Tapah adalah sebuah bandar kecil dalam daerah Batang Padang dan nama bandar ini dikatakan berasal dari nama ikan air tawar iaitu “Ikan Tapah” atau nama saintifiknya adalah Wallago attu.  Penduduk tempatan mengatakan bahawa nama itu telah diambil dari perkataan dialek Melayu-Perak yang bermaksud “tidak mengapa”.

tempat menarik di tapah

Imej via [tokwanmatarun]

Bandar Tapah terletak di tepi jalan persekutuan di antara Kuala Lumpur dan Ipoh. Seperti bandar Perak yang lain, Tapah juga mempunyai lokasi menariknya yang tersendiri. Mari kita lihat beberapa tempat menarik di Tapah yang indah dan bertemakan alam semulajadi.

 

1.  Air Terjun Lata Iskandar

tempat menarik di tapah

Imej via [orangperak]

Lata Iskandar merupakan sebuah air terjun sepanjang jalan utama dari Tapah ke Cameron Highlands, yang lokasinya terletak kira-kira 25 km sebelum bandar Ringlet. Pada hujung minggu, air terjun ini seringkali menerima banyak kunjungan dari pelancong luar dan pelawat tempatan kerana airnya yang jernih dan sejuk menyegarkan.

Mereka berkumpul dengan ramainya di bawah pancuran air terjun dan juga untuk bergambar di sepanjang bukit-bukit yang berbatu. Terdapat pelbagai kedai dan gerai-gerai yang terletak di sepanjang jalan utama yang menghadap Lata Iskandar.

Tempat menarik di Tapah ini juga menyediakan pusat membeli-belah untuk cenderahati, aneka kraftangan, herba-herba, buah-buahan tropika dan juga ubat kuat.

 

2.  Perkampungan Orang Asli di Batang Padang

tempat menarik di tapah

Imej via [btpnkedah]

Pengunjung boleh melihat cara hidup masyarakat orang asli disini yang masih mengamalkan cara hidup tradisional serta mencari rezeki dengan hasil hutan. Masyarakat Orang Asli menakluki beberapa kawasan di daerah Batang Padang. 

Orang Asli’ dalam erti kata lain adalah orang yang pada awalnya menduduki dan menetap di sesuatu tempat yang membuktikan sejarah petempatan awal manusia di kawasan tersebut. Begitulah di tempat menarik di Tapah ini.

Jika anda ke daerah Batang Padang, anda akan menjumpai sebilangan  kampung-kampung masyarakat orang asli di sekitar kawasan air terjun Lata Iskandar dan Kuala Woh. Sumber utama pendapatan masyarakat orang asli ini adalah daripada hasil jualan kreatif kraftangan tradisional, buah-buahan tempatan seperti durian dan juga pelbagai jenis hasil hutan yang lain seperti petai.

Terdapat juga ukiran kayu yang telah diukir oleh masyarakat Orang Asli itu sendiri yang sangat sesuai dijadikan cenderahati menarik untuk dijadikan perhiasan di rumah. Tersedia pelbagai kemudahan untuk para pengunjung yang berkunjung ke sini seperti tandas awam serta bilik persalinan dan enam buah petak karavan dan tempat perkhemahan.

 

3.  Hutan Rekreasi Kuala Woh

tempat menarik di tapah

Imej via [hmetro]

Lokasi Hutan Rekreasi Kuala Woh ini letaknya 13 km dari Pekan Tapah. Tempat rekreasi ini sangat mudah dikunjungi kerana kemudahan jalan rayanya yang sempurna.  Sangat rugi jika anda melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.

Bagi yang cintakan alam sekitar, marilah berkunjung ke tempat menarik di Tapah ini kerana anda akan disajikan dengan keindahan flora dan fauna serta kehijauan hutan tropika yang mengagumkan. Anda tidak perlu risau jika ingin meneroka hutan rekreasi ini.

Hutan ini ada menyediakan denai-denai penerokaan hutan yang lengkap dan secara tidak langsung menjanjikan perjalanan dan pengembaraan hutan yang menarik tidak dapat anda lupakan. Pengembaraan anda juga pasti bertambah seronok setelah berpeluang melihat spesiskupu-kupu “Rajah  Brooks” di dalam habitat semulajadi mereka.

Hutan Rekreasi Kuala Woh ini juga ada tersedia kawasan perkelahan kolam air panas semulajadi di Lubok Merbau. Di samping itu, para pengunjung juga dapat menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang dimana ia menjadi satu daya tarikan yang sangat unik bagi hutan rekreasi ini.

