga dikenali sebagai Pantai Tanjung Lobang. Suasana di pantai ini dikatakan romantik dan sesuai buat pasangan yang ingin berbulan madu.

Terdapat beberapa buah restoran makanan laut yang menawarkan kepada anda hidangan yang segar lagi lazat. Segala kemudahan disediakan disini termasuk peralatan untuk bbq.  Jom berkunjung ke tempat menarik di Miri ini!

  • Alamat: Pantai Tanjung Lobang, 98000, Miri

17.  Marina Bay

tempat menarik di miri

Imej via [tripadvisor]

Marina Bay merupakan sebuah kawasan komersial dengan pembangunan terancang di Miri. Kawasan ini dibangun degan cukup seimbang sekali. Ia dilengkapi dengan pelbagai restoran, kedai-kedai dan tempat penginapan.

Bagi anda yang ingin bersantai-santai dan makan angin, mereka telah menyediakan ruang berjalan kaki dan berbasikal buat anda. Terdapat rumah api berbentuk kuda laut yang menjadi mercu tanda di lokasi ini.

  • Alamat: Marina Bay, 98000 Miri

18.  Luak Bay Esplanade

tempat menarik di miri

Imej via [Youtube]

Luak Bay Esplanade adalah sebuah tempat rekreasi di tepi pantai. Berjalan-jalan di tepi pantai sambil disapa angin semilir dan menikmati keindahan laut China Selatan sangat menenangkan.

Di samping itu, jika anda datang pada hari minggu, tempat menarik di Miri ini akan lebih meriah dengan gerai-gerai menjual makanan dan minuman. Jika di semenanjung, Luak Esplanade ini boleh dikatakan seperti Pantai Batu Buruk di Terengganu.

19.  Taman Awam Miri

tempat menarik di miri

Imej via [tindalanon]

Taman ini dibina diatas bukit berlatar belakangkan landskap kehijauan. Tarikan utama tempat menarik di Miri ini semestinya jambatan gantung dan menara peninjau. Anda boleh bersiar-siar dan merentasi jambatan gantung.

Sebaik sahaja anda turun dari menara peninjau, anda akan ditawarkan dengan kolam renang yang luas. Dan yang paling best, masuk dan bermandi-manda di situ adalah percuma. Gerai makan juga tidak ketinggalan bertebaran disekitar taman.

  • Alamat: Bintulu – Miri Rd, Taman Awam Miri, 98000 Miri

20.  The Grand Old Lady

tempat menarik di miri

Imej via [airasia]

Salah satu tempat bersejarah dan tempat menarik di Miri adalah The Old Lady. Ia merupakan telaga minyak menggunakan peralatan kabel  tertua yang terdapat di Malaysia.

Telaga ini dikenal sebagai The Old Lady yang membawa maksud seorang ibu kerana ia cukup berharga bagi negara ini. Datanglah kesini dan anda pasti mendapat ilmu yang sangat berharga.

  • Alamat: Bukit Kanada, 98000 Miri

tempat menarik di miri

Imej via [gulfbusiness]

Demikianlah 20 tempat menarik yang terdapat di Miri, Sarawak. Bandar kedua terbesar di Sarawak ini tak kalah hebatnya dengan tempat pelancongan lain yang terdapat di Malaysia. Bermula telaga minyak tertua, gua kuno hinggalah tempat membeli belah. Semuanya ada di sini. Jom baca tempat menarik di Butterworth, tempat menarik di Pasir Gudang dan tempat menarik di Selangor juga.

Rujukan:

  1. World Heritage
  2. Cari Destinasi
  3. Tripadvisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.