30 Tempat Ootd Di KL Yang Instagramable

KLTravel

Pasti ada yang sedang mencari tempat ootd di KL. Kuala Lumpur mempunyai banyak tempat menarik untuk kita terokai. Sambil menjelajah anda juga didedahkan dengan sejarah, budaya dan warisan Kuala Lumpur dan Malaysia yang sangat unik.

Sebut sahaja nak latar ootd berkonsepkan apa-apa sahaja di KL, semua ada! Kami telah senaraikan 30 tempat ootd di KL yang cantik dan menarik yang pasti dapat memuaskan hati anda!

Museum of Illusion

Imej via [ Museum of Illusion KL ]

Muzium ilusi ini menggabungkan dunia seni yang dapat menguji minda dan penglihatan anda. Bergambar lah di dunia yang penuh dilema sambil mempelajari bagaimana ianya berfungsi dalam dunia sains.

Anda dapat merasai pengalaman yang berbeza dan sangat menakjubkan dalam dunia seni dan ilusi. Lebih 70 spot ootd dengan latar yang berbeza pasti dapat memukau setiap pengunjung.

Alamat: Level 1, Ansa Hotel Kuala Lumpur, ( Antara Fahrenheit 88 dan Lot 10 Mall, 101, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

NU Sentral

Imej via [ My Amazing Exploration ]

Tahukah anda bahawa di NU Sentral juga mempunyai tempat tercantik dan popular untuk bergambar. Ramai yang datang ke Nu Sentral dan bergambar di eskalator dikelilingi dinding yang didekorasi dengan unik.

Datang waktu pagi kerana tidak ramai orang pada waktu ini. Bolehlah anda bergambar dengan pelbagai pose tanpa rasa malu. Sudah jemu bergambar bolehlah anda membeli-belah di mall tersebut.

Alamat: No. 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur.

Saloma Bridge

Imej via [ Tripadvisor ]

Saloma Bridge atau Pintasan Saloma mula dibuka pada awal Februari 2020 dan kini menjadi tarikan utama pelancong untuk bergambar di sini. Jambatan ini membolehkan anda untuk ke KLCC dari Kampung Baru dengan masa yang singkat.

Anda digalakkan datang pada waktu malam untuk mendapatkan pemandangan yang lebih menarik kerana dihiasi lampu berwarna-warni. Bukan sahaja dihidangkan dengan view jambatan, malah anda boleh bergambar belatarkan KLCC.

Alamat: Saloma, Between and Lorong, Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Taman Eko Rimba

Imej via [ Visit Selangor ]

Pasti ada yang suka untuk bergambar berlatarkan alam semula jadi. Jangan risau, walaupun Kuala Lumpur terkenal dengan kawasan yang sibuk dengan pembangunan, namun terdapat hidden gems yang berada betul-betul di tengah bandar.

Terletak bersebelahan KLCC sahaja, anda boleh bergambar penuh kehijauan. Bergambar di hutan simpan dan di jambatan gantung pasti memberi pengalaman yang berbeza. Segar sahaja duduk dikelilingi pokok-pokok.

Alamat: Taman Eko Rimba Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Taman Rama-Rama

Imej via [ KL Butterfly Park ]

Rasai kelainan dengan berootd bersama ribuan rama-rama. Terdapat anggaran 6 000  jenis rama-rama dengan 120 spesis yang pastinya cantik, dikelilingi pula tumbuhan menghijau.

Taman rama-rama dibuka setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Tiket pula RM 13 untuk dewasa manakala RM 6 untuk kanak-kanak. Memang berbaloi kerana taman ini sangat luas dan lawa.

Alamat: Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menara Kuala Lumpur

Imej via [ Menara KL ]

Jika anda ke KL Tower atau Menara Kuala Lumpur, banyak tempat menarik hanya di satu tempat ini. Anda boleh bergambar di Observation Deck, Sky Deck dan Sky Box. Anda dapat rasai pengalaman bergambar di tiga zon berbeza ini untuk melihat pemandangan Kuala Lumpur yang luas.

