Jakarta merupakan Ibu Negara Indonesia. Ia sebuah kota metropolitan yang memiliki banyak tempat menarik untuk anda lawati. Di sebalik kemodenan bandar itu, masih wujud tempat-tempat antik yang dijaga rapi untuk generasi kini melihat sejarah lampau bandar ini. Nak tahu apa yang menarik di Jakarta? Jom kita lihat 17 tempat menarik yang anda boleh lawati di kota ini.

 

1) Kota Tua Jakarta

Kota Tua Jakarta

Imej via rmolsumsel

Kota Tua Jakarta adalah bandar lama bagi Jakarta, atau nama lainnya adalah Bavaria Lama. Kota ini digelar sebagai ‘Ratu dari Timur’ ataupun ‘Permata Asia’ oleh pelayar-pelayar yang datang dari Eropah pada abad ke-16 kerana kekayaan sumber buminya serta lokasinya yang begitu strategik. Sehinggakan pihak Belanda telah menubuhkan pusat perdagangan mereka di sini.

Oleh sebab itulah, bangunan-bangunan di sini kebanyakannya mendapat pengaruh dari Eropah. Selain dapat melihat suasana bandar lama kawasan sekitarnya yang ibarat muzium realistik, banyak juga ttempat menarik lain di Bavaria Lama yang boleh anda kunjungi seperti Taman Fatahillah, Muzium Wayang, Muzium Seni Halus dan Seramik, Muzium Maritim, Muzium Bank Indonesia dan banyak lagi.

 

Lokasi: Kota Tua Jakarta, Jakarta Barat, Jakarta, Indonesia

 

2) Muzium Fatahillah

Muzium Fatahillah

Imej via elevenia

Tahukah anda bangunan Muzium Fatahillah ini sudah dibina sejak 1707? Usianya sudah mencecah 300 tahun. Memang sesuatu yang antik dan sesuai dijadikan bangunan muzium. Jika anda ingin mengetahui lebih mendalam tentang Jakarta, inilah destinasi yang perlu anda lawati.

Bahan pameran yang terkumpul di muzium ini lebih daripada 23 ribu jenis yang berkaitan dengan sejarah Jakarta. Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Ruang Fatahillah, Ruang Prasejarah Jakarta, Ruang MH Thamrin, Ruang Tarumanegara, Ruang Sultan Agung dan Ruang Jayakarta.

Namun begitu, bukanlah semua bahan itu tadi dipamerkan, kerana daripada kesemua koleksi yang ada, hanya sekitar 500 bahan sahaja yang dipamerkan dan ianya ditukar dari semasa ke semasa.

 

Lokasi: Jalan Taman Fatahillah No.1, Pinangsia, Tamansari, Kota Jakarta Barat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 11110

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00pagi – 3.00petang) | Isnin (Tutup)

Harga tiket: Dewasa Rp. 5.000 | Kanak-kanak Rp. 2.000

 

3) Museum Nasional

Museum Nasional

Imej via thejakartapost

Jika Muzium Fatahillah untuk anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang Jakarta, Museum Nasional pula tempat untuk anda tahu tentang sejarah serta latar belakang negara Indonesia. Museum Nasional yang juga digelar sebagai Ganesh Museum. Di dalam muzium ini, anda dapat menemui bukan sedikit tetapi lebih daripada 141 ribu bahan pameran. Ia terbahagi kepada 7 bahagian iaitu arkeologi, seramik, numismtik-heraldik, prasejarah, sejarah, geografi dan etnografi.

Antara yang dapat dilihat dipamerkan di muzium ini adalah koleksi tekstil bersulam emas yang didatangkan dari Sulawesi dan pameran barangan berharga dari Candi Brahu. Terdapat banyak artifak sejarah yang dipamerkan di muzium ini. Sangat menarik untuk kita tahu apatah lagi bagi anda yang meminati sejarah nusantara.