 

4.  Ladang Ternakan Rusa

tempat menarik di tapah

Imej via [sentiasapanas]

Bagi penggemar haiwan, silalah berkunjung ke tempat menarik di tapah ini kerana anda akan dapat menyaksikan sendiri bagaimana proses ternakan rusa dilakukan. Ladang Rusa yang terbentang luas kira-kira 100 hektar ini terletak di Kampung Menderang iaitu sebuah tempat yang terletak di Sungkai, Perak.

Ladang ini telah ditubuhkan oleh Jabatan Hidupan Liar sekitar tahun 1978 dengan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhilitan.  Anda akan dapat menyaksikan pelbagai spesis rusa yang dibiarkan hidup bebas seperti berada di dalam habitat semulajadi mereka.

Selain rusa, ladang ini juga menyediakan tempat lindungan bagi spesis-spesis  burung tertentu dan pelbagai hidupan liar yang lain. Ia adalah suatu usaha murni dan lanjutan untuk mengekalkan pembiakan haiwan tersebut dan mencegah kepupusan haiwan-haiwan tersebut.

Ladang rusa ini dibuka setiap hari termasuk pada hari cuti umum dari pukul 8.00 pagi hingga 4.15 petang dan masuk adalah percuma. Pastinya ia adalah tempat menarik di Tapah wajib anda singgah.

5.  Ladang Herba

tempat menarik di tapah

Imej via [nasuha.business]

Kawasan hutan seluas 5 hektar telah dibangunkan untuk projek tanaman herba secara besar-besaran sebagai menyahut saranan kerajaan supaya perusahaan herba di Malaysia diperbesarkan bagi menampung keperluan import dan juga eksport. Penyelidikan dan pembangunandilakukan oleh pihak MARDI.

Tempat menarik di Tapah ini  membolehkan para pengunjung menyaksikan bagaimana usaha semaian herba dilakukan dan diusahakan. Kajian juga ada menunjukkan  rakyat Malaysia menggunakan sebanyak hampir RM2 billion produk herba di mana sebahagian besar dari sumber herba itu adalah datangnya dari negara luar.

Oleh itu, usaha menanam herba di Malaysia telah diperluaskan untuk memperkenalkan dan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan produk tempatan. Ladang herba inilah tempatnya!

 

6.  Lata Sungai Bil

tempat menarik di tapah

Imej via [pesonapengantin]

Kepada pencinta alam dan yang gemarkan aktiviti berkelah, Lata Sungai Bil ini sangat sesuai dijadikan destinasi untuk beriadah bersama keluarga kerana memiliki suasana yang bersih dan indah dengan air gunungnya yang mengalir dingin dan segar.

Lata Sungai Bil ini mempunyai pemandangan yang menarik untuk dinikmati tidak mengira sudut mana yang anda lihat.  Oleh sebab itulah sungai ini menjadi destinasi pilihan utama para pengunjung untuk bersantai di hujung minggu. Sungai ini juga kelihatan lebih menarik terutama pada musim hujan kerana airnya akan mengalir deras.

Tempat menarik di Tapah ini juga akan menjadikan buih-buih putih memercik di celah-celah batu yang menghasilkan panorama yang indah, menyamankan dan menyegarkan.

Untuk ke Lata Sungai Bil ini, para pengunjung juga akan melewati satu kawasan perkampungan dan ladang kelapa sawit di sepanjang perjalanan mereka.

 

7.  Pusat Buah-Buahan

tempat menarik di tapah

Imej via [menarikdi]

Bagi yang gemarkan buah-buahan dan mengamalkan cara hidup sihat, anda sangat disarankan berkunjung ke pusat buah-buahan yang ada di sekitar Tapah. Terdapat banyak pusat buah-buahan yang boleh anda kunjungi di daerah Batang Padang yang meliputi kawasan  Sungkai dan Bidor.

Antara yang terkenal adalah Pusat Buah-Buahan Bidor yang terletak di jalan utama Sungkai-Tapah. Para pengunjung boleh membeli pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang sangat segar lagi berkualiti di sini.

Bidor adalah kawasan pertanian buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang sangat terkenal. Antara buah-buahan yang dijual di sini adalah jambu epal, jambu batu, limau bali, pisang dan magga madu. Tak sangka tempat menarik di Tapah ini sangat terkenal dalam dan luar negeri.

 

8.  Kelab Golf Batang Padang

Imej via [Turf Matters]

Lokasi Kelab Golf ini terletak kira-kira 72 km dari Ipoh dan 130 km dari bandar Kuala Lumpur.  Selain sesuai untuk penggemar sukan golf, tempat menarik di Tapah ini juga sesuai untuk dilawati sesiapa sahaja kerana memiliki panorama yang indah.

