5 Aktiviti Menarik Di Tasik Beris Yang Orang Tak Tahu

Kedah

Pernah dengar tentang tempat ini? Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan sekiranya datang bercuti di Tasik Beris, Kedah. Kami akan senaraikan 5 aktiviti menarik di Tasik Beris

Empangan Muda

Emoangan Muda

Aktiviti menarik di Tasik Beris yang dapat dilakukan ialah melawati empangan muda bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Empangan muda ini dikelilingi dengan alam semulajadi dan air begitu jernih sekali. Bagi mereka bercadang untuk hilangkan tekanan di tempat kerja boleh datang ke sini tetapi keselamatan harus diutamakan.

Kemudahan air bersih, elektrik, tempat meletak kenderaan, kedai makan, pusat pengumpulan ikan, surau dan tandas disediakan.

Mandi-Manda

Ulu Muda Eco Park

Ulu Muda Eco Park merupakan tempat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu tempat melakukan aktiviti menarik ketika datang bercuti di Kedah. Dengan kelilingi alam semulajadi yang menjadikan satu ketenangan jiwa serta memberikan aura positif dalam diri masing-masing.

Pelbagai aktiviti best dapat dilakukan bersama keluarga mahupun family antaranya ialah mandi-manda, berkelah, memancing, hiking ataupun bbq. Kemudahan juga disediakan bagi pelancong luar termasuklah tandas, tempat persalinan pakaian lelaki mahupun perempauan dan surau.

Mereka yang datang bercuti di Kedah, harus datang ke sini supaya tidak terlepas peluang keemasan untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang begitu cantik sekali.

Melawat Ladang Anggur

Ladang anggur

Ladang anggur juga merupakan tempat paling popular yang sering dikunjungi oleh pelancong luar apabila datang bercuti di Kedah. Anda dapat merasai pengalaman melihat bagaimana cara penanaman buah anggur serta memetik anggur segar dari ladang. Tidak ketinggalan ladang anggur seluas 34 ekar yang boleh dilawati dengan bayaran masuk sebanyak Rm4 seorang dan bagi sesiapa yang ingin memetik buahnya dikenakan bayaran sebanyak Rm50 untuk satu kilo.

Menaiki Bot Menikmati Keindahan Tasik

Tasik Beris

Anda datang bercuti di Tasik beris ,Kedah jangan lepaskan peluang untuk menaiki bot mengelilingi tasik beris yang begitu cantik sekali serta airnya jernih. Anda juga boleh mengambil vidoe untuk dijadikan sebagai kenangan percutian.

BBQ

BBQ

Akhir sekali, Anda boleh melakukan aktiviti bbq ketika datang ke Tasik Beris ini bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain serta paling seronok setelah seronok mandi -manda. Setelah melakukan aktiviti bbq ini kebersihan harus dijaga di mana sampah sarap harus dibuang di tempat yang disediakan.

Bestkan dapat bercuti sambil menikmati keindahan alam semulajadi tanpa memikirkan urusan kerja mahupun masalah lain. Jangan tunggu apa lagi ayuh datang sekarang!

Artikel lain

You might also like:
No results found.
Like this article? Share with your friends!

Read also: