Pulau Ketam, Selangor adalah salah sebuah tempat menarik yang boleh anda kunjungi berdekatan dengan Pelabuhan Klang. Walaupun jarang didengari, sebenarnya Pulau Ketam ini telah wujud sejak tahun 1880 lagi.
Suasana Pulau Ketam ini adalah dikelilingi lembah dan hutan bakau, serta merupakan tempat tinggal bagi udang dan ketam. Namun begitu, terdapat kawasan pertempatan di sini dan bukanlah semata-mata pulau percutian. Ia adaah kampung nelayan yang didiami oleh masyarakat China yang kebanyakannya Muslim.
Pulau Ketam amat terkenal dengan rumah terapung yang mempunyai ketinggian 1 hingga 10 meter dari paras laut. Jom lihat 10 tempat menarik di Pulau Ketam yang boleh anda kunjungi.
Imej via [chingnengbin]
Terdapat masa-masa yang tertentu untuk bot tiba dan kembali ke sini. Anda juga dapat melihat bot-bot nelayan sepanjang perjalanan ke Pulau Ketam. Begitu juga dengan sampan yang berlabuh di atas lumpur semasa air surut di sekitar Pulau Ketam.
Imej via [travelscape30]
Jalan-jalan pusing kampung adalah aktiviti yang boleh anda lakukan di kampung ini kerana anda boleh mendapat pengalaman bersiar-siar di sekitar kampung.
Jangan bimbang, penduduk di sini juga ramah. Terdapat kedai-kedai tepi jalan yang menjual pelbagai barang seperti topi, baju, barang mainan dan anda boleh singgah di kedai-kedai makan juga.
Imej via [travelscape30]
Kebanyakan setiap rumah akan mempunyai satu bot untuk bergerak. Bukan itu sahaja, anda juga dapat melihat sendiri ikan kering yang dijemur di sekitar sini. Mungkinnya kampung nelayan ini sangat berbeza dari kampung nelayan yang pernah anda kunjungi sebelum ini.
Imej via [facebook]
Anda boleh melihat sendiri dan melawat maahad ini untuk merasai suasana bersama kanak-kanak tahfiz di Pulau Ketam. Mungkin anda juga boleh mendapatkan pengalaman bersama dengan pelajar agama yang belajar akan bahasa ketiga iaitu Mandarin. Menarik bukan?
Imej via [facebook]
Pasti meriah sekali jika bergambar beramai-ramai di sini. Kawasan ini agak meriah dan tak kelihatan suram walaupun tidak banyak aktiviti di sini.
Imej via [mierahassan]
Imej via [penaberkala]
Jom singgah makan dahulu, kemudian bersiar-siar di sekeliling kota dan mendapatkan pengalaman berkunjung ke sini. Anda juga boleh singgah menjamu selera di gerai-gerai makan atau restoran seafood yang berdekatan dengan pekan Pulau Ketam.
Imej via [penaberkala]
Imej via [penaberkala]
Jika menaiki basikal, anda boleh melalui jalan ini, tiada masalah kerana tidak ada kenderaan besar yang melalui kawasan ini. Anda boleh bergambar di signboard Jalan Dua Pekan sebagai memori indah mengunjungi pekan Pulau Ketam.
Imej via [hamydy]
Itulah dia 10 tempat menarik di Pulau Ketam yang boleh anda kunjungi dan bersiar-siar. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Cebu Filipina, tempat menarik di Pulau Carey, tempat menarik di Pulau Bunting dan tempat menarik di Pulau Banggi.