 

Lokasi: Jl. Medan Merdeka Barat No.12, Gambir, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10110

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (8.00pagi – 4.00petang) | Sabtu & Ahad (8.00pagi – 5.00petang)

Harga tiket: Rp. 10.000

 

4) Taman Mini Indonesia Indah (TMII)

Taman Mini Indonesia Indah

Imej via bisniswisata

Taman Mini Indonesia Indah (TMII) boleh dikatakan sebagai kota budaya Indonesia. Ini kerana, taman yang berkeluasan 150 hektar ini mempersembahkan pameran budaya yang wujud di negara ini. Ianya wujud di dalam bentuk infrastruktur, persembahan, malahan juga muzium. memberikan anda info tentang budaya masya

Lebih menarik, di tengah-tengah taman mini ini juga terdapat miniatur kepulauan Indonesia. Sebuah destinasi yang sangat menarik dan mesti dilawati sekiranya berada di Jakarta. Seharian memang tak cukup untuk meneroka keseluruhan taman ini kerana terlalu banyak ilmu dan perkara yang ada boleh dapatkan di sini.

 

Lokasi: Raya Taman Mini, Jakarta Timur, DKI Jakarta

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 pagi – 9.00petang)

Harga tiket: Rp. 20.000

 

5) Bayt Al Quran And Istiqlal Museum TMII

Bayt Al Quran And Istiqlal Museum TMII

Imej via pelangiilmu99

Di Taman Mini Indonesia Indah terletaknya sebuah muzium islamik 4 tingkat yang diberi nama Bayt Al Quran And Istiqlal Museum. Di sini terkumpulnya karya terkenal yang dihasilkan oleh ulama-ulama dan cendekiawan islam di nusantara dari abad ke -17 hinggalah abad ke-20. Antara yang dapat anda lihat dipamerkan di sini adalah Mushaf Sundawi, Mushaf Istiqlal, Mushaf Wonosobo, Mushaf Malaysia, sistem Al-Quran interaktif, Al-Quran braille antik dan banyak lagi.

 

Lokasi: Jalan Raya, TMII Pintu I, RT.14 /RW 3, Pinang Ranti, Makasar, Ceger, Cipayung, Kota Jakarta Timur, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 13810

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.00 pagi – 4.00petang) | Isnin (Tutup)

 

6) Masjid Istiqlal

Masjid Istiqlal

Imej via jktgo

Antara mercu tanda Islam yang terdapat di Indonesia adalah Masjid Istiqlal. Masjid Istiqlal, masjid yang mula didirikan pada tahun 1961, merupakan masjid terbesar bukan sahaja di Indonesia, malahan di Asia Tenggara.

Reka bentuk masjid ini menggabungkan seni bina dari Eropah, Timur Tengah dan Indonesia sendiri. Sebagai masjid terbesar, ia boleh menampung lebih daripada 200 ribu orang jemaah dalam satu-satu masa. Dah alang-alang sampai di Indonesia, ralat rasanya jika anda tidak singgah solat di masjid ini dan lihat sendiri keindahan masjid yang besar ini.

 

Lokasi: Jl. Taman Wijaya Kusuma, Ps. Baru, Sawah Besar, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10710

 

7) Ocean Ecopark

Ocean Ecopark

Imej via lelungan

Seperti namanya, sudah pasti anda akan terbayangkan taman ini akan ada lautnya. Tetapi, sekali pandang kawasan Ocean Ecopark ini kelihatan seperti kawasan berjogging dengan keindahan alam hijau yang biasa. Tapi, bak pepatah Inggeris, ‘Don’t judge a book by its cover’. Ini kerana, semakin mendalam anda terokai kawasan ini, semakin banyak tarikan yang anda akan temui. Di dalamnya terdapat tasik dengan beberapa buah bot kecil, aktiviti flying fox, paint ball, aktiviti memanah dan banyak aktiviti menarik yang lain.

Manakala, di hujung taman pula, anda akan menemui Faunaland yang menempatkan pelbagai jenis haiwan antaranya keldai, burung dan singa. Selain itu, anak-anak anda pasti seronok kerana dapat mendekati dan memberi makan haiwan-haiwan jinak yang ada di sini seperti arnab, burung kakak tua dan bermacam lagi.