Anda yang berani bolehlah bergambar di Sky Box, kotak kaca lutsinar yang membolehkan anda kelihatan seolah-olah terapung di awangan.

Alamat: No. 2 Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur City Gallery

Imej via [ KL Magazine ]

Berdekatan Dataran Merdeka sahaja, bergambarlah sepuasnya di Kuala Lumpur City Gallery. Galeri ini memparkan himpunan lakaran dan foto berkaitan sejarah Kuala Lumpur beserta miniatur mercu tanda terbesar di bandar ini.

Galeri ini dibuka seawall 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Bukan sahaja cantik struktur dalam galeri, malah struktur luaran galeri juga sangat unik dan menarik.

Alamat: Dataran Merdeka, 27, Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bangunan Sultan Abdul Samad

Imej via [ Visit Selangor ]

Juga terletak berhampiran Dataran Merdeka, bangunan ini merupakan mercu tanda Kuala Lumpur tempat bersejarah bagi Malaysia apabila bendera Union Jack diturunkan dan dikibarkan dengan Jalur Gemilang pada 1957.

Memang cantik ootd di bangunan dua tingkat dengan reka bentuk dan senibina berkonsepkan Moghul dan Moor. Setiap sudut bangunan sangat cantik dan mengagumkan setiap pengunjung.

Alamat: Jln Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur.

Pasar Seni

Imej via [ Stencil ]

Pasar Seni atau Pasar Budaya juga merupakan antara tempat ootd di KL yang cantik. Ootd di Pasar Seni ini pasti mengimbau kenangan manis seperti zaman dahulu. Terdapat wau yang sangat besar di pintu masuk Pasar Seni, jadi anda boleh juga bergambar di sana.

Di pasar ini, anda boleh dapatkan kraftangan yang menjual pakaian dan barangan tradisional hasil buatan Malaysia di deretan kedai tersebut. Bagi memudahkan anda ke sini, anda perlu menaiki MRT.

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50000 Kuala Lumpur.

River Of Life

Imej via [ NST ]

Terletak berdekatan Masjid Jamek, River of Life merupakan sungai yang berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Anda digalakkan datang pada waktu malam untuk melihat panorama yang sangat cantik seperti berada di kayangan.

Tidak mengapa jika ingin datang pada waktu siang kerana anda masih boleh ootd berlatarkan mural. Landskap dihiasi mural, air pancut dan lampu berwarna kebiruan kelihatan seolah berada di sebuah pesta.

Alamat: Unnamed Road, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

The Linc

Imej via [ Halal Halal Will Travel ]

The Linc merupakan tempat membeli belah bertemakan alam semula jadi. Walaupun ianya sebuah pusat membeli-belah, namun anda dapat rasai ketenangan bila berada dikelilingi rimbunan hijau.

Memang Instaworthy bila bergambar di The Linc yang terletak berhadapan Stesen LRT Ampang. Bukan sahaja boleh bergambar dengan latar tumbuhan, malah banyak spot ootd lain yang menarik seperti di tangga berwarna-warni dan kertas beraneka warna yang bergantungan di siling.

Alamat: 360, Jln Tun Razak, Taman U Thant, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kwai Chai Hong

Imej via [ 2cents ]

Kwai Chai Hong juga dikenali sebagai Lorong Panggung. Ootd di Kwai Chai Hong adalah satu pengalaman yang mengujakan dan penuh bermakna. Di sini anda dapat mengimbau kembali zaman 60-an di Chinatown Kuala Lumpur. Dinding-dinding dan lorong dihiasai dengan pelbagai sudut mural yang lawa.

Beroperasi setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 10 malam. Lepas ootd bolehlah cari gerai makan yang pasti menawarkan masakan yang sedap. Memang seronok dan selesa makan di gerai yang bersih dan cantik.

Muzium Matawang Bank Negara

Imej via [ Jom Jalan ]

Siapa yang suka melihat duit perlu datang ke muzium ini. Terdapat banyak koleksi matawang dari zaman Kesultanan Melayu hingga sekarang. Masuk adalah percuma, anda juga didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan.

