Pulau Sebatik terletak di dalam daerah Indonesia dimana ia juga bersempadan dengan Malaysia berhampiran Tawau. Kebanyakan penduduk di daerah situ juga mudah merentasi sempadan Sabah dan Kalimantan melalui Kampung Haji Kuning. Saiz pulau Sebatik ini adalah sedikit besar dari Pulau Langkawi.
Pulau Sebatik mempunyai penduduk dalam anggaran 8,000 orang termasuklah penduduk Bugis, Suluk, Tidung, Bajau dan lain-lain lagi. Sekiranya anda berada di Pulau Sebatik, bermakna anda berada bersebelahan dengan Bandar Tawau Sabah dan Kota Nunukan Kalimantan Timur.
Tahukah anda, Pulau Sebatik juga menjadi bualan ramai orang dimana anda boleh datang sendiri berkunjung ke sini. Terdapat beberapa tempat menarik di Pulau Sebatik boleh anda lawati.
Imej via [sinarharapan]
Tidak ramai yang tahu tempat menarik di Pulau Sebatik yang sangat indah dan memukau ini. Pemandangan darat dan lautannya amat mempersonakan ditambah pula dengan hembusan angin serta kicauan burung amat meriah sekali. Ia umpama hamparan bukit hijau yang penuh tumbuhan di atas pulau ini.
Anda dapat merasai pulau ini sedikit tinggi dan bertebing. Tiada masalah untuk bersantai di pantai, bermain air, berkelah dan sebagainya. Amat menyeronokkan, ia agak jauh dari kota-kota yang sibuk.
Imej via [astroawani]
Anda boleh melihat nelayan pulang dengan membawa hasil tangkapan untuk dijual. Perkampungan nelayan ini tidaklah mempunyai banyak tempat tinggal dan rumah, ia hanyalah rumah para nelayan singgah, berehat dan membawa ikan.
Imej via [tripadvisor]
Anda boleh melawat ke kampung Tanjung Aru dan singgah di Pantai Tanjung Aru yang panjang ini. Ia mempamerkan keindahan alam yang cukup hebat. Pemandangan pantai pada senja dan subuh hari amat indah.
Imej via [facebook]
Di samping berjalan-jalan di tempat menarik di Pulau Sebatik ini, anda juga berpeluang ke Pos Pengamanan Batas wilayah Indonesia dan Malaysia. Di situlah anda boleh lihat sempadan antara dua negara ini.
Imej via [kahyangan]
Imej via [trover]
Di sini, anda boleh melakukan aktiviti air seperti mandi-manda, snorkeling, berkelah dan lain-lain lagi. Tempat menarik di Pulau Sebatik ini merupakan sebuah pulau dalam kawasan Nunukan di Kalimantan Utara, Indonesia.
Imej via [ksmtour]
Imej via [travel]
Selain beriadah dan menikmati pemandangan alam yang cukup indah, anda boleh berhibur di malam hari dengan mengadakan BBQ di sini. Tetapi jangan lupa sediakan lampu atau api kerana di sini agak gelap pada malam hari.
Imej via [kaltara]
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah bermandi-manda, berkelah, berenang, menyelam dan banyak lagi. Ia sangat bersih untuk diterokai. Jadi, jangan teragak-agak untuk bermain sukan air di sini.
Imej via [wisatasia]
Terdapat ikon tanda Nunukan dan pelabuhan Kota Nunukan boleh anda singgah melawat. Sambil-sambil itu bolehlah anda bergambar dengan kota berdekatan Pulau Sebatik ini.
Berikut adalah 10 tempat menarik di Pulau Sebatik tak ramai orang tahu. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Rawa Johor, tempat menarik di Pulau Marina, tempat menarik di Pulau Nami dan tempat menarik di Pulau Madura.