 

Lokasi: Jl. Lodan Timur No.7, RW.10, Ancol, Pademangan, Kota Jkt Utara, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 14430

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (6.00pagi – 6.00petang) | Sabtu & Ahad (8.00pagi – 6.00petang)

Harga tiket: Rp 20.000 – Rp 1.250.000 Mengikut Jenis Aktiviti

 

8) Ancol Dreamland

Ancol Dreamland

Imej via vizts

Ancol Dreamland adalah sebuah taman tema yang penuh keseronokan. Terdapat Taman hijau yang menyegarkan di Ecopark. Dapat mendekati hidupan di dalam lautan biru di Seaworld Ancol. Kehadiran anda di sini pasti membuatkan ia satu momen indah dalam hidup anda sekeluarga. Ini kerana terlalu banyak perkara menarik yang anda boleh dapat di sini.

Malah di sini juga terdapat pasar seni yang mempamerkan serta menjual hasil seni yang cantik-cantik. Jika anda bercadang nak beli cenderhati yang istimewa, bolehlah pertimbangkan untuk dapatkan kraf dan lukisan yang terdapat di sini. Bukan itu sahaja, di Ancol Dreamland ini juga anda boleh menyewa kapal untuk meneroka Pulau Seribu. Memang lengkap bermacam aktiviti yang anda boleh lakukan di dalam satu taman.

 

Lokasi: Jalan Lodan Timur No.7, RW.10, Ancol, Pademangan, RW.10, Ancol, Pademangan, Kota Jkt Utara, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 1443

 

9) Dufan (Dunia Fantasi)

Dufan

Imej via anakkos

Salah satu tarikan di Dreamland Ancol adalah Dufan iaitu Dunia Fantasi. Banyak tarikan hebat yang terdapat di dalam Dunia Fantasi ini seperti Ice Age Arctic Adventure, Hello Kitty Adventure, water ride Niagara-Gara, thrill ride Hysteria, Fantasy Lights Magic of Dufan dan banyak lagi.

Kerana di dunia sebenar anda hanya mampu berada di satu tempat dalam satu masa, di Dunia Fantasi ini anda akan dibawa mengelilingi dunia melalui permainan dan tarikan yang ada seperti di Eropah, Amerika, Greece, Indonesia, dan lain-lain lagi.

Bila lagi nak berangan dan merasa seolah-olah hidup di alam yang penih kecantikan, keseronokan dan keajaiban seperti dalam animasi dan fairy tale? Inilah masanya untuk anda menikmati khayalan yang menyeronokkan di Dunia Fantasi.

 

Lokasi: Jalan Lodan Timur No. 7, RT.14/RW.10, Pademangan Barat, Pademangan, RW.10, Ancol, Pademangan, Kota Jkt Utara, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 14420

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 pagi – 8.00malam)

Harga tiket:  Rp 325.000

 

10) Seaworld Ancol

Seaworld Ancol

Imej via team-curious

Hakikatnya alam lautan lebih besar dan lebih banyak hidupan berbanding alam daratan. Nak terokai lautan sebenar memanglah suatu yang mustahil. Tetapi anda masih berpeluang untuk melihat hidupan marin yang penuh warna-warni di akuarium ataupun dunia lautan seperti di Seaworld Ancol.

Terdapat dalam 22 ribu ekor ikan yang terdiri daripada 126 spesies yang ada di sini. Semuanya anda dapat lihat di dalam 28 buah ruang pameran yang terdiri daripada 4 buah kolam terbuka, 9 buah akuarium air tawar dan 19 buah akuarium yang lain dengan tema-tema yang tersendiri.

 

Lokasi: Jalan Lodan Timur No.7, RW.10, Ancol, Pademangan, Kota Jkt Utara, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 14430

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 pagi – 6.00petang)

Harga tiket: Rp. 115.000

 

11) Taman Suropati

Taman Suropati

Imej via tempatwisataseru

Taman Suropati boleh dikatakan sebagai salah satu taman yang antik di sekitar Jakarta. Walaupun telah berusia, namun persekitaran dan lanskap taman ini terjaga dengan baik dan rapi.