Banyak sudut ootd anda boleh bergambar seperti terowong duit dan ruang sempit berlatrkan akhbar. Paling viral adalah tangga berbentuk spiral, memang cantik bila dirakam dari sudut atas.

Alamat: Sasana Kijang, 2, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Masjid Putra

Imej via [ Masjid Putra ]

Salah satu masjid tercantik di Kuala Lumpur adalah Masjid Putra yang mempunyai reka bentuk dan seni bina parsi dengan gabungan konsep moden. Lazimnya masjid ini bukan sahaja dikunjungi oleh pengunjung muslim, namun pengunjung bukan muslim termasuk dari luar negara datang dan menikmati keindahan masjid ini.

Masjid ini dikelilingi taman dan tasik buatan yang membuatkan masjid ini seolah-seolah terapung. Bukan sahaja landskap dalaman sahaja yang memukau, panorama dari luar di taman bunga dengan tumbuhan menghijau juga memukau setiap mata memandang.

Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Ruma Puteh

Imej via [ Eat Drink KL ]

Ruma Puteh asalnya adalah sebuah rumah yang kemudiaannya dijadikan sebuah kafe halal yang cantik. Kafe yang majoriti berwarna putih ini kelihatan moden, mewah dan sangat eksklusif. Walaupun kelihatan moden, namun di luar restoran penuh dengan tumbuhan menghijau yang membuatkan anda rasa tenang.

Anda yang suka bergambar dengan aestetik di suasana yang minimalist sangat digalakkan datang ke kafe ini. Sambil menjamu selera boleh juga mencuci mata. Masuk je perkarangan kafe, anda perlu melalui deretan pintu gerbang putih yang indah. Restoran ini dibuka dari Selasa hingga Ahad bermula 11.00 pagi hingga 10.00 malam.

Alamat: 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jalan Alor Street Art

Imej via [ Jalan-jalan Cuti Santai ]

Turut dikenali sebagai Jalan Alor Street Art, anda hanya perlu mengambil masa hanya dua minit berjalan kaki dari stesen MRT. Di sini terdapat himpunan seni jalanan dan mural di sepanjang dinding dan jalan.

Majoritinya adalah lukisan haiwan dan pokok-pokok. Sangat menarik jika dilihat dengan dekat kerana warnanya yang cerah, ceria dan pelbagai. Anda boleh bergambar dengan kreatif dan tenang kerana kawasannya tidak sesak.

Alamat: 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Astaka Morocco

Imej via [ Visit Selangor ]

Percuma sahaja jika anda ingin ootd di kawasan luar, namun jika anda ingin meneroka bangunan dalam bayaran dikenakan sebanyak RM 3 sahaja. Rekabentuk dan senibina memang cantik dan menarik.

Bergambarlah sepuasnya seolah berada di Morocco berlatarkan dinding yang dihiasi seni dan kaligrafi Islam. Sudut lain yang cantik adalah di pintu masuk dan juga air pancut. Astaka ini dibuka dari 7.00 hingga 7.00 malam.

Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya.

Plane In The City

Imej via [ Plane In The City ]

Rasai pengalaman unik sambil bergambar di kokpit sebagai pemandu kapal terbang hanya di Plane In The City. Sudut lain ootd adalah di bahagian enjin luar serta sayap kapal terbang. Memang susah nak cari tempat ootd seperti ini.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasai pengalaman menjamu selera dalam kapal terbang tersebut. Penuh kenikmatan dan kemewahan. Lazimnya, tempat ini dikunjungi oleh pasangan-pasangan yang mahukan suasana romantik.

Alamat: Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Taman KLCC

Imej via [ Booking.Com ]

Bukan sahaja boleh ootd, malah menjadi pusat rekreasi untuk merehatkan mental dan fizikal setelah penat bekerja. Di sini juga terdapat tumbuhan menghijau yang segar dan terdapat hampir 2000 pokok palma.

Persekitaran juga sangat luas, bersih dan cantik. Anda boleh bergambar dengan latar tumbuhan dan juga KLCC yang gah di sana. Ootd di hadapan kolam juga pasti cantik.

