Sarawak Bumi Kenyalang merupakan salah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan tempat-tempat bersejarah. Negeri Sarawak menawarkan pelbagai keistimewaan sama ada daripada segi ekonomi, pelancongan dan infrastruktur kepada rakyatnya.
Imej via [bombasticborneo]
Hampir setiap daerah di dalam negeri ini mempunyai tempat bersejarah yang wajib anda lawati bersama keluarga tercinta untuk mengisi masa lapang pada waktu cuti. Jom lihat tempat-tempat bersejarah yang terdapat di negeri Sarawak yang menarik dan menyeronokkan.
Imej via [JomJalan]
Kubu ini dinamakan ‘Fort Margherita’ bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret. Dengan kedudukan yang strategik di atas bukit mengadap lencongan Sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi.
Pada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak. Sebelum tahun 1934, hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941.
Oleh kerana bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi, pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance. Anda boleh berkunjung di sini bersama keluarga dan rakan.
Imej via [malaymail]
Antara koleksi yang dipamerkan di tempat bersejarah di Sarawak ini adalah senjata-senjata yang digunakan masyarakat Sarawak, bot perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah serta banyak lagi barangan dan kepingan seramik. Kebanyakan barang-barang ini adalah hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13 AD.
Bila dah ‘penuh’ ilmu di dada melihat pameran, anda boleh juga menuju ke tingkat bawah yang menempatkan Muzium Shoppe untuk membeli tanda ingatan sama ada buku, T-shirt dan sebagainya.
Imej via [sarawaktourism]
Masjid klasik ini pada asalnya dibina menggunakan kayu dimana atapnya terdiri daripada kayu bulian dan dindingnya pula daripada papan. Bangunan lama ini kemudiannya diperbaharui pada tahun 1968 menjadi struktur yang lebih kukuh yang lengkap dengan kubah yang bewarna keemasan.
Untuk pengetahuan anda, masjid ini mampu menampung sehingga 4000 orang jemaah pada satu-satu masa. Apa kata anda singgah sebenter di tempat bersejarah di Sarawak ini untuk menunaikan kewajipan!
Imej via [traveller]
Tugu yang berada di dalam roundabout ini dijaga dengan baik oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara yang sentiasa memastikan agar warna tugu ini tidak pudar.
Bagi anda yang nak bergambar di sini tak perlulah risau ya? Warnanya tetap vibrant bila-bila masa sahaja anda bercadang untuk berposing di sini.
Imej via [Pinterest]
Antara kucing yang dipamerkan adalah kucing pada zaman pertengahan, koleksi Garfield, koleksi buku kucing, koleksi Hello Kitty, info tentang kucing pada zaman purba Mesir dan banyak lagi. Pasti anak anda tak sabar untuk ke sini!
Imej via [qidran]
Tempat bersejarah di Sarawak yang terletak di atas tanah berkeluasan 2.8 hektar ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu taman Malaysia dan taman China. Di dalam kawasan Malaysia, anda sekeluarga dapat melihat Sarawak Fountain yang mana berdirinya sebuah monumen yang menjadi simbol kepada kepelbagaian etnik di Sarawak.
Di hadapannya pula terdapat Malaysia Murals yang memaparkan 14 buah dinding (14 buah negeri di Malaysia). Taman China pula, terdapat jambatan zig-zag, perigi permintaan (wishing well), pondok rehat berinspirasikan Kunming dan Beijing, sebuah tugu yang berketinggian 20 kaki Laksamana Cheng Ho dan banyak lagi.
Berjalan-jalan di sini, anda sekeluarga juga dapat menyejukkan mata melihat kelibat-kelibat ikan koi yang berenang dengan penuh keseronokan di dalam kolam-kolam yang ada di sini.
Imej via [nadiahfarzana]
Sesuai dengan namanya, tidak ubah seperti kawasan kampung yang sebenar. Di sini, anda dapat melihat secara realistik rumah-rumah unik etnik-etnik dan masyarakat yang terdapat di Sarawak seperti rumah tinggi Melanau, rumah menyuarat kaum Bidayuh, tempat simpan senjata dan banyak lagi.
Jika bernasib baik, anda juga dapat melihat perlangsungan perkahwinan sebenar orang Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan masyarakat Melayu sendiri. Terdapat kakitangan di muzium ini yang mempamerkan aktiviti seharian mereka sebagai etnik tertentu, lengkap dengan pakaian tradisional.
Imej via [sedctourism]
Kini, muzium ini meyimpan pelbagai bukti berkaitan sejarah masyarakat Cina sejak zaman pemerintahan Raja Putih. Barangan pameran yang dapat dilihat di sini adalah seperti peralatan muzik, barangan seramik, dan banyak lagi.
Di samping itu, anda juga dapat mengetahui lebih mendalam berkenaan kepelbagaian etnik Cina yang wujud serta info-info berkaitan yang lain.
Imej via [Wikipedia]
Untuk pengetahuan anda, sejak Ogos 2000, bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium Tekstil yang mempamerkan kepelbagaian busana tradisional dan tekstil hasil tenunan etnik-etnik yang terdapat di Sarawak. Bukan sekadar pameran yang biasa, anda juga dapat melihat bagaimana tekstil ini dihasilkan dari benang hinggalah ia siap sebagai sehelai kain.
Imej via [Sarawak Tourism]
Bermacam informasi yang dapat anda ketahui dengan melihat 7 seksyen pamerannya. Antaranya adalah tentang sejarah Islam di Sarawak, senibina Islam, perkembangan ilmu pengetahuan dalam dunia Islam, kostum muzik, senjata dan banyak lagi.
Imej via [tempatmenarik]
Dahulunya, ia dibina dengan menggunakan kayu, dindingnya dibuat daripada papan dan atapnya pula daripada kayu bulian. Namun, masjid ini diperbaharui semula pada tahun 1968 dengan dinding yang berwarna merah jambu dan kubah yang keemasan.
Anda boleh melihat keindahan tempat bersejarah di Sarawak ini dari Waterfront lebih-lebih lagi pada waktu senja. Jom singgah sini!
Imej via [emilayusof]
Anda juga boleh menyertai kelas-kelas membuat kraftangan dan kelas tarian tradisional yang ditawarkan di tempat bersejarah di Sarawak ini.
Rumah klasik yang merupakan tempat bersejarah di Sarawak ini turut memegang rekod sebagai rumah panjang yang paling panjang di Sarawak. Apabila anda melawat rumah panjang ini, anda akan dapat melihat kehidupan masyarakat Bidayuh.
Dikatakan bahawa rumah panjang ini pada awalnya dibina untuk mengelakkan ancaman penyamun kerana memudahkan penduduk untuk berkumpul menentang mereka. Rumah Panjang ini terletak di kaki bukit Borneo Highland dan jaraknya dari Kuching adalah lebih kurang 90 km.
Anda boleh juga melawat kawasan kolam air panas yang berada berdekatan dengan Rumah Panjang ini. Pasti amat menyeronokkan selama anda berada di sini.
Imej via [Wikipedia]
Imej via [Wikipedia]
Imej via [maisinggah]