Bercuti di Rome? Idea yang menarik jika anda belum pernah berkunjung ke Rome sebelum ini. Rome adalah ibu negara bagi Itali dan merupakan bandar yang mempunyai ramai penduduk kira-kira 2.7 juta penduduk. Ramainya! Sudah tentu bandar ini bersaiz besar. Tahukah anda, secara faktanya, anggaran besar Rome lebih kurang 1,285.3 km2 (496.3 batu persegi). Ia merupakan sebuah kota besar yang sesuai untuk anda kunjungi.
Tambahan pula, terdapat tempat menarik di Rome yang boleh anda lawati untuk percutian di luar negara. Apa kata kali ini anda pilih Rome pula sebagai destinasi percutian anda. Jom lihat tempat menarik di Rome yang bakal membuatkan anda teruja.
Imej via [freepik]
Colosseum juga sudah menjadi lebih besar membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan di sini. Antaranya adalah pertunjukan teater, sarkas, permainan, sambutan hari perayaan dan lain-lain lagi. Bersebelahan dengan Colosseum, terdapat Arch Arches Constantine yang telah dibina berdekatannya.
Arch Arches Constantine ini didirikan adalah untuk menghormati maharaja yang telah membawa keamanan pada kota selepas mereka telah menang dalma pertempuran Jambatan Milvian pada 312. Anda juga boleh menyertai Skip the Line: Rome Purba dan Colosseum Half-Day Walking Tour yang bakal memberikan anda banyak ilmu dan pengalaman baru.
Imej via [pinterest]
Anda boleh melihat sebahagian kecil sejarah Empayar Rome di sini. Berdekatan ini, pusat Rome, pasar, mahkamah dan tempat rekreasi juga boleh anda temui. Mengambil gambar di Forum Rome ini adalah impian ramai kerana tak semua orang dapat menjejakkan kaki di tempat yang benar-benar bersejarah ini. Sungguh menarik sekali sejarah bangunan kuno ini, anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi apabila berkunjung ke sini.
Imej via [wantedinrome]
Sekiranya anda ke sini, jangan lupa untuk membeli cenderamata di kios, singgah di kafe, menonton persembahan dari artis jalanan dan lain-lan lagi. Masa yang paling tepat untuk anda ke sini adalah pada bulan Disember kerana terdapat pasar Krismas terbaik di Rome.
Imej via [theromanguy]
Dalam keadaan yang agak padat ini, pelancong tetap suka berkunjung ke sini kerana menjimatkan masa mereka. Semuanya berada dekat-dekat memudahkan mereka ke satu tempat yang lain dengan cepat. Muzium dan Basilica adalah tarikan utama pelancong di sini.
Anda boleh melihat karya Michelangelo, Pieta bersama patung-patung dan altar oleh Bernini di dalam St Peter’s Basilica. Masuk ke Istana Vatican pula, anda boleh melihat Perpustakaan Vatican, Bilik Raphael, Borgia Apartments serta muzium termasuklah Muzium Seni Sekular, Galeri Gambar, Muzium Etruscan dan banyak lagi.
Untuk menjimatkan masa daripada beratur panjang, belilah tiket Skip the Line: Muzium Vatican dengan St. Peter’s, Sistine Chapel, dan Small-Group Upgrade tour terlebih dahulu. Anda boleh berkunjung ke muzium terlebih dahulu seterusnya ke tarikan yang lain pula.
Imej via [matadornetwork]
Selain bergambar, anda juga akan mendapat maklumat berkaitan tempat menarik di Rome ini sebagai ilmu atau sesuatu untuk anda mendapatkan ilham.
Imej via [dicasdaitalia]
Dahulunya, ia digunakan bagi orang Kristian menyembah, namun pada 609, Paus Boniface IV mendedikasikan monumen ini kepada Perawan dan semua martir Kristian. Maka, sejak dari itu, Pantheon telah dijadikan tempat penguburan raja-raja Itali. Jika diceritakan sejarahnya secara terperinci, pasti takkan habis!
Imej via [nyitarch161]
Antaranya yang boleh anda lihat adalah bentuk dalaman Basilika St. John ini amak cantik dihiasi dengan perhiasan seakan emas dan kayu utuh. Ianya umpama istana besar yang mewah. Untuk pengetahuan anda, Basilika St. John ini dibina pada mulanya sebagai tempat pembaptisan Kristian tertua di dunia.
Imej via [getyourguide]
Sebenarnya, bentuk bangunan Santa Maria Maggiore sangat unik dan menarik untuk anda bergambar. Anda juga boleh masuk ke dalam untuk melawat. Bukan sahaja anda dapat melihat lantai batu serta emas yang bersinar di dinding, malah banyak lagi keunikan bangunan ini.
Imej via [insider]
Anda juga boleh berjalan-jalan di lorong purba dan jalanan yang terdapat di antara satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat banyak tempat menarik yang terletak berdekatan kawasan ini seperti Piazza Navona, Trevi Fountain, Basilika Santa Maria Maggiore, Santa Maria del Popolo dan juga gereja-gereja lain.
Selalunya, tangga berhadapan air pancut dan Centro Storico ini dipenuhi dengan orang awam. Masing-masing bersantai dan melakukan aktiviti hiburan dengan melihat artis menyanyi, pelukis dan lain-lain lagi. Anda boleh melihat air pancut berbentuk perahu di kaki Spanish Steps ini yang dinamakan sebagai Barcaccia. Ia telah dicipta oleh Pietro Bernini, iaitu bapa arkitek Baroque.
Imej via [picfair]
Terdapat lukisan dinding pagan dan lukisan Kristian awal untuk anda rujuk. Jika diceritakan akan pengebumian mereka-mereka yang terdahulu, pasti amat menakutkan anda bukan? Yang penting cukuplah anda tahu bahawa terdapat bilik kubur di sini, namun anda boleh kunjungi tempat ini sekadar untuk melawat atau beriadah dia laluan Appian Way.
Imej via [afar]
Semua kemudahan terdapat di sini seperti perpustakaan, bilik sosial, sauna wap, kolam renang, tempat mandian panas dan sejuk, kemudahan peralatan sukan ,pendandan rambut , kedai-kedai dan banyak lagi. Saiz tempat ini adalah seluas 300 meter persegi, amat besar sekali! Bangunan dewan ini juga sangat kukuh disokong oleh tiang besar.
Hampir seramai 1,500 orang boleh ditampung oleh dewan ini. Menariknya berkunjung ke sini, anda boleh bersantai dan berjalan-jalan sekeliling bangunan lama ini serta mengambil gambar untuk kenang-kenangan.
Imej via [galvanizedrebar]
Masjid besar, parking banyak, tidak ada alasan lagi untuk anda mengatakan untuk tidak berkunjung ke sini. Ramai pelancong yang teruja untuk berkunjung ke sini, terutamanya mereka yang beragama Islam.
Itulah dia 12 tempat menarik di Rome boleh anda lawati. Kebanyakan tempat pelancongan ini penuh dengan kebudayaan dan sejarahnya yang tersendiri. Jom baca juga tempat menarik di Rusia, tempat menarik di Quebec, tempat menarik di Phu Quoc dan tempat menarik di Queensland Australia.