Inginkan pengalaman percutian menarik yang lain daripada yang lain bersama kawan-kawan, pasangan atau keluarga? Tahun 2020 hampir membuka tirainya, pengalaman menarik di Macao dengan gaya anda sendiri pada penghujung 2019 ini pasti menjadi pilihan.

Mana tahu, orang rumah bersemangat nak pergi lepas tahu apa yang menarik di Macao!

Macao bukan sahaja terkenal dengan tempat pelancongan dan makanan yang unik, tetapi juga mempunyai aktiviti yang menyeronokkan untuk anda saksikan.

Macao yang merupakan salah satu daripada wilayah pentadbiran khas negara China ini asalnya pernah diuruskan oleh Portugis. Reka bentuk bangunan lama masih utuh disamping terdapat pengaruh Islam yang turut mempengaruhi seni bina bangunan yang lain.

Berada di celah-celah bangunan sambil menikmati udara segar dan ‘selfie’ bagi memuat naik di Instagram pastinya merupakan pengalaman menarik di Macao!

Anda boleh menyaksikan pelbagai pemandangan indah dan tempat menarik di sini sambil mendapatkan pengalaman menarik di Macao dengan gaya anda. Mungkin anda suka bersiar-siar, mencari menu makanan tradisi, melakukan aktiviti di negara luar dan lain-lain lagi. Macao adalah jawapannya! Boleh rujuk sini untuk info Macao Tourism Malaysia

Jom Ke Macau Grand Prix Dan Macao Marathon

macao view

Bukan angan-angan lagi, kini anda boleh melihat sendiri secara ‘live’ perlumbaan permotoran yang ditunggu-tunggu ramai. Jangan lepaskan peluang juga untuk rasai pengalaman menarik di Macao dengan gaya anda dalam program Macao Marathon yang akan diadakan tak lama lagi.

Bukan senang nak sertai aktiviti Macao, sambil bercuti sambil lihat marathon dan menyaksikan perlumbaan, menarik juga kan! Nak sertai marathon Macao pun dipersilakan.

Saksikan Perlumbaan Macau Grand Prix Ke-66

MGP

Siapa tak nak menyaksikan sendiri di depan mata acara antarabangsa yang paling berprestij iaitu perlumbaan Macau Grand Prix yang legend di dunia. Pengalaman baru dan berharga sekali sekiranya dapat melihat motosikal terbaik, WTRC dan pelumba Formula 3 yang bakal berentap di litar Jalan Guia, Macao. Ditambah pula dengan sorakan peminat dan penonton, adrenalin anda pasti terasa!

Ambillah kesempatan untuk merasai pengalaman di Macao dengan gaya anda yang pelbagai tatkala menyaksikan acara perlumbaan FIA Formula 3. Acara Macau Grand Prix ini akan berlangsung pada 14 November sehingga 17 November 2019 di Bangunan Macau Grand Prix.

Perlumbaan Macau Grand Prix ke-66 ini akan menggabungkan enam perlumbaan termasuk acara bertaraf dunia iaitu Formula 3 Macau Grand Prix, Macau GT Cup dan Macau Guia Race.

MGP

MGP

Pasti anda tak sabar melihat secara live kereta formula yang mempunyai satu enjin yang menggabungkan ciri-ciri keselamatan FIA terkini seperti anti-pencerobohan dan panel halo. Sabar, kenalah datang ke Macao dahulu pada tarikh Macau Grand Prix ini diadakan.

Terdapat pelbagai jualan booth yang dibuka untuk pihak perniaga tempatan menjual makanan, minuman, produk dan pelbagai barangan jenama mereka. Anda boleh berjalan-jalan mencuci mata melihat-lihat gerai berdekatan sambil menonton Grand Prix.

Pasti video di bawah ini membuatkan anda tidak sabar lagi ke sana.

Saksikan Galaxy 2019 Macao International Marathon

marathon

Kalau kat Malaysia ada marathon larian jambatan atau fun run, kat Macao ada Marathon Internation gitu! Macao International Marathon ini akan berlangsung pada 1 Disember 2019, bermula pada jam 6 pagi. Bukan biasa-biasa punya marathon.

Khas untuk anda yang merupakan olahragawan atau memang suka berlari, inilah cabaran yang harus anda beri pada diri sendiri di negeri orang.

Marathon ini terbahagi kepada 3 marathon iaitu Marathon (42.195km), Half Marathon (21.0975km) dan Mini Marathon (5km). Acara marathon dimulakan dari Olympic Sport Centre Stadium terus bergerak ke pintu keluar stadium bagi memulakan larian. Peserta akan melalui kawasan Avenida dos Jogos da Ásia Oriental. Sambil berlari sambil melihat pemandangan, indahnya!

marathon

Tidak itu sahaja, peserta juga akan melalui Macao -Taipa Bridge dan menuju ke Kun Iam ecumenical centre. Lebih menyeronokkan, anda dapat melihat pemandangan Anim ‘Arte Nam Van yang tersergam indah. Antara tempat lain yang mungkin menjadi tumpuan ramai pelari adalah Macao Science Centre, Sai Van Bridge, A-Ma Temple dan juga Galaxy Macao. Tak sia-sia pergi Marathon, semua tempat menarik boleh anda lalui.

Kenapa Anda Perlu Menonton ‘LIVE’ Grand Prix Dan Marathon Di Macao?

  • Tempat menarik di Macao terlalu banyak sehingga anda takkan bosan berada di sini. Jaraknya juga tidak jauh-jauh dan amat mudah untuk tiba ke destinasi anda. Di samping saksikan Live, ambil kesempatan bercuti di sini.
  • Makanan sedap, unik dan menarik untuk anda cuba. Takkan tonton Live je, pasti anda dapat mencuba pelbagai jenis makanan di sini.
  • Dapat saksikan LIVE sendiri lebih puas hati dan mendapat pengalaman yang menyeronokkan.
  • Dapat bergambar di negara orang sebagai kenang-kenangan.
  • Dapat mempelajari budaya Macanese (Cina dan Portugis) dan mendapat kenalan baru.
  • Grand Prix sesuai untuk melepaskan tekanan kerja dan mengembalikan senyuman.
  • Grand Prix disertai oleh orang ternama dan terkenal kerana perjalanannya amat mencabarkan.
  • Macao adalah sebahagian dari UNESCO World Heritage Sites dan UNESCO City of Gastronomy yang dikenali dunia.
  • Kos untuk ke Macao berbaloi
  • Perlumbaan Grand Prix di litar Guia meliputi perlumbaan motosikal dan kereta. Seronok lihat keduanya!
  • Litar Guia adalah salah satu litar perlumbaan yang paling mencabarkan di dunia Grand Prix.
  • Hotel di Macao sangat cantik umpama istana!

Pastinya anda akan mengalami pengalaman yang menarik di Macao dengan gaya anda tersendiri tanpa jemu. Macao memberikan anda keseronokan berganda dan menjadikan masa serta wang bernilai buat anda, keluarga dan kawan-kawan.

Tak sangka dalam banyak-banyak negara, wujud daerah Macao yang penuh dengan Kota Fantastik ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pengalaman menarik di Macao!

Untuk informasi aktiviti terkini boleh rujuk pada wakil pelancongan Macao untuk Malaysia iaitu Macao Tourism Malaysia atau Facebook mereka.



Penulis: Ammboi Content Partner

Ammboi adalah website tentang tips dan petua travel terkini. Info-info tempat menarik dan aktiviti yang wajib anda cuba bila berjalan. Kami adalah hub utama perlu anda baca sebelum ke sana.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.