Mencari tempat menarik di Amsterdam?
Amsterdam yang terletak di Belanda atau Netherlands merupakan salah satu destinasi perlancongan luar negara yang semakin mendapat tempat di hati pelancong Malaysia selain London, Paris, Australia, dan New Zealand.
Kebiasaannya bile sebut Amsterdam, anda pasti akan terbayangkan ladang tulip yang indah pelbagai warna. Juga kincir angin yang menjadi latar belakang yang sangat menarik apabila bergambar. Tak lupa juga pasar menjual keju yang lain daripada yang lain.
Tahukah anda, ada banyak lagi tarikan hebat di Amsterdam yang belum diketahui oleh pelancong Malaysia. Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Amsterdam yang pasti buatkan anda tak sabar nak bercuti di sana.
Sumber: Orami
Perkara pertama yang wajib anda lakukan sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi Amsterdam ialah bergambar dengan papan tulisan I Amsterdam sebagai tanda anda telah sampai di sana.
Terdapat banyak lokasi papan tanda I Amsterdam berada. Anda boleh cari lokasinya dalam peta perlancongan yang ada dijual di Amsterdam. Di antara lokasi yang popular dan mudah untuk anda jumpa ialah:
Dah sampai di Amsterdam, jangan lepaskan peluang untuk menerokai Bandar Amsterdam yang indah dan kaya dengan pelbagai taman hijau yang menarik dan muzium yang sangat mempersonakan.
Kami cadangkan anda menyewa basikal unutk memudahkan perjalanan anda menerokai Bandar Amsterdam yang indah. Terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkidmatan sewa basikal di Amsterdam. Di antaranya ialah:
Untuk maklumat anda, setiap syarikat yang kami nyatakan di atas menawarkan sewaan basikal dengan harga yang berlainan.
Kalau anda merancang untuk menyewa basikal semasa berada di Amsterdam, kami cadangkan supaya anda survey dulu syarikat mana yang menawarkan harga terbaik dan anda juga boleh buat tempahan awal di website mereka. Ada syarikat yang menawarkan harga istimewa untuk belian secara online. Lagi untung.
Sumber: Oddviser
Vondel Park merupakan sebuah oasis hijau yang sangat menenangkan di tengah Bandar Amsterdam. Kalau anda menyewa basikal semasa berada di sini, anda boleh berbasikla mengelilingi taman ini.
Atau anda boleh juga berjalan-jalan mengambil angin sambil bersantai melihat keaindahan alam ciptaan tuhan.
Untuk maklumat anada, Vondel Park yang seluas 47 hektar ini menjadi tumpuan masyarakat setempat yang tinggal di Amsterdam dan juga pelancong dari seluruh dunia. Di antara tarikan yang ada di sini ialah:
Oleh itu, kalau anda bercuti di Amsterdam jangan lupa untuk meluangkan masa di Vondel Park. Bagi yang suka mengambil gambar untuk dimuat naik di media sosial, di sini anda akan mendapat banyak gambar yang menarik. Teman-teman di alam maya anda pasti terpesona.
Tempat menarik di Amsterdam yang seterusnya ialah Amsterdam Canal. Jika anda bercuti di Amsterdam, pastikan anda masukkan Amsterdam Canal dalam senarai wajib lawati semasa anda di sana.
Aktiviti yang biasa dilakukan di sini ialah menaiki bot di sepanjang terusan atau berjalan-jalan sambil berpimpin tangan dengan orang tersayang di tepi terusan yang menawarkan pemandangan yang indah dan tak tergambar dengan kata-kata.
Biasanya kita dengar orang menaikai gondola untuk menyelusuri terusan di Venice, Itali. Tapi tak ramai yang tahu bahawa ada juga perjalanan menyelusuri terusan yang cantik di Amsterdam. Sistem terusan yang ada di Amsterdam dibina pada abad ke-17. Terusan ini sudah lama ada di sini. sistem Terusan Amsterdam adalah sangat kompleks dengan tiga terusan utama, 90 pulau dan 1,500 jambatan di bandar ini.
Kami cadangkan anda ambil peluang untuk menaiki bot dan menyelusuri Terusan Amsterdam yang ikonik ini. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui kawasan berikut:
Untuk maklumat anda, waktu yang terbaik untuk menaiki bot menyelusuri Terusan Amsterdam ialah pada waktu pagi. Kalau berkesempatan, naiklah bot untuk menyelusuri Amsterdam pada awal pagi.
Sumber: Getyouyguide
Dah puas berjalan-jalan di Bandar Amsterdam sambil berbasikal dan menaiki cruise untuk menyelusuri Terusan Amsterdam, apa kata anda berubah angin untuk melawat sebuah perkampungan nelayan yang unik di Amsterdam? Tempat menarik di Asmterdam yang seterusnya ialah Kampung Nelayan Marken yang terkenal dengan seni penghasilan terompah kayu yang terkenal di seluruh dunia.
Biasanya kenalan atau saudara-mara yang pulang dari Amsterdam akan membawa miniatur atau keychain terompah kayu sebagai cenderamata, betul tak? Kalau anda nak tahu, cenderamata terompah kayu tersebut dibeli semasa melawat ke Kampung Nelayan Marken. Oleh itu, jangan lupa untuk melawat Kampung Nelayan Marken semasa anda bercuti di Amsterdam.
