Pasti ramai di antara anda yang mengimpikan percutian di pulau di luar negara. Keindahan pantai yang standing Maldives pastinya akan membuatkan anda tertarik. Pulau di luar negara sememangnya sangat cantik dan menarik untuk dilawati. Tetapi terdapat juga pulau di Malaysia yang standing dengan kecantikan pulau di luar negara.

Kejernihan air laut yang kebiruan dan kehijauan, kepelbagaian flora dan fauna yang sangat menarik serta keindahan hidupan laut yang pelbagai pastinya akan memberikan anda ketenangan semasa bercuti. Terdapat beberapa pulau di Johor yang menarik dan berbaloi untuk dilawati. Di sini, terdapat 8 jenis pulau di Johor yang cantik untuk anda terokai.

Pulau Mensirip

Imej via [mapcarta.com]

Pulau Mensirip merupakan pulau yang dimiliki oleh Sultan Johor. Disebabkan itu, pulau ini sangat terjaga dan terpelihara. Walaupun begitu, pulau ini merupakan pulau persendirian. Jika anda ingin melawat pulau ini, anda perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Sama seperti pulau-pulau yang lain, pulau ini juga merupakan salah satu pulau yang dilindungi. Kebiasaan mereka yang datang ke pulau ini adalah untuk melakukan aktiviti berasaskan air seperti snorkeling dan selam skuba.

Sekiranya anda ingin datang ke sini, anda perlu menginap di Rawa dan mengambil bahagian dalam lawatan pulau-pulau. Keindahan pulau ini yang dihiasi dengan pasir putih dan air berwarna hijua kebiruan pastinya memukau anda. Di pulau ini juga tidak berpenghuni kerana pulau ini tidak dibenarkan mempunyai sebarang penginapan.

Pulau Aur

Imej via [facebook.com]

Pulau Aur dikenali sebagai sebahagian daripada Taman laut Johor. Pulau ini sangat popular dalam kalangan pelancong kerana kolam semulajadi, keindahan warna air yang kehijauan, pasir putih pantai serta batu karang yang berwarna-warni.

Pulau ini terkenal dengan aktiviti snorkeling. Disebabkan kawasan pulau yang jauh dari kawasan pantai, air di sini sangat jernih dan pelbagai hidupan laut yang jarang dijumpai akan terdapat di sini. Sekiranya anda berminat untuk melihat pelbagai hidupan marin, anda boleh datang ke pulau ini.

Walaubagaimanapun, anda diingatkan untuk tidak datang ke sini pada bulan November sehingga Mac. Hal ini kerana keadaan cuaca yang tidak selamat untuk melakukan aktiviti berasaskan air pada waktu tersebut.

Pulau Sibu

Imej via [mpvtransport]

Pulau sibu merupakan gabungan dari beberapa buah pulau seperti Pulau Sibu Besar, pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung. Walaubagaimanapun, sebahagian tumpuan adalah di bahagian Sibu Besar.

Pulau ini merupakan antara pulau yang menjadi sebahagian kawasan perlindungan Taman Laut. Disebabkan itu, air di pulau ini berwarna biru kehijauan, karang di kawasan ini yang sangat cantik dan hidupan laut yang pelbagai pastinya akan menarik perhatian para pecinta hidupan laut.

Di pulau ini juga terdapat pokok bakau yang terletak di sekitar kawasan pulau. Sekiranya anda peminat skuba, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keindahan hidupan laut di pulau ini.

Terdapat pelbagai tempat menarik yang dapat anda lawati seperti pusat skuba, kursus PADI, Sea Gypsy Village Resort dan banyak lagi. Pelbagai aktiviti yang ditawarkan seperti snorkeling, mendaki hutan, meneroka paya bakau, selam skuba dan mengunjungi kampung tempatan di pulau tersebut. Memang sangat menarik untuk anda lawati!

Pulau Harimau 

Imej via [tempatmenarik]

Bagi peminat air, keindahan view di pulau ini pastinya memukau anda. Air yang jernih bak kristal serta bentuk pulau yang seakan harimau menjadikan pulau ini cukup menarik. Pulau ini juga dikenali sebagai pulau yang tidak berpenghuni, pulau ini kebiasaannya menjadi singgahan para penyelam.

Bagi mereka yang suka berselfie, tempat ini menyajikan pelbagai pemandangan dan tempat yang sesuai untuk mengambil gambar. Jika anda berjalan di tangga yang terdapat di pulau ini, pemandangan dalam gambar seakan anda berada di luar negara.

Selain itu, terdapat kolam semula jadi yang dikelilingi oleh ukiran batu cantik. Terdapat juga gua dan rumah api yang terletak di puncak bukit. Rumah api ini dibuka kepada pelawat yang datang ke sini. Keindahan alam semula jadi dengan dihiasi pasir putih pantai dan air laut biru kehijauan pastinya memberikan anda ketenangan.

Pulau Rawa

Imej via [rawaislandresort]

Pemandangan yang indah ditawarkan di pulau ini tentunya menarik perhatian para pelancong. Siapa yang tidak tahu dengan pulau yang mendapat julukan Maldives Malaysia. Keindahan pasir putih pantai serta warna air yang kebiruan pastinya menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke sini.

Pulau ini terkenal dengan hidupan marinnya yang pelbagai. Terdapat pelbagai batu karang yang tidak kurang cantiknya untuk anda lihat. Disebabkan itu, jika anda seorang peminat snorkeling mahupun skuba, anda perlu datang dan menerokai sendiri pulau ini. Bukan hanya keindahan pantainya, pulau ini juga mempunyai pulau kecil.

