Pulau Kukup adalah salah sebuah pulau yang dikatakan telah terkena sumpahan akibat kisah sejarah puteri lima beradik. Ia pernah ditenggelami air laut dan tidak berjaya didirikan penempatan. Desas desus mengatakan ia kerana pulau ini telah mempunyai satu semangat.

Kini, ia telah dijadikan sebagai pusat pelancongan yang kaya dengan khazanah alam paya bakau.  Terdapat hampir 12 spesis fauna dan 76 spesis burung yang mendiami kawasan ini dan boleh anda melawat.  Tapak paya bakau di sini adalah salah satu tarikan pengunjung dan merupakan tempat menarik di Pulau Kukup.

1.  Taman Negara Pulau Kukup

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [sinarharian]

Taman Negara Pulau Kukup adalah sebuah pulau yang dinamakan Pulau Kukup. Maksudnya, di pulau ini, kawasan taman negara ini amat besar sekali dan pastinya merupakan destinasi wajib anda datang.

Pelbagai spesis flora dan fauna dapat anda lihat di sini. Ia merupakan kawasan kedua terbesar yang tidak berpenghuni atau tidak mempunyai penduduk di Johor.

2.  Jambatan Gunung Merentasi Sungai Ular

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [fotolumayan]

Jom lalui Sungai Ular dengan menaiki jambatan gantung di hutan paya bakau ini. Walaupun agak menakutkan, jangan risau kerana ia tahan kuatnya dan pasti anda tak akan jatuh ke Sungai Ular. Datanglah pada petang atau pagi hari kerana anda berpeluang menyaksikan pemandangan yang indah dan cantik.

3.  Sungai Ular

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [ramsartnj]

Berdekatan hutan paya bakau, terdapat sebuah sungai yang dinamakan Sungai Ular. Tidak lengkap percutian di sini sekiranya tidak melihat Sungai Ular ini. Jom cuci mata saksikan pemandangan air tawar dan orang-orang yang menaiki bot melalui sungai ini.

4.  Kampung Nelayan Air Masin Kukup

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [kukuplaut]

Jika ingin melihat sendiri kampung nelayan, tempat menarik di Pulau Kukup yang harus anda kunjungi adalah Kampung Nelayan Air Masin Kukup.

Petempatan di kampung nelayan ini amat menakjubkan dimana rumah-rumah penduduk berada di atas lautan, berdekatan dengan bot. Sudah pasti suasananya berangin dan terbuka untuk mereka yang ingin memancing berdekatan sini.

5.  Boardwalk Ke Jeti Menunggu

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [ramsartnj]

Boardwalk ke Jeti Menunggu adalah aktiviti petang hari perlu anda lakukan di sini sebelum pulang. Sama ada ingin bersiar-siar makan angin atau melihat keindahan paya bakau di sekitar sini, tempat menarik di Pulau Kukup inilah perlu anda kunjungi.

6.  Menara Pemerhati Pulau Kukup

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [ramsartnj]

Menara Pulau Kukup juga amat terkenal sebagai sebuah tempat menarik di Pulau Kukup pastinya wajib menjadi destinasi percutian anda.

Dari atas menara, anda boleh menyaksikan pelbagai pandangan yang indah menyeluruh di Pulau Kukup ini.  Puas hati! Namun, tidak semua sudut yang dapat dilihat.

7.  Kawasan Spesis Burung Residen

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [viramon]

Tahukah anda, tempat menarik di Pulau Kukup ini telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu tarikan tapak biodiversiti RAMSAR?  Menariknya, terdapat sebanyak 76 spesis burung di pulau ini yang mungkin anda temui sepanjang berjalan kaki di sini.

8.  Kawasan Spesis Pokok

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [ciklilyputih]

Taman Negara yang terletak di Pulau Kukup ini juga membolehkan anda melihat pelbagai jenis spesis pokok dan pohon di sepanjang laluan pejalan kaki dalam hutan ini.  Tiada masalah untuk bergambar, namun dilarang memetik dan mengotorkan kawasan.

9.  Pokok Bakau Minyak Terbesar Di Semenanjung Malaysia

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [facebook]

Anda boleh saksikan tumbuhan terbesar yang dikenali di hutan paya bakau ini iaitu pokok bakau minyak yang terbesar di semenjung Malaysia. Jelas sekali bahawa tempat pelancongan ini lebih sesuai untuk mereka yang cintakan alam semulajadi dan ketenangan.

Dihadapan pokok bakau minyak tersebut, terdapat laluan pejalan kaki yang membolehkan anda bergambar atau bersantai-santai sambil mendapatkan ilham.

10.  Akar Jengkuk Tertinggi

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [viramon]

Akar Jengkuk pada pokok ini merupakan akar jengkuk tertinggi yang boleh anda lihat di Pulau Kukup. Ia sangat unik dan menjadi tarikan pengunjung luar untuk menyaksikan di depan mata sendiri dan bergambar. Ia berada di dalam kawasan Taman Negara Pulau Kukup.

11.  Jeti Pulau Kukup

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [johornationalparks]

Pemandangan yang indah di jeti Pulau Kukup ini membolehkan anda bergambar dalam suasana yang sangat tenang dan damai. Selain membeli tiket dan menunggu bot, kawasan ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Kukup yang dapat merehatkan minda dan jiwa anda.

12. Kukup Seafood Restaurant

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Pulau Kukup yang harus menjadi persinggahan anda dan keluarga adalah Kukup Seafood Restoran. Menu yang wajib anda cuba adalah masakan seafood seperti ketam, udang, sotong dan ikan.

Namun begitu, menu masakan ketam adalah amat menakjubkan. Harga makanan di restoran ini juga sangat berpatutan untuk anda cuba.

13.  Pusat Penerangan Pelawat

tempat menarik di pulau kukup

Imej via [ramsartnj]

Untuk mendapatkan info atau maklumat berkaitan dengan Pulau Kukup, anda boleh ke Pusat Penerangan Pelawat yang berada tidak jauh dari jeti Pulau Kukup. Berdekatan sini juga terdapat galeri yang boleh anda singgah untuk melihat gambar dan pameran berkaitan.

14.  Warung Tepi Jalan Pulau Kukup

Jom singgah di Warung Tepi Jalan di Pulau Kukup. Macam-macam makanan yang boleh anda pilih di sini. Usai bersiar-siar, perut pasti berkeroncong. Jangan lupa dapatkan menu pemanis mulut yang sangat sedap warung ini!
Berikut adalah tempat menarik di Pulau Kukup yang penuh kehijauan semulajadi. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Karimun, tempat menarik di Pulau Ketam, tempat menarik di Pulau Carey dan tempat menarik di Pulau Cebu Filipina.

Rujukan:

  1. tripadvisor
  2. viramon
  3. budakbandunglaici

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.