Pernah dengar tempat menarik yang bernama Lenggong? Ya, Lenggong adalah sebuah daerah yang terletak di bahagian utara Negeri Perak Darul Ridzuan. Bercakap tentang Lenggong Perak, pasti anda teringatkan MRSM Lenggong Perak yang telah membuatkan banyak keluarga dan anak-anak berkunjung ke sana. Pastilah nama Lenggong ini menjadi terkenal dan diketahui ramai setelah anak atau saudara mara anda mendapat tawaran di sekolah sini.
Imej via [flickr]
Terdapat banyak tempat menarik di Lenggong yang menjadi pilihan ramai pada tahun 2019. Pasti anda tertanya-tanya apakah tempat menarik yang menjadi pilihan ramai pengunjung disini. Jom kita lihat senarai tempat menarik di Lenggong yang terletak berhampiran dengan Kota Tampan dan Gerik ini.
Imej via [Facebook]
Anda juga akan mendengar bunyi cengkerik dan unggas pada petang atau malam hari ketika keadaan menjadi sunyi. Tetapi tempat ini bukanlah menakutkan, ia hanya tenang, sejuk dan menyeronokkan. Anda boleh bermalam di chalet atau homestay yang disediakan di Highland Village Kuak, Lenggong Perak ini. Ia terbuka untuk anda kunjungi pada bila-bila masa sama ada cuti sekolah dan juga hari bekerja.
Imej via [sukabaca]
Berkunjung ke sini membolehkan anda melihat dan meneroka maklumat serta penemuan zaman berzaman iaitu seni arkeologi yang telah lama dijumpai. Antaranya adalah rangka ‘Perak Man’, alat-alat batu, lukisan dan banyak lagi objek yang terdapat di dalam gua. Anda boleh melihat seni arkeologi serta mempelajari zaman-zaman sejarah dahulu kala seperti zaman Paleolitik, Neolitik dan sebagainya.
Imej via [Srilumut]
Ramai pengunjung datang ke sini untuk merasai pengalaman menetap di rumah kampung dan merasai sendiri suasana kampung. Anda boleh menginap di rumah penginapan Pak Long, Rumah Mak Ngah, Rumah Tok Ki, Rumah Anjang ,Rumah Kutai dan lain-lain lagi.
Rumah yang paling menjadi pilihan pengunjung adalah rumah Mak Limah kerana ia menyediakan pelbagai hidangan untuk santapan anda semua. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti BBQ, berkayak, sewa bot, mengelilingi kampung dan sebagainya. Banyak pelancong luar dari Australia, Jepun, Canada dan lain-lain turut berkunjung ke sini.
Imej via [lenggong]
Laman Budaya iaitu tempat menarik di Lenggong yang menjadi pilihan ramai ini terdiri daripada rumah tradisional selaku tarikan pelancong, sebuah dewan terbuka dan juga laman yang luas untuk dijadikan ruang beraktiviti buat semua pihak.
Sebagai contoh, Laman Budaya Lenggong ini pernah mengadakan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2015 yang telah dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri Perak, Pesta Permainan Tradisional Kanak-kanak dan Pelancaran Buku Siri Panduan Permainan Kanak-Kanak, Sambutan Majlis Berendoi dan pelbagai program lagi turut diadakan disini.
Imej via [Facebook]
Untuk pengetahuan anda, Nur Lembah Lenggong ini sesuai dijadikan tempat penginapan dan tempat anda melaksanakan program latihan, motivasi, kursus, team building, program jati diri dan sebagainya. Antara kemudahan yang boleh anda dapatkan disini adalah Chalet, Dorm, Semi Dorm, Tapak Perkhemahan dan banyak lagi. Nur Lembah Lenggong amat besar dan boleh memuatkan seramai 300 orang peserta dalam satu program.
Aktiviti yang boleh anda lakukan disini amat mencabar mental dan fizikal anda, sudah pastilah anda akan berasa gentar dan seronok dalam menyelesaikan semua aktiviti dan cabaran disini. Antara aktiviti riadah yang boleh anda lakukan adalah Flying Fox, Obstcale, Management Games, explorace, Night Walk, River Crosing, Ekspedisi Berakit Sg Perak, Ekspedisi Gua Batu Kapur, Jungle Tracking Alam Semulajadi, Abselling, Jungle Survival dan sebagainya.
Imej via [faiez]
Untuk pengetahuan anda, tempat menarik di Lenggong ini mempunyai kawasan hutan yang cantik dan semulajadi penuh dengan pelbagai spesis pokok seperti keruing, kempas, jelutong, meranti dan lain-lain lagi. Ia diselenggara dan dikendalikan oleh Jabatan Hutan Malaysia serta menjadi sebuah taman rekreasi. Anda boleh ke Hutan Lipur Lata Kekabu ini melalui jalan utama Kuala Kangsar ke Lenggong Perak, tempohnya lebih kurang satu kilometer ke sana.
Imej via [TeropongTeropong]
Imej via [wikimapia]
Sungai Chenderoh ini kaya dengan flora dan fauna yang menjadikan keadaannya semulajadi kehijauan dan udaranya amat segar. Anda juga dapat melihat bukit-bukau yang indah yang boleh dijadikan sebagai foto untuk gambar anda. Kampung Beng juga mempunyai tempat penginapan yang selesa dan penduduknya amat ramah sekali. Anda boleh menetap disini untuk memancing sepuas-puasnya.
Imej via [Rakyatnet]
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan disini adalah bersiar-siar, melihat alam keindahan semulajadi, melakukan aktiviti sukan air, memancing, berkelah dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda, semua aktiviti ini boleh anda lakukan di balik banjaran gunung yang mempunyai pemandangan indah luar biasa ini. Tasik Raban amat menarik untuk anda lalui, apa kata anda teroka keadaan tasik yang menjadi pilihan ramai ini.
Imej via [itourism]
Selain itu, anda boleh melihat pameran yang terdapat di Kota Tampan yang diadakan dalam tahun-tahun yang tertentu. Di Muzium Arkeologi Lenggong pula, terdapat banyak pameran hasil kajian arkeologi Malaysia yang wajib anda lihat sendiri. Pastinya tempat bersejarah ini boleh anda temui di seluruh Lembah Lenggong.
Imej via [OrangPerak]