Nak sambut birthday keluarga anda di Shah Alam? Ajaklah jiran dan rakan terdekat, pasti meriah. Memotong kek hari lahir, menyanyi dan bersuka ria, asalkan tidak melanggar batasan agama anda. 

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [tips-to-organize-life]

Terdapat beberapa tempat menarik untuk sambutan hari jadi untuk anda di Shah Alam. Tempatnya boleh jadi restoran, taman dan lain-lain lagi. Jom kita lihat tempat menarik sambut birthday di Shah Alam satu persatu.

1.  Pinggan Puteh Seksyen 7

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [Httpeatdrinkkl]

Pinggan Puteh ini merupakan tempat menarik sambut birthday di Shah Alam dimana ia adalah sebuah restoran berkonsepkan Kontemporari.  Secara zahirnya, restoran ini kelihatan seperti kafe ‘hipster’ yang semakin popular di Malaysia.

Menu yang disediakan di kafe ini mengenegahkan menu warisan Malaysia seperti Nasi Kenduri, Ayam Balado, Ayam Halia yang diinspirasikan dari masakan Tradisional Cina. Menu seperti pencuci mulut turut disediakan yang berkonsepkan tradisional seperti Kuih abuk-abuk, iaitu kuih tradisional Johor.

Pelbagai majlis keramaian seperti menyambut hari lahir sering dilakukan di sini. Konsep unik dan hiasan dalaman cafe ini adalah  trend anak muda zaman sekarang untuk mereka kunjungi.

2.  Cake Jalan Tiung

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [honeydewpoint]

Jika anda inginkan menu yang manis dan dari yang lain, Cake Jalan Tiung merupakan satu lagi tempat menarik sambut birthday di Shah Alam yang menarik bagi peminat Kafe ‘hipster’ atau bagi sesiapa yang inginkan majlis hari jadi disambut di sini.

Kafe ini terkenal dengan menu pencuci mulutnya yang dibuat terus dari kafe tersebut. Cake Jalan Tiung ini Terletak di Seksyen 13 Shah Alam dan terdapat satu lagi cawangan di TTDI.

Pelbagai manisan dan menu lain disediakan di kafe ini. Anda boleh menempah kek yang terus dibuat dan memudahkan pelanggan untuk mengatur cara majlis hari jadi seseorang.

3.  Fei Dan Ali, Seksyen 19

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [supermengmalaya]

Kafe Fei dan Ali ini merupakan kedai yang sangat kecil sahaja rekabentuknya. Jika datang ke kafe ini, hanya hiasan minimalist. Sambutan harijadi sering diadakan di tempat menarik sambut birthday di Shah Alam ini.  Kafe ini turut menyediakan hiasan decor untuk pengunjung datang meraikan sambutan hari jadi.

Tambahan menu yang ingin ditempah juga disediakan. Caj dikenakan mengikut tema yang anda pilih. Kafe ini terletak di Seksyen 9 Shah Alam.

4.  Foodsbury Cafe

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [monstersmachine]

Kafe ini terletak di Jalan Tengku Ampuan, Seksyen 9 Shah Alam dan merupakan salah satu Kafe yang sering di kunjungi untuk menyambut birthday.  Kafe ini merupakan tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga.

Tempat menarik sambut birthday di Shah Alam ini menyediakan menu menarik ‘wester’ seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Spaghetti Bolognese. Bukan itu sahaja, menu pencuci mulut seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies serta banyak lagi juga disediakan di sini.

Bagi peminat kopi seperti Cappucino, Mocha,Cafe Latte, Hazelnut Latte, anda boleh dapatkannya di sini juga. Oleh itu, Kafe ini sangat bersesuaian kepada pengunjung untuk menganjurkan aktiviti majlis hari jadi ataupun majlis keramaian lain.

5.  Twenty & co

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [mrspuex]

Terdapat sebuah kafe yang mampu menarik minat pengunjung untuk datang dan menikmati menu yang disediakan sambil bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.  Twenty and Co. ini terdapat dua tingkat dimana tingkat atas untuk private party diadakan.

Terdapat juga satu bilik khas untuk menganjurkan sebarang majlis bagi mereka yang ingin menyambut majlis hari jadi.  Tempat menarik sambut birthday di Shah Alam ini menyediakan hiasan menarik dan unik menjadikan ia sesuai untuk bergambar.

Seperti kafe-kafe yang lain, di kafe ini juga menyediakan menu popular ‘western’ dan menu tradisional melayu samada dari hidangan sarapan pagi, tengahari dan juga malam.

