|

10 Tempat Camping Janda Baik Kena Pergi

Mencari tempat camping Janda Baik yang best? Ada banyak pilihan lokasi untuk berkhemah dengan seronok. Nak tahu lokasinya? Kami sediakan untuk anda!

Seperti yang ramai tahu, Janda baik terkenal dengan lokasi percutian berkonsepkan alam semulajadi. Konsep percutian sebegini sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan serta merehatkan mental dan fizikal setelah penat bekerja.

Lebih seronok jika berkhemah kerana terasa lebih dekat dengan alam. Nak tahu tempat berkhemah yang best di Janda Baik? Ini senarai lokasi yang bakal menjadi tempat berkhemah anda yang seronok!

Teratak Kak Ju

Imej via [ Teratak Kak Ju ]

Teratak Kak Ju antara lokasi perkhemahan yang terkenal di Janda Baik. Tarikan utama yang menjadi tempat ini terkenal adalah setiap tapak perkhemahan berada menghadap sungai. Memang cantik pemandangan dan nyaman.

Antara faktor dalam memilih lokasi perkhemahan semestinya kemudahan yang disediakan terutama plug point. Jangan risau, di sini ada disediakan plug point untuk kegunaan setiap pengunjung. Tandas dan bilik mandi persis di hotel lima bintang yang bersih dan cantik.

Parkir juga dekat, memudahkan pengunjung untuk mengangkat barang perkhemahan. Bukan itu sahaja, padaw waktu malam tapak perkhemahan diterangi dengan lampu-lampu, memudahkan setiap pergerakan pengunjung.

Sehingga kini, kadar bayaran tapak serendah RM 70 mengikut saiz khemah. Murah dan berbaloi dengan kemudahan dan suasananya yang selesa.

Website: Teratak Kak Ju

Santai Riverside

Imej via [ Santai Riverside Janda Baik ]

Antara port kegemaran kaki camping di Janda Baik semestinya Santai Riverside. Sekali anda berkhemah di sini, pasti nak datang lagi kemudian hari. Jika anda nak tahu, di sini terdapat sungai dan air terjun yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Bolehlah berkhemah dengan membawa si kecil agar mereka terdedah dengan alam.

Di Santai Riverside, tandas yang disediakan memang mencukupi. Bukan itu sahaja, tandas untuk lelaki dan perempuan diasingkan. Kemudahan asas yang lain seperti plug point, sinki, dapur dan lain-lain turut disediakan.

Istimewanya berkhemah di sini adalah canvas tarp telah disediakan di semua tapak. Jangan risau soal keselamatan, kerana di Santai Riverside ada pengawasan selama 24 jam.

Facebook: Santai Riverside Janda Baik

Tanjung Hills

Imej via [ Tanjung Hills ]

Tanjung Hills tidak kurang hebatnya, sentiasa dipenuhi dengan kaki camping terutama pada hujung minggu. Lokasinya memang unik kerana setiap tapak khemah berada di antara tasik dan sungai. Tambahan pula, sekeliling tempat ini dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.

Tapak perkhemahan ini berada di kawasan chalet dan homestay. Selain kerbersihannya terjaga, pencahayaan pada waktu malam mencukupi, kawasan terjaga pada waktu malam serta plug point disediakan.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan seronok bersama yang tersayang seperti memancing, bermandi-mandi, hiking, barbeku dan berkelah. Pada waktu malam, suasana nyaman dan penuh privasi.

Facebook: Tanjung Hills

Sir Campsite Place JB

Imej via [ Sircampsiteplace JB ]

Ada yang suka berkhemah dan memancing? Ini tempat perkhemahan yang sesuai untuk anda. Pengunjung boleh memancing sepuasnya di kolam ikan terdekat. Selain itu, ada juga sungai dengan jarak 20 hingga 30 meter dari tapak perkhemahan yang sesuai untuk bermandi-manda atau berkelah.

Antara kemudahan yang terdapat di Sir Campsite adalah plug point, tandas, sinki, surau dan parkir yang selesa. Nak bersantai di luar khemah? Jangan risau, ade gazebo khas yang selesa disediakan buat penginap. Sehingga kini, harga tapak memang murah iaitu RM 50 sahaja.

Pemandangan di sini tidak kurang hebatnya. Berada di kelilingi bukit bukau dan tumbuhan menghijau, pasti memberikan suasana yang segar dan nyaman.

Facebook: Sircampsiteplace JB

Laman Tahza

Imej via [ Izham Muhamad ]

Laman Tahza turut dikenali dengan Dangau Tahza. Jika anda mencari tapak camping Janda Baik berhampiran sungai, Laman Tahza sesuai dengan keinginan anda.

Sekiranya ada yang mencari tempat perkhemahan yang privasi, Laman Tahza sesuai untuk keluarga kecil anda kerana kawasannya tidak begitu luas.

Seperti kebiasaan, kemudahan yang ada semestinya tandas dan sinki. Hanya beberapa plug point terdapat di sini dan perlu dikongsi dengan pengunjung yang lain. Parkir juga berdekatan dengan tapak perkhemahan. Mudah untuk pengunjung mengangkut barang.

