Pulau Tioman mempunyai pemandangan yang cantik serta air laut yang jernih. Ianya menjadi idaman orang kita untuk travel ke sini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Hal ini kerana kecantikannya tiada tandingan. Artikel menarik kali ini dikongsi oleh Puan Nurul Akmar.

Waktu sesuai ke Pulau Tioman ini sebenarnya bulan 3-7 macam itu. Sebenarnya bulan 9 saya pergi ini percubaan berani mati. Lagi-lagi time ini Johor dah start hujan setiap hari. Sesiapa pergi antara bulan 5-6 memang laut tengah cantik.

Ok saya terus list kos ke sana senang anda nak plan nanti. Saya tak ikut pakej sebab rugi dan nak percutian ala 5 stars tapi versi budget. Haha.

FERI

RM70 /kepala – Pergi/balik
2 orang total RM140
(Tiket ini suggest beli awal lagi-lagi kalau time musim cuti)/ boleh beli cara online atau terus ke kaunter.
*Waktu feri pergi: 10pagi, 12tengahari, 2petang (Suggest ambil paling awal).
*Waktu feri balik: 10pagi, 11.30pagi (Ini sahaja waktu yang memang feri ada).

BERJAYA HOTEL RESORT

RM672 /2malam

ISLAND HOPING

RM80 / kepala
2 orang total RM160
Ini paling murah saya dapat. Kedai betul-betul menghadap Sekolah Kg Tekek. Yang lain semua RM100 ke atas dan checkpoint dia berhenti banyak. Ada 7 pit stop.

SEWA MOTOR

RM60 / sehari
2 hari RM120
Tentang motor ini ada tips sikit. Kalau nak dapat murah sewa ikut jam. Tapi sesuai tidur di pekan Tekek. Tak sesuai tidur di Berjaya sebab kawasan Berjaya lalu bukit. Memang nak tak nak motor sahaja yang boleh anda naik kalau ada anak kecil. Nak sewa kereta tak sesuai sebab kampung itu sangat kecil jadi rasa sangat rugi.

Makanan kebanyakkannya kalau melibatkan makanan seafood agak mahal tapi puas hati sebab segar sangat udang dan sotong mereka. Contohnya Kuewtiow Sotong. RM15 tapi sotong banyak dan jenis besar. Kalau makan standard macam makan ikan biasa itu harga masih sama.

Waktu saya pergi, siap bawa makanan biskut, Maggi, makanan ringan beli dari daratan sebab bimbang mahal. Gigih juga bawa ke sana.

Ok lupa nak cerita. Yang Tioman ini antara kampungnya tak bersambung. Kalau ada anak kecil kita suggest tidur di Kg Tekek sebab semua kemudahan ada di situ, klinik, pasaraya, semuanya walau kecil.

KG TEKEK

Kampung utama. Macam pusat bandar Tioman. Ada kedai duty free, tempat makan banyak, pasaraya, sekolah dan klinik.

KG JUARA

Kena berhenti di Kg Tekek juga, tapi perlu naik 4wd ke atas melalui bukit 1/2 jam. Bayaran naik bukit itu rm35/kepala. Tapi kalau jenis suka adventure boleh sahaja nak tido kampung ini. Tapi tak sesuai yang bawa anak kecil macam saya.

KG AYER BATANG

Kampung sebelah Kg Tekek, tapi nak ke kampung ini hanya boleh naik basikal dan jalan kaki sahaja. Motor tak dibenarkan lalu. Tapi feri berhenti juga di sini.

KG PAYA DAN KG GENTING

2 perhentian pertama, sebelum sampai Kg Tekek. Ramai foreigners suka tidur sini sebab pantai mereka cantik.

KG SALANG

Ini kampung tercantik dan pantai tercantik dalam banyak-banyak kampung. Sesuai sangat yang datang nak honeymoon. Cuma makanan sini agak mahal sikit. Tapi view dan suasana kampung dia memang best. Memang tak tercemar.

Sebab saya pilih Berjaya ialah sebab nak feeling bercuti tempat yang selesa untuk keluarga. Berjaya ini lengkap dan happening. Ada sewa ATV dan basikal. View dia menghadap pantai dan sebelah sana padang golf. Ada swimming pool. Jadi sangat sesuai bagi yang berkeluarga.

Peringatan

Sediakan pil elak mabuk laut. Sebab aktiviti dekat sana semuanya melibatkan snorkeling yang terapung tengah laut dan naik feri pun sampai 2 jam lamanya.

So far bercuti di pulau memang best sebab rasa macam pergi satu dunia lain. Jangan lupa bawa pelindung matahari kalau jenis kulit sunburn.

Tips dapat harga murah hotel itu. Biasa rate dia RM500 lebih. Sila book awal 2/3 bulan sebelum under booking.com. Mostly walaupun dia tulis dalam tu non-refundable, tapi biasa hotel sini dia ambil bayaran waktu kita check in. Mungkin sebab masalah tiket boat.

Pantai depan Berjaya Resort



*Honeymoon di sini sememangnya best. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan. Dengan senarai kampung di atas, boleh lah anda jelajah lebih dalam Pulau Tioman ini. Selamat menjelajah!

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.