Luangkan masa petang hari anda bersama keluarga di sini untuk menikmati kehijauan taman dan dikelilingi pohon-pohon rendang ditemani kicauan burung yang berterbangan di awanan. Malah, sambil anda bersantai atau berekreasi di sini, anda mungkin berpeluang melihat persembahan muzik klasik ataupun latihan muzik diadakan di sini.

Suasana yang paling indah Taman Suropati ini adalah dalam sekitar 4.00 petang atau sebelah pagi sekitar pukul 7.00 pagi. Nak tahu apa keindahannya? Kenalah datang ke sini sendiri apabila anda sampai ke Jakarta nanti.

 

Lokasi: Jl. Taman Suropati, Menteng, RT.5/RW.5, Menteng, RT.5/RW.5, Menteng, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10310

 

12) Museum Fauna Indonesia “Komodo” dan Taman Reptil

Museum Fauna Indonesia “Komodo” dan Taman Reptil

Imej via flickr

Muzium Fauna Indonesia ini ibarat sebuah zoo yang mana anda akan lihat pelbagai jenis haiwan di sini. Namun, ia tidak dipanggil zoo, tetapi muzium. Ini kerana di Muzium Fauna Indonesia mempamerkan kepada anda haiwan-haiwan yang telah diawet.

Muzium ini memiliki 150 jenis haiwan yang telah diawet dan kesemua haiwan ini diletakkan di dalam bekas kaca. Dapatlah anda lihat secara terperinci bentuk fizikal haiwan yang telah diawet ini.

 

Lokasi: Jl. Taman Mini Indonesia Indah, RW.2, Ceger, Cipayung, Kota Jakarta Timur, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 13820

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 4.00petang)

Harga tiket: Rp. 10.000

 

13) Ragunan Zoo

Ragunan Zoo

Imej via wikipedia

Setelah anda berpeluang melihat haiwan-haiwan yang diawet dengan lebih dekat, kini anda boleh melihat haiwan hidup pula di Zoo Ragunan. Zoo yang berkeluasan 147 hektar, memang buatkan anda lenguh kaki kalau nak teroka keseluruhan kawasan. Oleh itu digalakkan anda untuk menyewa basikal yang disediakan di zoo ini.

Zoo ini menempatkan lebih daripada 2000 ekor haiwan yang terdiri lebih daripada 400 spesies haiwan yang bukan sahaja datang dari Indoneia, malahan juga dari Amerika Utara, tanah Arab dan juga benua Afrika.

Kawasan yang menjadi tarikan utama di sini adalah Kid’s Park. Di sini kanak-kanak dapat bermain di taman permainan, mendekati burung kakak tua dan juga seekor ikan gergasi arapaima yang didatangkan daripada Amazon.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan sekitar Ragunan Zoo adalah menonton persembahan haiwan, menunggang kuda, menaiki trem dan banyak lagi.

 

Lokasi: Jl. Harsono No.1, Ragunan, Ps. Minggu, Kota Jakarta Selatan, Daerah Khusus Ibukota Jakarta

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00 pagi – 4.00petang) | Isnin (Tutup)

Harga tiket: Dewasa Rp. 4.000 | Kanak-kanak Rp. 3.000

 

14) Kidzania Jakarta

Kidzania Jakarta

Imej via wisataduniatop

Jika anda membawa anak-anak berusia dari 2 ke 16 tahun ke Jakarta, bolehlah luangkan masa membawa mereka ke sebuah pusat edutainment iaitu Kidzania.

Jika dilihat di dalam Kidzania Jakarta ini, pusat edutainment ini tidak ubah seperti sebuah kota metropolitan sebenar lengkap dengan jalanraya, pusat membeli-belah, klinik, teater, salon dan sebagainya. Namun istimewanya kerana kanak-kanak di Kidzania itu sendiri yang akan menguruskan premis-premis ini dan mereka layak menerima gaji dalam matawang Kidzo sebagai ganjaran.

Kidzania membawa anak-anak ini kea lam reality pekerjaan yang sebenat. Mereka belajar untuk menjadi pekerja di salon, pelayan di restoren dan sebagainya. Dalam mereka berseronok, sebenarnya anak-anak dapat mempelajari banyak perkara di sini seperti kepentingan menjalankan tugas yang diberikan.