Ciri-ciri padang golf ini merupakan medan berbukit tasik dan mempunyai banyak tanaman pokok yang besar. Pelbagai dataran tinggi utama di latar belakang yang memberikan panorama indah di kelab golf ini.

Kelab Golf ini dibina sekitar tahun 1985 serta dibuka secara rasmi pada tahun 1988. Pengunjung juga pasti terpegun dengan pemandangan indah dari Blue Mountains. Menarik kan tempat di Tapah ini?

 

9.  Lata Kinjang

tempat menarik di tapah

Imej via [tourismperakmalaysia]

Air terjun ini terletak lebih kurang 18 km dari Tapah. Daya penarik utama kawasan air terjun ini adalah kerana rangkaian air terjunnya yang menjunam indah dari ketinggian sekitar 100 meter ke bawah.

Terdapat juga ruang-ruang untuk beristirehat dan pelbagai gerai menjual makanan di sekitar tempat menarik di Tapah ini untuk kegunaan dan kemudahan para pengunjung. Selain bermain dan bermandi-manda di air terjun yang jernih, para pengunjung juga boleh melawat taman orkid dan taman bambu yang terdapat di situ.

 

10.  Kolam Air Panas Ulu Slim

tempat menarik di tapah

Imej via [mysweetzlife]

Kolam air panas ini sering menjadi tumpuan bagi peserta-peserta X.P.D.C merentasi Banjaran Titiwangsa dari Raub, Pahang. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini gemar merebus telur dan merendamkan kaki kedalam kolam ini.

Kolam ini kurang sesuai untuk mandi kerana suhunya yang tinggi iaitu mencecah 104°C. Persekitaran kolam air panas ini sangat bersih kerana dijaga dan dibangunkan oleh Majlis dengan pelbagai kemudahan awam seperti pondok merendam dan berehat.

Terdapat juga jambatan di atas kolam air panas ini yang telah menjadikan kolam ini menjadi satu tempat yang menarik dan cantik untuk dikunjungi.

 

11.  Lubuk Degong

tempat menarik di tapah

Imej via [emily2u]

Air terjun Lubuk Degong atau juga dikenali sebagai Bidor Waterfall boleh dimasuki dengan pelbagai kenderaan darat. Pemandangan di tempat menarik di Tapah ini memang cantik dan indah kerana mempunyai air terjun yang cantik dan terdapat kawasan mandian yang dikenali sebagai lubuk.

Lubuk Degong ini merupakan tempat perkelahan  yang berasaskan air bagi penduduk tempatan. Lokasi lubuk ini terletak kira-kira 7 km dari Pekan Bidor menghala ke Kg.Chang. Namun kedatangan pengunjung luar tidak digalakkan kerana peristiwa kemalangan jiwa yang banyak terjadi suatu masa dahulu.

Jika anda hendak ke sini dan bermandi-manda sambil menikmati keindahan alam, masih boleh tetapi pastikan anda bermandian di pinggir-pinggir lubuk yang agak cetek dan mendatar sahaja.

 

12.  Kolam Air Panas Sungai Klah

Kolam air panas ini telah dibangunkan sebagai taman rekreasi bertaraf dunia. Pemandangan di kolam air panas ini sangat indah kerana dikelilingi oleh pemandangan menakjubkan dari bukit-bukit yang berhampiran. Pengunjung dapat menikmati sauna semulajadi kerana sumber asas air ini adalah daripada gunung-ganang yang berdekatan.

Kolam air panas utama di sini telah dibina sebagai lembah sungai yang dikelilingi oleh taman-taman dan air pancuran buatan manusia. Selain dari kolam utama, terdapat juga beberapa kolam yang lain yang khusus untuk rawatan terapeutik di mana suhunya dikawal sekitar 30 hingga 40 darjah Celcius sahaja.

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan berurut tradisional yang disediakan di tempat menarik di Tapah ini pada hujung minggu dan cuti umum yang harganya di antara RM20 ke RM45.

tempat menarik di tapah

Imej via [gettyimages]

Itulah dia antara tempat menarik di Tapah yang boleh anda kunjungi. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak bermanfaat untuk membantu anda menghabiskan masa kualiti bersama keluarga mahupun sahabat handai. Selamat bercuti!

Jom baca juga tempat lepak best di KL, tempat menarik di Kampar dan tempat rekreasi di Selangor.

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. Mdtapah
  3. Percutian Bajet

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.