Mencari idea tempat menarik di Klang? Tahukah anda, Klang merupakan daerah yang sangat terkenal dengan pelabuhannya dari sektor perkapalan dan ia juga dikategorikan sebagai kawasan kedua terpenting di Selangor selepas Shah Alam. Seperti daerah lain, Klang juga memiliki keistimewaannya yang tersendiri.
Imej via [Propwall]
Imej via [Mostphotos]
Kepada mereka yang ingin mengetahui dan mendapatkan ilmu pengetahuan lebih lanjut berkenaan kehidupan Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 dan Sultan Selangor yang ke-8, anda boleh berkunjung ke sini untuk menambah pengetahuan sejarah anda.
Antara perkara yang paling mencuri tumpuan di galeri besar ini adalah anda berpeluang melihat pelbagai koleksi barangan diraja seperti barangan peribadi kerabat Diraja, replika pedang negeri dan juga replika mahkota berlian Diraja Selangor.
Imej via [TrekEarth]
Anda akan dapat menyaksikan cara hidup masyarakat tempatan yang kesemuanya menggunakan basikal sebagai medium pengangkutan utama di tempat menarik di Klang ini. Seperti berada di zaman klasik, anda tidak akan dapat melihat sebarang kereta yang akan digunakan sebagai pengangkutan di sini.
Imej via [Tourism Selangor]
Jika anda berpeluang menaiki jambatan ini, anda akan dapat melihat dua dunia yang berbeza iaitu di sebelah utara pulau ini sebuah bandar yang sedang pesat maju dari segi pembangunan, perniagaan dan perindustrian manakala di bahagian selatannya pula masih kukuh mengekalkan ciri-ciri keharmonian sesebuah kampung.
Imej via [pinterest]
Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai makanan lazat di sini terutamanya masakan laut dan ikan bakar. Tanjung Harapan juga adalah port lepak paling best buat para pemancing tegar. Para pemancing sangat disarankan untuk membawa banyak batu ladung kerana airnya yang berbatu akan menyebabkan mata kail sering tersangkut.
Imej via [Tourism Selangor]
Selain itu, terdapat juga aktiviti parasailing yang boleh anda cuba sekiranya anda seorang peminat sukan air. Bagi yang minat memancing pula, tempat ini juga sangat sesuai sebagai port memancing.
Tidak seperti di Tanjung Harapan, para pemancing tidak perlu risau akan mata kail yang sering tersangkut kerana di sini airnya tidak banyak berbatu.
Imej via [youtube]
Bagi mereka yang ingin bermalam di sini, jangan risau kerana terdapat juga kemudahan hotel yang boleh anda sewa supaya anda dapat lebih lama menikmati pemandangan di sini bersama keluarga tercinta.
Imej via [pka]
Cruise Terminal ini dimiliki dan diuruskan oleh Glenn Marine Group. Jika anda tidak berpeluang untuk menaiki kapal mewah ini tidak mengapalah asalkan boleh cuci mata kan? Jom ke tempat menarik di Klang ini!
Imej via [tripadvisor]
Harganya yang murah membuatkan tempat ini tidak lekang dengan kunjungan para pengunjung di setiap masa. Antara barangan yang boleh anda dapatkan di sini adalah handbag, barang perkahwinan, barangan bayi, pakaian muslimah, perkakas rumah dan sebagainya.
Imej via [basikaltouring]
Selain makanan, barangan lain seperti kain ela, tudung, telekong sembahyang, dan buku agama juga ada dijual di sini. Selesai membeli-belah, anda juga boleh singgah dan solat di Masjid Pasar Jawa Klang yang tersergam indah berdekatan dengan Pasar Jawa Klang itu.
Imej via [timeout]
Tidak terkecuali restoran india muslim untuk anda singgah makan setelah letih membeli-belah. Suasana tempat menarik di Klang ini akan membuatkan anda berasa seolah-olah berada di Negara India.
Imej via [nandros]
Ketika era pemerintahan British, tempat menarik di Klang ini kemudiannya dijadikan muzium dan juga pernah menjadi tempat penyimpanan barang dagangan. Jika anda berpeluang berkunjung ke sini, anda akan merasakan seperti kembali ke zaman 1854 kerana seni bina bangunannya yang sangat retro.
Kepada penggemar sejarah, jangan lepaskan peluang untuk melawat muzium ini apabila anda ke Klang bagi menghayati nilai-nilai tinggalan sejarah yang masih bersisa di sini.
Imej via [bhplus]
Meskipun ia merupakan bangunan yang sangat lama dan kuno, namun struktur bangunannya masih utuh, kemas dan dijaga rapi sehingga ke hari ini. Tempat menarik di Klang ini berdiri megah benar-benar berhadapan dengan sungai Klang.
Untuk pengetahuan anda, tempat ini juga menjadi saksi sejarah dari perebutan kuasa antara dua saudara dalam usaha menakhluki sungai Klang yang mana menyebabkan meletusnya perang saudara suatu ketika dahulu.
Imej via [mdfaiez84]
Taman ini terletak di tengah bandar Klang. Terdapat laluan jalan berbatu merah serta dihiasi dengan landskap hijau yang mendamaikan yang dapat anda lihat jika beriadah ke sini.
Dari Taman ini anda juga berpeluang menyaksikan panorama indah Masjid Bandar di Raja Klang yang terletak tidak jauh dari pondok-pondok di taman ini.
Imej via [wikipedia]
Justeru itu, pusat membeli-belah ini sering menjadi tumpuan pengunjung sekitar Klang mahupun para pengunjung dari luar Klang kerana lokasinya yang agak strategik.
Imej via [Fiveprime]
Replika keris gergasi ini dikelilingi oleh taman rekreasi yang sangat sesuai untuk para pengunjung mengadakan aktiviti riadah. Pelbagai kemudahan telah disediakan seperti taman permainan, landskap kebun dan air pancur.
Monumen bersejarah ini bertempat di Kebun Istana Klang, iaitu di belakang Gereja Wanita Kami ‘Lourdes’ Klang. Baik monumen keris ini mahupun Gereja Lourdes itu, kedua-duanya adalah bangunan bersejarah di Selangor.
Sekitar bulan September 2014, monumen bersejarah ini kemudiannya telah dipindahkan sehingga mampu dilihat dengan mudah dari jauh.
Imej via [Wisata Dunia]
Jom baca tempat menarik di Yogyakarta, tempat sambut birthday di Shah Alam dan tempat bersejarah di Kedah juga.