Jarang kita dengar akan nama Ubud, namun itulah salah satu bandar yang boleh anda kunjungi dalam negara Indonesia ini. Ia terletak di Bali yang menjadi pilihan ramai pelancong untuk bercuti terutamanya mereka yang ingin berbulan madu. Ubud berada di antara kawasan hutan dan sawah dimana ia dikelilingi oleh alam semulajadi yang amat indah dan hijau.
Selain dari alam semulajadi, Ubud juga kaya dengan keseniannya. Bermaksud, bukan sahaja tempat berkonsepkan alam yang bakal anda temui di sini, tetapi juga lokasi percutian seperti galeri seni, persembahan muzik dan banyak lagi. Anda pasti terbayang akan pemandangan matahari terbenam dan pantai yang indah di Bali, tetapi jangan lupa bahawa Ubuh adalah lebih daripada itu!
Tahukah anda, percutian ke Ubud Bali tidak memakan modal yang besar kerana Ubud adalah kota dimana kos hidupnya agak murah dan tidak terlalu mahal. Maklumlah, tempat menarik di Ubud Bali yang boleh anda kunjungi juga kebanyakannya berkonsepkan santai dan semulajadi. Sudah pasti tidak memerlukan duit yang sangat banyak. Jom lihat tempat menarik di Ubud Bali.
Imej via [easybook]
Terdapat banyak barang dagangan yang boleh anda lihat dan beli iaitu cincin, kalung perak yang mempunyai design khas dari Bali, Camilan khas Bali, kain pantai, lukisan, patung yang mempunyai ukiran khas Bali, baju kaos yang dihiasi sablon topeng barong Bali dan macam-macam lagi. Jangan segan dan malu untuk cuba tawar menawar, mungkin anda akan dapat harga yang lebih murah.
Imej via [flickr]
Imej via [phinemo]
Untuk pengetahuan anda, bangau putih ini juga digelar Kokokan oleh masyarakat Bali. Pada waktu senja, burung-burung ini akan berkumpul. Anda boleh saksikannya sambil menanti untuk melihat pemandangan matahari terbenam juga di sini.
Imej via [traveltriangle]
Puri Saren Ubud yang lengkap dengan taman serta seni bina hasil arkitektur khas Bali ini terletak di pusat Jalan Raya Ubud. Terdapat taman yang indah di sepanjang laluan masuk ke sana. Masuk ke sini adalah percuma. Jika datang pada waktu yang tepat, mungkin anda berpeluang melihat penduduk Ubud berlatih menarik di sini.
Imej via [balidia]
Di sini juga, anda boleh melihat dan mengenali pokok kopi dan biji kopi, malah boleh melihat sendiri proses pengolahan kopi berlaku. Terdapat beberapa jenis kopi spesial iaitu kopi luwak yang boleh anda nikmati di Alam Sari Agroturism ini.
Imej via [tribunnewswiki]
Tempat menarik di Ubud Bali ini berada berdekatan dengan jalan Bangkiang Sidem. Anda perlu mencari lokasi Warwick Ibah Luxury Villas and Spa dahulu, kemudian masuk mengikut pintu Warwick Ibah Luxury Villas and Spa, anda akan menemui jalan Bangkiang Sidem di sebelah kiri. Anda akan lihat bukit berwarna hijau yang indah di situ.
Imej via [kura2guide]
Imej via [pinterest]
Imej via [trover]
Dalam hutan ini juga, terdapat pura sakral untuk umat Hindu Bali supaya hutan ini terus dijaga dengan baik sekali. Anda boleh melalui Jalan Monkey Forest untuk tiba di sini. Datanglah pada pukul 2 petang ke atas kerana pada waktu itu monyet sudah kenyang dan takkan menganggu anda dan meminta-minta makanan lagi.
Imej via [afar]
Imej via [dreamlanddotcom]
Antara barang yang boleh anda beli di sini adalah kain Bali, baju, barangan antik, baju yang bercorak khas dari Bali, aksesori, tembaga, beg dan macam-macam lagi. Harga yang ditawarkan di sini adalah amat berbaloi bergantung kepada kualiti dan jenis barang tersebut.
Imej via [sisapeninggalansejarah]
Anda boleh melihat bangunan candi dan masuk ke kawasan candi untuk mengambil gambar dan melihat-lihat. Sekeliling kawasan ini, terdapat banyak tumbuhan hijau dan batu-batu yang menjadikan tempat ini sangat unik seperti di dalam filem Orc.
Imej via [aswindrajaya]
Imej via [pinterest]
Buaian ini berada di antara pokok kelapa dan pohon-pohon hijau dan sedikit berhadapan dengan Sungai Ayung. Zen Hideway ini terletak di Kampung Bongkasa, Ubud Bali.
Imej via [kintamani]
Ayam betutu ini telah dimasak selama 12 jam dengan api yang sederhana kecil. Ini memang betul-betul sedap ni! Cara masak sahaja kita sudah tahu. Menu ini adalah resepi citarasa khas Bali yang menggunakan rempah-ratus bagi membumbui ayam. Warung ini terletak di Jalan Arjuna, Ubud. Anda boleh singgah ke sini pada setiap hari jam 8 pagi sehinggalah 8 malam.
Masih banyak lagi tempat menarik di Ubud Bali yang boleh kami kongsikan kepada anda. Sama ada destinasi percutian penuh keindahan alam semulajadi, kesenian bangunan yang menakjubkan, punyai kisah sejarah yang mengagumkan serta banyak lagi, harus anda terokai sendiri. Antara tempat menarik di Ubud Bali yang lain adalah seperti berikut:
16. Air Terjun Tegenungan
17. Nyuh Kuning Village
18. Goa Gajah
19. Pura Kehen
20. Bali Bird & Reptile Park
21. Muzium Rudana
22. Muzium Puri Lukisan Ubud
23. Tirta Empul
24. Gunung Kawi
25. Campuhan Ridge Walk
26. Warung Murni
27. Bali Bird Walks
28. Komaneka Art Gallery
29. Peliatan Royal Palace
30. Arjuna Statue
Itulah dia 30 tempat menarik di Ubud Bali berkonsep semulajadi dan santai untuk anda singgah. Pilihlah mana satu destinasi yang anda suka untuk berhibur. Jom baca juga tempat menarik di Rusia, tempat menarik di Uzbekistan dan tempat menarik di Rome.