6.  Lava Rock Grill And Pasta

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [supermengmalaya]

Tempat menarik sambut birthday di Shah Alam merupakan restoran yang berkonsepkan ‘rockers’ dan menjadi pilihan ‘rockers’ datang untuk berkumpul dan menikmati hidangan di sini. Dekorasinya lebih kepada tema garang menjadikan ia di kenali sebagai kafe ‘rockers’.

Pengunjung boleh menganjurkan keramaian dan juga majlis hari jadi kerana khidmat dekorasi disediakan di restoran ini amat tip top! Menu di Lava Rock Grill And Pasta ini lebih kepada masakan ‘western’ seperti burger, kentang goreng, ‘lamb gril’, pasta, ‘steak’ dan bermacam lagi.

7.  Ombak Kitchen

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [supermengmalaya]

Ombak Kitchen ini terletak di Bukit Jelutong Shah Alam, merupakan satu lagi lokasi menarik untuk dijadikan tempat menyambut sambutan hari jadi atau keramaian yang lain.  Tempat menarik sambut birthday di Shah Alam ini sangat menarik kerana dekorasinya yang kemas dan mewah tetapi harga makanannya sangat berpatutan.

Sangat sesuai dibawa bersama anak kecil kerana ruangnya yang luas dan selesa. Menu yang disediakan di sini lebih kepada hidangan makanan laut tetapi ada juga disediakan makanan ‘western’ yang lain seperti pasta, steak dan sebagainya.

Di restoran ini juga, bahan-bahan rempahnya di import khas dari luar negara khas untuk pelanggan yang datang menikmati menu di restoran ini.  Bagi pengunjung yang inginkan majlis keraian seperti majlis hari jadi, lokasi ini sangat sesuai untuk dijadikan pilihan.

8.  Moment0 Cafe

tempat menarik sambut birthday di shah alamtempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [weekendnotes]

Jika dilihat dekorasi di Momento Cafe ini saha, kita sudah tahu ianya sangat comel dan ‘funky’ serta sesuai untuk dijadikan tempat menyambut hari jadi. Lokasi yang terletak di Seksyen U13, Setia Alam ini merupakan tempat menarik sambut birthday di Shah Alam.

Kafe ini menyediakan menu popular seperti Pizza, Chicken Wing, Pasta, Chicken Wrap dan banyak lagi menu menarik. Pencuci mulut seperti Kek dan ‘Cupcake’ merupakan menu popular yang terdapat di sini.

Dekorasinya yang berwarna-warni ini sering dijadikan pilihan utama pengunjung untuk datang terutama bagi yang memiliki anak kecil untuk sambutan hari jadi kerana sesuai dengan temanya. Bukan itu sahaja, perkhidmatan dekorasi turut disediakan bagi pelanggan yang mahu anjurkan majlis di kafe ini.

9.  My Story Cafe

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [foodadvisor]

Menarik di My Story Cafe ini adalah ruang makan, dekorasi setiap sudut dan tempat ruang bacaan bagi kanak-kanak sangat teratur dan bersih.  Tempat menarik sambut birthday di Shah Alam ini menyediakan menu makanan laut seperti ‘Shellout’,  Lala berlada, Sotong berkari, Butter Prawn dan bermacam lagi.

Jika dilihat dekorasinya sahaja nampak begitu cantik dan bertemakan ‘english style’.  Tidak hairanlah jika ia dijadikan pilihan untuk tempat menyambut hari jadi. Makanan ‘western’ dan makanan tradisional melayu juga disediakan. Bagi penduduk Shah Alam yang inginkan kelainan, anda boleh datang dan mencuba di Kafe ini.

10.  Chemistry Cafe

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [timeout]

Bertemakan peralatan Makmal dan Sains, menjadikan Kafe ini sangat popular di Shah Alam. Setiap peralatan hidangan seperti cawan menggunakan buret, pipet dan kaki retort di gunakan di kafe ini. Lab Coat di pakai untuk semua pekerja di restoran ini bagi memenuhi tema kafe berkenaan.

Kelainan konsep kafe ini menjadikan ia sesuai dijadikan tempat untuk menganjurkan majlis sambutan hari jadi. Selain dijadikan tempat untuk bersantai dan menikmati menu, beberapa majlis keraian lain boleh juga diadakan.

Penggemar kopi dan pencuci mulut boleh mencuba di kafe ini. Menu yang disediakan adalah seperti pasta dan beberapa menu western lain.

11.  Dewakan Restoran

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [pureglutton]

Tempat menarik sambut birthday di Shah Alam seterusnya adalah Dewakan Restoran yang terletak di Glenmarie Shah Alam. Bertemakan kontemporari dan moden  merupakan tarikan di restoran ini.

