Hotel di Kuala Lumpur dengan private pool pastinya menjadi perhatian ramai. Kalau pergi hotel yang ada pool, mesti ramai yang teringin nak mandi pool dan bersantai.  Tapi mesti ada antara korang yang tak selesa dengan ramai orang yang tengok kan? Jangan risau, lepas ni korang boleh nikmati percutian dengan family.

Korang boleh datang dekat hotel yang tawarkan private pool ni. Lepas ni bolehlah nikmati pool dengan anak-anak dan sekaligus boleh nikmati pemandangan menarik yang terdapat di hotel-hotel tersebut. Senarai di bawah merupakan antara hotel yang menawarkan private pool.

Imperial Lexis

Imej via [facebook]

Siapa yang tidak mengenali nama hotel Lexis yang sememangnya terkenal dengan keunikannya yang menyediakan private hotel bagi mereka yang menginap di hotel tersebut. Lebih menarik lagi, reka bentuknya yang menarik serta hiasan dalam bilik hotel yang Nampak exclusive menjadikan hotel ini digemari ramai.

Hotel ini telah dibuka di Kuala Lumpur di antara kondo yang terdapat di sana. Hotel ini diletakkan di antara kemudahan seperti sekolah, pasar raya dan lokasi-lokasi yang popular. Antara tempat popular yang berada dekat dengan hotel ini adalah Mercato Pavilion Kl yang hanya berjarak 600 meter.

Sekiranya anda ingin melihat bangunan yang terkenal di sini, hotel ini menyajikan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang terdapat berdekatan hotel ini. Hotel ini juga berhubung dengan jalan raya yang memudahkan anda untuk menggunakan pengangkutan ketika menginap di sana. Anda juga boleh menikmati gym, cafe dan ruang rehat yang disediakan di sini.

Hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam renang pusingan, ruang istirahat, dewan serbaguna, restoran dengan pelbagai jenis masakan. Di dalam bilik hotel, kemudahan seperti besen air, air pancuran manakala kabinet modular bersama-sama dengan singki basuh dan pili air di dapur. Bagi bilik tidur, terdapat beberapa perabot tambahan seperti kerusi, meja, serta lampu tidur.  

Alamat: Lot 389, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2144 7768

Banyan Tree Kuala Lumpur

Imej via [travelagewest]

Sekiranya anda seorang kaki shopping, anda pastinya akan suka dengan hotel Banyan Tree Kuala Lumpur. Lokasinya yang dekat dengan Pusat Beli-belah Pavilion iaitu hanya 3 minit dengan berjalan kaki, pastinya akan memudahkan anda untuk berjalan dari hotel ke tempat shopping ini.

Berbeza dengan hotel yang lain, hotel ini menawarkan ruangan kolam yang terbuka tetapi ditutupi oleh bumbung. Kedudukan kolam renang yang dibina separa bumbung memberikan anda peluang untuk menikmati keindahan Menara Berkembar Petronas yang benar-benar menakjubkan dengan jarak dekat.

Selain itu, kedudukan hotel ini juga terletak dekat dengan Aquaria KLCC. Jika anda ingin ke Aquaria, anda hanya perlu mengambil masa selama 5 minit berjalan kaki dari Fahrenheit 88 dan 800m dari The Weld.

Bilik-bilik yang terdapat di hotel ini juga dilengkapi dengan mesin kopi, WiFi percuma, aircond dan televisyen. Anda juga boleh menikmati pemandangan Menara Berkembar Petronas di bilik tertentu. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri!

Alamat: 2 Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

Harga Bermula: RM 902

No. Telefon: 03-2113 1888

Grand Hyatt Kuala Lumpur 

Imej via [GrandHyattKualaLumpur]

Hotel ini merupakan salah satu hotel di Kuala Lumpur yang menawarkan private pool. Jika anda seorang yang sukakan keunikan, hotel ini mungkin akan menarik perhatian anda. Hotel ini juga mempunyai lokasi yang strategik. Ketika menginap di sini, anda boleh melawat Menara Berkembar Petronas dan KLCC dengan hanya berjalan kaki.