Namun, jika anda tidak berkesempatan membawa anak-anak ke Kidzania di Jakarta, jangan bersedih. Kerana, di Kuala Lumpur juga terdapat cawangan Kidzania.

 

Lokasi: Pacific Place L6 – 601 Sudirman Central Business District Jl. Jend Sudirman Kav. 52-53

Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 9.00 pagi – 4.00petang | Jumaat, Sabtu, Ahad: Sesi 1 (9.00 pagi – 2.00 petang) | Sesi 2 (3.00 petang – 8.00malam)

Harga tiket: Bermula Dari Rp. 50.000 – Rp. 250.000

 

15) Samudra Dolphin Park

Samudra Dolphin Park

Imej via littlestepsasi

Nak lihat telatah comel ikan lumba-lumba yang menarik? Anda boleglah datang ke Samudra Dolphin Park untuk menyaksikan aksi ikan lumba-lumba yang menghiburkan. Bukan setakat anak-anak sahaja yang terhibur, orang dewasa juga akan teruja melihat haiwan jinak ini membuat persembahan.

Bukan setakat ikan lumba-lumba sahaja ya, anda juga berpeluang melihat pertunjukan menyeronokkan dari burung kakak tua dan singa laut yang juga ada di sini. Yang bestnya lagi, pihak Samudra Dolphin Park juga akan sering bertanya soalan kuiz dan sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat akan mendapat hadiah yang cool. Pasti berdebar-debar nak jawab soalan nanti. Ada rezeki, boleh menang hadiah istimewa.

 

Lokasi: Jl. Lodan Timur No.7, Daerah Khusus Ibukota Jakarta

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 5.00petang) | Sabtu & Ahad (9.00 pagi – 6.00petang)

Harga tiket: Rp 160.000

 

16) Setu Babakan

Setu Babakan

Imej via kulinermagazine

Setu Babakan merupakan sebuah tasik buatan manusia yang diwujudkan oleh kerajaan Jakarta sebagai tempat pengumpulan air semulajadi yang didatangkan dari Sungai Ciliwung.

Jika anda suka meneroka serta mengenali budaya masyarakat lain, Setu Babakan adalah destinasi idela untuk anda lawati. Di Setu Babakan,  anda dapat melihat kehidupan masyarakat Betawi yang tinggal di sekitarnya. Banyak persembahan seni Betawi yang turut diadakan seperti tarian Topeng, tarian Cokek, seni Gambus, Ondel-ondel, Gambang Kromong dan macam-macam lagi.

Di samping persembahan ini, sekiranya anda bernasib baik, mungkin anda dapat menyaksikan sendiri majlis-majlis masyarakat Betawi diadakan di sini, seperti majlis perkahwinan dan sunat. Perkara yang menarik untuk anda lihat bukan?

 

Lokasi: Jagakarsa, Jakarta

 

17) Telaga Arwana Cibubur

Telaga Arwana Cibubur

Imej via elviravacation

Walaupun namanya adalah telaga, namun Telaga Arwana Cibubur bukanlah sebuah telaga, tetapi adalah lokasi di mana anda boleh berreakreasi dan bersantai bersama keluarga tercinta. Antara tarikan yang terdapat di sini adalah kolam renang pelbagai kedalaman, flying fox, motor ATV, paintball dan banyak lagi.

Tau anda inginkan aktiviti yang lebih rare? Jangan risau. Kerana di sini anda juga boleh melakukan aktiviti bercucuk tanam di sawah padi dan akiviti memancing. Dapat lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga anda, pasti ia sebuah momen indah yang seukar dilupakan.

 

Lokasi: Jalan Jambore RT05 / RW06, Harjamukti, Pondok Ranggon, Harjamukti, Cimanggis, Kota Depok, Jawa Barat 1645.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.00 pagi – 5.00petang)

Harga tiket: Rp. 30.000

 

Itulah dia 17 tempat menarik di Jakarta, Indosnesia yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Jakarta. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Bali dan Tempat Menarik Di Palembang.

 

Penulis: Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.