Di sini menyediakan menu ‘french cuisine’ dan lain dari yang lain. Menu lain juga turut disediakan bagi yang ingin mencuba masakan asia lain. Menu yang diketengahkan lebih kepada ‘fine dining’ iaitu setiap menunya disediakan di dalam susun atur yang menarik dan mewah tetapi masih mengekalkan keaslian bahan yang digunakan.

Dewakan Restoran ini tersenarai di antara 50 restoran terbaik di asia. Oleh itu, tidak hairan restoran ini dijadikan sebagai salah satu pilihan pengunjung untuk datang dan menganjurkan majlis keramaian bersama keluarga dan rakan-rakan.

12.  One Serambi Cafe

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [penselduabee]

Terletak di Bukit Jelutong Shah Alam, Kafe ini merupakan pilihan terbaik para pelanggan yang datang berkunjung di sini. Di kafe ini menyediakan menu sarapan pagi, tengahari dan malam samada menu ‘western’ mahupun menu tradisional melayu samada dari pembuka selera sehingga pencuci mulut disediakan.

Dekorasi yang terdapat di kafe ini sangat cantik dan tersusun sesuai untuk menyambut hari jadi di sini. Bukan itu sahaja, majlis peribadi lain boleh dianjurkan di sini.

13.  Ruang

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [ruang]

Beroperasi pada tahun 2015 dan terletak di Seksyen 16 Shah Alam, tempat ini merupakan ruang fasiliti berkeluasan 5000 kaki persegi disediakan khas kepada pelanggan untuk mengadakan pelbagai acara samada acara latihan, mesyuarat, sambutan hari jadi, pertemuan media, pertunjukan fesyen, pertunangan mahupun majlis perkahwinan.

Ruang ini turut juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti ‘outdoor area’, kerusi dan meja, PA sistem, Projektor dan Skrin serta papan bertulis untuk kemudahan pelanggan.

Kemudahan lain seperti meja tenis, pentas, bilik sedia, surau, parking san servis katering turut di sediakan. Kemudahan ini di sewa mengikut harga yang ditetapkan. Terdapat 4 cawangan Ruang ini yang sesuai untuk sambut birthday iaitu di SS18 Subang Jaya, MBSA Seksyen 13 Shah Alam dan Menara PKNS Petaling Jaya.

14.  Bert’s

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [findingfats]

Tempat menarik sambut birthday di Shah Alam ini terletak di Cahaya Alam, Shah Alam dan merupakan Kafe Hipster yang popular di sini. Dekorasi dalamannya yang penuh dengan kayu serta buku-buku yang disusun di sebalik dinding tampak moden, ringkas dan menarik.

Kafe ini mempunyai dua bahagian iaitu dalam dan luar untuk sesiapa yang ingin memilih tempat untuk bersantai. Gabungan perabot yang mempunyai gabungan warna yang berlainan menjadikan kafe ini tampak ceria dan sesuai untuk kanak-kanak.

Menu yang terdapat di kafe ini juga sangat menarik.  Tidak terkecuali, kafe ini juga sering menjadi pilihan pelanggan untuk mengadakan acara sambutan hari jadi mahupun acara lain kerana kesesuaian temanya. Tidak hairanlah, Kafe Bert’s ini dijadikan pilihan pengunjung untuk datang.

15.  Brew And Bread

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [emobananaboy]

Brew and Bread ini terkenal dengan hidangan sarapan paginya seperti Omelette, Sosej, Red Beans serta menu kopinya. Konsepnya sahaja boleh menarik minat penggemar kafe ‘hipster’ kerana dekorasinya yang cantik alan-ala kafe di ‘New York’ menjadikan ia terkenal di mata pengunjung.

Konsepnya seperti ‘industrial’ menjadikan ia trend anak muda masa kini untuk datang dan menganjurkan majlis harijadi, mesyuarat dan lain-lain. Sesuai juga untuk penggemar foto datang dan merakamkan aktiviti ketika bersantai di kafe ini. Oleh itu, jadikan Kafe ini di dalam senarai kafe kegemaran anda untuk sambut birthday.

tempat menarik sambut birthday di shah alam

Imej via [cindysplanet]

Jadikan sambutan hari jadi untuk insan tersayang istimewa dengan mengadakan sambutan hari jadi di tempat yang dikenang sampai bila-bila. Bukan sahaja di Kafe atau pun ruangan khas yang boleh menganjurkan majlis sambutan hari jadi, malah kawasan terbuka seperti taman dan juga kawasan lapang juga amat best. Sebab itulah, tempat menarik sambut birthday di Shah Alam ini amat sesuai sekali.

Jom baca tempat menarik di Tapah, tempat bersejarah di Sarawak dan tempat menarik di Gombak juga.

Rujukan:

  1. Eat, Drink KL
  2. Facebook
  3. Trip Advisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.