Jom kita lihat senarai tempat ootd di Johor Bahru. Johor Bharu memang terkenal dengan pelbagai tempat yang lawa ootd dengan keluarga atau kawan-kawan, kami akan senaraikan tempat itu untuk anda.

Puteri Harbour, Johor Bahru

Imej Via[ Puteri Harbour]

Tempat ootd yang lawa di Johor Bharu ialah Tanjung puteri atau dikenali Puteri Harbour merupakan salah satu tempat tarikan pengunjung luar yang anda boleh lawati bersama keluarga. Oleh itu bagi mereka yang suka berootd anda boleh bergambar sepuas hati dengan berlatarkan pemandangan matahari terbenam sangat cantik sekali.Pemandangan tersebut akan membuatkan anda teruja dan gembira apatah melihat gambar yang diambil cantik sekali.

Alamat: Puteri Harbour 79100 Nusajaya ,Johor

Pantai Desaru, Kota Tinggi

Mereka yang mencari tempat percutian menenangkan fikiran dan minda, anda boleh datang ke pantai desaru merupakan satu lokasi percutian terbaik dalam negeri Johor. Tempat ini bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantai malah tempat ootd yang lawa di negeri tersebut. Pantai ini sesuai untuk mengambil gambar perkahwinan, pertunangan atau vlog.

Alamat: 82200 Bandar Penawar, Johor.

Umbrella Alley

Imej Via[ Umbrelaa Alley]

Tidak sangka jalan belakang lorong kalau dihias dengan sempurna dan dijaga dengan elok, akan menjadi satu tumpuan oleh orang ramai. Jadi di JB terdapat satu lorong begitu cantik sekali dihias dengan lukisan mural dan digantung payung warna warni menjadika tempat tersebut sebagai satu tempat yang lawa berootd dan instgramable.

Jadi mereka yang datang ke Johor, patut datang ke sini untuk mendapatkan gambar lawa dan awesome sekali.

Alamat:L2-132(C-2), Level 2, KSL City, 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor.

Laman Kreatif, Kluang

Imej Via[ Laman Kreatif, Kluang]

Pelbagai hasil lukisan dan mural telah dihasilkan oleh seniman setelah lorong ini dibersihkan sebaik mungkin. Mereka yang berminat dengan mural atau berjiwa seni boleh la datang ke Laman Kreatif bagi melihat mural begitu cantik dan menghargai hasil seniman ini. Anda juga boleh mengambil gambar bersama kawan-kawan bagi mencipta kenangan bersama semasa bercuti di Johor Bharu.

Alamat: 1956, Jln. Dato Kaptain Ahmad, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

Eco Spring Labs

Imej Via[ Eco Spring Labs]

Tempat pertama yang anda tidak boleh tertinggal apabila datang bercuti di JB ialah Eco Spring Labs merupakan satu tempat tarikan pengunjung dengan pembukaan kedai dicat warna warni dan kelihatan seperti berada di luar negara.

Untuk mendapatkan gambar sempurna dan awesome boleh la datang ke sini. Setelah penat bergambar boleh bersantai di cafe sekitanya bersama kawan-kawan.

Alamat:1, Jalan Ekoflora Utama, 81100 Johor Bahru, Johor

Danga Bay

Imej Via[ Danga Day]

Jangan lepaskan peluang anda apabila bercuti ke Johor , tidak datang ke Danga Day memang akan rugi kerana di sini terdapat pelbagai kemudahan disediakan dan anda akan merasai seperti berada di pantai luar negara. Wah seronoknya dapat menghilangkan tekanan dari tempat kerja melihat keindahan pantai dan menghirup udara segar di pantai tersebut bersama kawan-kawan.

Alamat:Jalan Bertingkat Skudai, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor

Putuo Village, Kulai

Imej Via[ Putuo Village]

Tempat ootd yang lawa di Johor seterusnya ialah Putuo Village merupakan tempat terbaik untuk mendapatkan gambar sempurna sama ada keseorangan atau bersama kawan-kawan, boleh la datang ke sini. Tapi jangan lupa untuk membawa kamera dan orang yang pakar mengambil gambar untuk mendapatkan hasil terbaik.

Selain itu apabila anda melangkah masuk ke sini akan merasai ketenangan melihat keindahan flora fauan berada sekellingi persekitaran sekaligus memberikan mood gembira untuk mengambil gambar.

Alamat:Lot 1488, Jalan Kampung Felda Taib Andak, Off Jalan Kota Tinggi, 81000 Kulai

 Pulau Kukup, Pontian

Pulau Kukup merupakan satu kawasan perkampungan nelayan yang mempunyai pelbagai sejaran pada ketika dahulu. Sekarang perkampungan tersebut telah menjadi tarikan instagramble berootd dan menjadi inpirasi kepada orang ramai untuk datang ke sini mengambil gambar. Tidak ketinggalan juga anda boleh menikmati makanan laut segar dan menjadikan satu tempat sempurna ketika bercuti.

Alamat:82300 Kukup, Pontian, Johor

Mersing Street Art Mural

Imej Via[ Mersing Street Art Mural]

Tempat yang menghasilkan lukisan seni dan mural dengan begitu cantik sekali dan menambat hati pengunjung ialah Mersing Street Art Mural. Kat sini pelbagai mural dihasilkan oleh tangan kreatif seniman dan ia juga dijadikan sebagai satu spot sempurna serta terbaik untuk mengambil gambar.

Alamat: Mersing, Johor

Sealife Malaysia

Jangan lepaskan peluang keemasan ini apabila datang bercuti di Johor. Sealife mesti ada dalam list tempat bercuti anda semua dan tempat untuk berootd kerana selain daripada melihat pelbagai jenis ikan cantik warna warni menyebabkan anda terpegun melihat keindahan tersebut.

Percutian anda akan menjadi satu percutian terbaik dalam kehidupan kerana dapat bercuti di kawasan terbaik Johor Bharu serta dapat menghasilkan gambar menarik sekali.

Alamat:79100 Nusajaya, Johor

Mesti hati menjadi riang dan gembira kerana menghabiskan masa bercuti dengan melawati tempat menarik dan lawa sekitar bandar Johor Bharu dan mengambil gambar di lokasi sempurna, awesome sekali.

Sukakan artikel tempat ootd di Johor Bahru ini? Jadi apa kata anda membaca artikel kami yang seterusnya iaitu tempat mandi di Johor dan tempat honeymoon di Johor

Rujukan

  1. 10 tempat menarik di Johor yang boleh korang pergi ketika bercuti.https://www.sislin76.com/2020/08/10-tempat-menarik-di-johor-yang-boleh.html
  2. 15 tempat menarik di Johor:Aktiti dan tempat popular.https://www.melancong.com.my/tempat-menarik-di-johor/

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.