12 Tempat Menarik Di Pulau Sabang Terkini [Popular]
Bandar Sabang adalah sebuah kota yang terdiri daripada sebahagian wilayah Aceh. Ia juga merupakan petempatan yang terletak di Pulau Weh, yang turut dikenali sebagai Pulau Sabang.
Jarang sekali kita mendengar Pulau Sabang, tetapi realisasinya ia adalah destinasi pelancongan menarik untuk anda kunjungi. Pulau Sabang juga terdiri dariapada beberapa buah pulau seperti Pulau Rubiah, Pulau Klah, Pulau Seulako, Pulau Rondo dan yang paling besar adalah Pulau Weh atau Pulau Sabang.
Selain pulau, terdapat banyak tempat berkonsepkan alam semulajadi boleh anda saksikan di sini. Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Sabang yang paling popular.
1. Pulau Sabang
Pulau Weh atau Pulau Sabang amat terkenal dengan dunia bawah laut dimana anda berpeluang untuk menyelam dan snorkeling di sini. Banyak hidupan laut boleh anda temui seperti ikan manta, terumbu karang, ikan helang, nuri dan banyak lagi. Pulau ini sangat besar, oleh itu anda boleh bayangkan betapa luas dan banyak kehidupan lautnya.Terdapat beberapa spot menyelam di Pulau Sabang yang boleh anda kunjungi. Antaranya adalah Batee Tokong, Shark Plateau, The Canyon, Batee Meuroron, Utara Rubiah, Limbo Gapang, Batee Dua, Gua Seulako, Pantee Peunateng, Seulako Driff, Sabang Wreck, Volcano, Pulau Rondo, Batee Glad dan banyak lagi.
2. Danau Aneuk Laot
Selain disebut Danau Aneuk Laot, tempat menarik di Pulau Sabang ini juga dikenali sebagai Tasik Aneuk Laot dan Tasik Air Tawar. Untuk pengetahuan anda, perkataan Aneuk Laot pula bermaksud anak-anak laut. Ia berdekatan dengan laut dan mengalirkan air yang sangat bersih walaupun Pulau Sabang dikelilingi oleh air laut.3. Keuneukai Air Panas
Bahagian selatan Pulau Sabang, terdapat sebuah lokasi percutian yang bernama Keuneukai Air Panas. Tahukah anda, air panas tempat menarik di Pulau Sabang ini berasal dari gunung berapi yang aktif berhampiran pulau ini? Aktiviti yang boleh pengunjung lakukan di sini adalah bermandi-manda, berenang, berkelah dan lain-lain lagi.4. Kubu Jepun Anoi Hitam
Siapa sangka salah satu tempat menarik di Pulau Sabang yang popular adalah tempat yang pernah diduduki Jepun suatu masa dahulu. Ia merupakan kawasan senjata api dan benteng Jepun dahulunya. Ramai pelancong gemar berkunjung ke sini untuk melihat sendiri keunikan dan tempat bersejarah ini.5. Pantai Anoi Hitam
Apakah yang dimaksudkan dengan Anoi? Pasti anda tertanya-tanya bukan? Anoi dalam bahasa Aceh membawa maksud pasir. Pantai Anoi Hitam menunjukkan bahawa ia merupakan sebuah pantai pasir yang bewarna hitam. Warna pasir pantai di tempat menarik di Pulau Sabang ini berbeza daripada pantai-pantai lagi kerana ia agak gelap.6. Pulau Rubiah
Pulau Rubiah sangat terkenal di Pulau Sabang dimana anda wajib berkunjung ke sini. Terdapat banyak terumbu karang dan ikan yang berwarna-warni boleh ditemui di sini. Kemungkinan anda juga dapat melihat ikan malaikat, kerang raksasa, ikan singa dan macam-macam lagi. Jangan ketinggalan untuk menyelam dan snorkeling di pulau yang seluas 26 hektar ini.7. Pantai Sumur Tiga
Pantai Sumur Tiga amat popular sebagai tempat menarik di Pulau Sabang. Ia berada di kampong Ie Meulee, Sabang. Nama pulau ini diambil sempena ia mempunyai tiga telaga air tawar yang berada di sepanjang pantai.Indah sekali, pasirnya putih lembut, terdapat banyak pokok kelapa dan air laut pula berwarna biru cantik. Pemandangan matahari terbenam dan naik boleh disaksikan di ini. Jangan lupa juga untuk mandi-manda dan menyelam di pantai yang sangat bersih dan indah ini.
8. Air Terjun Pria Laot
Ramai yang tak perasan akan kewujudan Air Terjun Pria Laot ini. Tempat menarik di Pulau Sabang ini terletak di bawah kaki Gunung Sarung Keris di bahagian selatan Pulau Sabang. Ia agak terpencil tetapi sangat menarik untuk dikunjungi. Air terjun sangat dingin dan sejuk, terdapat juga tumbuhan hijau-hijau yang menyegarkan kawasan ini.9. Gua Sarang
Gua Sarang di Pulau Sabang dikatakan agak misteri kerana tidak diketahui ramai. Sebuah gua yang terletak di Gampong Iboih ini sebenarnya adalah sebuah hutan lindung dan boleh dimasuk dari TNI-AD (Balek Gunung). Anda akan menemuinya dari persimpangan yang menuju ke The Pade Resort. Selain meneroka gua ini, terdapat lautan indah yang boleh anda jelajahi.10. Pantai Kasih
Pantai Kasih tidak jauh dengan bandar Sabang. Ia dikategorikan juga sebagai tempat menarik di Pulau Sabang yang popular boleh anda kunjungi. Disebabkan pasirnya yang putih lembut dan keindahannya begitu memukai, ia dinamakan Pantai Kasih. Terdapat juga batu dan tebing di sekitar pantai ini. Jom berenang dan snorkeling sepuas-puasnya di sini!11. Kilometer 0
Tempat menarik di Pulau Sabang yang membolehkan anda bergambar sebagai kenang-kenangan juga adalah Kilometer O. Ia merupakan sebuah tugu yang menandakan bermulanya daerah Indonesia. Tahukah anda, tugu ini berada di hutan Sabang. Namun begitu, monumen menakjubkan ini merupakan tarikan pengunjung untuk datang ke sini.12. Pantai Ujung Kareung
Pantai Ujung Kareung membawa maksud pantai yang bertebing. Ia tidak mempunyai kawasa berpasir sebaliknya mempunyai tebing-tebing di tepi lautan. Lautannya sangat jernih dan biru amat sesuai untuk anda menyelam dan snorkeling. Sungguh menarik juga untuk berenang.Berikut adalah tempat menarik di Pulau Sabang Aceh yang paling popular dan harus anda kunjungi. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Sebatik, tempat menarik di Pulau Nami, tempat menarik di Pulau Rawa Johor dan tempat menarik di Pulau Madura.
Rujukan: