Terletak di Pahang, Janda Baik sememangnya menjadi tumpuan pelancong tempatan untuk bercuti bersama keluarga tersayang sewaktu pandemik ini. Konsep percutian ini amat sesuai untuk anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga besar serta mengadakan hari keluarga. Banyak pilihan resort Janda Baik yang boleh anda pilih untuk mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.

Anda mencari penginapan yang dikelilingi alam semula jadi di Janda Baik? Mahukan percutian yang menenangkan jiwa? Di sini kami sertakan 30 resort menarik Janda Baik yang pasti memenuhi citarasa percutian anda.

Fifty4ferns Resort

Imej via [ Fifty4ferns ]

Terletak hanya 45 kilometer dari Kuala Lumpur, Fifty4ferns Resort berada di kaki bukit Janda Baik, dikelilingi flora dan fauna serta mempunyai pemandangan yang memukau setiap pengunjung. Resort ini mempunyai 24 chalet dan kabin bertemakan moden kontemporari serta mempunyai pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, peti ais mini, Astro dan sebagainya.

Anda juga boleh menunggang ATV, berbasikal, berurut di spa dan melakukan aktiviti outdoor yang lain. Harga penginapan serendah RM 450 untuk satu malam pasti tidak mengecewakan anda kerana persekitaran yang luas, bersih, cantik dan segar.

Alamat: Lot 12188, Lorong Cheringin, 28750, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang.

Sugeh Hill Resort

Imej via [ Sugeh Hill Resort ]

Serendah RM 136 untuk penginapan satu malam, anda boleh menginap di Sugeh Hill Resort yang mempunyai pelbagai jenis bilik berkonsepkan klasik. Kesemua bilik mempunyai pelbagai nama yang unik seperti Rumah Batak, Subang Nenek, Patawali dan Janda Berhias.

Setiap bilik mempunyai banyak kemudahan termasuk seterika, TV, pendingin hawa dan peti ais mini. Memang berbaloi!

Di sini, percutian anda pasti tidak membosankan kerana anda boleh menyertai pelbagai aktiviti iaitu flying fox, menunggang kuda, berbasikal atau skuter, melawat mini zoo dan mandi sungai serta kolam.

Alamat: Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Lot 495, Kampung Hulu Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Tiarasa Escape

Imej via [ Tiarasa Escape ]

Bagi anda yang suka akan konsep percutian ala-ala glamping, Tiarasa Escape adalah pilihan yang tepat! Di sini anda boleh memilih untuk menginap di 20 bilik ala Safari dan lima rumah pokok yang penuh kemewahan dilengkapi pelbagai kemudahan. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, percutian anda di sini pasti tidak akan mengecewakan.

Berkelah di tepi sungai atau kolam sambil mendengar kicauan burung dan deruan air terjun sudah tentu dapat menenangkan jiwa. Pada waktu malam pula, boleh layan movie beramai-ramai di bawah cahaya bulan dan bintang. Memang santai dan segar!

Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Saufiville Boutique

Imej via [ Saufiville Boutique ]

Mahu menikmati pemandangan dari atas bukit? Saufiville Boutique tentu dapat menepati citarasa anda terhadap resort Janda Baik yang menarik! Sambil mandi di kolam yang luas, anda boleh layan panorama alam semula jadi yang sangat memukau.

Selain mempunyai 19 jenis bilik dengan lapan konsep, turut disediakan adalah ruang membaca, spa, bilik karaoke, kafe dan sebagainya. Anda yang suka akan percutian santai digalakkan datang ke sini.

Alamat: Kampung Chemperuh, Janda Baik, Pahang.

Bidaisari Resort

Imej via [ Bidaisari Resort ]

Di Bidaisari resort anda boleh memilih sama ada untuk menginap di private bungalow, water cottage dan juga chalet berkembar. Anda yang mempunyai keluarga besar dan ingin mengadakan hari keluarga sangat sesuai menginap di sini kerana kawasan yang sangat luas, bersih dan selesa.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, menunggang kuda, ATV ride dan mendaki gunung. Tempat ini juga sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan, sukaneka, team building dan majlis lain.

