Anda mencari destinasi bercuti pada hujung minggu di destinasi kolam air panas. Jangan risau ,kami senaraikan 5 kolam air panas di selangor

Kolam Air Panas Kerling

Kolam air panas kerling

Kolam air panas di Selangor ialah kolam air panas Kerling yang merupakan tempat percutian paling menarik.Kolam air panas ini agak unik tarikannya berbanding kebanyakan destinasi hotspring lain kerana lokasi kolam air panas yang siap sedia di dalam kolam buatan ini terletak hanya bersebelahan dengan sungai.

Kalau anda mengunakan lebuhraya, destinasi kolam air panas ini hanyalah lebih kurang 15-20 minit dari plaza tol Tanjung Malim.

Kolam Air Panas Selayang

kolam air panas selayang

Seterusnya kolam air panas Selayang sering menjadi tumpuan dalam kalangan masyarakat apabila tibanya musim percutian untuk dijadikan sebagai tempat berkelah atau riadah bersama keluarga mahupun insan tersayang.

Anda dapat melihat keindahan alam semulajadi seiring dengan kicauan burung yang dapat menghilangkan tekanan dalam fikiran.

kolam air panas di sini agak terbuka dan terdapat beberapa buah kolam air panas yang terdapat di dalam kolam yang sudah dibina menggunakan konkrit. Ada kolam yang dibina di mana pengunjung boleh masuk ke dalam dan berendam dan ada kolam yang lebih jernih airnya di mana pengunjung perlu mencebuk menggunakan baldi dan gayung.

Kawasan persekitarannya sangat lapang dan selesa walaupun ramai yang berkunjung ke sini di samping dengan kemudahan kawasan parkir kereta yang luas serta deretan kedai makan yang hanya bersebelahan.

Kolam Air Panas Sungai Serai,

kolam air panas sungai serai

Kolam air panas ini terletak di dalam Daerah Hulu Langat, Selangor yang memang sesuai untuk dikunjungi pada hujung minggu. Secara tepatnya lagi ianya berada di Kampung Sungai Serai atau juga Batu 11, Hulu Langat.

Dari Kuala Lumpur, pengunjung perlu melalui Bukit Ampang sehingga ke simpang lampu isyarat Batu 14 berdekatan dengan Masjid Batu 14. Paras airnya tidak dalam dan pengunjung boleh ambil kerusi plastik yang disediakan untuk diletakkan di tengah-tengah kolam sambil-sambil rendam kaki.

Kolam Air Panas Dusun Tua, Batu 16,

kolam air panas dusun tua batu 16

olam panas semulajadi yang terdapat di dalam daerah Hulu Langat di Batu 16 atau di Kampung Dusun Tua. Sekiranya anda menuju ke kawasan air terjun samaada Air Terjun Sungai Congkak atau Air Terjun Sungai Gabai, anda akan berjumpa dengan kolam air panas ini di sebelah kanan berdekatan dengan sebuah sekolah.

Destinasi kolam air panas ini telah diwakafkan oleh pemilik tanah untuk kegunaan umum jadi tiada bayaran tiket masuk di kenakan. Kolam air panas di sini juga telah dipecahkan kepada dua bahagian untuk lelaki dan juga perempuan.

Kolam Air Panas Hulu Tamu

kolam air panas hulu tamu

Akhir sekali ialan kolam air panas Hulu Tamu. Kolam air panas semulajadi di dalam Daerah Hulu Selangor. Sekiranya anda dalam perjalanan melalui Batang Kali ke Tanah Tinggi Genting ataupun mungkin ke Bukit Fraser, bolehlah singgah di sini bagi merasai sendiri pengalaman mandi di kolam air panas.

Pengunjung boleh menggunakan kemudahan empat kolam air panas yang telah dibina dengan simen serta tiles dan pastikan anda menggunakan baldi dan gayung untuk lebih selesa.

Jom habiskan masa cuti anda dengan melakukan percutian dengan mengunjungi alam semulajadi yang dapat memberikan aura positif dalam diri masing masing.

Artikel lain

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.