Mencari tempat ootd di Melaka? Melaka merupakan negeri yang banyak tempat menarik ootd untuk apabila datang bercuti ke sini. kami akan menyenaraikan tempat tersebut.

Magic Art 3D Museum

Imej Via[ Magic Art3d Museum]

Mereka yang minat untuk bergambar, serta mencari latar belakang cantik, unik anda boleh datang Magic Art 3d Museum. Di sini mempunyai pelbagai jenis mural mahupun hasil lukisan seni menarik, dengan berlainan tema. Pasti gambar anda semua akan mendapat banyak like apabila muat naik ke media sosial.

Harga tiket amat berpatutatan iaitu bagi golongan dewasa hanya (RM22), kanak-kanak dan warga emas (Rm18) dan (Rm 28) untuk warga asing. Ayuh ajak kawan kawan mahupun keluarga untuk datang ke sini dan ciptakan kenangan manis melalui gambar.

Alamat:  G13, G15 & G16, Bayou Square, Jalan Wakaf Utama,, 75450 Bukit Katil, Melaka

Freepot A’Famosa Outlet

Imej Via[ Freepot A’Famosa Outlet]

Mesti rugi kalau anda datang bercuti tapi tidak dapat membeli-belah untuk dibawa balik nanti atau dijadikan sebagai buah tangan dari tempat percutian anda. Jadi apa kata anda datang ke Freepot A’Famosa Outlet yang membuatkan anda semua menjadi rambang mata melihat pelbagai koleksi barangan menarik ditawarkan.

Selain itu , anda boleh bergambar bersama kawan mahupun keluarga kerana keunikan konsep bangunan ini amat cantik dan menarik ala -ala bangunan english, pasti gambar yang diambil kelihatan gempak sekali.

Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Upside Down House Gallery Melaka

Imej Via[ Upside Down House Gallery Melaka]

Bagi mereka yang mencari tempat menarik untuk ootd di Melaka, kami syorkan untuk anda ke Upside Down House Gallery Melaka akan merasai bagaiman rumah terbalik yang memberikan satu kelainan kepada anda semua. Malahan setiap footage gambar yang diambil memberikan impak positif iaitu gambar akan kelihatan luar biasa serta unik.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk cipta kenangan terindah bersama insan tersayang melalui sekeping gambar.

Alamat: PM 6, Plaza Mahkota, G12 & G14 & G16, Jalan PM7, Bandar Hilir, 75000, Melaka

Encore Melaka

Imej Via[ Encore Melaka]

Datang ke Melaka tidak mungkin lupa untuk datang ke Encore Melaka yang merupakan tempat kelihat seperti demensi serta bangunan yang amat unik sekali.Tempat yang sesuai untuk mengambil gambar bersama insan tersayang malahan dijadikan sebagai tempat photoshoot gambar perkahwinan mahupun pra perkahwina juga boleh.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini apabila datang ke melaka dan menikmati percutian dengan hati riang melihat gambar yang diambil sangat cantik sekali.

Alamat: Impression City, No. 3, Jalan KSB – Impression 8, Kota Syahbandar, 75200 Melaka

The Orang Utan House 

Imej Via[ The Orang Utan House]

Mereka yang merupakan berjiwa seni anda boleh datang ke The Orang Utan House untuk melihat pelbagai hasil lukisan seni menarik dan kreatif malahan tidak ketinggalan juga, berpeluang untuk bergambar dalam tempat tersebut bersama kawan -kawan mahupun keluarga dengan berlatarkan hasil seni mahupun mural menarik itu.

Alamat:59, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Teddy Bear Café

Imej Via[ Teddy Bear Cafe]

Pasti seronok apabila melihat anak-anak anda semua mengukirkan senyuman di bibir mereka apabila melihat sesuatu yang disukai berada di hadapan mereka. Jadi ayuh tunaikan permintaan tersebut dengan membawa mereka datang ke Teddy Bear Cafe merupakan restoran menawarkan konsep unik dan menarik iaitu dihiasi dengan teddy bear merupakan patung kegemaran kanak-kanak sejak kecil.

Tidak ketinggala juga, cafe ini sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi bergambar bersama keluarga mahupun kawan-kawan bagi menyimpan kenangan manis bersama.

Alamat:46, Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, 75200 Melaka

Street Art Melaka

Imej Via[ Street Art Melaka]

Untuk Kaki ootd anda boleh datang ke Street Art Melaka kerana dipenuhi dengan bangunan warna warni dan hasil seni yang dihasilkan pada dinding bangunan tersebut amat menarik dan gempak. Latar belakang gambar akan membantu menghasilkan sekeping gambar yang pastinya mendapat banyak komen positif malahan like apabila memuat naik di media sosial.

Jadi tunggu apa lagi, ajak kawan yang kaki ootd untuk datang ke sini mengambil berapa banyak pun gambar dengan pelbagai gaya posing .

Alamat: Jalan Tukang Besi, 75200 Melaka

Riviera Suite

Imej Via[ Rivera Suite Melaka]

Anda tidak tahu tempat yang menarik dan cantik untuk mengambil gambar apabila datang ke Melaka, sudah bosan asyik datang ke tempat sama sahaja. Apa kata anda singgah ke Rivera Suite Melaka tempat paling syok untuk berootd dengan lataar belakang menarik sekali.

Hanya mengambil masa dalam 5 minit sahaja gambar anda berlatarkan ala ala di luar negara akan menjadi kenyataan sekaligus pasti akan menjadi tarikan penggunan media sosial yang lain.

Alamat: Taman Pulau Melaka, 75000 Malacca

Nomaps

Imej Via[ Nomaps]

Nomaps merupakan satu tempat famous dijadikan lokasi menarik untuk mengambil gambar dengan latar belakang bangunan warna warni dan unik sekali. Gambar yang diambil dengan kepakaran pasti akan memberikan kesan cantik kepada gambar tersebut. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadikan salah satu kenangan di Melaka.

Alamat: 11, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

The Shore Sky Tower

Imej Via[ The Shore Sky Tower]

Pasti anda akan sangat gembira dan teruja apabila datang ke The Shore Sky Tower pemandangan yang amat cantik dan sesuai dijadikan sebagai latar belakang gambar bersama insan tersayang dan dijadikan kenangan terindah dalam kehidupan korang dan The Shore Sky Tower meerupakan tempat menarik untuk berootd.

selain daripada itu, anda juga akan melihat pemandangan indah , cantik pada waktu malam dari atas serta boleh merakam kenangan yang manis apabila berada di sana.

Alamat:193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100, Malacca

Sudah seronok menghabiskan masa percutian anda di melaka dengan mengambil begitu banyak gambar di lokasi yang menarik, jadi apa kata anda cuba baca pantai di Melaka dan air terjun di Melaka

Rujukan

  1. Tempat cantik Berootd& lepak santai di Melaka https://www.libur.com.my/tempat-cantik-berootd-lepak-santai-di-melaka-orang-melaka-pun-ramai-tak-tahu-tempat-ni/
  2. 57 tempat menarik di Melaka. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-melaka/

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.