Alamat: Bidaisari Resort Sdn. Bhd. Lorong Cheringin 1, Kampung Cheringin, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Anjung Janda Resort

Imej via [ Anjung Janda Resort ]

Nak bercuti sambil merasai pengalaman seperti berada di kampung? Anjung Janda Resort yang mempunyai empat homestay, satu chalet dan dua bilik suite pasti tidak menghampakan. Setiap bilik mempunyai kemudahan asas iaitu penghawa dingin, TV, kipas dan pemanas air.

Aktiviti santai dan lasak turut disediakan tau. Permainan tradisional congkak dan takraw pun anda boleh sertai. Tak perlu susah-susah untuk memikirkan aktiviti apa yang hendak dilakukan kerana semua sudah tersedia!

Alamat: Lot 744 Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Suunah Koruss Resort

Imej via [ Suunah Korus Resort ]

Resort ini mempunyai lima jenis villa dengan nama yang unik iaitu Seniman, Irama, Pak Belalang, Panggung dan Saloma. Setiap villa mempunyai 5 – 7 bilik dan 3 villa daripadanya mempunyai kolam renang tersendiri untuk dewasa dan kanak-kanak.

Jika anda memerlukan privasi khas untuk keluarga anda sahaja untuk mandi di kolam, anda boleh menginap di villa Saloma, Pak Belalang dan Seniman.

Kesemua villa berdekatan dengan sungai. Jadi anda boleh bermandi-manda, berkelah di tepi sungai dan berbarbeque. Tempat pun luas untuk mengadakan sukaneka tau!

Alamat: Suunah Koruss Resort, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Embun Luxury Villas

Imej via [ Embun Luxury Villas ]

Villa yang berada di atas bukit dan dikelilingi flora dan fauna ini pasti membuatkan anda berasa tenang dan nyaman kerana jauh dari kesibukan kota. Setiap penginapan adalah termasuk pakej sarapan. Nak masak sendiri pun boleh, banyak kemudahan memasak disediakan.

Setiap bilik juga mempunyai banyak kemudahan iaitu seterika, peti ais, tv dan macam-macam lagi. Yang paling best, terdapat 3 jenis penginapan yang mempunyai private pool. Memang sesuai untuk mereka yang hendak ber-honeymoon!

Alamat: Hulu Sum-Sum, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Have2 Private

Imej via [ Have2 Private Villa ]

Bertepatan dengan nama, resort ini sememangnya cantik dan resort ini dilengkapi barangan mewah dan eksklusif. Resort ini mempunyai kolam renang yang luas, taman dan tempat untuk Bbq.

Villa ini juga mempunyai enam bilik, TV, dapur dan sebagainya. Persis seperti sebuah rumah mewah yang dilengkapi pelbagai perabot dan kemudahan. Anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai yang gemar aktiviti santai amat sesuai untuk menginap di sini.

Alamat: Lot 5358, Jalan Cheringin 2, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Seri Pengantin Resort

Imej via [ Seri Pengantin Resort ]

Resort ini persis penginapan di kampung, dikelilingi taman bunga dan tumbuhan menghijau. Resort ini mempunyai 22 bilik yang boleh memuatkan sehingga 70 orang dalam satu masa. Semua bilik terletak sebaris dengan bangunan satu tingkat. Menang sesuai nak bawa warga emas atau kanak-kanak.

Antara kemudahan yang disediakan adalah tv, peti ais mini, penghawa dingin dan sebagainya. Harga serendah RM 160 semalam untuk satu bilik tau. Resort ini juga menyediakan pelbagai aktiviti lasak seperti jungle trekking, paintball, waterfall climbing dan macam-macam lagi! Memang seronok!

Alamat: Lot 686, Kg.Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Aman Rimba Private Estate

Imej via [ Aman Rimba Private Estate ]

Aman Rimba Private Estate menawarkan enam villa persendirian yang mampu memuatkan sehingga 35 orang dalam satu masa. Suasana tenang, nyaman dan penuh privasi kerana penyewaan dibenarkan untuk aktiviti berkumpulan atau koparat sahaja. Penyewaan meliputi semua villa yang ada. 

Memang sesuailah untuk anda yang ingin bercuti dengan keluarga besar! Nak buat pelbagai aktiviti pun bebas. Untuk anda yang hendak menyewa untuk mengadakan majlis perkahwinan memang memuaskan. Persekitaran cantik, luas dan bersih!

Alamat: Lot 5487, Kampung Janda Baik, 28750 Janda Baik, Pahang.

