15 Tempat Viral di Kedah 2024
Nak cari tempat viral di Kedah? Kami kongsikan 15 tempat viral dan menarik untuk dilawati sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.
Negeri jelapang padi ini mempunyai banyak tempat menarik. Pantai Merdeka, Tanjung Dawai dan Langkawi antara tempat umum yang diketahui ramai. Namun ada banyak lagi tempat menarik dan terbaru ada di Kedah Situs Toto.
Jom tengok 15 tempat viral di Kedah untuk anda healing, membeli-belah, makan dan bercuti dengan seronok!
Dream Forest
Tempat viral di Langkawi ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah dewasa turut akan terpukau apabila berada di sini. Mana tidaknya, berada di Dream Forest membuatkan pengunjung seolah-olah berada di dunia fantasi.
Apa yang lebih menarik, pintu masuk ke Dream Forest juga mempunyai reka bentuk seperti buku cerita fantasi! Pokok-pokok dan alam semula jadi yang lain dihiasi dengan lampu yang berkelipan persis dalam cerita dongeng.
Bukan sahaja boleh dijadikan lokasi bergambar, malah pengunjung boleh mempelajari sejarah, kisah menarik dan cerita rakyat tentang Langkawi! Semuanya dipersembahkan kepada pengunjung dengan cara yang unik! Tiket masuk adalah RM 68 untuk dewasa manakala RM 48 untuk kanak-kanak.
Alamat: Lubuk Semilang, Mukim Jalan Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari (7.00 pm-12.00 am)
Eagle Nest Skywalk
Ini merupakan tarikan baru di Langkawi dan mempunyai rekod yang tersendiri. Eagle Nest Skywalk digelar ‘free standing skywalk’ terpanjang di dunia.
Berada 650 meter dari aras laut, Eagle Nest Skywalk menjadi sky dek paling panjang di dunia dengan lantai kacanya sepanjang 38 meter. Jom uji keberanian anda, gayat ataupun tidak dengan melalui sky dek kaca ini.
Dari jauh pengunjung dapat melihat hiasan kepala helang yang besar di sky dek. Di tengah-tengah jambatan gantung ini juga terdapat binaan ikonik telur helang. Berada di sini pengunjung dapat melihat permandangan laut dan gunung yang cantik.
Alamat: Langkawi Skycab, Gunung Machinchang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 9.30 am -6.00 pm
Rock Village Sik Kedah
Penginapan yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial ini mendapat perhatian ramai kerana berada dikelilingi alam. Berada di puncak bukit, permandangan di sini sangat menakjubkan.
Penginapannya juga sangat unik iaitu ada yang berkonsepkan ‘cabana’. Ada juga penginapan berkonsepkan ‘open air’ dimana penginap boleh tidur sambil melihat permandangan sekeliling secara terbuka namun masih privasi.
Bayangkan berapa tenangnya berada di tengah-tengah alam dengan panorama yang memukau dan suara alam yang menenangkan. Jauh dari kesibukan kota membuatkan ramai yang lupa dengan tekanan kerja.
Alamat: Kampung Kura, Sik, Kedah
Gunung Jerai
Gunung Jerai kini menjadi tempat viral di Kedah dengan lebih banyak tarikan buat pengunjung. Tak hairanlah tempat ini semakin dimeriahkan oleh ramai pengunjung tidak kira hari.
Pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau boleh menggunakan perkhidmatan van serendah RM 80 untuk satu perjalanan ke Gunung Jerai. Tiket masuk pula sekadar RM 2 sahaja.
Ramai yang mengatakan cuaca di sini sejuk. Antara kemudahan yang disediakan adalah penginapan, surau dan restoran. Tarikan yang ada juga luar biasa dengan ladang strawberi dan banyak port ootd  yang cantik. Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti seperti sky bike dan flying fox.
Alamat: The Jerai Hill Resort, Jalan Kaki Bukit, Gurun, Kedah
Lubuk Pedati
Ada yang mencari port healing yang dikelilingi alam semula jadi? Jika ada, tempat viral di Kedah ini pasti dapat memberikan kepuasan buat anda yang ingin menenangkan diri.
Terletak di Baling, panorama gunung-ganang dan sungai menampakkan lagi keindahan alam di Kedah. Pengunjung boleh menyeberangi sungai dengan melalui jambatan gantung. Banyak ruang ootd dan beberapa kemudahan disediakan buat pengunjung.
Alamat: Baling, Kedah
Berangan Aquapark
Di Kedah pun ada taman tema air tau! Salah satunya adalah Berangan Waterpark yang terletak di Sungai Petani. Walaupun tidak terlalu besar, namun cukup puas untuk anak-anak bermandi-manda di kolam yang mempunyai paras air sesuai serta ada gelongsor panjang dan air pancut.
Berangan Aquapark lengkap dengan kemudahan seperti tandas, bilik persalinan, locker dan beberapa kedai runcit dan kedai makan. Sebelum terlupa, kami ingin ingatkan bahawa pengunjung tidak boleh membawa makanan dari luar masuk ke perkarangan taman tema air ini.
Tiket masuk adalah RM 9 sahaja untuk dewasa dan kanak-kanak. Kanak-kanak berumur tiga tahunke bawah boleh masuk secara percuma.
Alamat: Sungai Petani, Kedah
Waktu operasi: Rabu-Isnin (10.00 am-5.30 pm)
Taman Rekreasi Changlun
Tempat untuk bersantai ini sangat mudah untuk diakses kerana berada berhampiran lebuh raya. Apa yang ada di sini? Pengunjung boleh bersiar-siar dan bergambar dengan pelbagai lata dan replika yang cantik.
Ada buaian rotan, mini ferris wheel, soopa doopa dan mini zoo. Selain itu, pengunjung boleh berbasikal dan berkuda dengan seronok. Taman rekreasi ini juga lengkap dengan kemudahan surau, tandas dan restoran.
Walaupun banyak tarikan dan kemudahan disediakan buat pengunjung, namun tiada sebarang bayaran dikenakan untuk anda masuk ke sini.
Alamat: Taman Rekreasi Changlun, Lebuhraya Utara Selatan, Changlun, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
MnM Whimsical House
Satu lagi tempat menarik di Changlun adalah MnM Whimsical House. Jika anda pernah melihat dua buah rumah berkembar yang senget antara satu sama lain di media sosial, inilah tempatnya.
Rumah Terbalik juga antara tarikan utama di sini. Bukan rumah sahaja yang terbalik, malah kereta di parkir dan perabot rumah juga terbalik. Bolehlah anda bergambar dengan kreatif di dalam mahupun luar rumah.
Bukan itu sahaja, ada juga Rumah Hobbit  yang lengkap dengan barang-barang yang comel. Banyak lagi tarikan lain termasuklah taman permainan mini dan rumah kelulut boleh anda lawati.
Alamat: Lot 4424, Lorong Masjid, Kampung Changkat Setol, 06010 Changlun Kedah
Bukit Banyan Hill Park
Bukit Banyan Hill Park merupakan tempat yang boleh anda bersantai pada waktu pagi mahupun petang. Taman rekreasi ini menyediakan taman permainan, trek jogging dan berbasikal, maze park dan beberapa port ootd.
Ramai juga yang mengadakan sesi pengambaran untuk pra-perkahwinan, pra-konvokesyen dan ‘outdoor’ perkahwinan. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk anda berekreasi di sini.
Alamat: Sungai Petani, Kedah
Uniq Fruits Farm
Kaum wanita pasti suka berada di sini. Mana tidaknya, terdapat banyak tumbuhan dan buah-buahan terutamanya anggur. Di Malaysia memang susah nak jumpa ladang anggur dan tempat ini salah satu yang popular di Malaysia.
Sampai sahaja di sini, tour guide akan memberikan informasi berkaitanladang anggur ini kepada pengunjung. Dongak sahaja, anda dapat melihat buah anggur yang besar dan segar.
Tiket masuk adalah RM 10 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak dan percuma untuk OKU. Kafe dan tempat rehat disediakan buat pengunjung.