Alamat: KLCC, Lot No. 241, Level 2, Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.

Muzium Selfie

Imej via [ Mstar ]

Tempat yang wajib anda kunjungi untuk ootd adalah di Muzium Selfie. Muzium ini adalah muzium pertama di Malaysia khas untuk mereka yang sukakan ootd dan selfie. Memang banyak sudut ootd yang boleh anda rakamkan dengan pelbagai gaya.

Sudut selfie berlatarkan dessert pun ada tau. Lengkap bersama replika kek dan coklat berwarna-warni pasti membuatkan anda terliur.

Alamat: SelfieUnit 2.28-2.40, Level 2, Fahrenheit88, 179, Bukit Bintang St, 55100 Kuala Lumpur.

Taman Botani Perdana

Imej via [ Vission KL ]

Pasti ramai yang tak tahu tentang sebuah taman yang cantik berada di Kuala Lumpur. Sambil melakukan aktivit rekreasi, anda juga boleh bergambar sepuasnya di taman ini.

Pecinta alam memang wajib datang ke sini. Berada di kelilingi rimbunan pokok menghijau pasti menenangkan jiwa. Tempat yang selalu pengunjung berootd adalah di depan kanopi besar berbentuk segi tiga.

Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur.

Illusion 3D Art

Imej via [ Tripadvisor ]

Satu lagi muzium bertemakan konsepkan ilusi adalah di Pasar Annexe. Anda boleh bergambar dengan lukisan 3D yang besar dan menarik. Pelbagai lukisan yang ada seperti jambatan gantung dan dinasour kelihatan benar-benar wujud.

Memang tak jemu ootd di sini kerana terdapat 36 karya atau latar yang menarik. Tiket berharga RM 40 untuk dewasa manakal RM 25 untuk kanak-kanak dan dibuka dari 9.00 hingga 9.00 malam.

Alamat: Lot 4.01-4.03, Second Floor Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur.

Book Xcess

Imej via [ Book Xcess ]

Jika anda seorang ulat buku memang wajib datang ke sini kerana terdapat pelbagai genre buku tempatan dengan harga berbaloi. Banyak sudut membaca secara privasi mahupun umum yang boleh anda luangkan masa di sana.

Selain di ruang buku anda juga boleh berootd Restoran Jepun dan Cofee Bar, Papu Art Gallery dan sudut himpunan poster selebriti terkenal dunia. Book Xcess di MyTown sememang unik dan berbeza dengan book xcess yang lain.

Alamat: Lot No, L1-012, Level 1, MyTOWN Shopping Centre, 6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur.

Masjid Wilayah

Imej via [ Mosqpedia ]

Masjid yang cantik ini merupakan gabungan konsep melayu dan Uthmaniyyah. Masjid ini juga diinspirasi dari Masjid Biru di Istanbul. Di luar perkarangan masjid terdapat taman hutan, taman riadah dan taman perubatan yang dikelilingi pepohon menghijau.

Sambil singgah solat dan berehat di Masjid Wilayah, ambil peluang untuk bergambar di masjid yang indah ini. Anda dapat merasai ketenangan yang berbeza. Gambar terhasil juga pasti kelihatan seolah-olah berada di Turki.

Alamat: Jalan Tuanku Abdul Halim, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Arte Mont Kiara

Imej via [ Tripadvisor ]

Seolah berada di alam fantasi jika anda berootd di Arte Mont Kiara. Reka bentuk bangunan luaran dan dalaman sangat cantik dan kelihatan penuh kemewahan. Perabot yang ada juga membuatkan anda seperti berada di sebuah istana Eropah kerana berunsurkan stail Baraque.

Setiap sudut dan penjuru bangunan ini anda boleh berootd dengan pelbagai gaya. Memang sangat cantik dan eksklusif. Kalau tak cukup sehari untuk explore tempat ini, boleh lah menginap dengan harga yang sangat berbaloi.

Alamat: Arte Mont Kiara, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pusat Sains Negara

Imej via [ Kuala Lumpur Kids ]

Dari luar Perkarangan Pusat Sains Negara sudah kelihatan cantik untuk anda berootd. Bangunan yang seakan sebuah kon yang terpotong pada kemuncaknya dan ditengah diletakkan kubah geodesi kelihatan unik.