Selain itu, terdapat pusat membeli belah yang boleh anda lawati ketika menginap di hotel ini seperti Pavilion KL. Ketika anda menggunakan private pool, anda boleh menikmati pemandangan Menara Berkembar Petronas. Hotel ini juga menawarkan wifi percuma yang disediakan di seluruh hotel.

Hiasan di hotel ini juga sangat cantik dan sesuai dengan citarasa mereka yang unik. Terdapat beberapa kemudahan yang ditawarkan seperti gym yang dibuka selama 24 jam. Gym ini juga dilengkapi dengan pelatih pribadi. Selain itu, terdapat juga spa untuk rawatan dan bilik stim serta sauna.

Sekiranya anda ingin menikmati makanan, anda boleh pergi ke 3 restoran pilihan yang terdapat di hotel ini. Pemandangan taman dan bandar juga boleh dilihat dari bilik. Terdapat mesin kopi dan televisyen yang disediakan untuk anda. Memang sesuai untuk anda berehat ketika bercuti ke hotel ini.

Alamat:  12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Harga Bermula: RM 637

No. Telefon: 03-2182 1234

Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hotel Alof Kuala Lumpur Sentral ini juga mempunyai private pool yang boleh menjaga privacy anda. Hotel ini juga merupakan antara hotel yang menjadi pilihan para pelancong. Penggunaan warna yang menonjol juga sememangnya sesuai dengan para pengunjung yang berjiwa muda. Hotel ini menggunakan dekorasi berkilau seperti perak dan tembaga yang dijadikan tiang.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan seperti gym, ruang duduk yang diletakkan di setiap suite serta terdapat 4 pilihan tempat makan yang dapat anda kunjungi. Hotel ini juga berhubung dengan Stesen Kuala Lumpur Sentral.

Sekiranya anda menginap di bilik suite, hotel ini menyediakan aircond, televisyen, pancuran mandi dan peralatan mandian premium yang disediakan di dalam bilik mandi. Di dalam bilik ini juga terdapat tingkap besar yang memperbolehkan anda untuk menikmati view bandar.

Selain itu, terdapat dobi yang disediakan. Hotel ini juga dekat dengan pusat membeli-belah yang terdapat di Bukit Bintang. Di hotel ini, anda boleh menikmati makan malam romantic yang diterangi dengan lampu-lampu. Terdapat dekorasi gerai-gerai kecil yang terletak di atas replika rumput hijau. Memang sangat menarik!

Alamat: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Harga Bermula: RM 247

No. Telefon: 03-2723 1188

Villa Samadhi

Sekiranya anda sukakan percutian dengan suasana bandar, Villa Samadhi pastinya akan menarik perhatian anda. Villa Samadhi merupakan villa dengan kolam renang peribadi yang terletak di Kuala Lumpur. Suasana romantik pada waktu malam yang dipenuhi dengan lampu-lampu sememangnya sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu.

Villa ini juga mempunyai 5 jenis bilik iaitu Crib, Luxe Crib, Sarang, Luxe Sarang dan The Lorf. Sekiranya anda ingin menikmati masa privacy anda bersama pasangan, The Lorf merupakan pilihan yang terbaik. Dilengkapi dengan sentuhan kontemporari, kolam renang peribadi dan pancuran mandian hujan yang menenangkan pastinya akan membuatkan anda selesa.

Terdapat beberapa kemudahan yang ditawarkan berbeza dengan jenis bilik yang anda pilih. Antara kemudahan yang disediakan hotel ini ialah WiFi, aircond, televisyen, pemain DVD dan bar mini. Villa ini juga terletak 10 minit jarak memandu dari Bukit Bintang, Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas dan berjarak 8 minit dari kawasan beli-belah iaitu Pavillion.

Villa ini juga menyediakan restoran di ruangan pool yang menyajikan masakan Melayu dan antarabangsa. Anda juga tidak perlu risau dengan baju kotor kerana villa ini menyediakan perkhidmatan dobi, cucian kering dan seterika. Jom nikmati sendiri pengalaman menginap di hotel ini.