Alamat: Kampung Baru Padang Lembu, Gurun, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pm-5.30 pm)
Tasik Beris
Tasik Beris juga boleh dikategorikan sebagai port healing best di Kedah. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan seperti berkelah, memancing, berkayak dan menyelusuri tasik menaiki bot. Kawasan tasik sangat luas dan banyak port untuk pengunjung berhenti bersantai. Rata-rata akan bergambar di Hill Lake View Resort Tasik Beris di mana anda juga boleh menginap di sini.
Dah penat berjalan dan perut lapar, singgah makan di Restoran Terapung Seri Ternas Resort. Dengar cerita, menu-menu di sini mengiurkan. Antara yang menarik semestinya ais kacang, mee udang dan laksa.
Alamat: Sik, Kedah
Ngopi Pantai
Di Langkawi juga banyak tempat healing best dan kebanyakannya berada di tepi pantai. Ngopi Pantai antara yang viral di media sosial dimana pengunjung boleh ‘mengopi’ sambil layan permandangan sekeliling serta melihat matahari terbenam.
Walaupun lokasinya berada di ceruk bangunan, namun tempat ini sentiasa dikunjungi ramai tak kira pelancong tempatan mahupun pelancong asing. Aneka kopi, minuman berjus, pastri dan kek dijual dengan sedap. Memang rambang mata nak pilih yang berkenan di tekak.
Tempat makan juga disediakan secara terbuka dan berhadapan laut. Makan sambil ditiup angin pantai lebih mengasyikkan tau!
Alamat: Cenang Hill Beachfront Lot 113, Tasik Anak, Teluk Bharu, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari (8.00 am-8.00 pm)
Pantai Murni
Ada ke pantai yang menarik selain Pantai Merdeka di Kedah? Bukan apa, kadang kala Pantai Merdeka terlampau padat dengan pengunjung terutama pada hujung minggu. Baru-baru ini, tular tentang Pantai Murni yang berada di Yan. Pantai Murni juga tidak kurang hebatnya dimana banyak kemudahan dan tarikan disediakan buat pengunjung.
Banyak gerai makanan dibuka dengan pelbagai pilihan yang menarik. Kadang kala ada juga servis melukis, skuter dan sebagainya di sekitar pantai.
Alamat: Yan, Kedah
Segantang Garam
Segantang Garam terkenal di kalangan pemancing-pemancing tegar. Di sini terdapat homestay terapung atau ‘kelong’ yang berada di tengah-tengah Sungai Merbok yang luas.
Jika tidak mahu menginap, anda boleh makan di restoran terkenal iaitu Restoran Terapung Segantang Garam. Terdapat jambatan kayu berwarna-warni untuk anda melintasi sungai ke restoran tersebut menjadi port ootd ramai pengunjung. Mee udang antara menu yang perlu anda cuba di restoran terapung ini.
Alamat: Merbok, Sungai Petani, Kedah.
Air Terjun Seri Perigi
Untuk sampai ke Air Terjun Seri Perigi, pengunjung perlu mendaki bukit yang mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit pendakian.
Sampai sahaja di kawasan air terjun, anda pasti terpukau dengan keindahan alam sekeliling. Ada satu port mandi viral dan terbaik yang menampakkan permandangan sawah padi terbentang luas. Memang cantik tetapi pastikan anda berhati-hati apabila berada di kawasan tersebut.
Trek pendakian agak cerun dan berbatu. Oleh itu, pakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati sewaktu berjalan di kawasan berbatu. Paling penting, elakkan ke sini sewaktu musim hujan kerana berbahaya dan berisiko berlaku kepala air.
Alamat: Yan, Kedah
Kebanyakan tempat viral di Kedah ini menyerlahkan lagi keindahan alam semula jadi negerinya. Pecinta alam dan kaki healing pasti akan sering kali ke Kedah untuk menikmati percutian yang menenangkan.
Sekarang anda dah tahu, Kedah bukan sahaja banyak sawah padi, malah banyak tempat menarik yang lain boleh diteroka. Tunggu apa lagi? Jom ajak yang tersayang bercuti di Kedah!
Kami juga ada menulis artikel lain tentang negeri jelapang padi yang pasti bermanfaat untuk percutian anda seperti Menara Alor Setar, homestay Langkawi dan aktiviti menarik di Tasik Beris.