Selain itu, anda juga boleh berkanu di sepanjang pulau. Selain aktiviti ini, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti trekking. Anda boleh mendaki 270 anak tangga di pulau ini sehingga ke puncak. Di atas puncak tersebut anda boleh nikmati keindahan sunrise dan sunset dengan pemandangan yang berlatar belakangkan pulau dengan air yang berwarna biru. Memang sangat menarik!

Pulau Dayang

Imej via [sgmytaxi]

Pulau Dayang merupakan antara pulau di Johor yang sangat menarik untuk dilawati. Pulau ini berkongsi nama dengan pulau dayang yang terdapat di Langkawi. Pulau ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan semasa bercuti. Hal ini kerana kedudukan jeti yang jauh daripada pulau yang mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan.

Sekiranya anda berminat dengan aktiviti snorkeling, pulau ini kaya dengan hidupan laut yang pastinya memikat hati para penyelam. Pulau ini juga sangat terkenal dalam kalangan penyelam kerana lokasi ini merupakan lokasi ikan yu, ikan paus dan pari dijumpai. Terdapat juga kursus yang disediakan sekiranya anda baru ingin belajar menyelam. Tetapi kursus disediakan pada Februari hingga November.

Sekiranya anda ingin menikmati keindahan laut dengan melakukan aktiviti snorkeling, anda perlu menyediakan kelengkapan sendiri. Air yang bersih pastinya memberikan peluang untuk anda melihat hidupan laut dengan lebih jelas.

Terdapat juga gunung yang dapat anda daki ketika di sini. Jika anda ingin melakukan aktiviti pendakian, pastikan anda membawa kasut untuk mendaki yang sesuai. Anda pastinya akan merasa puas dengan keindahan puncak yang menakjubkan. Memang sangat menarik!

Pulau Besar

Imej via [amitravel]

Pulau ini pada mulanya dikenali sebagai pulau babi. Tetapi kini, pulau ini dikatakan selamat untuk dikunjungi. Keindahan pulau ini yang tidak kalah dengan pemandangan pulau-pulau lain yang terdapat di Johor sememangnya menarik perhatian para pelancong luar.

Keadaan air jernih yang memudahkan para pelancong untuk menikmati keindahan hidupan laut dan terumbu karang yang dapat dilihat dari permukaan air. Disebabkan keindahan hidupan laut yang pelbagai, pulau ini telah menjadi salah satu pulau yang dipelihara.

Lebih menarik lagi, pulau ini bukan sahaja dikenali kerana keindahan airnya, malah terdapat juga hutan tropika yang dapat anda terokai. Sekiranya anda meneroka hutan di pulau ini, terdapat banyak flora dan fauna yang pastinya menarik perhatian anda. Kembara hutan merupakan salah satu aktiviti yang ditawarkan di pulau ini.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang berasaskan air dapat anda lakukan di pulau ini. Antaranya ialah berkanu, menyelam, snorkeling, dan berenang. Memang sangat sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti yang berasaskan air.

Pulau Tengah   

Imej via [cubitsanasini]

Pulau Tengah ini merupakan Pulau di Johor yang popular dari pulau-pulau yang lain. Walaupun begitu, pulau ini juga merupakan pulau peribadi. Pulau ini juga ada dimasukkan di dalam rancangan televisyen “Expedition Robinson”.

Sekiranya anda datang ke pulau ini, aktiviti yang biasanya dilakukan adalah snorkeling, menyelam, melihat terumbu karang yang berwarna-warni, berkayak dan berjalan. Keindahan semulajadi pulau ini yang dihiasi dengan pasir putih pantai dan warna air yang kehijauan pastinya akan membuatkan anda terpegun.

Pulau Tengah telah diwartakan sebagai Taman Hidupan Laut. Hal ini kerana banyak hidupan marin yang pelbagai spesies dijumpai di sini. Terdapat juga pelbagai jenis terumbu karang yang berwarna-warni dan cantik di kawasan pulau ini. Memang menarik untuk diterokai!

Pulau Tinggi

Imej via [google.com]

Pulau di Johor yang lain adalah Pulau Tinggi. Sekiranya anda ingin bercuti di sini, anda disarankan datang ke sini pada bulan Mei hingga September. Keadaan cuaca yang baik dan sesuai untuk melakukan aktiviti seperti snorkeling, berkelah dan bermain bola pantai.

Pulau ini juga menjadi tempat untuk penyu menetas yang menjadikan pulau ini lebih menarik. Terdapat pelbagai aktiviti yang ditawarkan seperti mengelilingi pulau untuk melihat kunang-kunang, aktiviti mendaki, lawatan dari puluau ke pulau yang sememangnya menjadi kewajipan para pelancong yang datang ke sini.

Anda juga boleh menyewa basikal yang terdapat di pulau ini untuk bersiar-siar keliling pulau. Sekiranya anda meminati aktiviti perkemahan, pulau ini juga mempunyai tapak perkemahan untuk anda gunakan. Anda boleh menyewa resort yang terdapat di pulau ini. Di sini juga disediakan tempat untuk BBQ yang dapat anda sewa. Pulau ini juga mempunyai pelbagai tempat makan yang dapat anda cuba. Memang sangat berbaloi!

Kesimpulan

Terdapat banyak pulau di negeri Johor yang sememangnya cantik dan menarik untuk diterokai. Keindahan pulau yang dihiasi dengan air kebiruan dan kehijauan serta pasir putih pantai sememangnya tidak kalah cantiknya dengan keindahan pulau yang terdapat di luar negara.

Sekiranya anda ingin menikmati percutian yang jauh dari kawasan bandar, senarai pulau di Johor ini mungkin akan menarik perhatian anda. Apa tunggu lagi? Rasai sendiri pengalaman bercuti di pulau-pulau menarik yang terdapat di Johor!

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.