Alamat: 8, Jalan Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Harga Bermula: RM 1476

No. Telefon: 03-2771 2742

Impiana KLCC Hotel

Imej via [oyster.com]

Impiana KLCC merupakan salah satu hotel yang sesuai untuk mereka yang ingin merasai suasana ala-ala Las Vegas. Hotel ini mempunyai view yang cantik kerana terdapat bangunan 25 tingkat yang diterangi cahaya neon menerangi Kuala Lumpur.

Menariknya mengenai hotel ini, kolam renangnya menghadap ke arah Menara Kembar Petronas. Anda boleh menikmati pemandangan sambil bersantai dengan keluarga. Terdapat juga restoran atas bumbung yang boleh anda kunjungi. Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan seperti gym, spa dan juga kedai makan.

Hotel Impiana KLCC juga menyediakan surat khabar percuma dan perkhidmatan bilik 24 jam. Setiap bilik hotel juga dilengkapi dengan televisyen yang juga dilengkapi dengan pelbagai jenis saluran antarabangsa. Jika anda penggemar kopi, anda mungkin suka dengan alat membuat teh dan kopi yang disediakan. Terdapat juga peti keselamatan untuk anda menyimpan barang berharga.

Sekiranya anda mencari tempat untuk majlis ataupun jamuan, anda boleh menyewa ruangan yang disediakan di hotel ini. Di Impiana KLCC, anda ditawarkan empat jenis bilik yang sesuai digunakan untuk majlis, jamuan dewan dan pusat perniagaan dengan perkhidmatan kesetiausahaan.

Alamat:  Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Harga Bermula: RM 249

No. Telefon: 03-2147 1111

Renaissance Hotel Kuala Lumpur

Imej via [tripadvisor]

Hotel Renaissance Kuala Lumpur merupakan salah satu hotel yang bandar Kuala Lumpur. Sekiranya anda ingin mencari hotel yang dekat dengan kemudahan awam, hotel ini merupakan pilihan yang tepat. Hal ini kerana, hotel ini terletak beberapa jarak kaki ke Monorail Bukit Nenas dan LRT Dang Wangi. Jadi anda boleh membeli belah di sana.

Hotel ini juga menyediakan pelbagai kelengkapan seperti gym yang juga menyediakan jurulatih peribadi, spa yang bertemakan Bali serta restoran bertaraf lima bintang. Sekiranya anda ingin menikmati masakan india, anda boleh pergi ke restoran popular seperti Tandoor Grill (100 m) dan BBQ Night. 

Kedudukan Hotel ini juga dikelilingi bangunan terkenal seperti Menara KL dan Suria KLCC pastinya lebih menarik. Jika anda menginap di Hotel Renaissance, anda akan ditawarkan bilik West Wing yang menonjolkan pengaruh gaya Eropah klasik dengan perabot kayu gelap serta warna dinding kuning cahaya matahari yang pastinya menarik perhatian anda.

Alamat:  Corner Of Jalan Sultan Ismail And, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Harga Bermula: RM 317

No. Telefon: 03-2162 2233

The Majestic Hotel Kuala Lumpur

Majestic Hotel KL merupakan salah satu hotel yang menjadi ikon terkenal di Kuala Lumpur. Hotel di Kuala Lumpur dengan private pool ini terkenal dengan sejarah hotel pada era sebelumnya. Walaupun begitu, setelah hotel ini dibina semula, hotel ini tetap mengekalkan unsur-unsur klasik.

Keindahan hiasan dalaman seperti tiang yang mempunyai unsur rom, bumbung berbentuk kubah yang berwarna emas dan dilengkapi dengan ukiran yang cantik serta lantai marmar yang digilap dan lampu chandelier yang melengkapkan keindahan hiasan hotel tersebut.

Bilik yang ditawarkan di hotel ini juga mempunyai bilik empat katil, kelengkapan tandas serta majalah yang sesuai untuk mereka yang mempunyai cita rasa tinggi. The Majestic juga menempatkan Suite dengan Perkhidmatan Butler. Terdapat juga The Colonial Café, The Bar dan The Tea Lounge yang boleh anda pergi ketika menginap di hotel ini.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh hotel ini seperti Restoran Contango, 13 bilik mesyuarat, bilik tarian tanpa tiang yang boleh memuatkan sehingga 1,200 orang, bilik gym, kolam renang serta The Majestic Spa dan The Smoke House.

Alamat: 5, Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Harga Bermula: RM 383

No. Telefon: 03-2785 8000

Traders Hotel Kuala Lumpur

Imej via [shangri-la]

Hotel di Kuala Lumpur dengan private pool yang lain ialah Traders Hotel. Hotel yang terletak di Kuala Lumpur oleh Shangri-La merupakan sebuah hotel bertaraf lima bintang yang dikelilingi bangunan-bangunan terkenal seperti Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Hotel ini menawarkan kemudahan Wi-Fi percuma, lima bilik mesyuarat, trek jogging sepanjang 1.3km. Selain itu, hotel di Kuala Lumpur ini juga dilengkapi dengan private pool, gym, spa dan sauna termasuk Sky Bar di kawasan bumbung hotel.

Lokasi hotel yang strategik yang berada di tengah-tengah Kuala Lumpur dan temui pusat beli-belah Suria KLCC yang bersebelahan dan pusat membeli-belah Bukit Bintang. Anda juga dapat menikmati tarikan tempatan yang unik serta menyelami budaya meriah bandar yang berada dalam jarak berjalan kaki. Memang sangat menarik!

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Harga Bermula: RM 371

No. Telefon: 03-2332 9888

Capri Fraser Kuala Lumpur

Imej via [therooftopguide]

Berbeza dengan hotel yang lain, Hotel Capri mempunyai pemandangan bandar yang menarik dengan 33 tingkat.

Hotel ini juga sangat luas sehingga mempunyai dapur kecil. Terdapat beberapa kemudahan yang ditawarkan di hotel ini seperti tempat parking peribadi, wifi percuma, microwave di setiap bilik serta gym yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan serta terdapat bilik bermain untuk kanak-kanak.

Hotel ini juga mempunyai restoran. Anda juga boleh melawati tempat terkenal seperti Kuala Lumpur Convention Center, TREC KL, Aquaria KLCC, Dinner in The Sky Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur, dan Berjaya Times Square. Hal ini kerana hotel ini terletak dekat dengan tempat-tempat menarik ini. Jadi, anda bolehlah nikmati percutian dengan melawat tempat terkenal, bershopping dan menginap di hotel yang selesa.

Selain itu, hotel ini juga mempunyai 2 jenis kolam renang iaitu infinity swimming pool dan jet pool. Sekiranya anda seorang yang sukakan privacy, anda mungkin akan suka dengan jet pool. Hal ini kerana, jet pool akan ditutupi dengan tirai, jadi tidak ada masalah untuk anda yang tidak ingin memakai tudung ketika mandi. Berlainan dengan infinity pool yang terletak di rooftop, anda boleh menikmati keindahan bandar pada waktu malam. Memang sangat berbaloi!

Sekiranya anda inginkan hotel yang mesra kanak-kanak, hotel Capri oleh Fraser Kuala Lumpur memang sangat sesuai untuk anda menginap. Jangan lepaskan peluang anda!

Alamat: 160, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Harga Bermula: RM 208

No. Telefon: 03-2381 6888

Kesimpulan

Sekiranya anda seorang yang sukakan percutian dengan suasana bandar, senarai hotel ini pastinya akan menarik perhatian anda. Selain daripada dapat menenangkan fikiran dari masalah seharian, anda juga dapat menikmati pemandangan bandar yang dipenuhi cahaya bangunan. Tambahan pula, suasana pada waktu malam yang sejuk pastinya sangat menarik.

Percutian di hotel ini juga dapat merehatkan badan anda. Anda boleh melakukan aktiviti berendam di dalam private pool dan berjalan-jalan untuk membeli-belah. Semoga anda dapat mencari tempat percutian idaman anda dengan kelebihan private pool yang pastinya membuatkan anda lebih selesa untuk berehat.

Anda juga dijemput untuk membaca beberapa artikel menarik kami seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.