Frieden Campsite

Imej via [ Frieden Campsite ]

Frieden Campsite juga merupakan tempat perkhemahan terbaik dengan harga yang rendah di Janda Baik. Walaubagaimanapun, suasana di sini memang mengasyikkan serta kemudahan lengkap disediakan .

Tandas dan bilik air, plug point, sinki dan dapur, fire pit dan lain-lain disediakan dengan baik untuk kemudahan pengunjung. Kawasan tapak sangat bersih dan kemas. Pada waktu malam pula, lampu-lampu menerangi sekitar tapak, menimbulkan suasana yang meriah.

Di sini, rangkaian internet memang laju, sesuai untuk mereka yang sentiasa berhubung dengan madia sosial. Paling penting, jarak dari parkir ke tempat perkhemahan memang dekat. Segala sampah pula akan diuruskan oleh pihak campsite dengan bayaran RM 10.

Facebook: Frieden Campsite

Radiant Campsite

Imej via [ Radiant Retreats ]

Radiant Campsite pula berada di kawasan kebun buah-buahan. Lokasi ini juga antara tempat perkhemahan privasi kerana hanya beberapa khemah sahaja dibenarkan masuk, menjadikannya tidak sesat dan padat. Setiap pengunjung boleh memacak khemah dengan jarak yang diinginkan.

Di Radiant Campsite juga menyediakan tandas berasingan lelaki dan perempuan. Tak cukup dengan itu, tandas sangat bersih, besar dan cantik. Surau juga berasingan untuk lelaki dan perempuan.

Bukan itu sahaja, pihak campsite menyediakan dapur, sinki, penapis air, plug point, wifi dan sebagainya. Sebenarnya Radiant Retreat ini merupakan lokasi yang sesuai untuk mengadakan team building. Tak hairanlah banyak kemudahan disediakan dengan selesa. Jika anda datang dengan kelompok yang ramai, pilih saja pakej yang sesuai dengan harga berbaloi.

Facebook: Radiant Retreats

Chalet Kuala Tampit

Satu lagi tapak perkhemahan berhampiran sungai berada di Chalet Kuala Tampit. Sungai bersih, jernih dan tidak banyak batu, sesuai jika ada yang berkhemah bersama anak-anak. 

Setiap tapak perkhemahan berhampiran gazebo yang mempunyai plug point. Mudah untuk memasak atau membuat aktiviti lain di bawah gazebo yang disediakan. Selain itu, banyak tandas yang disediakan, jadi pengunjung tidak perlu berebut.

Satu kelebihan berkhemah di sini adalah pit barbeku disediakan di setiap gazebo. Penginap hanya perlu membawa jaring, arang dan bahan barbeku sahaja. Untuk pengetahuan anda, tapak perkhemahan ini selamat kerana berada di kawasan berpagar dan pengawasan 24 jam.

Facebook: Kuala Tampit Chalet Janda Baik

Rimbun At Janda Baik

Mencari tempat camping Janda Baik yang murah dan berbaloi kadar sewaannya? Rimbun Chalet merupakan pilihan terbaik buat kaki camping! Hampir kesemua kemudahan asas berkhemah disediakan dengan baik buat pengunjung.

Tandas, bilik mandi, sinki dan sebagainya memang lengkap untuk kemudahan pengunjung. Parkir juga dekat dengan setiap tapak, memudahkan pengunjung mengangkut barang berkhemah yang banyak.

Kawasan ini juga berada dalam pengawasan. Ramai yang memuji kebersihan tapak perkhemahan ini. Paling best, tapak perkhemahan berdekatan dengan sungai. Jika anda membawa anak-anak, anda perlu mengawasi mereka kerana air sungai agak deras dan berbatu.

Facebook: Rimbun AT Janda Baik

Camp ABC Janda Baik

Lagi satu tapak perkhemahan yang berada berhampiran sungai dan tapak yang selesa adalah di Camp ABC Kg Janda Baik yang terletak di Kampung Sungai Lurah. Untuk tapak yang berhampiran sungai adalah di zon A.

Ramai yang mengatakan tenang berada di sini kerana kawasan yang privasi. Berada di tengah-tengah alam pasti memberikan suasana yang indah. Seperti tapak perkhemahan yang lain, kemudahan di sini juga lengkap merangkumi tandas, surau, plug point dan lain-lain.

Facebook: Camp ABC Janda Baik

Jika camping Janda Baik, banyak aktiviti yang boleh anda lakukan, tidak kira di mana jua lokasi perkhemahan anda berada kerana kebanyakan lokasi berdekatan antara satu sama lain.

Trekking, berkelah, mandi sungai mahupun menunggang ATV, pasti membuatkan perkhemahan anda lebih bermakna lebih-lebih lagi dilakukan bersama yang tersayang.

Tunggu apa lagi? Jika sudah jumpa lokasi camping Janda Baik yang berkenan di hati, teruskan membuat tempahan agar anda dapat tempat berkhemah idaman anda.

Nak tahu tempat menarik di sekitar Janda Baik dan Bentong? Jom lihat kawasan terdekat yang boleh anda kunjungi:

Similar Posts