Le’ Manah Retreat

Imej via [ Le’ Manah Retreat ]

Banglo yang dibina dari tahun 1999 ini boleh memuatkan keluarga kecil mahupun keluarga besar anda! Terdapat tiga jenis penginapan iaitu Tudor Bungalow Zone, Tudor Pond Zone dan Dorm Zone. Setiap jenis penginapan semestinya mempunyai pelbagai fasiliti memudahkan anda!

Selain itu, terdapat kolam renang, kolam ikan, court badminton dan banyak lagi! Nak lagi best, ajak keluarga bermandi manda di sungai berdekatan resort! Bukan itu sahaja, anda boleh add on pelbagai aktiviti lain seperti waterfall trekking, telematch game dan amazing raze.

Alamat: Lorong Belia 1, Kampung Chemperoh, 28750 Janda Baik, Pahang.

Deruan Damai Private Resort

Imej via [ Deruan Damai Private Resort ]

Jika anda ke sini, sudah pasti anda dapat pengalaman yang tak dapat dilupakan. Seperti berada di perkampungan, memang segar udara di sini kerana dikelilingi pokok dan kolam luas yang mempunyai saluran air dari sungai. Buka sahaja pintu chalet boleh terus mandi di kolam.

Bilik-bilik yang ada pula dinamakan dengan nama buah-buahan, bunga dan ikan. Serendah RM 140 sahaja untuk semalam, anda boleh menikmati pelbagai kemudahan. Di sini anda boleh memancing, Bbq dan melakukan sukaneka. Tempat luas memang sesuai bawa anak-anak.

Alamat: Lot 20, Lorong Cheringin 1, Kampung Cheringin, 28750 Bentong, Pahang.

Chengal Hill Retreat

Imej via [ Chengal Hill Retreat ]

Chengal Retreat adalah antara resort Janda Baik yang menarik dari reka bentuk dan seni bina. Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di chalet tepi sungai, chalet terapung atau chalet berkonsepkan dorm.

Konsep chalet memang memukau, lain daripada yang lain. Nak berkhemah dan berkhelah pun boleh! Harga sudah pastinya berbaloi kerana penginapan serendah RM 250 sahaja. Nak cuba flying fox? Di sini ada tau.

Alamat: 5347 Jalan Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

101 Resort & Spa

Imej via [ 101 Resort & Spa ]

Rate serendah RM 260 untuk satu malam, resort ini terletak di kaki bukit Janda Baik. Walaupun berkonsepkan tradisional, namun resort ini dilengkapi kemudahan serba moden untuk menambah keselesaan anda!

Banyak jenis penginapan yang anda boleh pilih mengikut citarasa anda. Antara fasiliti yang disediakan seperti kolam renang, spa, kafe dan aktiviti luar yang lain. Nak villa yang ada private pool pun boleh! Penuh privasi!

Alamat: Ashida Villa, Lot 5303, Kampung Janda Baik, Pulau Santap, 28750 Bentong, Pahang.

Hawa Resort

Imej via [ Hawa Resort ]

Resort ini sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari penginapan di resort Janda Baik yang murah. Rate serendah RM 160 untuk dua orang, meliputi pakej makan 6 kali sehari termasuk Bbq! Memang berbaloi, tak perlu lagi fikir menu atau tempat makan.

Bukan sahaja sesuai untuk melakukan hari keluarga, malah resort ini menyediakan pakej penginapan untuk aktiviti latihan atau kem. Jungle dan river trekking pun ada, memang ekstrem dan seronok.

Alamat: Kampung Orang Asli Hulu Chemperu, 28750 Bentong Pahang.

Enderong Resort

Imej via [ Enderong Resort ]

Jika anda memilih untuk menginap di sini, resort ini menawarkan pakej penginapan bersama sarapan pagi. Anda boleh juga berenang di kolam sambil menikmati alam semula jadi. Memang segar dan nyaman.

Jangan risau, banyak aktiviti yang boleh anda sertai seperti memanah, nature walk, memberi ikan makan dan jungle trekking. Paling best, ada tour guide sepanjang perjalanan anda. Sambil masuk hutan anda boleh mempelajari tentang flora dan fauna. Hal ini menjadikan resort ini antara resort di Janda Baik yang eksklusif.