Bergambarlah sepuasnya di sudut yang ada. Nak bergambar dengan dinasour pun boleh di Dinasour Encounter ataupun di akurium untuk bergambar dengan pelbagai spesis ikan.

Sambil ootd bolehlah belajar banyak perkara tentang dunia sains yang penuh tarikan. Buka setiap hari kecuali Jumaat bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Alamat: Persiaran Bukit Kiara Bukit Damansara, Bukit Kiara, 50662 Kuala Lumpur.

Pinkidia Spa 

Imej via [ Pinkidia Spa ]

Khas untuk Instagramable wanita, ootd lah di Pinkidia Spa. Alang-alang berurut dan segala jenis terapi untuk diri, rugi jika tidak bergambar di spa yang serba pink ini. Bunga-bunga juga diletak di semua sudut serta dihiasi barangan mewah persis berada di sebuah istana Barbie.

Nak buat majlis seperti akad nikah, baby shower dan birthday party pun boleh kerana Pinkidia juga menyediakan perkhidmatan untuk sebarang majlis. Rasa bak tuan puteri di alam fantasi bila berada di sini.

Alamat: 1-G, Ukay Boulevard, Jln Lingkaran Tengah 2, 68000 Ampang, Kuala Lumpur.

Kafe Kleptokrat

Imej via [ Kafe Kleptokrat ]

Siapa sangka bangunan yang dari luarnya kelihatan biasa tetapi di dalamnya terdapat sebuah kafe yang sangat unik dan cantik! Kafe yang berkonsepkan klasik ini dihiasi dengan perabot antik. Lepas makan anda boleh berootd di setiap sudut kafe yang membuatkan anda seprti berada pada zaman lalu.

Tak cukup dengan itu, keluar melalui pintu belakang kafe ini, anda boleh ootd di tangga dan lorong kecil antara bangunan yang terpapar pelbagai mural yang comel dan cantik di sepanjang dinding. Banyak tempat ootd yang anda boleh rakamkan hanya di sebuah kafe ini.

Alamat: 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Taman Saujana Hijau

Imej via [ Tripadvisor ]

Sebuah taman yang luas dan sangat lawa persis seperti di Eropah ini terletak di Putrajaya. Penuh dengan pepohon menghijau dan taman bunga yang berwarna-warni. Jika anda pecinta alam, bergambarlah dengan bunga matahri, pokok pine dan sebagainya.

Alang-alang sampai ke sini, bawa bekal dan tikar untuk berkelah. Ootd bertemakan perkhelahan di taman bunga memang sangat menarik. Taman ini sememangnya didatangi ramai pengunjung untuk sesi fotografi. Sambil ootd dapat juga rehatkan badan dan minda.

Percuma sahaja jika anda ingin memasuki Taman Saujana ini dan dibuka pada setiap hari bermula 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Mary Jane

Imej via [ KL Foodie ]

Food hunter semestinya sukakan ootd juga kan? Di Mary Jane anda boleh makan dengan tenang dan seolah-olah berada di taman bunga. Masuk je restoran ini kelihatan sangat aestetik dan memukau setiap mata memandang dengan buka dan barangan serba pink.

Jangan risau, di Mary Jane KL sememangnya menjamu makanan kesukaan rakyat Malaysia dan western yang halal. Bukan tempat sahaja cantik untuk ootd, malah dekorasi makanan juga sangat menarik.

Alamat: 106, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Memang banyak tempat ootd di KL yang cantik dan memberi banyak kelebihan kepada pengunjungnya. Bergambarlah tanpa batas sambil belajar sesuatu agar percutian anda lebih bermanfaat.

Jom baca artikel kami yang lain seperti:

  1. 30 Tempat ootd di Selangor yang cantik
  2. 10 Tempat ootd di Johor Bharu
  3. 10 Tempat ootd di Melaka
You might also like:
No results found.
Like this article? Share with your friends!

Read also: