Pulau Sembilan merupakan sebuah pulau yang berada dalam cakupan negeri Perak Darul Ridzuan. Pulau yang terletak di daerah Bagan Datuk ini merupakan salah satu tarikan pelancong.

Ia juga dikenal ramai sebagai Blue Drop. Kedudukannya juga sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor. Orang tempatan mahupun luar tidak asing lagi dengan keindahan dan kecantikan pulau yang satu ini.

pulau sembilan perak
Imej via [1step1footprint]

Nota Ammboi: Nak tak saya kongsikan kisah saya bermalam di bilik hotel ini pada harga RM2 untuk 2 hari?

Struktur Pulau Sembilan Perak

Pulau ini dinamakan sebagai Pulau Sembilan kerana secara geografinya ia terdiri daripada 9 pulau. Pulau Agas, Pulau Rayong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Buluh, Pulau Sagu, ‘Black Rock’ dan ‘White Rock’. Hasil gabungan beberapa pulau kecil inilah, struktur dan gelaran pulau ini dibentuk.

Pulau Rumbia adalah pulau terbesar yang meliputi kawasan seluas 98 hektar. Kemudian diikuti Pulau Lalang seluas 38 hektar, Pulau Buloh seluas 28 hektar, Pulau Nipis seluas 7 hektar, Pulau Saga seluas 5 hektar, Pulau Agas dan Pulau Batu Putih masing-masing seluas 2 hektar, Pulau Payong dan Pulau Batu Hitam yang juga seluas 1 hektar.

Tetapi hanya 2 buah pulau sahaja yang mempunyai kawasan pantai iaitu Pulau Lalang dan Pulau Rumbia.

Mitos Dan Sejarah Pulau Sembilan Perak

pulau sembilan perak
Imej via [cilisos]

Menurut cerita masyarakat tempatan, pulau ini amat dekat dengan kisah Panglima Hitam yang berjaya membanteras lanun yang di pulau tersebut pada abad ke 18. Ada juga mitos yang diceritakan bahawa terdapat buaya putih di pulau ini.

Pertama kali dibuka, pulau ini dirasmikan oleh Namun sayangnya Pulau Sembilan telah ditutup bagi sebarang aktiviti perlancongan bermula 1 April 2017. Arahan ditutup oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Ia terpaksa ditutup susulan bagi mencegah pihak tidak bertanggung jawab merosakkan dan mencemarkan flora dan fauna.

Kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Pulau ini hanya akan dibuka setelah pelan pengurusannya diluluskan oleh Lembaga Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak dan mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Keistimewaan Dan Aktiviti Di Pulau Sembilan

Secara amnya, pulau ini menjadi pilihan tempat percutian dan lubuk bagi pemancing. Tidak hairanlah jika sedemikian rupa, kerana pantainya bersih dan kaya dengan hidupan laut.

pulau sembilan perak
Imej via [orangperak]

Cahaya Biru Pada Malam Hari

Pantai di Pulau Sembilan boleh dikatakan unik selain mempunyai keistimewaan berbanding pantai-pantai lain. Pada waktu malam, pantai kawasan ini secara semulajadi akan mengeluarkan cahaya berwarna biru yang pastinya akan menarik minat sesiapa sahaja yang melihat. Pantai ini sangat masyhur dengan julukan Blue Tear ataupun Blue Sand.

Hal luar biasa ini berlaku kerana terdapat banyak organisma laut yang mendiami persisiran pantai Pulau Sembilan. Ia dikenali dengan istilah saintifiknya sebagai Ostracod Crustaceans atau Phytoplankton.

Untuk pengetahuan anda, fenomena ini juga berlaku di beberapa pantai luar negara seperti di Maldives, Toyama Jepun dan Marlin Marina Australia.

Aktiviti Air Dan Darat

pulau sembilan perak
Imej via [tripadvisor]

Di pulau utama yakni Pulau Lalang, pelancong dibenarkan berkhemah atau melakukan field trip. Disamping itu, di pertengahan pulau ini selalu menjadi pilihan pelancong untuk melakukan aktiviti snorkelling dan menyelam. Kawasan ini hanya setinggi 15 meter dan kedudukannya diapit antara dua pulau iaitu Pulau Rumbia dan Pulau Lalalang.

Selain itu, kaki-kaki pancing sering kali memilih pulau ini sebagai sasaran untuk mengaut rezeki dek kerana kepelbagaian hidupan laut yang berumah di pantai ini.

Terdapat kawasan berbatu karang yang akan menjadi tumpuan pemancing kerana ikan banyak berlindung dan mencari makanan di sana. Ikan Merah, ikan Barakus dan ikan Bilis antara ikan yang popular ditangkap.

Pelbagai Pakej Percutian Dan Aktiviti Menarik Disediakan

Bagi mendapatkan percutian yang menarik di sini, terdapat beberapa pihak agensi yang menawarkan pakej percutian Pulau Sembilan Perak ini. Salah satunya adalah 9 Island Agency Sdn. Bhd.

Mereka merupakan agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan penginapan sehingga lawatan ke beberapa tempat dan aktiviti menarik.

Kadar harga bayaran juga agak berpatutan dan sangat berbaloi untuk anda sekeluarga. Bayaran adalah RM300 untuk dewasa, RM240 untuk kanak-kanak berumur 7-11 tahun, RM100 untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun dan juga kanak-kanak di bawah 2 tahun adalah percuma.

pulau sembila perak
Imej via [facebook]

Aktiviti Dan Destinasi Pulau Sembilan Yang Disediakan

1. Blue Tears

Fenomena cahaya biru dipermukaan laut ini mampu menarik minat sesiapa sahaja yang kunjungi. Mengambil foto bersama keluarga dan rakan-rakan adalah aktiviti wajib di destinasi ini.

Terdapat bot boleh anda sewa yang akan membawa anda melihat keindahan blue tears. Pemandu bot akan berhenti di tengah lautan dan membiarkan anda menyentuh air yang berkilauan itu.

Pada malam hari tanpa cahaya, air itu akan memancar di tangan anda. Ada juga berlegar tentang kisah lagenda di situ yang mengatakan bahawa itu adalah air mata Dewi.

2. Sky Mirror

Satu lagi destinasi terbaik untuk anda mengambil foto kenang-kenangan adalah sky mirror. Cuma kali ini berbeza dari Blue Tears kerana ia berlaku pada waktu pagi.

Pantulan pada laut membiaskan cahaya dan menampakkan seolah-olah anda sedang berdiri di atas sebuah cermin gergasi. Foto yang anda ambil pasti akan kelihatan seperti disunting menggunakan aplikasi kerana sangat indah.

Sebelum bergambar di sini, anda boleh perhatikan tahap air laut. Sekiranya terlalu cetek, berjalan lebih jauh sehingga paras air laut mencapai pergelangan kaki anda. Barulah anda akan mendapat kedudukan gambar yang sesuai.

pulau sembilanperak
Imej via [1step1footprint]

3. Gerai Makan Dan Restoran

Disamping beberapa kedai seafood dan steamboat di tepi pantai, untuk makan tengah hari, anda boleh singgah di sebuah kedai yang terletak di Kampung Sungai Sembilang Jeram.

Lauk pauk beraneka jenis dijual di situ. Selain itu, Kedai Kopi Shin Lok adalah tempat untuk anda menikmati makanan tempatan. Kedai kopi tradisional ini menjual kuih keladi goreng dan pelbagai roti ‘artisan’. Kedai ini juga pastinya terkenal dalam kalangan penduduk tempatan.

Itulah dia Pulau Sembilan Perak yang sesuai untuk anda bercuti. Jom baca juga tempat menarik di Xining, tempat menarik di Tanjung Karang dan tempat menarik di Yakayama.

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.