Alamat: C21, Persiaran Enderong, Jalan Tanarimba Pine Tanarimba, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Al Sakinah Resort

Imej via [ Al Sakinah Resort ]

Enam penginapan berbeza dengan rate harga dari RM 250 hingga RM 1500, anda boleh merasai pengalaman menarik dikelilingi alam semula jadi. Boleh bawa keluarga besar jika ingin mengadakan hari keluarga.

Kaki pancing juga boleh bawa peralatan memancing anda ke sini. Lepas memancing terus buat Bbq. Makan ikan yang segar. Bilik-bilik ini adalah di atas air. Para Instagrammable pasti suka, banyak sudut boleh rakamkan gambar untuk kenangan.

Alamat: Al Sakinah Resort Lorong Lampin 1 Kg, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Intan Payung

Imej via [ FB Intan Payung Janda Baik ]

Di sini terdapat 2 villa dan semua kemudahan telah tersedia termasuk kelengkapan memasak, ruang menonton wayang, tempat Bbq dan kolam renang. Nak mengadakan sukaneka bersama keluarga besar memang sesuai!

Kawasan yang sangat luas, bersih dan menghijau sememangnya dapat menyenangkan jiwa. Jangan risau, jika anda menginap di sini bersama keluarga besar, anda akan rasai seperti berada di rumah sendiri!

Alamat: Lorong Cheringin Tengah, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Charis

Imej via [ Booking.com ]

Charis adalah antara villa yang mempunyai private pool di Janda Baik. Bukan itu sahaja, setiap villa juga mempunyai ruang makan, dapur yang dilengkapi peralatan memasak dan juga ruang tamu! Luas dan selesa.

Nak menikmati keindahan alam bolehlah berjalan keliling villa kerana villa ini berhadapan dengan sungai.

Aktiviti menarik yang lain pun banyak seperti seperti berbasikal keliling kampung, bermain bola pantai, mendaki dan memanah. Memang percutian anda takkan membosankan!

Alamat: Charis, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Twinkle Villa

Imej via [ Twinkle Villa ]

Twinkle Villa juga tidak terkecuali dalam 30 senarai resort Janda Baik yang menarik. Anda yang sukakan percutian yang santai sangat sesuai untuk menginap di sini. Sambil menikmati keindahan alam, fikiran dan jiwa juga menjadi tenang.

Dengan 4 villa menarik dengan nama yang unik iaitu Cengal, Meranti, Gaharu dan Resak, Twinkle Villa juga menyediakan kemudahan yang lengkap persis sebuah rumah yang dihuni.

Alamat: Lot 350, Lorong Sum Sum Dua, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi 28750, Bentong, Pahang.

Serene Retreat

Imej via [ Booking.com ]

Anda yang aktif semestinya akan menyukai resort ini. Boleh berbasikal, flying fox, berkuda, mendaki bukit dan macam-macam lagi. Memang tak terkejar nak lakukan semua aktiviti dalam satu hari. Satu family boleh enjoy sambil menyihatkan badan.

Rate serendah RM 170 anda berada dikelilingi tumbuhan menghijau, semestinya sejuk dan dapat hirup udara yang segar! Bebas dari pencemaran.

Alamat: Lor Seri Dinar, Kampung Janda Baik, 28750, Bentong, Pahang.

Mandara Tree Villa

Imej via [ Mandara Tree Villas ]

Penginapan yang penuh privasi kerana bila anda menyewa villa ini, bermakna anda menyewa keseluruhan tempat ini. Villa ini mempunyai dua bilik dengan enam katil boleh memuatkan sembilan orang.

Setiap bilik dan ruang tamu mempunyai penghawa dingin. Kelengkapan dapur juga mencukupi, hanya perlu bawa bahan memasak sahaja.

Jauh dari kesibukan kota, anda dapat mendengar suara alam yang mampu memukau jiwa. Kalau pergi dengan bestie, comfirm best!

Alamat: Lot 28602, Lorong Cheringin Tengah, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

GT Villa Resort

Imej via [ GT Villa Resort ]

Kelainan di GT Villa Resort adalah anda boleh menikmati keenakan buah-buahan tempatan. Harga penginapan untuk satu malam memang mampu milik kerana rate serendah RM 150. Anda juga boleh berkhemah tau.