Di kampung nelayan ini, anda bukan sahaja berpeluang untuk melihat sendiri proses membuat terompah kayu. Malah anda juga dapat menikmati pemandangan kampung nelayan tradisional belanda yang unik. Kalau anda mencari cenderamata sebagai kenangan dan ole-ole buat yang tersayang di Malaysia, di sini ada dijual hasil kraftangan terompah kayu dengan harga yang berpatutan.
Percuti anda di Amsterdam takkan lengkap jika anda tidak melawat kincir angin ikonik yang ada di sana. Netherlands sememangnya terkenal dengan kincir angin yang boleh anda lihat di kawasan ladang pokok bunga tulip dan juga di tepi lebuh raya. Terdapat dua jenis kincir angin di Amsterdam iaitu kincir angin moden dan kincir angin tradisional. Kedua-duanya mempunyai tarikan yang tersendiri, jadi anda wajib melihat kedua-duanya dari dekat.
Jika ingin melihat kincir angin, kami cadangkan anda pergi ke Zaanse Schans untuk melihat kincir angin tradisional yang digunakan semasa abad ke 17. Di antara aktiviti yang boleh ada lakukan di sini selain melihat kincir angin ialah:
Sumber: Bintangtours
Tempat menarik di Amsterdam yang seterusnya ialah Museumplein yang merupakan sebuah padang hijau lapang yang sangat tenang dan mendamaikan yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelancong dari seluruh dunia. Selain bersantai melihat kehijauan dan bunga yang berearna-warni, di antara tumpuan lain dan aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah:
Tempat menarik di Amsterdam yang seterusnya adalah istimewa untuk peminat bola sepak. Jangan lepaskan peluang untuksinggah di Eindhoven di mana terletaknya PSV Eindhoven di mana anda boleh menyelusuri sejarah dan perkembangan bola sepak Belanda. Di sini anda boleh bergambar sepuasnya dan membeli cenderamata sebagai kenangan.
Volendam Town merupakan bandar di tepi laut yang popular di Amsterdam. Di sini anda boleh bersiar-siar mengambil angin laut sambil melihat pemandangan yang indah. Volendam Town terkenal dengan makanan lautnya yang segar. Jangan lepaskan peluang untuk merasai makanan laut di sini. Anda bnoleh pilih sama ada mahu makan makan di restoran ataupun beli sahaja dari food truck yang ada banyak di kawasan jeti. Kalau anda nak masak sendiri, boleh beli makanan laut yang murah di pasaraya Deen.
Sumber: Iamsterdam
Taman bunga Kaukenhof merupakan satu lagi destinasi menarik di Amsterdam. Namun untuk pengetahuan anda, taman bunga ini hanya dibuka pada musim bunga sahaja iaitu kebiasaanya pada pertengahan bulan Mac sehingga pertengahan bulan Mei. Jadi, kalau anda nak ke sini pastikan anda bercuti di Asmterdam semasa musim bunga.
Destinasi yang seterusnya ialah Rijksmuseum yang merupakan Muzium Negara Netherland. Untuk melancarkan perjalanan percutian anda, kami cadangkan anda luangkan sekurang-kurangnya 3 jam di sini dalam jadual perjalanan anda.
Kami ada satu tips untuk anda. Kebiasaannya muzium ini akan mula sesak pada pukul 11 pagi. Oleh itu, kalau anda taknak bersesak pastikan anda datang ke sini pada awal pagi. Kalau nak lagi mudah, beli tiket secara online untuk mengelakkan daripada beratur panjang di kaunter tiket.
Selain Rijksmuseum, terdapat banyak lagi muzium lain di Amsterdam seperti:
Tempat menarik di Amsterdam yang seterusnya ialah Rotterdam yang merupakan pusat membeli-belah. Terdapat juga beberapa tarikan menarik di sini iaitu rumah kiub dan Fayenoord Stadion di mana anda boleh membeli jersey dan juga barang cenderamata bola sepak yang lain.
Di Rotterdam juga terdapat pasar besar yang menjual pelbagai jenis barang, buah-buahan, makanan laut, dan makanan.
Sumber: Erasmus
Jordaan merupakan sebuah kejiranan bersejarah yang wajib anda lawati semasa bercuti di Asmterdam. Sebaik sahaja memasuki kawasan kejiranan Jordaan, anda seakan-akan dibawa pulang ke zaman silam dengan suasana yang cantik dan nyaman. Di sini anda boleh melihat bangunan dengan seni bina tradisional belanda sambil berjalan-jalan di sepanjang Terusan Amsterdam.
Jika anda menaiki curise di sepanjang Terusan Amstrdam, ini adalah salah satu kawasan yang akan anda lalui. Selain bangunan dengan seni bina yang indah dan pemandangan yang menarik, di Jordaan juga terdapat galeri seni, kedai-kedai barang antik, taman-taman, dan juga restoran yang unik.
Itulah dia 13 tempat menarik di Asmterdam yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Iceland tempat menarik di Aceh dan tempat menarik di Melbourne .Manalah tahu anda bercadang ke sana.