Musim pandemik ni mesti risau kan kalau mandi beramai-ramai di sungai? Jangan khuatir kerana di resort ini anda disediakan dengan kawasan sungai yang privasi khas untuk anda.

Alamat: Lorong Sg Lampin 7, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Rest. Pause. Rainforest Retreat

Imej via [ Rest. Pause. Rainforest Retreat ]

Rehatkan mental dan fizikal anda di Rest. Pause. Rainforest Retreat. Resort ini betul-betul dikelilingi flora dan fauna. Anda pasti terpegun dengan suasana penuh kehijauan.

Bunyi kicauan burung dengan cengkerik pasti mengasyikkan. Jangan risau tentang ketiadaan line kerana pihak resort telah menyediakan Wi-Fi percuma untuk pengunjung.

Villa ini mempunyai empat bilik tidur, dua ruang tamu, bilik air eksklusif, perpustakaan mini dan dapur yang mampu memuatkan sehingga 15 orang dalam satu masa.

Alamat: Lot A293, Sum Sum, Jalan Tanarimba Pine, Tanarimba, 27540 Kampung Janda Baik, Pahang.

Riverside Janda Baik

Imej via [ Riverside Janda Baik ]

Resort paling cantik dan sangat kondusif jika dikunjungi. Memang sesuai untuk reunion, family gathering dan aktiviti korporat. Bersebelahan dengan sungai, resort ini boleh memuatkan sehingga 500 orang dalam satu masa.

Terdapat pelbagai jenis penginapan seperti chalet, pondok, mini cottage dan homestay. Di sini anda boleh berkhelah di tepi sungai, Bbq, bermandi manda dan sertai rubber tube rafting!

Alamat: 1, Janda Baik Batik, Kampung Janda Baik, Pahang, 28750 Bentong.

Saujana Resort

Imej via [ Saujana Janda Baik ]

Resort ini sememangnya berada berdekatan dengan sungai. Terdapat 17 katil dengan ruang dalaman yang luas dan 5 bilik air yang bersih pasti tidak akan membuatkan anda hampa.

Ruang santai di beranda amat luas. Nak buat aktiviti sendiri beramai-ramai di luar juga selesa kerana laman yang besar. Ruang memasak dan makan berada di luar dan tepi sungai. Memang asyik makan sambil mendengar deruan air sungai.

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Danau Daun Chalet

Imej via [ Tripadvisor ]

Danau Daun Chalet pasti menjadi tumpuan ramai kerana anda akan merasai pengalaman yang takkan dilupakan. Di sini anda boleh berendam di sungai, layan matahari terbenam dan menginap seakan-akan berada di sebuah taman yang indah.

Paling spesial terdapat sebuah kafe yang menyediakan makanan Malaysia, Indonesia dan Kambodia. Paling best ada private pool. Penggemar nature pasti jatuh cinta.

Alamat: Lot 5347, Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik, Bentong, Pahang.

De River Resort

Imej via [ De River Resort ]

Resort ini adalah antara resort yang murah dengan penginapan yang sangat selesa, bersih dan cantik. Rate serendah RM 100 untuk satu malam, anda juga boleh merasai pengalaman lain seperti berada di kampung.

Selain boleh berakit di sungai dan kolam, anda juga boleh sertai aktiviti jungle trekking, moon sonata, camp fire serta permainan tradisional.  Tak lengkap malam anda tanpa Bbq dan karaoke. Memang syok!

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Caravan Serai Exclusive Private Villas & Eco Resort

Imej via [ Agoda ]

Tempat ini sesuai untuk anda yang gemarkan percutian berkonsepkan glamping! Di sini anda boleh berendam di sungai atau kolam, berbasikal, nature walk dan Bbq. Memang sangat selesa apabila menginap di khemah yang luas.

Nak hiking pun boleh. Walaupun berkonsepkan glamping, pasti akan mememuaskan pengunjung untuk merasai pengalaman berkhemah dengan konsep moden.

Alamat: Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang.

Banyakkan resort Janda Baik yang menarik? Setiap penginapan mempunyai keistimewaan tersendiri dan umumnya adalah berkonsepkan alam semula jadi. Alang-alang anda ke Janda Baik, jom lihat juga tempat menarik yang lain yang berada di Pahang serta air terjun popular di Pahang!

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.